Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Ahad, 21 Jun 2009

Kehebatan Surah QULHUAALLAH

Pengajaran 

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, 
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi 
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa 
kesedihan dan menunjukkan jalan yang
sebenar-benarnya. 
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.  


LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI 
APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA BUANG RISALAH 
INI SEBALIKNYA FOWARDKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN 
TERIMA KASIH. 
WASSALAM. 

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS 

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m'  

Tafsirannya:  
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, 
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana 
dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam 
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama 
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,  
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. 
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan 
ahad..) sebanyak 3 kali. 

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah... 
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah 
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat 
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan 
membantu kita menjawab persoalan kubur.  
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar 
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan 
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab 
salam malaikat itu. 

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w: 
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya 
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak 
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan 
Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah 
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad 
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita 
sehari.. 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 

Barangsiapa membaca
surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, 
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan 
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian 
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul 
Qurthuby).  
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara 
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang 
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan 
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya 
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali 
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya 
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab  
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali 
ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca surah 
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus 
Al-Quran. 

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000  
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.  

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya
setiap satu 
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.  

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, 
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah 
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan... 

Sabda Rasulullah SAW lagi: 

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di 
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, 
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan 
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. 

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali 
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke 
jumaat yang berikiutnya. . 

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak 
mengalami apa-apa kesusahan. 


Nota: 
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini 
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku 
walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 
3 perkara yang akan dibawanya bersama :  
1) Sedekah/amal jariahnya 
2) Doa anak-anaknya yang soleh 
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Selasa, 10 Februari 2009

Asal Usul Solat

ASAL USUL SOLAT 

SUBUH: 
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat. 
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. 
Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma. 

ZOHOR: 
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. 
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan . 
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya . 
Rakaat ketiga :- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah. 
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. 

ASAR: 
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: 
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan. 
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut . 
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam. 
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun . 

MAGHRIB: 
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: 
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. 
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. 
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga. 

ISYAK: 
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. 
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya. 
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. 
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun. 
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .  


Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat
Semoga dengan memahami bacaan
Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat. 

Allah Maha Besar 
( Takbiratulihram) 

Doa Iftitah 
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam. 

Al-Fatihah 
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat. 

Bacaan ketika rukuk 
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya. 

Bacaan ketika bangun dari rukuk 
Allah mendengar pujian orang yang memujinya. 

Bacaan ketika iktidal 
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. 

Bacaan ketika sujud 
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya. 

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud 
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku. 

Bacaan ketika Tahiyat Awal 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 

Bacaan ketika Tahiyat Akhir 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. 

Doa Qunut 
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya . 



'Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu .'ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia' 

  


AKAN KUSAMPAIKAN WALAU SEBARIS AYAT

Rabu, 28 Januari 2009

Istighfar sebagai amalan

Jadikan Istighfar sebagai amalan 
SUATU hari Hassan Al Bashri, salah seorang tabiin didatangi oleh seorang
lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang
kerana sudah lama tidak hujan.

Maka Hassan berkata, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Kemudian datang pula seorang lagi sahabatnya yang mengadu bahawa
dirinya ditimpa kemiskinan.

Sekali lagi, Hassan menjawab, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar
dikurniakan anak dan jawapan Hassan ialah ``beristighfarlah kepada Allah.''

Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang
tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar.

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu
mereka bertanya kepada Hassan mengapa semua masalah itu hanya dapat
diselesaikan melalui istighfar.

Hassan berkata, ``Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka.
Tetapi, berdasarkan firman Allah dalam surat Nuh ayat 10-12 yang
bermaksud:

``Maka aku katakan kepada mereka,'' Mohonlah ampun kepada Tuhanmu,
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan
mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan
anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula
di dalamnya) untukmu sungai-sungai. ''

Apa yang dinyatakan oleh Hassan itu seolah-olah tidak berlaku pada zaman
sekarang yang lebih banyak melihat sesuatu yang berlaku itu secara akal
fikiran atau rasional semata-mata.

Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita, tidak pernah dianggap sebagai
akibat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Lanjutan itu, dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah kita
hakikatnya hanya mencipta masalah baru.

Sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah As-Syura ayat 30 yang
bermaksud: ``Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah
disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan
sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan mu).''

Peringatan Allah ini sebenarnya tidak pernah dipedulikan oleh sebahagian
daripada kita, sebaliknya kita lebih banyak menggunakan kekuatan fikiran
untuk menyelesaikan masalah.

Istighfar hakikatnya adalah jalan terbaik untuk memberi kita petunjuk
dalam menyelesaikan apa juga masalah yang kita hadapi.

Ia akan menimbulkan keinsafan dan ia akan mendorong kita menghentikan
perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa.

Sama ada kita hendak mengakui atau tidak, kita sering melupakan azimat
Allah ini sehingga setiap kali kita menghadapi apa juga masalah kita
terlupa
untuk beristighfar kepada-Nya.

Justeru marilah kita menjadikan istighfar sebagai amalan tetap kita
seharian, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Rabu, 24 Disember 2008

Rahsia Kejayaan Rasulullah - Sehingga Tumbangnya Rom Dan Parsi

Rahsia Kejayaan Rasulullah

Rasulullah SAW adalah contoh segala contoh. Baginda adalah contoh dalam hal ibadah, taqwa, contoh dalam hal akhlak, perjuangan, jemaah, pengorbanan, kasih sayang, pendidikan dan sebagainya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu..." (Al Ahzab: 21)

Mari kita gambarkan sebahagian contoh dari Rasulullah SAW itu agar dapat kita contohi. Agar dapat kita ikut serba sedikit apa yang dibuat oleh Rasulullah SAW itu. Di sini kita akan sebutkan dua perkara tentang Rasulullah SAW:

1. Rasulullah SAW tidak bersekolah
2. Rasulullah SAW diutus kepada bangsa Arab yang juga tidak bersekolah

Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah..." (Al Jumu'ah: 2)

Jadi gurunya tidak bersekolah, murid-muridnya pun tidak bersekolah. Guru tidak belajar, murid juga tidak belajar. Yang luar biasanya, apa yang Rasulullah SAW ajarkan kepada bangsa yang tidak ada pelajaran itu, boleh menggugat dunia. Hingga boleh jadi empayar. 
 
Apa rahsianya? Ini perkara penting yang hendak kita perkatakan.
Rasulullah SAW seorang rasul tidak pernah belajar dengan mana-mana guru. 
 
Sebab itu baginda dikatakan ummiy. Rasulullah SAW tidak menulis dan tidak membaca. Padahal agama yang terakhir di waktu itu ialah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Isa. 
 
Ertinya ulama-ulama Islam masa itu masih wujud iaitu pendeta-pendeta yang menganut ajaran Nabi Isa. Peliknya, Rasulullah SAW tidak belajar langsung dengan ulama-ulama semasa itu.
 


Apa hikmahnya berlaku demikian? Kalau baginda belajarlah sedikit, sekurang-kurangnya ilmu yang asas-asas, apalah salahnya. Tetapi yang asas pun tidak. 
 
Padahal agama yang akan dibawa oleh Rasulullah SAW sama dengan yang dibawa Nabi Isa terutama tentang ketuhanan. Cuma yang berbeza syariatnya sahaja. Ikut logiknya, apa salahnya jika Rasulullah SAW belajar sedikit dari ulama-ulama semasa itu, sedangkan agama yang hendak dibawa adalah sama.

Di antara hikmah mengapa Rasulullah SAW tidak pernah belajar ialah:
1. Kalau Rasulullah SAW pernah belajar, nanti ada musuh boleh mencelah dengan menuduh Rasulullah SAW bukan dapat wahyu. 
 
Setidak-tidaknya, mereka akan kata, ilmu Rasulullah SAW itu sebenarnya separuh wahyu dan separuh lagi hasil belajar dari ulama-ulama di zaman itu. Ini bahaya terutama untuk jangka panjang. Itu pun memang ada orang Yahudi yang menuduh Rasulullah SAW pernah belajar dengan pendeta-pendeta Kristian dan Yahudi. Itulah hikmahnya Rasulullah SAW tidak belajar langsung dengan pendeta-pendeta agama Nabi Isa itu.

2. Agar nampak kebesaran Tuhan. Agar nampak Maha Besar dan Maha Kuasanya Tuhan. Betapa Tuhan mampu memberi ilmu terus kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan manusia. 
 
Oleh kerana Rasulullah SAW tidak pernah belajar dari mana-mana guru, walaupun ada percubaan menuduh bahawa baginda pernah belajar, usaha-usaha itu gagal. Fakta sejarah yang mereka bawa jelas adalah bohong dan direka-reka. Di sinilah nampak kepada kita Maha Kuasanya Tuhan. Dia boleh mengajar langsung kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan manusia..

Walaupun Rasulullah SAW diutuskan untuk semua manusia, tapi awalnya baginda diutus kepada bangsa Arab. Mengapa? Rasulullah SAW diutus kepada bangsa Arab yang mundur, tidak tahu menulis, tidak tahu membaca, serta jauh daripada ilmu dan tamadun. 
 
Sudahlah begitu, mereka jahat, keras hati, pengotor, berpecah belah, suka berkelahi, bergaduh dan berperang. Selalu berlaku, dengan sebab seekor unta, mereka berperang atau bermusuhan berpanjangan sampai beratus tahun. 
 
Kalau kerana bangsa atau negara, bolehlah tahan. Ini kerana seekor unta, bersambung permusuhan kepada anak, cucu, cicit, piut dan generasi seterusnya sehingga lahirnya Rasulullah SAW. Di waktu itu juga sudah ada dua bangsa yang maju dan bertamadun, yang menguasai Timur dan Barat iaitu Rom dan Parsi. 
 
Rom dan Parsi telah menjajah bangsa Arab. Dalam keadaan begitu, Allah utuskan Rasul kepada bangsa Arab yang lemah dan dhaif seperti digambarkan tadi.

Mengapa Allah utuskan Rasulullah SAW kepada bangsa Arab dan bukan kepada bangsa Rom dan Parsi? Hikmahnya, kalau Rasulullah SAW diutus kepada bangsa Rom dan Parsi yang sudah maju, bertamadun, pandai membaca dan menulis, sejarah akan kata, patutlah pimpinan Rasulullah SAW cepat maju, cepat bertamadun dan cepat menguasai dunia sebab Rom dan Parsi memang bangsa yang maju, pandai dan bertamadun. Nanti tidak nampaklah kebesaran Allah, Rasulullah SAW dan Islam.

Rasulullah SAW diutus kepada bangsa Arab yang jahat, keras hati, tidak tahu membaca, tidak tahu menulis, tidak bertamadun, berpecah belah tetapi baginda boleh selesaikan masalah-masalah itu dalam tempoh 23 tahun. 
 

 
Ini tentulah luar biasa. Bangsa Arab itu telah berjaya diubah menjadi bangsa yang pandai, bertaqwa, bersatu padu, berkasih sayang, bekerjasama, dikasihi manusia, berjaya membina tamadun dan boleh menguasai manusia. Maka terlihatlah luar biasanya Tuhan, Rasulullah SAW dan Islam.

Apakah rahsia kejayaan Rasulullah itu? Mari kita belajar dari baginda. Kita sedang berhadapan dengan orang Islam, khususnya orang Melayu. Walaupun berada di dunia kemajuan, tetapi kita berhadapan dengan dunia yang paling maju. Kita tidak mampu untuk mencabar kemajuan Amerika, Eropah atau Yahudi. 
 
Sudahlah begitu, kita umat Islam, selalu bergaduh dan berperang sesama sendiri. Ertinya umat Islam hari ini tidak ubah seperti bangsa Arab Badwi, berhadapan dengan Rom dan Parsi di waktu itu. Jadi pemimpin-pemimpin umat Islam hari ini jika hendak bangunkan semula orang-orang Islam, mesti contohi Rasulullah SAW.
 
Apa yang berlaku, sehingga hari ini, tiada siapa pemimpin yang mahu mengambil contoh dari Rasulullah SAW. Bahkan kebanyakannya masih mencontohi Yahudi, Amerika atau Barat.. Padahal negara-negara umat Islam sudah lama merdeka. Ada yang sudah 50 tahun dan ada yang sudah 100 tahun merdeka tetapi masih hina, masih tertinggal dan masih berpecah belah kerana tidak mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh.

Apakah anak kunci kepada kejayaan Rasulullah SAW sehingga bangsa Arab yang begitu mundur, jahat dan ketinggalan waktu itu, mampu diproses hanya dalam tempoh 23 tahun? 
 
Sehingga mereka dapat mengatasi Rom dan Parsi. Rahsia inilah yang perlu kita ketahui supaya dapat kita contohi untuk dapat pula kita bangunkan semula umat Islam sama ada orang Melayu, orang Arab dan lain-lainnya. Insya-Allah, jika kita contohi Rasulullah SAW, dalam masa yang pendek, kita akan dapat hasil yang sama dengan apa yang telah dicapai oleh baginda.
 


Cuba lihat, kalau kita baca ayat-ayat Al Quran yang Rasulullah SAW guna untuk mendidik bangsa Arab, ayat pertama yang Rasulullah SAW guna, bukan ayat yang berkaitan dengan ekonomi. Baginda berjuang juga tidak bermula dari kebudayaan atau kemajuan. Tapi dimulakan dengan: 
Maksudnya: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu..." (Al Alaq: 1)

Dari ayat ini ada dua perkara yang penting iaitu:
1. Ilmu
2. Tuhan

Kedua-dua perkara ini digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mendidik bangsa Arab. Iaitu Baginda beri ilmu dahulu, kemudian beri Tuhan. Bila ada ilmu maka dapat miliki Tuhan, dapat buat kemajuan dan rasa bersama serta sifat bekerjasama akan datang sendiri. 
 
Anak kuncinya adalah Tuhan. Dari membaca dapat ilmu. Dari ilmu lahir perlaksanaan. Dari perlaksanaan lahir kemajuan dan dari kemajuan, lahirlah tamadun.

Dari ayat ini, Tuhan mengajak umat Islam supaya membaca atas nama Tuhan, mencari ilmu atas nama Tuhan, melaksanakan ilmu atas nama Tuhan, buat kemajuan, bina tamadun, berekonomi, berjemaah dan bekerjasama atas nama Tuhan. 
 

 
Buat apa pun mesti atas nama Tuhan.
Tentang ilmu, tidak perlu kita bahas sangat. Walau tidak didorong pun, orang memang hendak pandai dan hendak belajar. Tetapi untuk beri Tuhan, itulah yang susah. Rasulullah SAW hendak beri Tuhan itu, bukan sekadar untuk aqidah cukup makan.. 
 
Kita sudah belajar bahawa Tuhan wujud. Wujudnya Tuhan tidak ada permulaan, tidak serupa dengan yang baharu, tidak didahului oleh tiada dan Tuhan itu berkuasa. Ini hanya aqidah untuk cukup makan. 
 
Aqidah yang begini, apakah boleh menyebabkan orang takut dan cintakan Tuhan? Siapa boleh akui bahawa dia sudah cinta dan takut dengan Tuhan? Rasa malu, rasa hina dengan Tuhan? Merasakan Tuhan segala-galanya, hingga tanpa ada Tuhan, tidak boleh hidup? Merasa Tuhan diperlukan sepanjang masa. 
 
Tiada siapa yang merasa demikian.
 
Aqidah kita, kalau hanya cukup makan, ia diibaratkan seperti makan nasi tanpa lauk. Aqidah kita hanya sekadar agar jangan jadi kafir. Padahal Tuhan itu patut ditakuti dan dicintai. Sepatutnya kita rasa bahagia dengan Tuhan, rasa bahagia bersandar dengan Tuhan. 
 
Jadi yang dimaksudkan kerja hendak bagi Tuhan kepada manusia mesti sampai ke peringkat ini. Bukan sekadar beri aqidah cukup makan. Kalau aqidah cukup makan, kita akan bergaduh, berperang, tidak boleh bekerjasama, tidak boleh bersatu, tidak boleh maju dan tidak boleh tumbangkan musuh. 
 
Yang menyedihkan, hari ini, yang dikatakan ulama-ulama itu pun aqidahnya hanya setakat cukup makan. Bagaimana mereka hendak mengajar manusia?

Kalau ulama itu aqidahnya hanya setakat cukup makan, apa yang diberinya pada orang, apa yang diajarkan juga adalah aqidah cukup makan. Sebab itu perjuangan Rasulullah SAW ada dua peringkat yakni:

1. Perjuangkan Tuhan selama 13 tahun, padahal Tuhan itu Esa, tidak banyak.
2. Rasulullah SAW perjuangkan syariat selama 10 tahun sahaja sedangkan syariat itu beribu-ribu banyaknya.

Rasulullah perjuangkan Tuhan selama 13 tahun di era Mekah sehingga Sahabat-Sahabat takut dengan Tuhan, cinta dengan Tuhan, rasa besar dengan Tuhan, rasa bahagia dengan Tuhan dan rasa seronok berkawan dengan Tuhan. Sebab itu pengaruh dunia langsung tidak masuk ke hati mereka. Kerana itulah mereka boleh bersatu, bekerjasama, sanggup jual seluruh dunianya untuk Tuhan.
 

 
Mereka rasa cukup apabila dapat Tuhan. Yang lain jadi kecil.
Bila takut dengan Tuhan, semua dikorbankan. Kerana cintakan Tuhan maka mereka tidak terpengaruh dengan cinta dunia, cinta duit atau cinta pangkat. 
 
Oleh kerana sudah tidak hendakkan dunia kerana Tuhan, Tuhan beri mereka dunia. Ini rahsianya. Selagi umat Islam cinta dunia, mereka bukan sahaja akan bergaduh, berebut sesama sendiri, bahkan dengan anak isteri pun boleh bergaduh. Kerana harta bergaduhlah adik-beradik. 
 
Inilah akibatnya bila cinta Tuhan sudah beralih kepada cinta dunia. Sebab itu Tuhan tidak serahkan bumi ini kepada orang Islam, tetapi diberi kepada orang kafir. Biarlah orang kafir bergaduh pasal dunia.

Jadi rahsia agar umat Islam berwibawa dan dapat kuasai dunia ialah kita mestilah takut dan cinta pada Tuhan. 
 
Untuk didik orang agar takut dan cintakan Tuhan itu bukan boleh dibuat oleh sebarang pemimpin. Kalau zaman dahulu Rasul saja yang buat kerja ini. Selepas itu, mujaddid sahaja yang mampu buat. 
 
Sebab itu, dengan rahmat Tuhan, di setiap awal kurun, ada mujaddid. Bila datang awal kurun, umat Islam wajib cari pemimpin mujaddid ini. Bila jumpa, mesti taat padanya sebab hendak bersandar dengan ulama sudah tidak boleh sebab ulama pun aqidahnya hanya cukup makan.

Jadi rahsia umat Islam hendak bangun semula, jangan mulakan dengan ekonomi atau dengan kemajuan, tapi mestilah bermula dengan memberi Tuhan.. 
 
Beri tarbiah bab Tuhan sampai datang rasa takut dan cintakan Tuhan. Anak kuncinya adalah Tuhan. Dapat Tuhan, dapat segala-galanya. Dapat Tuhan, Tuhan akan serah dunia.
 
 Buktinya orang Arab, bila dapat Tuhan maka mereka dapat kekuatan luar biasa. Akhirnya dapat menjadi empayar dunia. Inilah yang sudah dilupakan umat Islam. Mereka berjuang bermula dari ekonomi, bukan bermula dari mendapat Tuhan.
 
Dari Minda Abuya

Al Quran sebagai pembela

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
 
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
 
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Soal Jawab

QADHA PUASA DAN FIDYAH UNTUK SI MATI 

Soalan; ustaz, saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan kita boleh menqadakan puasa ahli keluarga kita yang telah meninggal. Soalan saya ialah :-



1. Bolehkan kita menqada puasa untuk ahli keluarga yang telah meninggal?



2. Saya tidak pasti selama berapa hari arwah meninggalkan puasa ketika masih hidup dan sejak bila dia tidak berpuasa. Bagaimankah harus saya menqadakan puasa tersebut untuk arwah?



3. Saya telah meninggalkan puasa kerana datang haid dan saya ingin menqada puasa yang telah saya tinggalkan. Bolehkan saya berniat qada untuk diri saya dan niat qada untuk arwah secara serentak " Sahaja aku qada ramadhan untuk diri ku serta arwah datukku, fardhu atas aku kerana Allah Ta'ala"



4. Bagaimana pula dengan fidyah bagi orang yang telah meninngal? Bolehkan fidyah puasa saya dibayar serentak dengan fidyah arwah? Jika fidyah yang harus saya bayar ialah 1330 cupak beras untuk diri saya dan katakanlah fidyah arwah ialah 100 cupak beras untuk dirinya, bolehkan saya membayar serentak?



5. Adakah harus saya berniat untuk membayar fidyah? Jika ya, apakah niatnya?
Saya amat berharap agar ustaz dapat menjelaskan kemusykilan agar saya menjalankan ibadat ini tanpa syak.
Terima kasih.

Jawapan;

1. Harus mengqadha puasa bagi pihak si mati kerana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesiapa mati dan tertanggung atas dirinya qadha puasa, maka walinya (ahli keluarganya) hendaklah berpuasa untuknya” (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan Abu Daud dari Aisyah r.a.).

2. Jika tidak pasti secara tepat bilangan hari yang ditinggalkan, berpuasalah dalam jumlah hari yang sekira-kira diyakini telah menampung atau melebihi jumlah hari yang ditinggalkan itu. Keputusan yang dibuat berdasarkan dzan yang ghalib (yakni sangkaan yang kuat) adalah diterima di dalam Islam bagi aspek amali atau fiqh sekalipun tidak sama seperti yang dibuat berdasarkan yang yakin/pasti.

3. Dua ibadah yang mempunyai maksud dan tuntutan yang berbeza tidak harus disatukan di dalam satu perbuatan atau satu ibadah sahaja. Kerana itu dua puasa qadha tidak harus dilakukan bersekali, sebaliknya hendaklah diasingkan. Jadi, jika saudara ingin berpuasa untuk ahli keluarga yang meninggal, hendaklah saudara asingkan dari puasa qadha untuk saudara. Namun demikian, dari sudut pahala, ibadah yang dilakukan oleh seorang anak pahalanya akan diperolehi oleh bapa yang telah meninggal sekalipun si anak tidak meniatkannya untuk bapa. 

4. Kedudukan fidyah juga sama seperti di atas.

5. Semua ibadah tidak sah melainkan dengan niat kerana Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang masyhur; “Sesungguhnya segala amalan dengan niat” (HR Bukhari dan Muslim). Maka mengeluarkan fidyah juga wajib disertai dengan niat. Niat tempatnya ialah di dalam hati, yakni yang wajib ialah meniatkan di dalam hati bahawa beras (atau wang) yang dikeluarkan itu adalah fidyah (bagi si mati atau bagi diri sendiri). Adapun melafazkan dengan lidah, tidaklah wajib. Ia sunat sahaja menurut mazhab Syafi’ie dan kebanyakan ulamak berpendapat; tidak perlu lafaz lidah.

Wallahu a’lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 4:11 PM 0 comments  

Labels: Ibadah 
Thursday, October 16, 2008


SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG 

Soalan; ustaz, apakah perbezaan solat dalam kenderaan dan solat hormat waktu. Saya sering keluar negara dengan menaiki kapalterbang dan saya bersolat ketika saya yakin waktu solat telah masuk dengan cara duduk di atas tempat duduk penumpang (mengikut arah perjalanan kapal terbang). Selalunya saya buat secara jamak & qasar. Saya berpendapat yang saya dalam keuzuran dan tidak mampu melakukan solat secara sempurna. Tetapi saya terbaca dalam satu artikel bahawa sembahyang seperti itu cuma dikira sebagai solat menghormati waktu yang mana solat itu perlu dilakukan semula setelah perjalanan selesai. Jika demikian adakah saya perlu saya meng'qada' semua solat itu semua?Sekian, terima kasih.

Jawapan;

Orang berada di atas kapal laut, kapal terbang, keretapi dan sebagainya, jika ia dapat turun atau berhenti, wajiblah ia turun atau berhenti untuk menunaikan solat. Jika tidak, hendaklah ia menunaikan solat di atas kenderaan-kenderaan itu jika dibimbangi akan habis waktu jika ditunggu hingga sampai ke destinasi. Semasa mengerjakan solat itu, jika ia dapat/mampu berdiri wajiblah ia berdiri. Jika tidak mampu –kerana takut terjatuh, tenggelam, loya, tiada ruang untuk berdiri atau sebagainya, harus ia melakukannya sambil duduk. Bagi kiblat pula, jika ia dapat mengadap ke arah kiblat, wajiblah ia mengadap ke arahnya. Jika di tengah solat, kapal/kenderaan beralih dari arah kiblat, dimaafkan. Jika ia tidak mampu mengadap ke arah kiblat, hendaklah ia mengadap ke arah mana yang boleh. Begitu juga dengan rukun-rukun yang lain, hendaklah dilakukan mengikut kemampuan. Di dalam kaedah fiqh ada ditegaskan al-Masyaqqah tajlibu at-Taisir (kepayahan akan mendapat kemudahan), yakni orang yang dalam kepayahan diberi kemudahan atau kelonggaran oleh Syarak. Dalil bagi kelonggaran tersebut ialah beberapa hadis Nabi s.a.w., antaranya;

1. Sabda Nabi s.a.w.; “Hendaklah kamu tunaikan solat dengan berdiri. Jika tidak mampu, tunaikan dengan duduk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan mengiring di atas rusuk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan isyarat” (HR Imam al-Bukhari dari ‘Imran bin Hushain r.a.)

2. Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang lelaki; “Bagaimana hendak saya tunaikan solat di dalam perahu/kapal laut?”. Baginda menjawab; “Tunaikan dengan berdiri kecuali jika kamu bimbang akan tenggelam” (HR Imam ad-Daruqutni dan al-Hakim. Menurut al-Baihaqi; hadis ini hasan. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 5009).

Adakah solat yang dilakukan dengan rukhsah (yakni dengan mengambil kemudahan dan kelongaran) tadi perlu diulangi semula? Jawapannya; tidak perlu. Ibadah yang wajib, jika telah dilaksanakan mengikut yang termampu dilakukan (walaupun dengan meninggalkan sebahagian syarat atau rukunnya kerana tidak berupaya dilakukan, bukan kerana sengaja untuk bermain-main atau mempermudah- mudahkan agama), sahlah ibadah itu dan tidak perlu lagi diulangi. Inilah pandangan Imam al-Muzani (seorang murid terkenal Imam Syafi’ie)[1] dan di sokong oleh Imam an-Nawawi kerana menurut beliau; pandangan ini paling kuat dari sudut dalilnya kerana Allah berfirman; “Maka bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu” (at-Taghabun; 16). Dan Nabi s.a.w. pula bersabda; “Apabila aku perintahkan kamu dengan suatu urusan, maka lakukanlah mengikut yang termampu oleh kamu” (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Jadi berdasarkan pandangan Imam al-Muzani di atas, tidak ada yang dikatakan solat hormat waktu (yakni solat yang dilakukan semata-mata untuk menghormati waktu solat, bukan untuk menggugurkan tuntutan solat) kerana solat yang dilakukan dengan rukhsah itu telahpun sah dan dikira oleh Syarak kerana ia dilakukan mengikut kadar kemampuan yang ada.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jil. 4, Kitab al-Haidh, bab at-Tayammum.
2. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 322.

Nota kaki;

[1] Khusus mengenai solat fardhu, Imam al-Muzani berkata; “setiap solat yang wajib dilaksanakan di dalam waktunya sekalipun dilaksanakan dengan terdapat suatu kekurangan, tidak wajib diulangi semula”. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jil. 4, Kitab al-Haidh, bab at-Tayammum) .

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 11:48 PM 0 comments  

Labels: Ibadah

Perkahwinan Antara Adik beradik

PERKAHWINAN ANTARA ADIK-BERADIK 

Soalan; saya pernah membaca buku soal jawab berkenaan hukum perhubungan adik beradik tiri dibolehkan syarak berkahwin kerana berlainan bapa.Setelah sekian lama, kawan saya mengutarakan perkara yang sama dan jawapan yang diberikan saya adalah sah. Berlaku perbezaan pendapat antara saya berdua. Walaupun ibu dan susu yang sama, tetapi berlainan bapa. Sila ustaz jelaskan supaya saya berada dilandasan yang sebenarnya.



Sekian, terima kasih.

Jawapan;

Tidak harus berkahwian sesama adik-beradik sama ada seibu-sebapa, sebapa sahaja atau seibu sahaja kerana antara satu sama lain adalah mahram muabbad (yakni orang yang haram dikahwini buat selama-lamanya) . Firman Allah (bermaksud); “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu (di pihak bapa), dan ibu-ibu saudara kamu (di pihak ibu), dan anak-anak perempuan bagi saudara lelaki kamu, dan anak-anak perempuan bagi saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu yang telah menyusukan kamu (yakni ibu susuan), dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah maha pengampun, lagi maha mengasihani” (an-Nisa’; 23).

Di dalam ayat di atas, Allah telah mengharamkan secara keseluruhan berkahwin dengan saudara-saudara perempuan, maka ia merangkumi semua saudara perempuan sama ada yang seibu-sebapa, sebapa sahaja atau seibu sahaja.

Mungkin adik-beradik tiri yang dimaksudkan oleh fatwa yang saudara baca itu bukanlah adik-beradik seibu tetapi adik-beradik sabit iaitu hubungan adik-beradik yang timbul kerana perkahwinan antara seorang duda dan seorang janda. Hubungan antara anak duda dan anak janda itu dianggap oleh adat sebagai adik-beradik, namun di sisi Syarak mereka tidaklah adik beradik. Maka kerana itu harus berlaku perkahwinan antara mereka berdua kerana tidak ada sebarang ikatan persaudaraan nasab antara keduanya. Adapun perkahwinan antara adik-beradik seibu atau sebapa telah jelah pengharamannya oleh Syarak di dalam ayat tadi.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tafsir al-Jalalain.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 2:15 PM 0 comments  

Labels: Muamalat (Keluarga)

Salam

1. hukum saudari bersalam dengan bapa saudara suami tidak haram.
2. hukum sepupu suami (remaja perempuan) cium suami saudari adalah haram kerana suami saudari boleh berkahwin dengannya dan batal air sembahyang.
3. soalan saudari yang ketiga pun hukumnya haram.
 
untuk lebih penjelasan, sila bertanya kepada ustaz atau ustazah yang bertauliah. sekiranya hukum yang jelaskan di atas salah, siapa yang lebih jelas, bolehlah perbetulkan. 

--- On Mon, 11/24/08, Mawar Lina wrote:
From: Mawar Lina
Subject: ^blalang^ Fw: Aurat dan hukum bersalam
To: blalang_group@ yahoogroups. com
Date: Monday, November 24, 2008, 11:35 PM


--- Pada Sel, 25/11/08, Mawar Lina menulis:
Daripada: Mawar Lina
Subjek: Fw: Aurat dan hukum bersalam
Kepada: "Blalang"
Tarikh: Selasa, 25 November, 2008, 7:06 AM


--- Pada Isn, 24/11/08, Mawar Lina menulis:
Daripada: Mawar Lina
Subjek: Aurat dan hukum bersalam
Kepada: "Blalang"
Tarikh: Isnin, 24 November, 2008, 8:31 AM
Saya ingin pendapat kawan-kawan semua tentang persoalan mengenai aurat @ muhrim. Adakah kita di bolehkan bersalam dengan bapa saudara suami? Apakah hukumnya jika sepupu suami saya (remaja perempuan) mencium pipi suami saya ? Apakah hukum adik ipar lelaki (adik suami saya dan suami adik perempuan saya) menghulurkan tangan untuk bersalam dengan saya. Tolong ya..saya musykil.

Etika Kerja

- ETIKA KERJA ISLAM -

Islam tidak suka umatnya menganggur dan hanya menunggu rezeki disuapkan ke mulut. Sebaliknya Islam menuntut umatnya bekerja mencari rezeki halal bagi menyara diri sendiri dan keluarga. Disebabkan itu, terdapat lima etika kerja yang perlu dipatuhi bagi memastikan bahawa rezeki yang kita dapat itu ada keberkatannya:

IKHLAS DAN AMANAH
Bekerjalah dengan penuh kerelaan, suci hati untuk mendapatkan keredaan Allah. Bersyukurlah juga kerana dengan kerja yang kita lakukan, kita dapat menyumbang tenaga untuk pembangunan negara. Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia." (Riwayat Al-Quda)

CEKAP DAN TEKUN
Antara ciri-ciri pekerja yang baik adalah cekap dan tekun. Ini selaras dengan sabda Rasulullah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun." (Riwayat Al-Baihaqi)

BEKERJASAMA
Kita tidak mungkin dapat melakukan kerja sendirian, sebaliknya kita juga memerlukan orang lain untuk melancarkan kerja. Kerana itulah perlunya sikap saling bantu-membantu untuk menjamin kejayaan dalam kerja. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan." (Surah Al-Maidah:2)

MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH
Dalam melaksanakan kerja, amat penting untuk kita tanamkan dalam hati, bahawa kerjaya itu adalah amanah Allah. Kerja itu juga adalah sebahagian ibadah kita kepada Allah. Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai sekalian manusia, sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahalu daripada kamu supaya kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah:21)

PEKERJAAN HALAL
Hal ini juga tdak kurang penting kerana setiap wang yang kita peroleh akan menjadi darah daging kita. Justeru, pastikan bahawa kerja yang halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak kerana daging (tubuh) yang tumbuh dari makanan yang haram, akan jadi makanan api neraka!

Asal-usul dosa, kenapa manusia jadi derhaka?

 
  
   


"Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan. Saya percaya umat Islam tidak mudah disyirikkan, " kenyataannya di Bernama dipetik.






Beliau diminta mengulas pelbagai pandangan dan kekeliruan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam kerana ia melibatkan unsur mantera dan pemujaan.






Dalam khutbah Hujjatul Wida' ada disebutkan Rasulullah s.a.w bahawa iblis dan syaitan telah pun berputus-asa dalam memperdayakan kita dalam hal-hal besar seperti syirik dan kita diminta berawas dalam hal-hal yang kecil sahaja.






Mungkin, yang dimaksudkan oleh baginda itu menyangkut persoalan menyembah berhala secara terang-terangan. Pemujaan kubur untuk meminta nombor ekor misalnya dilakukan secara senyap-senyap, bukan lagi secara terang-terangan. Ini mungkin contohnya.






Tapi ternyata amalan syirik tetap juga berleluasa dalam masyarakat kita hari ini walaupun Abdullah berkata umat Islam tak mudah disyirikkan. Mungkin beliau merujuk hal itu ke atas amalan yoga sahaja.






Abdullah sepatutnya melihat amalan syirik ini dengan lebih meluas lagi. Misalnya, masih ada ramai orang-orang Melayu yang memuja kubur, memasang colok lilin, memuja-muja nama wali itu dan ini lalu mendewa-dewakan mereka untuk menurun nombor ekor.






Bukankah amalan ini syirik juga dan amalan syirik ini bermula dengan sikap orang-orang kita yang gemar menikam nombor ekor? Lalu terbatallah ungkapan Abdullah di atas iaitu umat Islam di negara ini tidak mudah disyirikkan.






Beza yoga dan judi
Antara yoga dan judi nombor ekor memang ada persamaan dan perbezaan. Amalan yoga dihukum syirik jika setiap langkahnya diiringi mantera. Sikap menurun nombor ekor juga diiringi ucapan mantera, seruan nama-nama 'wali'. Maka, di situlah persamaannya.






Bezanya.. yoga diamalkan atas tujuan meningkatkan kesihatan tubuh badan, melancarkan aliran darah. Sedangkan amalan menurun nombor ekor itu terbangun menerusi keinginan mahu jadi kaya. Yoga untuk kesihatan, menikam ekor untuk kekayaan. Itu bezanya.






Menurut sesetengah orang, amalan yoga melahirkan ketenangan. Maka manusia Barat itu pula belajar ilmu yoga dengan tujuan meditasi, guna meraih ketenangan hati dan tenteram di jiwa. Kata orang juga, dengan kekayaan itu hati boleh tenteram. Benarkah begitu?






Sebenarnya, menyalahgunakan kekayaan atau mencari kekayaan melalui jalan yang salah itulah punca kenapa jiwa menjadi makin tak tenteram. Merompak, merasuah, membunuh wanita Mongolia cuma kerana mahu melarikan wang komisen dan lain-lain adalah punca kepada terbentuknya jiwa yang semakin tidak tenteram.






Jiwa tidak tenteram, lahir gejala maksiat?
Apabila jiwa mulai dibuai gelisah dan tidak tenteram seperti biskan tidak mahu miskin, seseorang itu akan merompak, merasuah sebagai pelaburan untuk dapatkan projek lebih besar dan menerima rasuah sebagai cara menambahkan lebih banyak harta kekayaan.






Seorang gadis yang tak menutup aurat agar dirinya kelihatan cantik berasa tidak tenteram pula ketika dirinya kerap digoda lelaki. Mulanya wanita itu menjatuhkan rambutnya yang direbondingkan dengan rawatan minyak panas guna mencairkan hati lelaki agar dijadikan pasangan kekasih. 

Dia tak menutup aurat dengan tujuan mahu mengajaknya berzina. Lama-kelamaan, barah ini membudaya lalu merebak kepada amalan bersekedudukan. Barah amalan berpeleseran ini akhirnya bertukar menjadi 'trend' seks bebas, saling bertukar-tukar pasangan.






Maka generasi muda berikutnya akan melihat semua ini sebagai suatu budaya yang boleh diterima. Tetapi ada kalangan mereka yang akhirnya diperkosa lalu mereka jadi serik lagi untuk berlagak sebagai wanita yang cantik berdandan dan berhias-hias.






Asal-usul pengkid
Akhirnya, wanita yang telah diperkosa ini mengubah wataknya sebagai lelaki dengan niat dan tujuan menyelamatkan dirinya daripada terus-menerus menjadi korban mangsa nafsu liar lelaki. Dengan ini, wujud gejala baru lain pula; bersenggama sesama wanita






Gadis-gadis muda lebih selesa bersenggama dengan pengkid atas alasan mereka tak akan mengandung kerana tindakan itu dilakukan bersama-sama wanita saja. Ini alasan mereka. Maka niat melampiaskan nafsu syahwat itu tetap ada. Hanya, ia dibancuh dengan warna perlakuan gelap yang sedikit berbeza.






Kita mungkin boleh mengeluarkan fatwa, menjatuhkan hukum tetapi seperti yang disebut oleh pimpinan Ikhwan Muslimin, 'kita adalah pendakwah dan bukan penghukum'. Semua ini bukan merawat gejala rohani secara keseluruhan. Di sini kita perlu lebih ramai ilmuan sufi yang menyampaikan bimbingan daripada ilmuan fikah yang melontarkan hukum.

Hendaklah kita ingat, bahawa semua ini adalah warisan penyakit yang timbul kesan dari gejala rohani yang tidak seimbang.






Penyakit-penyakit rohani perlu dirawat lewat nasihat dan sesi kaunseling yang berterusan dan kita mungkin ketandusan doktor dan pakar terapi rohani, sebaliknya lebih ramai yang suka menjadi hakim. Tiada masalahnya dengan fatwa dan hukum, tapi semolek-moleknya kita menyediakan juga ruang dan peluang untuk membimbing pesakit rohani dengan sesi kaunseling. Sedangkan kaum wanita itu lebih mudah diasuh berbanding kaum lelaki.






Namun, kaum lelaki pula, kalau sudah terasuh nanti, dia pula akan lahir sebagai pembela agama. Sejarah membuktikan hal itu. Umar yang bengis pada zaman Jahiliahnya bertukar watak sebagai pembela Islam dan menurunkan zuriat yang baik seperti Umar Abdul Aziz. Ini semua tidak mustahil terjadi kembali kerana sirah sifatnya berulang mengikut putaran masa dan kitaran waktu yang saling bersilang.






4:35 p.m, 28 November 
Sekolah Pemikiran Kg Baru _

Bunuh Diri

"Bunuh diri?Dengan hanya dua perkataan dan empat suku kata, ia sebenarnya membawa kesan yang besar dalam masyarakat, terutama sekali keluarga dan teman taulan terdekat mangsa. Dia yang bunuh diri, kesedihannya pada yang tinggal. Itu realitinya,tetapi mengapa ini terjadi?

Sebagai seorang manusia yang tidak pernah mempunyai pengalaman berkaitan bunuh diri, sukar untuk saya menafsirkan disebalik tindakan si pembunuh diri itu.


Apa yang bermain-main di dalam jiwanya sehingga tergamak dia membunuh dirinya sendiri yang sememangnya bukan haknya. Nyawa itukan hak Allah, bukan haknya sendiri.membuang sesuatu yang bukan hak tanpa kebenaran pemiliknyakan satu kesalahan. Apatah lagi jika harta itu harganya terlalu tinggi nilainya dan tidak ada mana-mana institusi professional di dunia ini yang mampu menafsirkan nilai pasarannya. Maka sudah tentulah kesalahannya maha besar dan sukar dimaafi. 
Adakah benar Islam melarang kita membunuh diri?

Terdapat beberapa larangan dari al-Quran dan al-Sunnah berkaitan dengan kesalahan ini, di antaranya:- firman Allah: Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan (al-Baqarah, 2:195) - dan firmanNya lagi: Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat Penyayang kepada kamu (al-Nisa', 4:29).Di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. kita menemui Hadis-hadis berikut:


- baginda bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia ini, maka dia akan diazabkan dengannya pada hari kiamat nanti (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).- sabdanya lagi: 

Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).- sabdanya lagi: Sesungguhnya darah dan nyawa kamu adalah haram ke atas kamu, seperti haramnya pada hariku ini, bulanku ini dan di tempatku ini. 

Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, jelas kepada kita semua bahawa nyawa adalah milik Allah. Dialah yang menghidup atau mematikan seseorang, bukannya orang itu sendiri yang menentukan hidup matinya. Maka membunuh diri sendiri adalah perbuatan yang dilarang sama sekali oleh Pencipta kita malah di sisi masyarakat mereka dipandang hina.

Setelah sekian lama saya memerkatikan perkembangan berkaitan bunuh diri di kalangan umat Islam, dan ianya semakin serius sejak kebelakangan ini, maka saya terpanggil untuk menulis sedikit dapatan yang saya perolehi hasil daripada pembacaan dan pengalaman saya selama ini. Pada pandangan saya, bunuh diri ada kaitan dengan bisikan hati yang paling halus dalam jiwa manusia itu sendiri. 

Tidak mungkin mereka membunuh diri kerana kesedihan atau tekanan hidup semata-mata. Tentulah ada kuasa lain yang telah menguasai jiwa si pembunuh diri itu sehingga mindanya jadi tertutup untuk berfikir secara waras. Syaitankah? Ya, itulah jawapannya kerana syaitan itu akan bersama-sama manusia yang jiwanya kacau, dalam kesedihan dan tekanan yang kuat.

 Tidak mustahil syaitan akan berbisik-bisik di dalam hati manusia suapaya bertindak diluar kotak normal manusia kerana alasannya itu cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu kemelut yang sedang ditanggung oleh mereka. Misalnya, seorang wanita kesedihan kerana kekasihnya akan bertunang dengan perempuan lain pilihan keluarganya. Saban hari dia menangis dan merasakan dunia tidak lagi bermakna buatnya. Kenangan terindah yang pernah dilaluinya bersama teman lelakinya selama ini sering bermain-main dimindanya. 

Apatah lagi si wanita tersebut telahpun “menyerahkan” segala-galanya kepada si dia.Tiada apa lagi yang tinggal padanya melainkan kerinduan dan penyesalan. Rindu kerana cintanya masih membara pada si dia. Penyesalan, kerana telah terpedaya dengan nafsunya, hingga sanggup menyerahkan “mahkotanya” kerana cintakan si dia. Kini, dia telah memilih insan lain, pilihan keluarganya. Dalam situasi begini, adakah syaitan akan berdiam diri atau membiarkan sahaja apa yang terhidang di depan matanya? 

Tidak mungkin, kerana syaitan telah berjanji akan menyesatkan anak adam dan itulah permintaannya kepada Allah dan telahpun diperkenankan olehNya. Adakah si wanita yang sedang dalam kesedihan melampau ini dapat mengatasi derita batinnya dalam masa yang singkat, sedangkan dia telah menyerahkan segala-galanya. Di sinilah kuasa lain yang dimaksudkan tadi akan berperanan, iaitu syaitan. 

Syaitan akan menggunakan segala kebijaksanaannya untuk memperdaya wanita yang sedang kesedihan ini. Si Syaitan akan membisik-bisikkan ke dalam hati wanita itu dengan bermacam-macam persoalan yang menyebabkan si wanita akan bertambah sedih dan pilu.

 Si syaitan akan membisikkan ke dalam hati wanita itu perkara-perkara yang menambahkan lagi kesedihan wanita itu. Syaitan itu akan berkata “ wahai wanita, engkau akan dimarahi keluargamu dan rakan-rakan kerana kesetianmu yang sia-sia, diumpat dan dikeji oleh orang sekeliling engkau. Lelaki itu sedang dalam keseronokan dan engkau sedang dalam kesedihan. Engkau tidak cemburukah? Siapakah lelaki yang akan menerima engkau jika mereka tahu engkau tidak suci lagi?”.Mungkin itu antara bisikan-bisikan syaitan yang kadangkala disebut bisikan hati yang akan diulang-ulang dalam hati wanita itu sehinggakan wanita itu jadi tidak menentu dan tahap kesedihannya berada di tahap melampau. 

Firman Allah dalam surah an-nas ayat 4-5 yang bermaksud:… dari kejahatan was-was ( bisikan syaitan) yang pergi datang. Yang membisikkan ( kejahatan ) ke dalam dada manusia.
 
Ayat ini sudah cukup menerangkan kepada kita adanya bisikan di dalam dada manusia oleh makhluk bernama syaitan yang bertujuan menyesatkan manusia dari jalan kebenaran dan bisikan-bisikan kejahatan itu sentiasa pergi dan datang dan ia bergantung kepada kekuatan jiwa individu itu sendiri.

 Apabila syaitan mula berbisik di dalam dada manusia, ia akan terus berbisik selagi mana seseorang manusia itu tidak cuba untuk menghalanginya. Namun apabila manusia itu mula sedar dan menyebut nama Allah, bisikan syaitan mula mengendur. Tetapi apabila hati manusia itu mulai lalai semula, syaitan akan kembali menghasut manusia. Situasi datang dan pergi itu akan berterusan selagi mana manusia itu bernafas dan umur dunia belum berakhir. Bila misi pertama ini Berjaya, maka syaitan meneruskan misinya yang kedua. Si syaitan akan memujuk pulu si wanita itu melakukan sesuatu untuk menamatkan penderitaannya selama ini. Apa caranya? 

Bagaimana pelaksanaannya? Syaitan pun mula membisik dengan penuh diplomasi dan halus ke dalam dada wanita itu. Engkau inginkan mereka-mereka di sekeliling engkau turut merasai penderitaan yang engkau sedang tanggung ini? Engkau ingin menyebabkan si lelaki tidak bertanggungjawab itu menyesal seumur hidup kerana meninggalkanmu? Engkau ingin melihat ibu si lelaki menyesal akan perbuatannya yang mementingkan diri itu? Caranya mudah. Mereka pasti menderita dengan tindakan engkau ini. Mereka akan turut merasa sengsara yang sedang engkau tanggung ini.

Percayalah, percayalah. Bila si wanita ini semakin melayan perasaannya, syaitan akan mula melancarkan serangan terakhirnya dengan berkata, engkau bunuh diri, engkau bunuh diri, engkau bunuh diri. Percayalah, mereka akan bersedih akan kematianmu. Persoalannya di sini, adakah wanita ini akan berfikir panjang? Jawapannya, bila manusia terlalu sedih, akalnya menjadi singkat dan emosi diri yang sedang menguasainya. Maka, keluarlah berita-berita utama di muka hadapan akhbar, majalah dan televisyen yang memaparkan kejadian-kejadian bunuh diri yang berlaku di sekeliling kita sejak dulu hingga kini. 

Jangan emosi, saya sekadar mengandaikan sahaja situasi yang mungkin berlaku. Saya bukan pakar psikatri, saya hanya orang awam biasa. Tidak mustahil andaian saya ini salah. Dan jika betul itu hanya kebetulan sahaja kerana ilham menulis artikel ini datangnya dari Allah. Maka sudah tentulah ilmu ini dari Allah. Cuma, saya sering tertanya-tanya kenapa pakar-pakar masih mencari-cari punca bunuh diri yang sebenar kerana kadarnya semakin bertambah setiap hari. Sekiranya mereka telah menemui puncanya, tentu masalah ini telah berjaya diatasi. 

Paling tidakpun dikurangkan setiap tahun sehingga ke angka yang paling minimum. Malah kenapa manusia menjadi gila pun masih sukar mencari jawapannya. Adakah kerana kematian anak atau ditimpa lain-lain musibah manusia boleh berubah sifatnya dari normal kepada kurang siuman sehingga sanggup membunuh diri. Adakah semata-mata kerana itu. Kenapa Islam mengajar umatnya konsep redha dalam diri apabila ditimpa sesuatu musibah atau bencana.

Apakah alasannya dan natijah dari pelaksanaan konsep redha, yakni menerima semua ketentuan ilahi dengan tenang dan sabar. Cuba kita sama-sama renung kembali saat-saat kita pernah ditimpa musibah atau ujian dari Allah. Bagaimanakah kondisi kita ketika itu. Tentu kita pernah berasa sedih yang teramat sekalikan. 

Bagaimana keadaan kita diketika itu. Tentu kita mudah terasa, murung dan suka termenung. Di waktu itu, tentu kita rasa diri seperti tidak terurus dan fikiran bercelaru bukan? Bermacam-macam yang kita fikirkan pada masa itu dan yang difikirkan itu banyak yang bersifar negetif bukan? Namun, bila kita tersedar, dan mulai jelas bahawa ini takdir dari ilahi dan ujian dariNya untuk menilai tahap iman kita, tentu saat itu gaya berfikir kita mula berubah bukan? Kita kembali tenang dan bersemangat. Hidup kembali ceria dan mula memikirkan langkah positif yang bakal diambil selepas ini. 

Bagaimana sekiranya kita tidak sedar bahawa redha itu tuntutan Islam terhadap kita. Adakah mustahil kita akan terus menjadi semakin terasing dari realiti dunia sebenar. Adakah mustahil kita akan melakukan perkara-perkara yang tidak patut dilakukan oleh manusia berakal normal. Saya sedar, sudah terlalu jauh imaginasi saya sehingga ramai yang tertawa membaca tulisan ini. Jangan risau saya masih waras dan saya tidak mahu melangkaui ilmu pakar-pakar psikatri kerana saya bukan ahlinya dan saya sangat-sangat menyedarinya dan sedar diri. Tetapi tentu tidak salah saya memberi pandangan kerana perbezaan pendapat itu rahmat. 

Sebelum berpisah, saya ingin menyimpulkan bahawa sejak dari permulaan tulisan, perkara yang ingin saya perkatakan adalah agama adalah penyelamat umat manusia. Alasan kenapa mesti seseorang itu bunuh diri adalah antara asbabnya sahaja. Sebagaimana contoh cerita di atas yang mana si wanita membunuh diri kerana kecewa dengan kekasih hatinya. Ya, saya mengatakan itu asbabnya sahaja. Kenapa? Kerana, sekiranya mereka menyedari konsep redha dan kepentingannya diterapkan sentiasa di dalam diri tentu mereka tidak akan membunuh diri. 

Tetapi kerana lemahnya iman dan tidak redha dengan ketentuan ilahi menyebabkan manusia itu bertindak di luar jangkaan normal manusia. Yang pastinya, alasannya telah ada, tetapi siapa puncanya dan penggerak kepada perbuatan bunuh diri itu. Saya telahpun menyebutnya di awal tulisan saya. Tentu sukar untuk menerimanya kerana sains bersifat pembuktian, tetapi tulisan saya sekadar pandangan semata-mata. Tetapi saya merasa dalam jiwa walaupun tidak dapat dilihat dengan mata. Kerana itulah saya menulis tulisan ini.

 Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al-Baqarah : 208)

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! (Yasin : 60)

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.(Al-Faatir 6)
 
Wallahua’lam

www.teratakmuslim. blogspot. com"

Dimana mati kita

Di mana mati kita..?  
Thursday, January 17, 2008
Gambar hiasan - Senja di Labuan
(Dunia pun dah semakin senja!)

Hari ni, pagi-pagi aku dah menerima sms berita kematian ex-office mate aku masa aku kerja kat MK Land dulu. Kalau tak silap umurnya belum 30 lagi. Itulah hakikat dunia ni. Tipu daya semata-mata. Bila mati, semua harta benda dan orang tersayang akan kita tinggalkan. Kita ni pun tengah tunggu turn aje.

Cerita tentang mati ni, pernah ke kita terpikir di mana mati kita? Atau kita pernah bercita-cita nak mati di mana? Kalau sahabat-sahabat Nabi mereka memang bercita-cita nak mati di jalan Allah. (itulah cita-cita aku jugak! Amin.)

Pernah ke kita dengar cerita orang mati di panggung wayang, atau di padang-padang sukan, atau di kelab-kelab malam, atau ketika sedang asyik menonton konsert secara life di pentas-pentas? Mungkin ada. Dan hati kecil kita sebagai orang mukmin akan berkata, ‘Semoga Allah jauhkan kita dari mati ditempat-tempat ini.’

Mungkin juga kita pernah dengar cerita orang-orang yang mati di masjid-masjid. Jarang rasanya. Sekurang-kurangnya kita ada berharap nak mati kat tempat-tempat macam ni.

Sekarang ni, cuba kita fikir, berapa kali kita dengar orang mati kat rumah-rumah mereka? Banyak kali kan. Biasala tu..

Persoalannya;

Apa keadaan rumah-rumah kita? Yakni apa amalan yang ada di rumah. Kalau ada amalan masjid seperti dakwah, solat, quran, zikir dan sebagainya – Alhamdulillah dan syabas.

Sebaliknya kalau amalan di rumah kita tak ubah seperti panggung wayang, atau seperti padang-padang sukan, atau seperti kelab-kelab malam, atau seperti pentas-pentas hiburan; macamana? 

Penyelesaiannya;

Usaha hendaklah dibuat. Benda batil kalau dibiar akan terus bertambah kebatilannya. Kita kena buat usaha yang hak. Baru batil akan lenyap. Sebagai langkah awal wujudkan bacaan kitab hadis mengenai fadilat sesuatu amal seperi fadilat solat, fadilat baca quran, fadilat berzikir dan lain-lain. 

Kumpulkan semua ahli keluarga pada setiap hari di tempat yang sama dan pada masa yang sama. Buat permulaan baca 5 – 10 minit sahaja. Jangan disyarahkan. Hanya baca 1 hadis dan ulang 2 – 3 kali, kemudian baca huraian ulama. Bila sudah biasa tambah masa sedikit demi sedikit sehinga mencapai ½ jam. Jika kita istiqomah dalam amalan ini, insyaAllah kita akan lihat perubahan dalam rumah tangga kita.

Kesan cahaya dari hadis akan masuk dalam hati ahli keluarga kita menyebabkan kegelapan hati perlahan-lahan akan lenyap. Bila hati sudah ada cahaya, maka mudah mentaati segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

TInggal Solat

Sekadar renungan bersama..kekadang dlm menongkah arus kehidupan yg serba mencabar dan pantas ini membuat kita sering terleka & terlena tanpa kita sedari sebenarnya masih ada lagi perkara yg lebih penting dr segala-galanye yg mesti kita tunaikan dan kita utamakan..kesibukan bekerja dan aktiviti seharian bukan alasan untuk kita tidak menunaikannya. .mengerjakannya. .iaitu solat 5 waktu...renung2 kan lah dan sama-sama lah kita muhasabah diri..ingatan buat semua teman firdausi dan juga sy sendiri...

Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut: 

Solat Subuh 

Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun. 

Solat Zohor 

Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam 

Solat Asar

Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah) 

Solat Maghrib 

Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan. 

Solat Isya' 

Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t. 

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan Solat ialah :

Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..

Kiamat

Ust.Harun Din .. korang kenal kan ?? dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah 
artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamt ... planet mrikh (planet 
ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept 
lpas. maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar 
arah prgerakan dia gak. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari 
tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah 
barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!! maklumat ni gak 
tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. 
tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kit er bersama... wassalam (sebar la bnde 
nih wehh smentara ade mase) 
 
untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh 
NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 
tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet 
jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi 
kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan 
terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti 
planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kit a 
nantikan... 
mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar 
zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan 
gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu 
diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan 
seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit 
kelihatan) 
 
AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi 
keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 
gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana 
dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka 
membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bu kit 
lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper 
bulan februari, kosmo, BH n lain2) 
 
untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat 
youtube(nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti 
bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku dimana 
segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, 
berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kit a umat 
islam...ALLAHHUA K BAR 
lain-lain artikel tentang kiamat..... 
Kajian....ALLAH je mengetahui.. .. 
Assalamualaikum ..... 
 
* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 
tahun... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini 
kit a 
ketahui kit a akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. 
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066... 
 
* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada 
bumi yang menghala ke 
bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada 
tahun 2014. 
Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan 
sebuah roket... 
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam 
bumi... 
Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. 
Dan planet ini lebih besar daripada bumi... 
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065..... 
 
* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 
2007.... 
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, 
disebabkan oleh penurunan 
semula Nabi Isa..... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan 
hidup selama 40 tahun 
dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. 
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... 
Dianggarkan Bumi Akan K iamat Antara Tahun 2062-2066... 
 
* Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji... 
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan 
bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... 
K ita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... 
Cubalah anda kirakan sendiri... 
 
Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara 
berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu 
artikel 
seperti ini dikeluarkan baru kit a nak buat amal. Benda ni dah diajar 
sejak 
kit a kecil lagi. K iamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia 
shj 
yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh 
oleh 
Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang 
jangan risaula....aman dunia akhirat..sama- sama kit a doakan 
kesejahteraan untuk semua umat Islam.. 
 
wallahu'alam bi sawab....

Istidraj

Istidraj

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya dan kejadian luar biasa yang diberikan kepada orang fasik yang mengaku sebagai wakil Tuhan dengan mengemukakan berbagai dalil untuk menguatkan kebohongannya.

Al Istidraj mempunyai beberapa nama atau istilah yang berbagai:

1. Adakalanya seseorang dikabulkan segala permintaannya agar ia makin bertambah ingkar dan sesat, tetapi pada akhirnya ia akan dimatikan dalam keadaan kafir.
Hal itu seperti yang disebutkan dalam firman Allah:
“Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan ) dengan cara yang tidak mereka ketahui”. (Al-Qalam :44)

2. Makar:
Dalam Al Qur’an disebutkan:
“Maka tidak ada yang terhindar dari tipu daya Allah kecuali orang yang rugi”. (Al-‘Araf: 99)
Allah berfirman:
“Dan mereka berbuat tipu daya, maka Allah membalas mereka dengan tipu daya yang serupa dan Dia sebaik-baik yang membuat balasan” (Ali ‘Imran: 54)

3. Al Kaid artinya tipu daya:
Dalam firman Allah disebutkan:
“Mereka berusaha menipu Allah, padahal Allah yang menipu mereka” (An-Nisaa’:142)
Allah berfirman:
“Mereka akan menipu Allah dan orang-orang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri, tetapi mereka tidak merasakannya”. (Al-Baqarah: 9)

4. Imla’ mempunyai arti memberi tangguh:
Firman Allah:
“Dan janganlah orang-orang kafir itu mengira bahawa pemberian tangguh bagi mereka itu memberi kebaikan bagi mereka, tetapi hal itu terjadi agar mereka makin bertambah dosa-dosanya” (Ali ‘Imran: 178)

5. Al Ihlak mempunyai arti kebinasaan:
Allah berfirman:
“Sampai ketika mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, maka Kami siksa mereka dengan cara yang mendadak” (Al-‘Anaam: 44)
Allah berfirman:
“Firaun dan bala tentaranya menyombongkan diri di permukaan bumi tanpa alasan yang dibenarkan, dan mereka mengira bahwa mereka tidak akan kembali kepada Kami, maka Kami menyiksanya dan bala tentaranya, kemudian Kami menenggelamkan mereka di dalam laut” (Al-Qisas: 33)

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahwa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Ukuran Iman Yang Sempurna

Ukuran Iman Yang Sempurna 
Hadith : 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Seseorang yang hendak berzina, 
tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan 
seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa 
ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak 
kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; 
dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang lazimnya menjadikan 
orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan 
merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya."
  
Riwayat Bukhari dan Muslim
 
Pengajaran hadis:
i) Orang yang tergamak melakukan perbuatan yang ditegah agama 
menandakan ketidaksempurnaan iman di jiwanya.

ii) Kebahagiaan hidup adalah bergantung pada pertalian keturunan 
yang baik, keselamatan akal dan fikiran serta harta benda kerana 
keturunan yang terpelihara akan menjamin kesejahteraan keluarga 
dan masyarakat, akal yang sihat membolehkan seseorang itu 
membezakan antara yang baik dan buruk, hak dan batil serta 
keselamatan harta benda itu pula membolehkan segala 
perancangan dilakukan dengan lancar dan sempurna.
 
iii) Oleh itu Islam melarang keras daripada melakukan perbuatan 
zina yang boleh mencemarkan keturunan manusia, minum 
arak atau menagih dadah yang boleh merosakkan akal 
fikiran serta perbuatan mencuri yang menyebabkan kesusahan 
orang lain dan sebagainya.

iv) Sesungguhnya kekuatan iman itu dinilai pada sejauh 
mana seseorang itu dapat membendung hasutan nafsunya 
serta menjauhi bisikan-bisikan jahat yang menggodanya. 
Oleh itu amat penting bagi setiap mukmin sentiasa 
menjaga pergaulannya agar tidak terpengaruh dengan 
gejala yang tidak sihat yang berlaku di sekitarnya.

Haji Akbar

Apakah itu Haji Akbar?
Dilulus terbit pada Saturday, December 06 @ 08:26:11 MYT oleh TokPenghulu 
Oleh shiraz_virgo

"

Kebanyakan ahli fikah atau Jumhur Fuqaha berpandangan Haji akbar adalah hari Nahar atau Hari Raya Haji. Ini lantaran kebanyakan amalan haji seperti melontar di Jamratul Kubra, bergunting, tawaf Ifadhah dan saie mula ditunaikan para jemaah haji pada hari Nahar.



Tokoh besar fiqh di dalam Mazhab Syafiee, Imam al Nawawiy menyatakan: “Humaid menyatakan hari nahar adalah hari Haji akbar, ini kerana qaul Abi Hurairah, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam sahih kedua-duanya… . Ini kerana kebanyakan manasik dilakukan pada hari tersebut, adapun orang yang mengatakan Haji akbar adalah hari arafah mereka berhujahkan hadis ‘haji adalah arafah’ tetapi hadis Abu Hurairah menolak pandangan ini. 




Haji akbar menurut muhaddithin

Di sini dinukilkan beberapa pandangan Muhaddithin berkenaan dengan Haji akbar.

-Menurut Muhammad ibn ‘Ali al Shaukaniyy: “Sabdanya: (Hari Nahar) iaitu hari Haji akbar menurut pandangan yang sahih di dalam Mazhab Syafiee, Malik dan Ahmad...”






-Abu al ‘Ala al Mubarakfuriyy menyatakan: “Telah terkenal di kalangan orang awam apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat, haji pada tahun itu adalah Haji akbar, tiada asal pada pandangan ini. Benar Razin telah meriwayatkan daripada Talhah bin Ubaidullah bin Karz secara mursal: “Sebaik-baik hari adalah hari Arafah apabila jatuh pada hari Jumaat, maka ia lebih utama daripada 70 kali haji di hari selain dari hari Jumaat”, demikianlah seperti yang terdapat di dalam Jamu’ al Fawaid dan ia adalah hadis mursal yang saya tidak dapati isnadnya”. 




untuk bacaan selanjutnya sila lawat blog ini ye :



http://tarasakila. blogspot. com/2008/ 12/apakah- itu-haji- akbar.html

Kelebihan Solat Tahajjud

Rahsia kelebihan Solat Tahajud
Dilulus terbit pada Friday, December 05 @ 23:55:00 MYT oleh TokPenghulu 
Oleh mindataqwa

"Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkugan 7 hingga 14 kitaran persaat. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.



Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi

Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap yang lebih rendah daripada keadaan sedar.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. 
(SUrah Huud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpha.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.


وَبِاللَّيْلِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?
Ash-Shaaffat (37)

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa .



sumbangan artikel blog cahaya akal http://mindataqwa. blogspot. com .Berusahalah mencari rezeki yang halal.

Bagaimana Rupa Sebenar Nabi Muhammad S.A.W?

Bagaimana Rupa Sebenar Nabi Muhammad S.A.W? 
Published by Admin on Tuesday, December 9, 2008 at 9:40 AM 

MUHAMMAD MANUSIA AGUNG KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna
lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. 
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. 
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...untuk mengingatkan kita.. Tiba-tiba dari
luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu
hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. 
Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar
kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? 
Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. 

PS:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin... 
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

Posted by Admin 

Labels: Agama

Taati suami selagi tidak menyuruh kepada mungkar

Taati suami selagi tidak menyuruh kepada mungkar

SOALAN:

TOLONG berikan penjelasan berdasarkan nas al-Quran atau hadis berhubung "Ketaatan seseorang isteri kepada suami lebih dituntut" berbanding dengan "Ketaatan isteri kepada ibu bapanya?"

JAWAPAN:

Apabila seorang wanita dinikahi maka keutamaan baginya ialah mentaati suaminya tanpa berbelah bagi selagi mana suaminya tidak menyuruhnya melakukan kemungkaran terhadap Allah SWT.
Mentaati suami perlu diutamakan tanpa menafikan kewajipan mentaati kedua-dua ibu bapa. Tidak kira ibu bapa itu daripada pihak suami mahupun daripada pihak isteri. 
Berkahwin bukan sekadar mengikat tali hubungan antara seorang lelaki dan perempuan malah perkahwinan itu ialah jambatan bagi membina persaudaraan antara keluarga lelaki dan perempuan.
Sebenarnya tidak timbul soalan siapa yang perlu diutamakan jika kedua-dua belah pihak memahami bahawa keluarga isteri adalah keluarga suami juga, dan keluarga suami adalah keluarga isteri. 
Ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah perintah Allah SWT. Dalam hadis Baginda Rasulullah SAW ada menegaskan yang bermaksud: "Sekiranya aku boleh (diberi kuasa untuk menyuruh makhluk sujud kepada makhluk yang lain) menyuruh seorang itu sujud kepada seorang yang lain pastinya aku menyuruh si isteri sujud kepada suaminya." (riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, jld:7, hlm:291, Abu Daud, Sunan Abi Daud, jld:2, hlm:605, al-Tarmidzi, Sunan al-Tarmidzi, jld:4, hlm:323).
Dalam hadis ini Baginda Rasulullah SAW memperlihatkan akan kedudukan suami yang sepatutnya dihormati, sekali gus tidak ingkar kepada perintahnya. Dalam maksudnya yang lain menggambarkan bahawa suami mesti dimuliakan, dan kemuliaan itu bukan kerana Islam ingin memberi darjat yang berbeza antara lelaki dan wanita tetapi adalah untuk melihat kepada pengorbanan dan kesanggupan dia menjadi suami dan menjaga kehormatan isterinya. 
Namun dari segi peruntukan dalam feqh Prof Dr. Mahmud Ali al-Syarthawiy di dalam kitab Syrah Qanun al-Ahwal al-Syaksiyyah menegaskan harus si isteri ziarah ibu bapanya walaupun tidak mendapat izin suami seminggu sekali, sekiranya kedua ibu bapanya sakit harus baginya menziarahi mereka setiap hari kalau dia mahu. 
Harus juga bagi si isteri menziarahi sanak saudaranya dalam sebulan sekali, namun ditegaskan oleh para ulama itu sekiranya suasana aman, sekiranya suasana tidak aman maka tidak harus bagi si isteri keluar tanpa izin suaminya, yang demikian ialah demi menjaga keselamatannya (hlm:162). 
Di dalam al-Quran Allah SWT menyuruh kita berulangkali supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Arahan cukup jelas selepas mentaati Allah tiada ketaatan yang lebih tinggi melainkan mentaati kedua-dua orang tua. 
Firman Allah SWT berkenaan berbuat baik kepada kedua ibu bapa yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.(al-Isra' : 23-24).
Baginda Rasulullah SAW telah banyak berpesan agar setiap anak melakukan kebaikan terhadap kedua ibu bapanya di antara hadis Baginda daripada Anas bin Malik yang bermaksud: Sesungguhnya Nabi SAW apabila menaiki mimbar berkata: Amin, Amin,Amin," lalu ditanyakan kepada Baginda atas perkara apa tuan ungkapkan amin? Baginda menjawab: Telah datang kepadaku Jibril lalu berkata: " Wahai Muhammad kecelakaanlah bagi seseorang itu apabila disebut namamu yang mendengar tidak berselawat ke atas engkau, katakanlah wahai Muhammad Amin, maka aku pun kata Amin, kemudian Jibril berkata lagi, kecelakaanlah seseorang itu yang memasuki bulan Ramadan tetapi pertemuannya tidak mendapat keampunan, katakanlah Amin, aku pun kata Amin, kemudian Jibril berkata: Kecelakaanlah bagi seseorang itu dia bertemu dengan kedua orang tuanya, tetapi pertemuannya dengan kedua orang tuanya tidak melayakkan dia memasuki syurga.(Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:3, hlm: 50 ).
Di samping banyak lagi hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Keingkaran seseorang dalam mentaati ibu bapa boleh membawa kemurkaan Allah SWT. Tidak kurang banyak riwayat yang mengisahkan balasan ke atas golongan yang menerima balasan segera dan tunai daripada Allah SWT.

ALLAHU'ALAM. ...

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA (ARKIB : 19/12/2008)