Khamis, 30 Oktober 2008

Amalan Sunat Selepas Bersalin

Huhu..berdebar rasanya menunggu kelahiran sulung bayi aku dan suami ke dunia ini. Adakah benar jantinanya perempuan seperti yang discan oleh doktor atau adakah jantinanya lelaki seperti yang diramalkan oleh orang-orang yang sudah berpengalaman. Tinggal satu kali lagi jumaat (7hari) dari tarikh post ini untuk aku mengetahuinya. Apa pun aku masih lagi bekerja macam biasa. Ala, lagi 3 hari aje lagi aku perlu bekerja.

Berikut adalah amalan-amalan sunat yang bakal aku dan suami lakukan sebagai tanda kesyukuran kami menyambut kelahiran sulung ini:


Azan dan iqamat
-Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.
-Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.
Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)” 
Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran.
-Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati. 
Memberi nama yang baik
-Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah.
Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman” 
Tahnik (Belah Mulut)
-Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.
-Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah. 
Cukur rambut
-Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.
-Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.
-Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).
-Adalah dilarang membuat jambul.
Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain) : “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok” 
Aqiqah
-Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.
Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya” 

-Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).
Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”

-Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.
Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan” 


http://isteri. blogmas.com/

Hikmah Wuduq

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
 
Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
 
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
 
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
 
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
 
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
 
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
 
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
 
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
 
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
 
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
 
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
 
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
 
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
 
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
 
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
 
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..
 
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
 
Penjelasan nombor 8 : memohon ditunjukkan jalan bg arang yang Allah berikah Rahman dan RahimNya dan bukan jalan orang yang dimurkai..

Kisah Datuk & Nenek

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..strawberry dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY." 

Siapa yang pelupa ? 
Moral: Kita semua pun akan tua juga, kalau ada umur la..

Kopi & Payu Dara

Kopi buat payu dara kecut

Pengambilan terlalu banyak kafein jejas hormon dalam badan wanita

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya. 

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka. 

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur. 

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka. 

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum. 
Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka. 

"Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan. 

"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya. 

"Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap. 
"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka." 

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari. 

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan. 

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. - Agensi

Jaga Pergerakan Solat

Jaga pergerakan solat elak termasuk dalam golongan rugi
Oleh Masmawi Abdullah
SEMBAHYANG adalah tiang agama dan perlu didirikan dengan sempurna, bukan sekadar seperti melepas batuk di tangga. Namun, masih ada yang menunaikan sembahyang sambil lewa dan tidak menjaga rukunnya dengan baik. Alangkah ruginya bagi mereka yang bersembahyang tetapi tidak mendapat ganjaran sepatutnya. 

Kejahilan dan kecuaian menilai kepentingan sembahyang menyebabkan kita tidak cermat sedangkan setiap orang yang menunaikan sembahyang tidak lepas daripada terus diganggu bisikan iblis serta syaitan yang sentiasa berusaha merosakkan sembahyang mereka. 

Antara punca atau sebab yang boleh membawa kepada musnahnya sembahyang seseorang ialah: 

Kebanyakan mereka yang sembahyang khususnya secara berjemaah menghanguskan sembahyang mereka dengan cara bertindak mendahului imam di dalam rukuk, iktidal dan sujud. 

Seolah-olah mereka lupa bahawa mereka perlu berhati-hati supaya sentiasa berada dalam keadaan mengikut imam dari awal sembahyang hingga akhir. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang mengangkat kepalanya dulu daripada imam di dalam sujud (sembahyangnya) , di hari kiamat nanti ia akan dibangkitkan dengan berkepala keldai." 
Caranya untuk membatasi perkara ini supaya tidak berlaku ialah mencontohi amalan sahabat Rasulullah SAW iaitu apabila mereka rukuk atau sujud, mereka tidak akan bersegera mengikut imam (Rasulullah khususnya) sehinggalah mereka melihat dahi imam (Rasulullah) sudah mencecah tanah atau belakang imam benar-benar sempurna ketika rukuk barulah mereka bergerak mengikutnya. 

Bergerak lebih daripada tiga kali berturut-turut dalam sembahyang boleh merosakkan sembahyang. Hal ini banyak dilakukan disebabkan mereka jahil atau tidak faham apa yang dikatakan bergerak tiga kali yang boleh membatalkan sembahyang. 

Sebenarnya dalam sembahyang boleh bergerak walaupun lebih daripada tiga kali dan tidak membatalkan sembahyang. 

Seseorang itu boleh menggaru dengan satu jari. Hal ini tidak membatalkan sembahyang walaupun perbuatan di lakukan sampai berulang kali berturut-turut. 
Begitu juga menggaru atau menggerak tangan (kelima-lima jari) setiap kali garu terus berhenti sekadar baca subhanallah satu kali, Kemudian ulangi lagi. 

Biarpun sampai berulang kali sembahyang tidak batal. 

Beginilah jika kita belajar dan benar-benar mengerti bergerak atau bergaru tidak merosakkan sembahyang. 

Kebanyakan jemaah sama ada sedar atau tidak sudah merosakkan sembahyang mereka dengan sebab berpaling dada dari menghadap kiblat. Kejadian itu mudah berlaku jika tidak berhati-hati, terutama ketika mahu bangkit dari sujud atau sesudah selesai membaca tahyat awal. 

Kebanyakan kita yang berbadan gemuk akan menekan sebelah tangan kanan atau kiri untuk membantu mereka bangkit dengan mudah. 

Pada ketika itu dada mereka mudah berpusing ke arah lain, terpesong dari tetap menghala ke arah kiblat. Dengan itu sembahyang mereka musnah dan batal. 

Jemaah yang bermasalah untuk bangkit hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan ketika menekan lantai untuk membantu mereka berdiri. Cara begini boleh menolong dada supaya tidak terpusing dari terus menghala ke arah kiblat. 

Inilah antara kesalahan yang sering dilakukan kebanyakan jemaah yang selalu datang ke masjid, surau atau madrasah. 

Kerana kecuaian atau kejahilan menyebabkan mereka hilang ganjaran yang sepatutnya diterima kerana menunaikan solat dengan menepati rukun serta hukumnya. 

Oleh itu, hendaklah sentiasa berhati-hati dan menjaga pergerakan dalam solat terutama jika dikerjakan secara berjemaah. 

Fahami rukun sembahyang supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi.

Darah

Darah itu ada beberapa jenis:

1 - Darah Haid

Darah ini najis, menurut kesepakatan ulama. Telah disebutkan dalil yang menunjukkan kenajisannya.

2. Darah manusia

Terdapat perselisihan pendapat mengenainya. Pendapat yang masyhur dari kalangan para ulama mazhab fiqh bahwasanya darah adalah najis. Namun, mereka tidak memiliki hujjah yang kuat. Kebanyakan mereka menganggap bahawa darah itu diharamkan berdasarkan dalil al-Quran sebagaimana dalam firman-Nya:

“Katakanlah, ‘Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi; kerana sesungguhnya semua itu kotor’.” (al-An’am, 6: 145)

Menurut mereka, pengharaman itu sekaligus menunjukkan kenajisan, sebagaimana yang mereka lakukan (nyatakan) berkenaan dengan khamar. Dan ini sudah jelas. Tetapi telah dinukil dari segolongan besar ahli ilmu berkenaan ijma’ kenajisannya. Perbahasannya akan dibawakan satu persatu.

Di sebelah pihak yang lain, sebilangan ulama muta’akhirin, di antaranya asy-Syaukani, Shiddiq Khan, al-Albani, dan lbnu Utsaimin berpendapat mengenai kesuciannya. Kerana, menurut mereka, tidak ada ketetapan ijma’. Mereka berhujjah dengan dalil-dalil sebagaimana berikut:

A - Hukum asal segala sesuatu itu suci, hingga ada dalil yang menunjukkan kenajisannya. Kami tidak pernah mengetahui bahawasanya Rasulullah memenintahkan untuk menyucikan darah selain darah haid. Padahal banyak orang sering mengalami luka atau sejenisnya. Seandainya darab itu najis, nescaya Rasulullah akan menjelaskannya kerana masalah ini sangat penting.

B - Kaum Muslimin, dari dahulu hingga sekarang, tetap diperintahkan mengerjakan solat dengan luka-luka yang ada pada tubuh mereka. Bahkan ada yang mengalirkan darah yang sangat banyak yang tidak tidak boleh ditahan pengalirannya. Namun, tidak pernah diriwayatkan dari Nabi bahawa beliau memerintahkan untuk mencucinya. Tidak pemah pula diriwayatkan bahawasanya mereka mempersoalkan tentang darah-darah yang keluar tersebut.

Al-Hasan berkata, “Dari dahulu sehinggalah sekarang kaum Muslimin tetap mengerjakan solat dengan luka-luka pada tubuh mereka.” (Sanadnya sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari secara mu’allaq (1/336), dan asalnya dari lbnu Abu Syaibah dengan sanad yang sahih, seperti mana disebutkan dalam Fathul Bari (1/337))

Dalam hadis sahabat Anshar “Bahawasanya ketika ia solat pada malam hari, ia dipanah oleh seorang musyrik. Lalu ia mencabut panahnya dan meletakkannya. Hingga ia dipanah sehingga tiga kali. Kemudian ia ruku’, sujud, dan terus melanjutkan solatnya, sementara darah terus menaIir.” (Hadis sahih, diriwayatkan secara mu’allaq oleh aI-Bukhari (1/336), dan asalnya dari Ahmad dan selainnya dengan sanad yang sahih)

Al-Albani di dalam kitabnya, Tamamul Minnah (hal. 51-52), mengatakan, “Hadis ini mempunyai hukum marfu’, kerana mustahil Nabi tidak mengetahuinya. Kalaulah darah yang banyak keluar itu membatalkan wudhu’nya, tentulah Rasulullah akan menjelaskannya. Kerana menunda penjelasan pada waktu yang diperlukan adalah tidak boleh, seperti yang difahami dalam kaidah ilmu ushul. Jika kita beranggapan Rasulullah tidak mengetahuinya, namun hal ini tidak tersembunyi bagi Allah yang tidak ada perkara yang tersembunyi bagi-Nya di langit ataupun di bumi. Kalaulah ia membatalkan wudhu, atau najis, tentulah Allah telah mewahyukan tentang hal itu kepada Nabi-Nya, sebagaimana kenyataannya yang sudah jelas bagi sesiapa pun.”

Dalam hadis tentang di mana terbunuhnya Umar bin al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu disebutkan, “Umar terus mengerjakan solat, sementara darahnya membasahi sekujur tubuhnya.” (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Malik (82); al-Baihaqi (1/357) dan selainnya, dengan sanad shahih) Yakni darahnya terus mengalir.

C - Hadis Aisyah berkenaan kisah kematian Sa’ad bin Muadz, ia berkata, “Sa’ad bin Muadz terluka pada peperangan Khandak kerana dipanah oleh seorang laki-laki pada pelipisnya. Lalu Rasulullah membuatkan khemah di masjid agar mudah untuk menjenguknya. Ketika malam tiba, melebarlah lukanya, lalu mengalirlah darah dan lukanya hingga membasahi khemah yang ada di sampingnya. Mereka berkata, “Hai penghuni khemah, apa yang kalian kirim kepada kami?” Ketika mereka melihatnya, ternyata luka Sa’ad telah pecah dan darahnya memancar/mengalir dengan deras. Kemudian beliau pun meninggal.” (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud (3100) secara ringkas; dan ath-Thabrani dalam al-Kabir (VI/7))

Penulis berkata: Tidak diriwayatkan bahawasanya Nabi memerintahkan untuk menyiramkan air padanya. Apalagi hal ini terjadi di masjid, sebagaimana beliau memerintahkan untuk menjiruskan air pada air kencing orang Arab badui, sebagaimana dalam suatu hadis yang mana nabi memerintahkan agar bekas kencing orang badui yang kencing di masjid tersebut dibasuh/disucikan dengan air. (Rujuk; Hadis Riwayat al-Bukhari, 6025. Muslim, 284)

D - Ketika lbnu Rusyd menyebutkan perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang darah ikan. Beliau menyebutkan sebab perselisihan mereka, iaitu tentang masalah status bangkainya. Pihak yang berpendapat bangkainya itu masuk dalam keumuman pengharaman, maka mereka menghukumi darahnya juga demikian. Sementara pihak yang mengeluarkan bangkai ikan dan keumuman dalil, maka mereka mengeluarkan hukum darahnya dari hukum tersebut, kerana diqiyaskan pada bangkai.

Saya katakan, mereka juga berpendapat sucinya mayat manusia. Demikian juga darahnya, menurut kaedah yang mereka lakukan. Oleh kerana itu, Ibnu Rusyd mengulas setelahnya, “Nash hanya menunjukkan najisnya darah haid. Adapun selain itu maka hukumnya tetap pada hukum asal yang telah disepakati di antara kedua pihak yang berselisih, iaitu suci. Dan, tidak boleh dikeluarkan dari hukum asal, kecuali dengan nash yang dengannya hujjah dapat ditegakkan.”

Jika ditanyakan: Mengapa tidak diqiyaskan saja dengan darah haid? Bukankah darah haid adalah najis?

Maka kita jawab: ini adalah qiyas yang tidak tepat.

Kerana darah haid adalah darah kebiasaan kaum wanita. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang telah Allah tetapkan bagi kaum wanita keturunan Adam.” (Hadis sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari (294) dan Muslim (1211))

Rasulullah bersabda tentang darah istihadhah, “Itu adalah darah yang berasal dari urat.” (Hadits sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari (327) dan Muslim (333))

Kemudian darah haid adalah darah yang sangat kental dan berbau tidak sedap. Ia menyerupai tinja dan air kencing, bukan yang keluar dari selain dua jalur tersebut.

3 - Darah haiwan yang boleh dimakan dagingnya

Pendapat mengenainya seperti pendapat mengenai darah manusia, dalam hal yang tidak adanya dalilnya yang menunjukkan kenajisannya. Jadi, hukumnya dibawa kepada hukum asalnya (iaitu suci).

Pendapat yang menyatakan kesuciannya ini juga dikuatkan oleh:

Hadis dari Ibnu Mas’ud, Ia berkata, “Rasulullah pernah solat di Ka’bah, sementara Abu Jahal dan kawan-kawannya sedang duduk-duduk. Lalu sebahagian mereka saling berkata pada sebahagian yang lain, “Siapakah di antara kalian yang mahu mengambil kotoran unta milik keluarga si fulan, kemudian mengambil kotoran, darah dan tahinya, lalu membawanya ke mari. Kemudian membiarkannya hingga ketika Muhammad sujud, maka ia meletakkan kotoran tersebut di atas belakangnya?” Bangkitlah orang yang paling celaka di antara mereka. Ketika Rasulullah sujud, ia meletakkannya di antara kedua pundak beliau, dan Nabi tetap sujud. Mereka pun tertawa-tawa.” (Hadis sahih, diriwayatkan oleh aI-Bukhari (240) dan Muslim (1794))

Maka, seandainya darah unta itu adalah najis, tentulah Nabi akan melepas pakaiannya atau keluar dari solatnya.

Diriwayatkan dengan sahih “bahawasanya Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu pernah mengerjakan solat, sementara pada perutnya terdapat kotoran dari darah unta yang baru disembelihnya, tapi dia tidak berwudhu.” (Sanadnya sahih, dikeluarkan dalam Mushannaf ‘Abdurrazzaq (1/25) dan lbnu Abi Syaibah
(1/392))

Wallahu a’lam, walaupun demikian, ijma’ ulama menyatakan bahawa darah itu haram dan najis hukumnya. Antara yang berpendapat sedemikian adalah Ibnul Qayyim, Ibnu Hazm, Ibnu Hajar al-Asqalani, Ibnu ‘Abdil Barr, Ibnul Arabi, dan Imam al-Nawawi.

Maka, ianya termasuk di dalam persoalan perbezaan pendapat dan khilaf di kalangan ulama yang seharusnya kita berlapang dada.

Disunting dari; Kitab Shahih Sunnah, Terbitan Pustaka at-Tazkia, Jilid 1, oleh Abu Malik Kamal bin as-Sayyid Salim.

@an-Nawawi
YM: nawie83@yahoo. com
http://groups. yahoo.com/ group/PMH- UiTM  
http://www.geocitie s.com/nawie83
http://aqidah- wa-manhaj. blogspot. com
http://an-nawawi. blogspot. com
http://bahaya- syirik.blogspot. com
http://fiqh- sunnah.blogspot. com

Strategi Syaitan Profesional

SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman sejati. Ia tidak boleh dibuat kawan, sebaliknya kena dibuat lawan. 

Jika hendak bermusuh dengan syaitan, kita mesti mengetahui teknik serta sepak terajang syaitan dan konconya yang begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan menyesatkan manusia.


Pertemuan kali ini kita ingin melihat strategi syaitan dengan pelbagai cara supaya dengan mengetahuinya kita boleh menghindari diri dan terhindar daripada godaan mereka.

Antara strategi syaitan ialah:


1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini. 

Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan. Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan matlamat supaya berakhir dengan keburukan. 

Antaranya, melakukan sesuatu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tinggalkan yang meragukan, ambillah yang meyakinkan."

Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang syaitan untuk menggoda manusia. 

Sebab itu prinsip Islam bermula dengan keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah segala-galanya.

2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum untuk menewaskan syaitan. 

Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.

Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi s.a.w dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca. "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."

Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran. 

Dengan membaca bererti semakin banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan untuk melakukan tipu daya dan mengelecek manusia.

3. Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas, sebab itulah ibadat mesti dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah berjuang dengan ikhlas. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan berasa bersama dengan Allah.

4. Syaitan sangat suka orang sombong diri, sebaliknya syaitan akan menjauhkan diri daripada orang merendah diri. 

Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang sanggup melawan 'Taukeh' (Tuhan).

Kesimpulannya kata kunci untuk melawan syaitan dengan empat huruf, iaitu 'BEST'. B merujuk kepada 'believe in Allah' (beriman kepada Allah), E ialah 'Eager to learn' (gigih untuk belajar sampai mati), S ialah 'sincerity' (melakukan kerja dengan ikhlas) dan T ialah 'towards excellence' (menggapai keunggulan).

Cuma satu hal, apabila sudah berjaya jangan sombong diri, nanti makan diri.

Wanita

Apabila anda melihat wanita yang cantik menarik, dan kamu terpesona melihatnya, maka datanglah kepada isterimu, sesungguhnya segala yang ada pada wanita itu, ada pula pada isterimu.

Sesungguhnya dunia ini adalah alat perhiasan, sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.

Tidak ada satu pun di dunia ini yang dapat mengangkat darjat wanita, selain daripada kesuciannya.

Wanita yang budiman adalah laksana matahari terbit pada waktu fajar bagi orang yang menunggu kedatangan siang.

Wanita yang berbahagia adalah wanita yang dapat memelihara akalnya ketika dia kehilangan hatinya

Otak Kiri & Kanan

Semasa anda duduk, putarkan kaki kanan anda mengikut arah putaran jam.

Dalam masa yang sama cuba tulis nombor 6 menggunakan tangan kanan anda... ..
Kaki anda akan bertukar putaran jam secara spontan, atau tersangkut.. .

Kenapa?? tak percaya ?? THERE IS A LOT OF THINGS WE DON'T KNOW ABOUT OURSELVES !!

Mengenal Allah

Mengenal Allah



1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.

2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma 'ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan Maha Tinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.

3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-
1) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan. 

2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut.

4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-

1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.

2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.

3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.

5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).

6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil dan keterangan.

7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-

1) Taqlid Jazam (putus)
- Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah. Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad yang jazam (putus).

2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)
- Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang yang diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya dengan syak,zhan atau waham(tiada putus).



8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.

9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramai ahli-ahli bida'ah.

10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak pada seseorang manusia. 

Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya )

Makan Ikan Keli Yg Terjamin Bersih

Dari Cerita Seorang Kawan,,,
 
Assalamualaikum. .mungkin anda yang baru dengar masalah ini akan terkejut tapi tidak kepada siapa yang dah tau hakikat sebenar..saya buka nak menjatuhkan sesiapa atau nak memburukkan syarikat mana2 pun..artikel saya ini sekdar untuk berkongsi maklumat yang saya perolehi..ikut kisah lanjut oleh saya..

Pada baru2 nih sekitar hujung bulan Ogos, saya diminta ke J-Biotech atau nama penuhnya Perbadanan Johor Bioteknologi dan Biodiversiti yang beroperasi di MTDC-UTM. Saya kesana sebab nak hantar invois. Sesampai saya disana, saya terpaksa tunggu untuk berjumpa pegawai yang bertugas kerana katanya sedang meeting.

saya pun tunggu di ruangan menunggu bersama beberapa ahli perniagaan bumiputra yang tengah rancak berbincang.. saya pun duduk dan dengarlah perbincangan mereka..rupanya mereka sedang bercakap mengenai pembiakan ikan keli.

Pengarah urusan syarikat apa pun saya tak ingat tapi ada akuakultur lah dibelakang nama syarikatnya itupun berpandukan baju kemeja f1 yang dipakainya.. Menurut beliau, ikan keli memerlukan 2 paket makanan untuk membesar seberat 1Kg dari anak benih. 1 paket makanan berharga Rm2 lebih jadi modal makan sahaja dalam Rm4.tapi mcamana tokey ikan keli cina dapat jual RM1.80/Kg? jawapannya setiap hari tokey cina ni akan masuk ke reban ayam dan amik bangkai ayam yang mati untuk dijadikan makanan ikan keli. Ikut kajian, 2% ayam akan mati di Malaysia setiap hari,jadi jika ayam ada 200,000 jadi dalam 4000 ekor ayam akan mati dalam sehari. Perghh..ini dah cukup banyak untuk diberi makan kepada ikan keli..jadi modal makanan yang ditanggung tokey cina adalah RM 0.00!!!

Ditambah lagi, ikan keli memerlukan masa berminggu2 untuk membesar kepada 1Kg/ekor..jadi cara untuk mempercepatkan pertumbuhan ikan keli adalah dengan memelihara ikan keli dalam air kumbahan (samada kumbahan manusia @ haiwan). Katanya jika dipelihara dalam air kumbahan, ikan keli akan membesar dalam masa yang cukup singkat..tapi kenapa ikan keli yang dibeli bersih jer??? jawapannya ialah selepas ikan keli cukup besar dalam air kumbahan, ia akan dipindahkan ke kolam kuarantin air bersih selama seminggu…SEMINGGU???. .ya kerana untuk menjadikan ikan keli itu nampak betul2 bersih..gila betul…

Jadi kos operasi oleh tokey cina hanya untuk bayar gaji pekerja,kos penghantaran dan beli benih ikan.

Setahu saya, beza ikan keli yang dipelihara dengan betul dan yang kotor adalah, ikan keli kotor akan dijual dengan saiz yang besar dan banyak lemak sebab makan ayam mati. Kalau nak makan jugak ikan keli, belilah dikampung2 atau yang kecil2 dan berwarna hitam..

Mencari yang halal adalah fardhu bagi umat Islam..dari meja pengarang..

Erti Persahabatan

1. Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan kita.Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun,tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat.Persahabata n yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan.

2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.

3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.

4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.

5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.

7. Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat mu menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia susah.

8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri.

9. Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.

10. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang itu.

Hujan

Bila langit mula mendung 


Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, 
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan? 
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau
Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan! 

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123) 
 
So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

99 Nama Allah

99 Nama Allah
Dilulus terbit pada Wednesday, October 29 @ 20:36:04 MYT oleh TokPenghulu 
Oleh selumba

"Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenanga n
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-M uji b - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terp uji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia !!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah.. .. 

45. "Ya M uji ib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala p uji an.

58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah.. ..

60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu. 

77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt 

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.
"

Kelebihan Tangan

assalamualaikum. ..

1) tangan kita ada 5 jari itulah rukun islam yg wajib kita amalkan. pas tu urat tangan kanan tertulis jawi

(18 klu ikot rumi) dan kiri (81 ikot rumi) klu campur da jadi 99 nama Allah. sebelah kanan 18 tu bererti sifat Allah yg lembut. maha penyayang. dll kiri pulak 18 sifat ALLAH yg keras spt maha berkuasa dll. ada x sesiapa tau selebih dari tu kita sama sama belajar.

Kantai Dengan Polis

Sebuah kereta memecut dengan laju kerana pemandu lewat ke tempat keje.Kebetulan sebuah ambulan berade dalam kecemasan, semua kenderaan memberi laluan dan pemandu kereta tersebut mengambil kesempatan mengekori ambulan tu. Tiba-tiba datang kereta peronda polis dan mengarahkan pemandu tadi berhenti.

polis :Kenape awak memandu dalam kelajuan yang melebihi had?
pemandu:Tolong lah encik ,saudara saye berade dalam ambulan tu, tu yang saye ikut dengan laju.
polis :Awak nak kelentong pun agak-agak le sikit.Saye pun tengah ikut ambulan tu, sebab kat depan sane ade kemalangan.

*gambar hiasan

Moral: Jangan suke bangun lambat nak gi keje, tak pasal2 kena karang cite yang bukan2.

Syukur-Tuhan Cinta Agung

SYUKUR-Tuhan Cinta Agung
29 Oct 2008 2:48PM 
SYUKUR merupakan sifat mulia yang dikaitkan dengan amalan hati dan akhlak terpuji yang sepatutnya sentiasa menghiasi kehidupan. Syukur sebagai satu sifat yang dilahirkan daripada respons terhadap nikmat yang dikurniakan Allah. 
'Ingatlah kepada ku (Allah) nescaya aku ingat kepada mu. Dan hendaklah kamu bersyukur kepada ku dan janganlah kamu lupakan budi ku'- surah al-Baqarah: 152. Orang yang sentiasa bersyukur adalah orang yang sentiasa menyemai sifat manusiawi dalam erti kata sentiasa bertimbang rasa, tahu menerima kasih sayang Allah. 
Syukur terhadap nikmat Allah datang daripada pelbagai bentuk. Syukur terhadap kurniaan Allah atas anugerah kesempurnaan fizikal atau jasmaniah (anggota tubuh badan). Firman Allah: 'Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu mu tanpa mengetahui sesuatu. Kemudian diberikannya kamu pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur' - surah al-Nahl: 78. 
Syukur juga merangkumi kurniaan terhadap rezeki kurniaan Allah. Firman Allah: 'Dan sebagai bukti untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), kami hidupkan dan kami keluarkan dari dalamnya biji-bijian, lalu mereka makan daripadanya. 
'Dan kami jadikan daripadanya beberapa kebun dari kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya mata air agar mereka makan dari buah-buahan dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan-tangan mereka. Tidakkah mereka bersyukur'. Tegas Allah lagi dalam surah al-Nahl ayat 18 yang bermaksud: 'Dan kalau mahu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah kamu menghitung (seluruhnya) dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'. 
Rasulullah sentiasa menjadikan amalan bersyukur dalam kehidupan Baginda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud menjelaskan bahawa 'Adalah Nabi apabila mendapat khabar yang menyenangkan hati, lantas beliau sujud kepada Allah'. 
Sementara dalam hadis yang lain menyatakan 'Dari Abu Bakrah, bahawa Nabi Muhammad apabila mendapat sesuatu yang menggembirakan atau khabar gembira, segera beliau tunduk bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah'- Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Al-Baihaqi meriwayatkan: Rasulullah lakukan sujud syukur bila menerima surat daripada Ali ketika menceritakan tentang ramai penduduk Yaman memeluk agama Islam. 
Syukur boleh dicernakan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui perbuatan, melalui hati dan melalui lisan. Syukur melalui perbuatan merangkumi membelanjakan harta ke jalan kebajikan seperti sedekah dan amalan jariah. Melalui ilmu yang diperoleh dan disebar serta diajar kepada orang lain.
Melalui kuasa, pangkat dan kedudukan pula dengan memberi khidmat yang terbaik. Syukur melalui hati pula adalah dengan cara mengakui dan menyedari dalam hati apa yang diperoleh daripada anugerah Allah.
Firman Allah: 'Tuhan mu lebih tahu apa yang ada dalam jiwa, jika kamu orang yang baik. Sesungguhnya dia Pengampun bagi orang yang bertaubat' - surah al-Isra'-25. Syukur dalam bentuk lisan adalah melalui ucapan seperti sentiasa melafazkan zikir seperti ucapan seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar.
Oleh itu, cernakan selalu budaya syukur dalam kehidupan kita, ingatlah bahawa apa yang kita peroleh hanya sementara dan sebagai ujian untuk melihat sejauh manakah kita dapat menzahirkan rasa ketakwaan yang tinggi terhadap Allah.

Peribahasa Millenium

Peribahasa: Lembu punya susu, Nestle dapat nama.
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita 
pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam 
management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.

Peribahasa: Melepaskan batuk didalam lift. 
Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai! Jangan lah 
tempat awam yang ter-enclosed. Besar nya hamlau!

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina. 
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak berkepit aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap. 
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu....kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua. 
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jangan kuning gigi. 
Maknanya: Macam mana nya hensem ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga, 
kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan. Geli-geman di buat nya.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk? 
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih. 
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader 
sorang lagi....... kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke....

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk 
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......bro!!!!

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano <-- Klassik siak! 
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung. 
Maknanya: maknernyer . . maknernya............. Jgn nak tersengeh2 kat depan PC. Pi ah buat keje...

Sabtu, 18 Oktober 2008

Mantera Beradu

Malaysia :: Malique - Mantera Beradu  


Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba meditasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan perkara temeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Kalau kosong jangan menyamar ada kuasa

Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika belok maut

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sepurna

Mantera beradu

Rabu, 8 Oktober 2008

Tips Keselamatan Ketika Memandu

Pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang baik dan minyak kereta anda sekurang-kurangnya separuh tangki. Jangan biarkan minyak anda terlalu sedikit sehingga menyebabkan anda terpaksa berhenti untuk mengisi minyak terutamanya di kawasan yang anda tidak biasa.

Pastikan kunci kereta anda di keluarkan terlebih dahulu sebelum anda keluar atau meninggalkan bangunan ke tempat letak kereta. Sikap suka mencari kunci di dalam beg anda ketika sampai di kereta boleh membuka peluang kepada penjenayah untuk menyerang anda.

Perhatikan sekeliling anda sebelum masuk ke dalam kereta. Jika anda was-was terhadap persekitaran anda ketika itu, terus berjalan melepasi kereta anda ke tempat yang selamat.

Kunci kereta anda sebaik sahaja anda memasuki kereta anda. Pastikan pintu di kunci walaupun sebelum anda menghidupkan enjin kereta anda.

Apabila anda berhenti dijalan raya, pastikan pintu anda berkunci dan jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan tidak begitu rapat. Ini mengelakkan penjenayah daripada mencari peluang untuk memasuki kereta anda dan seterusnya menyerang anda.

Letakkan kereta anda di tempat yang terang dan selamat, walaupun anda meninggalkan kereta anda tidak lama. Perhatikan sekeliling anda sebelum keluar daripada kenderaan anda.

Jika seseorang dengan tiba-tiba menghampiri anda dengan tujuan menyerang, hidupkan enjin dan keluar daripada kawasan tersebut secepat mungkin.

Pastikan tempat duduk hadapan dan belakang kosong dan seperti biasa kunci kereta sudah tersedia di tangan anda apabila anda di ekori di kawasan tempat letak kereta, dan anda masih lagi jauh daripada kereta anda, cuba menginsut di bawah kereta berhampiran. Posisi ini menyukarkan penjenayah untuk menyerang anda yang berada di bawah kereta.

Jika penyerang berjaya memasuki kereta anda ketika anda berada di dalamnya, gunakan segala kekuatan anda untuk keluar daripada kereta tersebut. Walaubagaimanapun, jika anda masih tidak berjaya melepaskan diri, pandu kereta anda melanggar pendua jalan, tembok, tiang dan apa sahaja yang dapat menyebabkan kemalangan kecil.

Ketika penyerang anda beralih perhatian gunakan peluang ini untuk keluar secepat mungkin daripada kereta anda. Lari sekuat hati sambil menjerit meminta pertolongan. Cuba menarik perhatian orang untuk menolong anda.

Jangan berhenti untuk meolong orang yang anda tidak kenali ketika keretanya rosak, sebaliknya apa yang anda boleh lakukan untuk menolong ialah dengan memandu ke pondok telefon berdekatan dan menelefon polis atau bantuan lain.

Jika tayar anda pancit di tengah jalan, teruskan juga pemanduan ketempat yang selamat, terang dan ramai orang. Lebih baik merosakkan tayar anda daripada mengambil risiko untuk mengabaikan keselamatan anda.

Jika anda terlibat di dalam kemalangan, duduk di dalam kereta anda sehingga polis sampai. Di dalam kemalangan kecil terdapat pemandu yang akan meminta keterangan pemanduan seperti lesen dan insuran. Tunjukkan lesen dan insuran anda melalui cermin sahaja.

Jika anda diekori ketika di dalam perjalanan, jangan memandu pulang kereta anda sebaliknya pandu kereta anda ke balai polis atau balai bomba yang berhampiran.

Bunyikan hon kereta anda. Jika tidak, pandu kereta anda ke stesen minyak atau ke kawasan tumpuan orang ramai dimana anda dapat menelefon polis. Jangan tinggalkan kereta anda melainkan anda pasti bahawa anda akan dapat memasuki bangunan dengan selamat. Cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta serta mengecam kereta yang mengekori anda.

Jika boleh, cuba untuk memiliki sebuah telefon bimbit di dalam kereta anda untuk tujuan kecemasan.

(Pastikan juga bateri telefon anda di cas serta telefon anda boleh membuat panggilan ke luar)

Hakikat Kehidupan Menuju Kematian

Hakikat kehidupan: Menuju kematian
Dilulus terbit pada Sunday, October 05 @ 19:38:30 MYT oleh TokPenghulu 
Oleh ikanlepu

"Sekelian mereka yang beriman benar-benar yakin bahawa matlamat kehidupan yang sebenar bagi setiap manusia adalah untuk menemui mati. Mati itu adalah pembukaan kepada kehidupan yang sebenar, iaitu hidup sesudah mati. Ia merupakan saat perpisahan sang lelaki kacak dengan kekasihnya yang hodoh dan buruk perangai. 

Dunia ini adalah kekasihnya yang hodoh itu.

Hanya dengan perpisahan itu baru memungkinkan si lelaki tersebut akan dapat menemui cintanya sejati; kekasih yang lawa dan berpribadi. Segala keindahan yang dijanjikan ada di sana apabila segala amalan baik dibalas dengan ganjaran. Setiap kejahatan pula ditebus dengan azab dan siksaan.

Kekasih bagi seorang mukmin sejati adalah Tuhannya, Allah Yang Maha Esa yang bakal memperlihatkan nur wajah dan kebesaran-Nya. Kita diraikan dan diberi kesenangan yang tidak pernah dilihat oleh mata, atau yang didengar oleh telinga malah keseronokan dan keindahan yang tidak pernah terlintas di lubuk hati sesiapa.

Bagi mereka yang kafir dan murtad, inilah saat yang merugi dan menganiaya diri seperti kata Allah swt dalam kesemua kitab sucinya; Zabur, Taurat, Injil Arami dan al-Quran-al Kariim. Inilah titik noktahnya. Masing-masing akan dilempar ke dalam neraka untuk menjadi bahan bakar daripada batu dan kayu buat menyiksa sekelian kaum muslimin yang jahat dan berdosa. Panasnya haba yang membakar daripada batu dan kayu ini seribu kali kepanasan api di atas muka bumi - sebab mereka iri hati dan dengki kerana kaum muslimin ini masih diberi peluang untuk menebus dosa kesalahan mereka. Sedangkan si kafir dan murtad kekal dalam neraka jahannam buat selama-lamanya.

"Allah swt ada menunjukkan jalannya dalam al-Quran agar kita tidak tersesat," Dr. Heikal pernah memberitahu isterinya, Ristina sebelum dia menghilangkan diri. "Inilah jalan yang direbut oleh mereka yang dicap militan dan pengganas oleh kaum kafirin tu."

Sekelian para mujahid itu telah dianugerahkan akal dan fikiran untuk menjadi manusia terbaik. Mereka dapat membezakan yang baik, yang lebih baik dan yang terbaik di antara sekelian yang jelik, lebih jelik dan yang paling jelik.

Namun sejarah peradaban manusia telah menunjukkan dengan jelas betapa manusia dari dahulu hingga ke akhir zaman bukan hanya melakukan perbuatan baik dan berguna, tetapi juga melakukan perbuatan jelik dan yang membawa kerosakan.

Sebaliknya, perbuatan baik yang dilakukan teramat sedikit, sedangkan kerosakan seperti yang dilakukan oleh Presiden Bush dan sekutunya amat jelik dan memalukan. Tidak ketinggalan adalah UMNO yang ada di negara kita.

Jika terus dibiarkan manusia akan cenderung untuk berhukum dengan hukum rimba. Sejarah peradaban manusia akan musnah. Natijahnya, lahirlah lembaga pemerintah, pendidikan dan pengajaran, penerangan, sukan dan kesenian. Namun ia masih belum cukup.

Maka sebagai pencipta, Allah swt tahu bahawa segala usaha tersebut belum memadai selagi tidak ditanamkan dengan iman. Maka diutuskan-Nya 124,000 para nabi dan dua puluh lima orang rasul sebagai penunjuk jalan. Diturunkan-Nya empat buah kitab yang penuh dengan seninya; buat mendidik hati dan membentuk jiwa manusia.

Iman ertinya kepercayaan atau keyakinan. Dengan kepercayaan dan keyakinan ini akan mempengaruhi segala gerak-geri dan tingkah-laku manusia serta mempengaruhi corak pemikiran, berkata-kata, berhubung, malah cara makan dan tidur mereka. Ia akan mempengaruhi kehidupan politik, ekonomi, sosial dan moralnya.

Bagi orang-orang yang tidak beriman, kebaikan hanya dilihat sebagai kebaikan semata-mata. Sedangkan bagi mereka yang beriman, setiap kebaikan yang diperbuat itu, di mana dan pada bila-bila masa sahaja terhadap sesiapa dan apa sahaja akan dilihat, didengar dan diketahui oleh Allah swt.

Allah swt berasa senang akan kebaikan itu dan berasa senang terhadap hamba-hamba yang melakukannya. Dari rasa senang ini akan menyebabkan turunnya rahmat Allah swt yang jauh lebih hebat dan lebih besar daripada kebaikan yang dilakukan itu. Rahmatnya tidak putus-putus, sama ada ketika masih hidup ini atau setelah kembali menemui Khaliqnya. Seterusnya, masing-masing akan dimasukkan ke dalam syurga....

Bukan setakat itu sahaja. Sejak di dunia lagi orang beriman itu diberikan seri wajah yang indah oleh Allah swt. Ia dikenali sebagai air muka. Orang-orang beriman diberikan air muka yang jernih dan sedap dipandang mata. Walaupun mereka dari kalangan berkulit hitam legam seperti negro Sudan, Somalia ataupun Arab Badwi di Arab Saudi, namun pada riak di wajahnya terbayang kedamaian dalam jiwa mereka. Kemudian mereka tidak gelojoh dalam kehidupan seharian. Mereka penyabar dan tidak pernah berdendam.

Ini dapat diperhatikan pada mereka yang ditangkap di London atau Sepanyol dan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Air muka mereka nampak jernih dan bersahaja. Demikian juga dengan semua tahanan yang ada di Kem Delta, Guantanamo. Demikian dengan Imam Samudera, Mukhlas, Ambrozi serta sahabat yang lain yang sedang gawat menunggu hukuman tembak dalam sedikit masa lagi.

Semua ini adalah natijah daripada ajaran yang ada dalam Islam dan tidak ada dalam agama lain.

"Cuba tengok wajah orang kafir, walaupun lawa dan kacak, tetapi jika mereka tidak senyum atau berkata-kata nampak jelas macam mayat hidup," kata Dr. Heikal kepada isterinya pada suatu hari sebaik selesai mengerjakan solat Asar di Mesjid Jame’. Dia singgah di situ sebaik menemui Timbalan Gabenor bank pusat berkait dengan lesen perbankan yang dipohon oleh Dana Benua mengikut arahan menantu Presiden.

"Dalam Islam ada banyak penawar hatinya." katanya lagi. Kita ada istighfar buat menghapuskan segala dosa kecil. Kita ada zikir, tasbih, tahmid, takbir dan disuruh membaca ayat-ayat suci di kala duka. Ini semua tidak ada dalam mana-mana agama atau kepercayaan lain."

Dr. Heikal terus tidak ditemui lagi selepas itu. Tinggal isteri dan anaknya, Amiera yang mewarisi segala yang ada. Wang empat puluh lima juta itu Ristina gunakan buat membiayai sekolah agama rakyat Ustaz Syahir. Dia turut membiayai rumah anak-anak yatim tinggalan suaminya di Bukit Jelutung.

Suaminya bersama dengan mujahid yang lain pergi mencari jalan untuk berpisah dengan ‘kekasih yang hodoh’ itu demi mencari keredhaan Allah swt. Mereka berusaha menyediakan persembahan terkelas di kala menempuh saat kematiannya. Biarpun dia dan teman-teman mujahid yang lain mungkin dilihat bagaikan bunga-bunga yang kembang tak jadi..., tetapi yakinlah dengan janji Allah. Mereka itu adalah kudup-kudup bunga mekar yang bakal mewangi di taman syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. 

Nota: Petikan dari novel "KEMBANG TAK JADI..." 726 m.s. 

 

Rebut Pahala di Hari Raya

Rebut pahala di hari raya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 
Sun | Oct 05, 08 | 11:03:21 am MYT



Maksud firman Allah: "Kamu semua wahai orang mu'min diminta menyempurnakan bilangan puasa sebulan dan kamu juga diminta bertakbir kepada Allah (berhari raya) kerana Allah beri kepada kamu hidayat." (al-Baqarah: 185)

Iklan  
  
   


Setelah kita berpuasa, bertarawih, berqiamullail, bersedekah, berzikir sepanjang Ramadan, Allah menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.



Takbir ialah sebutan Allahu Akbar. Allahu Akbar maknanya kita kata dengan lidah sendiri bahawa "Allah yang terbesar".



Manakala yang lainnya ialah yang paling kecil yang mesti dipinggirkan bila bertembung dengan kehendak Allah. Betulkah pengakuan Allahu Akbar yang selalu kita sebutkan dalam azan, sembahyang dan laungan tertentu bahawa Allah itu Maha Besar, Maha Agung atau hanya kita sebutkannya dengan lidah sebagai satu tradisi saja? 

Hari Raya bukan tradisi ciptaan orang Melayu, bukan juga tradisi ciptaan orang Arab. Ia adalah kehendak agama. Islam minta kita bersukaria, yang kita panggil berhari raya.



Anak kecil, orang tua, orang sakit dan juga orang sihat, semuanya berasa seronok bila disebut hari raya. Kita kena faham, berhari raya itu sendiri adalah ibadah dan boleh pahala.



Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, kita tak boleh buat pandai-pandai.



Bila Allah Taala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut rukunnya.



Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki Allah.



Tak boleh dengan sebab kita berhari raya, maka kita meneguk minuman yang memabukkan kerana berseronok misalnya.



Tak boleh berjudi, tak boleh pergi ke tempat yang bercanggah dengan konsep hari raya menurut Islam.



Dalam berhari raya, memang menjadi satu fitrah manusia suka berseronok, tapi mestilah mengikut peraturannya.



Sebab itu, dalam jadual hari raya, kita diminta mandi dengan niat mandi sunat hari raya sebelum pergi ke masjid. Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang suci.



Tapi bila kita niat bahawa mandi itu adalah mandi hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.



Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah nak cari duit, nak cari harta. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah duit, 'mata wang' yang sangat berguna bila kita masuk ke dalam kubur.



Bila kita masuk ke dalam kubur, kita tidak mati seratus peratus, yang mati hanya tubuh. Dalam jisim kita ada roh.



"Dialah Tuhan yang telah meniup masuk ke dalam tubuh manusia rohnya". (maksud as-Sajdah: 9)



Allah Taala tiupkan masuk ke dalam tubuh manusia roh. Walaupun semua benda lain datang daripada Allah belaka, tapi oleh kerana roh ni benda mulia, maka Allah sandarkan roh kepada Dia sendiri.



Jadi, sebagaimana Allah tak mati-mati, kekal abadi, maka roh juga tak mati. Yang mati hanyalah tubuh.



Sebagaimana tubuh atas dunia ni berkehendak kepada makan minum, maka roh juga berkehendak kepada makan minum. Untuk makan minum di dunia ini kita terpaksa guna duit untuk beli beras, petrol, bayar sewa rumah. 

Tapi duit tidak laku lagi bila saja kita masuk ke dalam kubur. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.



Jadi, bila ada orang bercakap mengenai pahala, pahala, pahala, jangan buat main. Satu daripada cara kita mendapat pahala ialah selain daripada puasa, bertadarus, bertarawih ialah kita berhari raya. Di hari raya kita diminta khusus memakai pakaian cantik.



Seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa asalkan bersih.



Kita dapat pahala. Dan kita bawa anak-anak ke masjid, ke surau atau ke musalla. Saya sudah berusaha bertahun-tahun nak mengerjakan sembahyang hari raya bukan di masjid.



Kalau boleh, di padang yang luas seperti padang bola. Tapi dengan sebab iklim negeri Kelantan ini, kalau tak ada hujan pun ada air embun menyebabkan tak boleh dibuat di padang. Sepatutnya kita mengerjakan sembahyang hari raya di tempat yang luas, lapang.



Tapi ada halangan iklim. Sembahyang raya baik Aidilfitri ada bacaannya sepertimana dibaca Rasulullah s.a.w.



Sembahyang Hari Raya Korban pun ada bacaannya. Dalam sembahyang Aidilfitri, Rasulullah membaca surah Qaaf dalam rakaat pertama dan surah al-Qamar dalam rakaat kedua.



Kedua-dua surah ini menyentuh tentang kiamat. Kita dalam keadaan seronok, maka nabi kita baca tentang kiamat. Segala nikmat dunia ini akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.



Siapa yang hidup di dunia ini kena dengan kehendak al-Quran akan masuk syurga. Tak kena dengan kehendak al-Quran, baik masalah politik, rumah tangga dan sebagainya akan masuk neraka.



Jadi, kedua-dua surah ini akan jadi sebagai brek supaya kita tidak terlajak sangat dengan semangat bersukaria dan gelak ketawa pada Hari Raya kerana di depan kita ada pembalasan.



Di kiri kanan kita ada malaikat yang menulis. Allah pula Maha Tahu semua sekali. Begitu juga bacaan sembahyang raya korban juga menceritakan tentang urusan kiamat, kiamat, kiamat. Itu akan menyebabkan manusia hidup penuh berhati-hati.



"Kamu diminta bertakbir di hari raya kerana Allah berikan kepada kamu hidayat." Hidayat ialah Quran. Al-Quran adalah hidayat.



"Sebagai petunjuk untuk manusia seluruhnya". Saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Kelantan dan Malaysia tak kira Melayu, Cina, India dan sebagainya. Dan tolong berhati-hati kerana anak-anak kecil suka bermain mercun menyebabkan ada yang putus jari, buta dan melecur. Ini bukan cara orang Islam menyambut raya.



Begitu juga masalah jalan raya. Sekarang zaman orang nak cepat. Naik motokar dan motosikal nak cepat, yang menyebabkan banyak berlaku kemalangan maut.



Maka tolonglah jaga supaya hari raya tahun ini benar-benar menenangkan hati dan tidak menimbulkan masalah dalam masyarakat khasnya keluarga kita sendiri. Mudah-mudahan kita dianugerahkan oleh Allah kesejahteraan dunia dan akhirat.



Allaahu Akbar! Walillaahil Hamd.- mr_

Agama : Puasa Enam dan Persoalan mengenainya

Puasa Enam dan Persoalan mengenainya
Dilulus terbit pada Monday, October 06 @ 12:01:41 MYT oleh greenboc 
Oleh abuanas

"بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).


Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwas allam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi): 

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ... وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ . رواه مسلم.

Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan) : “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat. 
Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:


 مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا . رواه البخاري.


Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]
Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini. 


Dalil Puasa Sunat Enam Syawal. 





Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda: 



 مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.



Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164]. 





Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. 
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki- Nya.







Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.



Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.





Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”. 





Hukum Puasa Sunat Enam Syawal. 
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).





Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]
 





Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal? 
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata: 



 أَنَّ رَسُولَ اللهِ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ . رواه مسلم.





Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991]. 





Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal? 
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.





Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah: 
1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus? 

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. 





Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt: 
 وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ . آل عمران: 133



Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133] 





2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan. 



Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini. 





Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata: 
 كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ . رواه البخاري





Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.] 





Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan. 





Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” 





Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal. 



Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.





Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra. 





Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya” . [Syarah Sahih Muslim 8/22].



Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].




3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.
Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu? 
Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. 


Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]


Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut] 


Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.


Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.


Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw. 


Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal. 


Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan. 


Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:
 
إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا . رواه البخاري

Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]


Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.


و