Rabu, 24 Disember 2008

Haji Akbar

Apakah itu Haji Akbar?
Dilulus terbit pada Saturday, December 06 @ 08:26:11 MYT oleh TokPenghulu 
Oleh shiraz_virgo

"

Kebanyakan ahli fikah atau Jumhur Fuqaha berpandangan Haji akbar adalah hari Nahar atau Hari Raya Haji. Ini lantaran kebanyakan amalan haji seperti melontar di Jamratul Kubra, bergunting, tawaf Ifadhah dan saie mula ditunaikan para jemaah haji pada hari Nahar.



Tokoh besar fiqh di dalam Mazhab Syafiee, Imam al Nawawiy menyatakan: “Humaid menyatakan hari nahar adalah hari Haji akbar, ini kerana qaul Abi Hurairah, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam sahih kedua-duanya… . Ini kerana kebanyakan manasik dilakukan pada hari tersebut, adapun orang yang mengatakan Haji akbar adalah hari arafah mereka berhujahkan hadis ‘haji adalah arafah’ tetapi hadis Abu Hurairah menolak pandangan ini. 




Haji akbar menurut muhaddithin

Di sini dinukilkan beberapa pandangan Muhaddithin berkenaan dengan Haji akbar.

-Menurut Muhammad ibn ‘Ali al Shaukaniyy: “Sabdanya: (Hari Nahar) iaitu hari Haji akbar menurut pandangan yang sahih di dalam Mazhab Syafiee, Malik dan Ahmad...”






-Abu al ‘Ala al Mubarakfuriyy menyatakan: “Telah terkenal di kalangan orang awam apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat, haji pada tahun itu adalah Haji akbar, tiada asal pada pandangan ini. Benar Razin telah meriwayatkan daripada Talhah bin Ubaidullah bin Karz secara mursal: “Sebaik-baik hari adalah hari Arafah apabila jatuh pada hari Jumaat, maka ia lebih utama daripada 70 kali haji di hari selain dari hari Jumaat”, demikianlah seperti yang terdapat di dalam Jamu’ al Fawaid dan ia adalah hadis mursal yang saya tidak dapati isnadnya”. 




untuk bacaan selanjutnya sila lawat blog ini ye :



http://tarasakila. blogspot. com/2008/ 12/apakah- itu-haji- akbar.html

Tiada ulasan: