Tips Menangani Anak
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan
dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi
bertambah
degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan
dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu?
Tapak
kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif... itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,
ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda
penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi
selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini
menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih
sembahyang
jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka
mereka tidak akan tergamak menderhaka.
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca
daripada
rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si
anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh
disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke
rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa
punya alasan
tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace
w:st="on"cuba
lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik
dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi
jiwanya sentiasa hidup.
" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa
veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan
"bodoh,
kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada
mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.
Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang
walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak
berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah,
kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab
anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas
dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai,
sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun
dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai.
Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa,
tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik
ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah
ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta
maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha
pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat
jahat
kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba lace kita
perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta
pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya
baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu
panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh
utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa."
Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar
kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun
kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.
Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun
Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan
menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu,
ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga
emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang
wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.
Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak
ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut
menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi
Ismail
insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada
kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali
berkahwin
kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi
Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun
tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum
balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan
jangan ditukar kepada yang lain.
501 tips yang diberikan oleh Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan
potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda
dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan
anak-anak
kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara
winners dan losers adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka
dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak
boleh.
Tips:
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa
rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah
digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang
dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak
yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan
membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman
untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5.
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang
sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah
keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu
terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi
pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama
belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada
sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu
real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang
sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini
akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar
bahawa
kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa
sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri
Renung-renungkan dan selamat
beramal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan