Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan. Papar semua catatan

Ahad, 21 Jun 2009

Jenis Darah dan Peribadi

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

P/S: Betul atau tidak anda nilai sendiri 

Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup. 
  

 

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Ketahui IP rakan

Ketahui IP rakan YM anda...

Mengetahui Alamat IP Address di yahoo messenger.

Cara Mengetahui Alamat IP Address di yahoo messenger.

"Halo Pak, bagaimana saya bisa mengetahui IP Address teman chatting saya di yahoo messenger"

Berikut jawabannya :

Saya asumsikan saja anda sudah login dan sedang berbicara dengan teman Anda di Yahoo messenger, dimana kita akan mencari tahu IP address nya.

Silahkan coba kirim file apa saja, misal file gambar ke teman chatting anda ini di yahoo messenger.




- Pada saat proses pengiriman file sedang berlangsung, maka lakukan ini.

1. start - run - ketik CMD - tekan enter
2. lalu di layar command prompt yang sedang terbuka, silahkan ketik, netstat lalu tekan enter.
3. maka nanti akan terlihat beberapa IP address, seperti yang terlihat di bawah ini .
contoh :

C:\Documents and Settings\>netstat

Active Connections

Proto Local Address Foreign Address State
TCP win06v5:1045 localhost:1046 ESTABLISHED
TCP win06v5:1046 localhost:1045 ESTABLISHED
TCP win06v5:1047 localhost:1048 ESTABLISHED
TCP win06v5:1048 localhost:1047 ESTABLISHED


Kemudian perhatikan Alamat IP address yang memiliki akhiran seperti ini. nomor IP :5101 SYN_SENT

Contoh : 63.21.55.22: 5101 SYN_SENT

YM menggunakan port 5101 untuk mengirimkan file. maka apabila ada nomor ip dengan akhiran port : 5101 , maka itulah alamat IP address lawan bicara anda.

Sumber : http://gajeboers. blogspot.com/2008/04/ mengetahui- alamat-ip-address- di-yahoo. html

Sabtu, 14 Mac 2009

Wanita Istimewa

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Selasa, 10 Februari 2009

Fakta

1. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja,tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasihadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

2. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.

3. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa... .DALAM PROSES!

4. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong,kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5sen balik... tanpa faedah!.

5. Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu pertandingan, kita akan segera membuat "post-mortem" tanpa membuat "post-mortem" keatas pegawai yang membuat "post-mortem" tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan kita.

6. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.

7. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

8. Bila FAM kita berhempas pulas untuk menaikkan nama pasukan bolasepak negara dengan menukar-nukar pemain dan jurulatih sedangkan maseh mengekal pucuk pimpinan yang lama.

9. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu anyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.

10. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi jalan.

11. Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum pernah berjumpa.

12. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab "mamat@yahoo.com".

13. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesyenal boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

14. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok main games sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.

15. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

RAHSIA LULUS CEMERLANG PEPERIKSAAN KERAJAAN (PTD)

Lelaki

1.Lelaki tidak detail dlm percakapan

Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what's his comment dier just cakap: "Mm..dah nak putus nak wat camne..."

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

4. Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga.

Contoh kes:Dalam filem, sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!

Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5. Lelaki tidak bergosip

Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6. Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8. Lelaki Senang melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya.

Tepung gamdum??

Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached). 

Beberapa bulan kebelakangan ini saya memang tersangat sibuk dan 

memenatkan. 

In sya-Allah hujung November saya dapat berehat dan dapat menulis lebih 

banyak artikel. 

Dua hari lepas alhamdulillah saya dan isteri dapat berkunjung ke rumah 

kakak sulung saya. 

Kakak saya ini sudah uzur maklumlah usia sudah melebihi 60 tahun. 

Abang ipar saya sudah berusia 68 tahun tetapi alhamdulillah kelihatan 

masih segak. Kakak dan abang ipar saya ini tinggal di Felda dan 

menjalankan kedai runcit di hadapan rumahnya. 

Dalam kunjungan saya kali ini, saya terserempak dengan satu pasangan 

yang juga bertamu ke rumah kakak saya ini. 

Pasangan ini dari kalangan orang berada berjawatan besar dan memandu 

kereta mewah. 

Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah berkenaan tetamu sang suami. 

Sang suami yang saya namakan Mr Y ini adalah orang penting di salah 

sebuah kilang pengeluar tepung gandum. Dengan kesempatan yang diberikan 

Allah SWT ini, saya mengambil peluang untuk bertanya berbagai soalan 

berkenaan tepung gandum.. 

Maklumat pertama yang saya perolehi dari Mr Y ini ialah bahawa tepung 

gandum bersubsidi adalah dari jenama Cap Kunci yang boleh dibeli di 

pasaran dengan harga sekitar RM1.45 manakala tepung dari jenama lainnya 

adalah tidak bersubsidi dan dijual pada harga sekitar RM2.80. 

Apa yang saya ingin kemukakan sebagai satu persoalan ialah mengapakah 

rakyat marhaen tidak berpeluang untuk membeli tepung Cap Kunci ini? 

Pekedai terutama pekedai kecil yang memerlukan tepung Cap Kunci untuk 

membuat roti canai juga menghadapi masalah besar untuk mendapatkannya di 

pasaran. 

Agaknya siapakah yang berjaya membeli tepung Cap Kunci ini?? 

Seterusnya saya bertanya bagaimana tepung gandum dihasilkan. Mr Y 

menjelaskan dengan terperinci proses bagaimana tepung gandum ini 

dihasilkan termasuk bagaimana tepung ini dilunturkan warnanya. 

Apa bila tiba bab ini, saya mencelah menceritakan bagaimana bahan kimia 

BENZOYL PEROXIDE (BP) digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna 

putih melepak. Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Dengan 

mencampurkan bahan kimia BP ke dalam tepung ini, warna tepung akan 

dilunturkan menjadi warna putih dalam masa yang singkat. 

Mr Y menjelaskan kepada saya bahawa bahan kimia BP ini adalah merbahaya 

dan boleh menyebabkan berbagai penyakit. 

Mr Y menambah cerita bahawa kilang dimana beliau bekerja adalah 

satu-satunya kilang yang tidak menggunakan BP untuk memutihkan tepung. 

Beliau menambah bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum 

seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana 

mengandungi bahan kimia BP.. 

Bagusnya Singapore, mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang 

mengandungi bahan kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya 

tetapi mengapa Malaysia terus menzalimi rakyatnya dengan membenarkan 

jualan tepung yang mengandungi kimia merbahaya BP ini?? 

Saya cukup merasa seronok kerana mengetahui ada jenama tepung gandum di 

Malaysia yang tidak mengandungi bahan kimia BP yang merbahaya ini. 

Demi untuk mengesahkan cerita dari Mr Y ini saya masuk ke kedai kakak 

saya untuk mengambil beberapa bungkusan tepung gandum yang dikeluarkan 

oleh kilang Mr Y bekerja. 

Saya membuat semakan pada bungkusan tepung tersebut untuk mengesahkan 

tiada perkataan "Benzoyl Peroxide" di luarnya. 

Setelah puas menyemak, saya begitu terkejut apabila melihat bungkusan 

ini tertera "mengandungi Benzoyl Peroxide". 

Mr Y lebih terkejut kerana pada sangkaannya kilang dimana beliau bekerja 

tidak menggunakan BP untuk melunturkan tepung gandum. 

Selain terkejut, Mr Y amat malu apabila sangkaannya bahawa kilang tepung 

tempat beliau bekerja tidak menggunakan BP adalah meleset. 

Semalam saya mengGoogle untuk mencari bacaan tambahan tentang BP dan 

berikut adalah antara dapatan saya: 

1. Dari http:// getacnetreat ments..com/ 

review/benzoyl- peroxide/ 

Benzoyl Peroxide 

Benzoyl Peroxide is a highly potent chemical often used in low 

concentrations as an acne treatment. 

Benzoyl Peroxide basically works as a peeling agent, stripping dead skin 

cells and killing bacteria within pores. 

Pure benzoyl peroxide is highly flammable, explosive, toxic, and is 

suspected of being a possible tumor promoter. 

Although Benzoyl Peroxide is generally considered safe at low 

concentrations, since it breaks down in contact with skin, it is known 

for causing nasty side effects such as hives, swelling of the face, 

itching, and dry and peeling skin. 

It is also a powerful bleaching agent and will cause discoloration when 

it comes in contact with clothing and hair. 

2. Dari http://msds . chem.ox.ac. uk/BE/benzoyl_ peroxide. 

html 

Benzoyl Peroxide 

Classified as: TOXIC, FLAMMABLE and EXPLOSIVE Toxicology Possible tumor 

promoter. May act as a mutagen. 

Toxic by inhalation. May be harmful if swallowed and in contact with 

skin. Eye, skin and respiratory irritant. 

Typical TLV 5 mg/m3. 

3. Dari http:// pesticideinf o.org/Detail_ 

Chemical. jsp?Rec_Id= PC37521 

Toxicity to humans, including carcinogenicity, reproductive and 

developmental toxicity, neurotoxicity, and acute toxicity. 

4. Dari http://ptcl . chem.ox.ac. uk /~hmc/hsci/ chemicals/ 

benzoyl_peroxide .html 

*** Benzoyl peroxide presents a number of hazards.. 

Firstly, it is potentially explosive when mixed with organic material. 

Friction or grinding may also be sufficient to make it explode. 

*** The compound is very flammable. 

*** Benzoyl peroxide is toxic if you breathe it in, and may be harmful 

if you swallow it or get it on the skin. 

*** In addition, benzoyl peroxide may act as a tumor promoter. 

Daripada keterangan dari 4 laman web di atas dapat dijelaskan bahawa 

Benzoyl Peroxide adalah : 

* Bahan toksik 

* Bahan penggalak tumor 

* Boleh menyebabkan alahan pada kulit 

* Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada 

sel badan. 

* Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan 

ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna. 

Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada 

warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat 

sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini. 

Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan 

tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. 

Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung 

gandum ini akan bertukar ke putih. 

Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas 

dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat 

dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi 

didalam tepung gandum yang asal merosot. 

Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding 

tepung gandum yang asal (sila baca artikel berbahasa Inggeris di bawah). 

BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan. 

Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana 

mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah 

disamping sebahagian nutrisinya telah hilang. 

Saya sebagai seorang yang pernah mengalami "acute gout" sudah masak 

benar dengan kesan negatif tepung putih ini ke atas pesakit gout. 

Sesiapa yang menghidap penyakit gout, sila buat eksperimen ini. 

Sebagai permulaannya, kawallah permakanan sehingga gout anda berkurang 

dan hampir tidak ada. 

Setelah itu, makanlah makanan yang dibuat dari tepung putih seperti mee 

kuning atau roti canai dalam kuantiti yang banyak dan tunggulah 

kesannya. 

In sya-Allah dalam tempuh 24 jam, pesakit gout akan mengalami simptom 

gout yang serius. 

Itulah akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia 

Benzoyl Peroxide. 

Sebagai eksperimen kawalan (control experiment), lakukan pula eksperimen 

yang sama seperti di atas tetapi menggunakan pula spageti atau makaroni 

atau capati. Kesemua makanan ini diperbuat daripada gandum juga namun 

tepung ini tidak campurkan dengan benzoyl peroxide. 

In sya-Allah eksperimen ini tidak akan menyebabkan symptom gout. 

Daripada kedua-dua eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa bukan 

gandum yang membahayakan pesakit gout namun ialah kandungan benzoyl 

peroxide di dalam tepung gandumlah yang membahayakan pesakit gout. 

Bagi mee kuning, selain benzoyl peroxide yang merbahaya, kandungan aid 

borik sebagai pengawet di dalamnya menambah parah kepada pesakit gout. 

Bagi pesakit gout, bacalah dan amalkanlah saranan saya sebagaimana di 

dalam srtikel bertajuk GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, 

TIPs di http:// emjayjb . multiply. com/journal/ item/75 



Pesakit gout, diabetes dan arthritis perlu mengelakkan segala makanan 

yang mengandungi tepung gandum putih (yang telah dilunturkan oleh BP) 

seperti mee kuning, roti canai, roti serta kueh mueh yang diperbuat dari 

bahan ini. 

Bagi pendapat saya sebenarnya terdapat agenda sulit mengapa tepung 

gandum perlu diputihkan dengan menggunakan bahan kimia BP ini. 

Begitulah juga mengapa garam halus dimasukan bahan kimia merbahaya di 

dalamnya. 

Kesemua usaha ini adalah bermotifkan agar kesemua manusia kecuali 

Y***** mengalami ????. 

Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached). 

Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari BP dalam tempuh 

yang singkat. 

Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang 

iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari BP bakal semakin 

ketara. Kini masalah gout, athritis dan diabetes semakin lumrah di 

kalangan rakyat Malaysia . 

Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an. 

Pada pendapat saya, produk dari tepung putih adalah satu punca penting 

selain banyak faktor lain yang menyebabkan gout, diabetes dan athritis. 

Sekian wassalam wallahuaqlam

Rahsia Ais

Rahsia Di Dalam Ais


"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini..

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Pasangan serasi

Assalamu'alaikum w.b..t....
Adakah anda berdua pasangan serasi 

Jika anda inginkan perkahwinan yg bhgia,carilah pasangan yg berbeza posisi dgn anda.Smk jauh, smk baik,”bgtlah pdpt yg diberikan oleh Kevin Leman. 
Pasangan yg urutan lahirnya btolak blkg,biasanya saling menarik antara satu sama lain.Sehingga sgt baik dlm khidupan pkahwinan. 
Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sbg anak dlm keluarga serta saranan penting sbg panduan. 

SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA 
Anak sulung Dan anak tunggal memiliki karekter yang sama.Masalah yg dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar drpd sifat mrk sendiri yg inginkan ksempurnaan Dan sentiasa memikirkan siapa yg lbh bkuasa dlm apa juga perkara. 

SARANAN UNTUK PASANGAN INI 
Bhenti drpd terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia.Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal. 
Jgn suka mbuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara.Contohnya perkara yg belum berlaku,tetapi anda sudah menentukan IA pasti berlaku.Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras,bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan.Ini adalah sikap yg sgt tdk baik krn setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan. 
Definisikan peranan masing2 dgn jelas.ini dpt mengelakkan drpd pdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu.Berbincang Dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2. 
Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.Tdak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati. 
Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik drpd cara anda.Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik.Apa kata Kita Cuba dulu cara yg kamu sarankan ini.” 



SULUNG + TENGAH = PARADOKS 
Anak sulung harus menerima kenyataan bhw anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan.fakta penting bagi anak tengah,anak sulung adalah ‘paradoks’(kelihatan bercanggah tetapi benar)yg membosankan.Sbg anak yg memiliki kakak/abang Dan adik,anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang Dan gemar memendam perasaan drpd meluahkan isi hati yg sebenar. 

SARANAN UNTUK PASANGAN INI  
Selalu-selalulah berbincang.Jgn biarkan pasangan anda berkata,”semuanya ok”’tanpa mengetahui hal yg sebenarnya.Berusahalah utk berkongsi perasaan antar satu sama lain. 
Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa.Khususnya bg anak sulung,beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil krn kebiasaan anak tengah kurang mendpt perhatian keluarga. 
Jika Ada masalah,selesaikan segera.Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama 



SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA 
Pasangan yg ideal Dan saling tertarik antara satu sama lain.Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup Dan rancangan masa depn.Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lbh santai dlm menghadapi hidup.sebaiknya ialah,isteri sulung sementara suami bongsu.Wanita yg lahir sbg anak sulung,sifat keibuannya sgt tinggi.sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorg ibu.dlm hal ini,mrk saling lengkap melengkapi.namun perlu diingat,kebahagian dlm perkahhwinan bkn ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’. 

SARANAN UNTUK PASANGAN INI 
Jgn sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda.Terutamanya jika pasangan anda lelaki.Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah,bkn hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang. 
Jgn terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda.Krn setiap org mempunyai kelemahan,tetapi IA harus,diperbaiki dgn cara sebaik mungkin.Jgn terlalu drastic,tetapi pasti. 
Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain. 
Komunikasi perlu sentiasa dijaga.Pastikan bahwa peranan anda Dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar. 


TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU 
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi.tidak gemar berbincang krn takut berlaku perdebatan Dan sering takut jika idea mrk tdk diterima. 

SARANAN UNTUK PASANGAN INI  
Jika sukar utk bercakap Cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan.Spt surat ,kad atau pun sms. 
Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian,ciuman,dakapan Dan sbgnya. 
Luaskan pergaulan.Bergaullah dgn rakan2, baik di pejabat atau pun tetangga.Tetapi elakkan drpd kecurangan atau perkara2 yg negative. 
Sentiasa menghormati pasangan.Cth mudah ialah jgn lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat. 



TENGAH + BONGSU + AMAN 
Seorang pasif Dan seorang lagi sosial.Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek. 

SARANAN UNTUK PASANGAN INI  
Jgn sesekali meperlekehkan pasangan anda,walaupun mungkin idea yg dikemukan kedengaran pelik Dan lucu.Dengar Dan fikirkan. 
Sesekali cubalah idea2 baru.Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan Dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua. 
Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda. 
Berusaha utk berkongsi dlm sgl hal.Jgn menangis atau ketawa sendirian. 


BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT 
Kombinasi ini sering terjebak dgn masalh kewangan serta beberapa masalah berat lainnya.Kerana itu sejak drp awal lg, mrk hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak Dan kewajiban masing2.Juga kesepakatan utk menerapkan disiplin dlm rumah tangga.Jika ianya diabaikan,sdh pasti sglnya mjd kelam kabut.Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain. 

SARANAN UNTUK PASANGAN INI 
Jgn suka bertikam lidah,sebaliknya jdlah pendengar setia utk pasangan.Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk myelesaikan sgl masalah. 
Sentiasa berkomunikasi dgn baik dan saling ingat mengingatkan,agar tdk berlaku sesuatu yg tdk diingini. 
Jgn memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari. 
Hadapi sgl apa yg mebdatang dgn tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dgn keceriaan. 



Namun catatan ini tdk lbh drpd suatu kebiasaan yg sering dilihat.Jadi, bgmn pun posisi anda,hendaklah sentiasa berusaha yg terbaik.Juga jgn lupa bersyukur walau di mana posisi anda dlm keluarga agar tdk mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda.Dgn kata lain,apa yg dicatatkan hanyalah sbuah petunjuk,bukannya anak panah. 
 

Have A Nice Day 
Thank You.

Jangan Cemburu

Jangan Cemburu dan 8 Petua Mengatasinya 
Jadi, adakah anda pernah mengalami sekurang-kurangnya satu daripada senario di bawah ini? 
1. Anda sekadar ada kereta kodok Volkswagen model 60-an yang selalu meragam di waktu pagi dan jiran sebelah rumah anda pula ada kereta Honda Civic yang bunyi enjinnya menderum sedap? Anda jadi sangat cemburu sehingga mengharapkan kereta Honda Civic jiran anda itu ditarik oleh bank? 
2. Gaji anda cukup-cukup makan sahaja. Gaji rakan-rakan anda pula agak besar sehingga mereka mampu untuk makan angin di luar negara. Anda pula nak pergi makan angin di Pulau Carey pun rasa mahu terburai poket seluar. Cemburu punya pasal, anda berdoa agar kapal terbang yang dinaiki kawan anda itu terhempas, atau sekurang-kurangnya dirampas oleh teroris. 
3. Kawan-kawan anda sudah ramai yang kahwin, dan anda juga mahu berkahwin, malangnya atas sebab-sebab yang tertentu anda masih lagi belum boleh berkahwin. Anda jadi tersangat cemburu pada rakan-rakan anda yang sudah berkahwin sehingga kadang-kadang anda harap esok pagi juga mereka bercerai? 
4. Anda tambah sendiri senario... 

Cemburu Pertama Dalam Sejarah Manusia 
Cemburu paling hebat yang pernah terjadi dalam sepanjang alam ini wujud adalah cemburu Iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah menyuruh Iblis sujud pada Nabi Adam, Iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih bagus dari Nabi Adam. Iblis cemburu kerana Allah memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam. Akibatnya, Iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka.

Cemburu manusia yang pertama pula berlaku dalam kisah Habil dan Qabil yang merupakan 2 orang putera Nabi Adam. Qabil tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) yang jauh lebih rupawan dari Labuda (saudara kembar Habil). Ini kemudiannya membawa kepada adegan-adegan dramatik yang mencemaskan. Klimaks kepada kisah ini adalah apabila Qabil membunuh Habil. Ini kes cemburu pertama dalam sejarah manusia, dan cemburu pertama ini juga telah membawa kepada tragedi pertumpahan darah yang pertama di atas muka bumi ini.

8 Petua Mengatasi Sifat Cemburu 
1) Daripada 2 kisah cemburu yang membabitkan Iblis dan Qabil itu, kita dapati bahawa sifat cemburu tidak membawa sebarang kebaikan langsung kepada kita. Cemburu hanya memusnahkan diri sendiri. Tiada pengakhiran yang baik dan menggembirakan dalam hati manusia yang sering cemburu. Oleh itu sebelum anda mahu cemburu, cuba renung kembali kisah Iblis dan Qabil ini.


2) Kita selaku manusia biasa, memang agak sukar untuk membuang 100% sifat cemburu dari terus mendiami hati. Oleh itu, lempiaskan sifat cemburu ini pada 2 jenis keadaan sahaja berdasarkan kepada hadith Rasulullah sallahu alayhi wasalam dari kitab Sahih Muslim ini: 
Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia. 

3) Imam al-Ghazali ada menerangkan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa manusia jenis yang kuat hasad dan cemburu ini, apabila diceritakan kepadanya kesenangan yang diterima oleh orang lain, hatinya akan jadi benci dan resah. Apabila dia mendapat tahu musuhnya ditimpa musibah dan nasib malang, hatinya akan menyanyi keriangan.

Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah berikan kepada para hamba-Nya. Ini juga bermakna bahawa kita tidak redha pada takdir dan ketetapan Allah. Jika kita sendiri tidak redha pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Dan jika Allah tidak redha pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi?

Imam Maulud, seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain. Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita.


4) Cemburu hadir sebab kita rasa kita lebih bagus dan lebih mulia dari orang lain; holier than thou. Apabila kita ada persepsi sebegini, kita akan mudah merasakan bahawa dia dan mereka tidak layak untuk menerima nikmat tersebut. Kita sahajalah yang layak. Buang sifat sebegini dan tanamkan dalam hati dan minda bahawa yang orang lebih mulia di sisi Allah hanya diukur dari segi takwa. Dengan ini, di samping dapat membuang sifat cemburu, kita juga sekaligus dapat berlumba-lumba dengan manusia lain dalam meningkatkan taqwa kepada Allah.


5) Dalam 3 senario di atas, saya ada sentuh tentang bab kahwin. Saya jadikan isu kahwin ini agak spesifik memandangkan saya kenal dan tahu beberapa orang kawan saya, dan kebanyakkan adalah perempuan yang mengeluh kerana masih lagi belum bertemu jodoh. Mereka agak depress.

Berkahwin memang seronok. Siapa tidak suka kahwin. Tetapi menjadikan perkahwinan sebagai alasan untuk memberikan kebahagian hidup agak kurang tepat. Pasangan berkahwin yang kelihatan gembira mungkin kerana sejak zaman bujang lagi mereka sudah memiliki gaya hidup yang ceria. Tapi apa akan jadi jika Lelaki A yang pesimis berkahwin dengan Wanita B yang bersifat sangat cemburu buta. Anda fikir dengan perkahwinan itu, Lelaki A dan Wanita B itu akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan hidup?

Perkahwinan hanya satu keindahan yang sementara. Jika ia tidak disulami dengan tanggungjawab, perkahwinan adalah satu bala. Terangkan kepada saya mengapa Britney Spears bercerai dengan suami pertamanya, iaitu Jason Allen Alexander setelah mereka sah menjadi suami isteri selama 55 jam sahaja? Saya juga ada seorang rakan (Melayu) yang menceritakan kisah sedih rakannya (Melayu) yang diceraikan suaminya setelah 1 tahun berumahtangga. Mengapa ini berlaku? Tiada kebahagiaan!

Maka, perkahwinan bukan tiket mutlak kebahagiaan hidup. Ketahuilah bahawa sebahagian dari kegembiraan itu terletak pada redha Allah ke atas manusia dan sebahagian lagi terletak pada cara seseorang itu berfikir. Kepada yang masih belum berkahwin, bawa-bawa bersabar. Bak kata senior saya, let's chill and relax...

Akan tetapi, perkahwinan juga sangat penting dalam kehidupan manusia. Saya ingin membantu, tetapi saya tidak boleh bagi kaunseling lebih-lebih kerana masih lagi belum berkahwin. Mungkin boleh baca artikel ini: What should I do to get married?

Jangan cemburu kepada rakan-rakan yang terlebih dahulu menamatkan zaman bujang dan anak dara. Bila sampai masa yang ditetapkan Allah, anda pasti akan mendapatnya. Ini konsep tawakal dalam Islam. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Cuba aplikasikan konsep Taburan Normal dalam ilmu statistik untuk lebih memahami masalah ini.


6) Apa yang mereka ada tidak semestinya diberkati Allah. Kadang-kadang rezeki yang Allah beri pada hamba-Nya adalah bersifat istidraj semata-mata. Rasullulah bersabda: 
Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat, ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah.
(Hadith riwayat Imam at-Tabarani, Ahmad dan Al-Baihaqi). 

Istidraj adalah nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang kafir dan fasik, tetapi dalam masa yang sama Allah hilangkan erti kesyukuran di dalam hati mereka, dan Allah membinasakan mereka secara beransur-ansur tanpa mereka sedari.

Jiran anda di sebelah rumah yang selalu pergi clubbing dan tuang arak dalam perut, tetapi kereta mewah ada 2-3 biji, menjawat pula title CEO di sebuah syarikat besar, maka ketahuilah bahawa rezeki yang mereka terima itu berkemungkinan besar adalah istidraj. Oleh itu, jika anda patuh dan taat pada segala-perintah Allah, melakukan solat tahajjud setiap malam, tetapi rezeki masih lagi dalam keadaan terumbang-ambing, maka janganlah terlalu risau. Rezeki sikit atau banyak adalah ujian dari Allah.

Jangan sangka dengan duit berkepok-kepok di bawah bantal akan membuatkan kita gembira. Kita gembira kerana Allah yang kasi kita gembira. Jika anda ada buku Ayah Kaya, Ayah Miskin, cuba selak semula bahagian awal buku itu, yang mana Robert Kiyosaki ada menceritakan kisah beberapa orang ternama yang kaya-raya waktu itu, akhirnya menerima kesudahan hidup yang menyedihkan setelah berlakunya peristiwa Great Depression. Lihat, semudah itu sahaja Allah mahu tarik kekayaan seseorang.


7) Masih lagi rasa susah untuk membuang rasa cemburu itu? Masih lagi tidak puas hati pada jiran ada rumah yang lebih besar dan selalu makan di restoran mewah? Baik, lihat 2 gambar di bawah ini. Gambar membawa sejuta erti. 

  
 Gambar ini tidak dapat dipastikan siapa yang tangkap. Anak kecil itu mengutip cebisan makanan yang sudah dibuang. Alangkah laparnya dia!



Gambar ini ditangkap oleh Kevin Carter. Gambar ini menyebabkan Kevin Carter membunuh diri tidak lama kemudian disebabkan kesan psikologi yang sangat mendalam.



8) Akhir sekali, cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri. Kita selalu memikirkan dan berasa rungsing dengan apa yang masih tidak kita miliki. Kita cemburu pada orang lain yang ada apa yang kita mahu. Tetapi selalu sangat kita tidak bersyukur dengan apa yang sedang kita ada. 
Jika anda menyimpan makanan dalam peti sejuk,
dan menyimpan baju di dalam almari,
dan ada katil sebagai tempat tidur,
dan memiliki sebuah rumah...

Maka anda sudah jadi lebih kaya dari 75%
penduduk bumi yang lain!

(Sumber: Video The Miniature Earth) 

Maka, bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki adalah kunci utama bagi membuang sifat cemburu dan sekaligus mendatangkan kebahagiaan di dalam hati. Jangan apabila ia sudah pergi baru kita mahu bersyukur dan menangis kerana manusia selalunya begitu. Hargai sekecil-kecil nikmat Allah. Insya-Allah.

Rabu, 28 Januari 2009

Otak dan Penglihatan Lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum,
Mata adalah anugerah tuhan yang amat berharga buat setiap insan. Dengan mata, kita dapat menghayati keindahan dunia yang penuh dengan pelbagai warna. Dengan mata, kita dapat melihat alam semesta dan perhiasan di dalamnya. Kita dapat melihat berjuta-juta jenis warna, tahap keterangan yang berbeza, jarak dan sebagainya dengan menggunakan lebih 130 juta sel penerima foto di dalam mata. Korteks penglihatan membentuk 30 peratus korteks dan kedudukannya adalah di bahagian belakang di dalam kepala.
..
Setiap kumpulan sel-sel berfungsi untuk tugas yang berbeza seperti warna, jarak, sudut dan bucu. Disebabkan faktor ini, ramai orang yang mengalami kerosakan sel-sel tertentu akan hilang keupayaan penglihatan yang berkaitan walaupun secara amnya masih mampu melihat. Sebagai contohnya, terdapat orang yang boleh membezakan warna dan bentuk tetapi tidak dapat mengagak jarak. 
.
Terdapat satu perkara lagi yang jarang atau kurang mendapat perhatian dari kalangan masyarakat iaitu mata lelaki dan perempuan adalah berbeza walaupun bentuk mata mereka adalah sama. Ramai yang tidak tahu berkenaan isu ini kesan dari kurangnya pendedahan berkenaan maklumat berkaitan. Mata mempunyai hubungan secara terus kepada otak. Perbezaan genetik lelaki dan perempuan memberi kesan kepada cara mata lelaki dan perempuan beroperasi.
.
Pakar-pakar telah melaporkan bahawa kromosom perempuan terdiri dari XX dan kromosom lelaki terdiri dari XY. Kromosom ini dan struktur otak menyebabkan cara penglihatan lelaki dan perempuan berbeza. Bagaimana? Pada retina di belakang bebola mata terdapat 130 juta sel penerima foto yang berbentuk 'rod' yang menafsir hitam dan putih, dan terdapat 7 juta sel yang berbentuk kon yang menafsir warna-warna. Kromosom X bertanggungjawab di dalam menyediakan sel-sel warna. Perempuan memiliki 2 kromosom X yang menyebabkan sel-sel warna di mata mereka 2 kali ganda berbanding lelaki. Kesannya, perhatikan perempuan, mereka sangat cekap dan sensitif kepada warna. Lelaki sering menggunakan dan menggambarkan warna-warna asas seperti hijau, merah dan biru. Manakala, perempuan cekap dan sesitif kepada pelbagai warna sepeti aqua, merah bata, biru laut, jingga dan sebagainya.
1
Perhatikan pakaian perempuan, penuh dengan pelbagai warna. Perempuan di serata dunia, di dalam pelbagai budaya dan masyarakat, gemar menggayakan baju, seluar, kain dan skaf yang terdiri dari pelbagai warna. Manakala, lelaki selalunya menggayakan baju yang terdiri dari satu warna sahaja. Baju kemeja ke pejabat bagi lelaki adalah satu atau dua warna sahaja. Baju kurung perempuan terdiri dari pelbagai warna. Maka, kita harus bijak di dalam mengagihkan tugas yang melibatkan warna. Berilah tugas ini kepada perempuan: memilih fabrik kerusi, baju, seluar, hiasan dan sebagainya. Jikalau semasa membeli belah langsir dan lain-lain kain atau baju yang melibatkan warna bagi tujuan sambutan Hari Raya/Tahun Baru Cina/Deepavali diserahkan kepada lelaki, saya takut nanti lelaki akan membeli kain cadar atau kain putih atau hitam sebagai langsir rumah anda. Selalunya lelaki akan mengelak untuk membuat pilihan warna dan akan menyuruh perempuan melakukannya dengan alsan tidak pandai memilih warna. Sebenarnya, adalah kejadian semulajadi wanita yang cekap kepada warna kerana otak dan mata mereka yang sensitif kepada warna. Maklumat lanjut dan lain-lain artikel: http://insan- luarbiasa. blogspot. com/2009/ 01/otak-dan- penglihatan- lelaki-dan. html
 
Dr Zulkarnain MS 
http://www.insan- luarbiasa. blogspot. com 
http://www.facebook .com/people/ Zulkarnain- Muhamad-Sori/ 1637066934

Kesilapan Lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum,
Ramai yang sangkakan kejadian lelaki dan perempuan adalah sama, cuma, yang berbeza adalah alat kelamin. Lelaki yang itu... terkeluar. Perempuan yang ini... tak sama macam lelaki. Perempuan menyusukan anak... lelaki tidak boleh. Yang lain mungkin sama kot?!! 
.
Tidak! Ini adalah tanggapan yang salah kerana setiap anggota, bermula dari otak adalah berbeza di antara lelaki dan perempuan. Hasilnya, kelakuan lelaki dan perempuan adalah berbeza. Seperti di dalam banyak tulisan saya dan komen-komen yang saya terima, lelaki adalah berbeza dengan perempuan di dalam pelbagai aspek. 
.
Kesilapan lelaki ialah tidak menimba ilmu bagaimana berkomunikasi dengan perempuan dan dengan segera menyerah kalah kerana bagi mereka perempuan adalah spesis yang kompleks. Lelaki hanya selalu berharap akan memiliki perhubungan yang sempurna tanpa perlu bersedia dengan pelbagai ilmu. Kenyataannya, lelaki menginginkan perhubungan yang baik, sihat dan ceria mengikut cara lelaki. Kesilapan perempuan pula ialah selalu mengandaikan suatu hari nanti lelaki akan menunjukkan cintanya setiap masa dan memahaminya sepanjang masa. Harapan mereka ialah lelaki memahami kegemarannya ber'shopping' , tanpa menunjukkan muka yang bosan, lelaki akan selalu meluahkan masalah yang dihadapi, lelaki akan selalu berbincang tentang masalah dan tidak menjadi penyelesai masalah yang tidak diminta... perempouan berharap lelaki adalah seperti mereka. Banyak kesilapan lelaki dan perempuan berpunca dari mereka mengandaikan lelaki harus begini seperti saya... dan perempuan harus begitu seperti saya...
.
Inilah kesilapan kita sebagai lelaki dan perempuan.
.
Saya ulang semula perbincangan terdahulu:
Kejadian asal: Lelaki dijadikan sebagai ketua keluarga yang akan keluar mencari rezeki seperti memburu. Lelaki menjadi pelindung keluarga. 
Kejadian asal: Perempuan dijadikan sebagai ibu, pendidik dan 'home minister' (menteri dalam negeri - jaga isi rumah). Perempuan mendidik.
Otak, aksesori dan anggota badan (kejadian biologi) lelaki berkembang bagi memenuhi keperluan kejadian mereka (no. 1 di atas).
Otak, aksesori dan anggota badan (kejadian biologi) perempuan berkembang bagi memenuhi keperluan kejadian mereka (no. 2 di atas).

Adalah sukar bagi perempuan mendapatkan pasangan yang serupa seperti mereka, yang memahami mereka dan berfikiran seperti mereka. Jika perempuan benar-benar inginkan lelaki yang boleh bercakap seperti perempuan, mencurahkan dan membincangkan masalah dan berkomunikasi seperti mereka, dan dalam masa yang sama inginkan lelaki yang gagah perkasa mengikut citarasa perempuan, ini adalah mustahil. Yang perempuan boleh dapat ialah seorang perempuan yang lain. Mungkin, lelaki lembut memiliki ciri-ciri yang diinginkan.. . tetapi lain sikitlah! Lelaki jenis ini mungkin tidak sukakan perempuan.

  

Maklumat seterusnya dan artikel lain: http://insan- luarbiasa. blogspot. com/2009/ 01/kesilapan- lelaki-dan- perempuan. html

Misteri dan Hebat Makna Cantik

Misteri Dan Hebatnya Makna Cantik

   
Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. 



Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. 

Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam. 

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam. 

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini. 

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa. 

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. 


Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda. 


Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu. 


Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. 


Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. 


Itu saja yang membezakan.

Amalan Bidaah

Amalan Bidaah Dalam Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu

Asal-usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam . Beberapa teori telah mengatakan bahawa orang Melayu adalah daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia . Ia datang dari daerah Yunan dan telah turun menduduki wilayah Asia Tenggara . Ini berlaku sejak tahun 2 500 sebelum Masehi dengan golongan pertama dikenali sebagai Melayu Proto dan kemudian diikuti oleh Melayu Deutro . 

Masyarakat Melayu Nusantara mula menerima Islam pada abad ke-13 Masehi dengan dimulai oleh Pasai . Para pedagang Arab atau India telah membawa Islam kepada mereka . Ini berikutan kepada catatan pelayaran Marco Polo , yang menulis bahawa ketika beliau singgah di Pasai pada tahun 1292 , penduduk Pasai telah memeluk Islam. 

Proses Islamisasi mulai pesat pada abad ke -15 kerana Melaka telah memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara . Puncak kepesatan penyebaran Islam ialah pada abad ke - 16 dan 17. Walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis pada waktu itu tetapi Aceh dapat mengambil alih peranan Melaka dengan keadaan lebih gigih lagi . 

Oleh kerana Islam berkembang dengan pesat di nusantara dan ramai pula yang ingin mendalami agama tanpa mengenali dengan lebih dekat siapakah guru mereka , ditambah pula mereka terlalu ghairah untuk mengejar pahala dan mengejar banyak fadhilat , maka masyarakat Melayu terjebak ke kancah bidaah . Ini jelas dapat dilihat daripada beberapa amalan yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu yang kononnya ajaran Islam tetapi setelah diselidiki , ia adalah satu bidaah .


Makna Bidaah

Bidaah adalah daripada perkataan Arab dari perkataan dasar yang bererti mencipta sesuatu tanpa contoh sebelumnya . Ini adalah berdasarkan firman Allah :
بديع السموات والارض 
Ertinya :
" Yang menjadikan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumya ." 
Dan firman Allah :
قل ماكنت بدعا من الرسل
Ertinya :
"Katakanlah aku bukanlah orang yang pertama membawa risalah daripada Allah , bahkan banyak rasul-rasul sebelumku ." 

Bidaah menurut istilah ialah :

الحدث في الدين بعد الاكمال
Ertinya :
"Perkara-perkara baru dalam agama sesudah ianya disempurnakan. " 

Menurut Al-Syatibi pula , pengertian Bidah adalah :
" Dan Bidaah itu ialah satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan yang menyerupai hukum syariat yang dimaksudkan dengan mengerjakannya ialah seperti apa yang dimaksudkan dengan jalan ( cara ) mengerjakan hukum syariat ." 



Beliau menambah lagi dengan katanya :
" Maka jika demikian , maka bidaah itu ialah ibarat satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan yang menyerupai hukum syarak yang dimaksudkan dengan mengerjakan ialah mengabdikan diri ( kepada Allah ) secara berlebih-lebihan ." 

Sebahagian ulama hadis pula mendefinisikan bidaah seperti berikut :
" Ialah urusan yang baharu diada-adakan dalam agama baik berupa akidah , ibadat atau sifat bagi ibadat yang belum pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW ."

Sebagai kesimpulan , bidaah didefinisikan sebagai perkara-perkara baru dalam agama yang diada-adakan berlawanan dengan dalil-dalil atau kaedah-kaedaah yang telah ditetapkan oleh syarak . 

Pembahagian Bidaah

Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafi'i yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim :
"Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji ( mahmudah ) dan bidaah tercela ( mazmumah) . Maka mana-mana yang sesuai dengan sunnah , maka itulah yang terpuji dan mana-mana yang menyalahinya maka itulah yang tercela ." 

Berdasarkan kenyataan ini , ada ulama yang membahagikan bidaah kepada 4 bahagian iaitu : 

Bidaah sunnah 
Bidaah Sunnah ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah sunnah seperti solat Tarawih secara berjamaah .

Bidaah harus
Bidaah harus ialah tiap-tiap perkara yang harus seperti makan bermeja dan memakai pakaian yang berbagai-bagai bentuk fesyen yang tidak bertentangan dengan hukum syara' .

Bidaah haram
Bidaah haram ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah bidaah haram dengan dalil dari syara' seperti menziarahi kubur-kubur dengan tujuan meminta sesuatu pertolongan .

Bidaah makruh
Bidaah makruh ialah bidaah termasuk kaedah makruh seperti menentukan hari tertentu untuk menunaikan sesuatu ibadat dengan kepercayaan bahawa hari itu lebih baik pada hari-hari lain . 

Jenis-jenis Bidaah

Bidaah Fi'liah dan Bidaah Tarkiah 
Bidaah Fi'liah ialah mengerjakan sesuatu amalan atau perbuatan yang tidak dikerjakan oleh Rasullullah . Ini termasuklah membuat hadis palsu , mengurangkan atau menambahkan rakaat atau kaifiat solat , mengadakan solat-solat atau puasa khusus pada masa dan hari-hari yang khusus pada masa dan hari-hari yang khusus , bersembahyang atau berpuasa pada waktu-waktu dan hari-hari yang terlarang . 

Bidaah Tarkiah pula ialah meninggalkan perkara-perkara yang dituntut oleh agama atau agama menggalakkannya kerana memandangkan ia lebih baik tidak dikerjakan .
Bidaah yag termasuk dalam kategori Tarkiah ini ialah :

• Tidak mahu berkahwin kerana hendak beribadat kepada Allah tanpa sesuatu sebab yang dibolehkan oleh syara , atau beribadat terus menerus .

• Mengharamkan atas diri sesuatu yang dihalalkan oleh Allah tanpa sebab yang dibolehkan oleh syarak dan juga sebaliknya .

• Meninggalkan hukum-hukum atau ketentuan Allah dan Rasul kerana mengutamakan akal fikiran .

• Menolak dan meninggalkan hadis-hadis sebagai dalil syar'i ataupun mendahulukan akal dari hadis .


Bidaah yang dikelaskan dalam kategori Bidaah Fe'liah pula ialah :

• Menyeksa diri dalam melakukan ibadat kepada Allah.

• Menceraikan isteri dalam masa haidh atau semasa isteri suci yang sudah dicampurinya atau menceraikan isteri dengan talak tiga sekaligus .

• Merombak atau mengubah hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul .

• Mengadakan azan dan qamat pada solat dua hari raya . Azan dan iqamat disyariatkan bagi solat-solat fardhu dan Rasullullah dan para sahabat tidak pernah berazan dan iqamat pada solat hari raya Puasa dan Haji dan tidak ada hadis menyuruhnya .

Bidaah I'tiqadiah , Amaliah dan Qauliah

Beri'tiqad berlainan dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasullullah dinamakan bidaah I'tiqadiah seperti : kepercayaan Wihdatul , Syiah , Khawarij , Mu'tazilah . Qadariah dan Murjiah yang beri'tiqad bahawa malaikat Harut dan Marut telah berbuat jahat dengan Zuhrah lalu dikenakan hukuman gantung dengan kaki di atas dan kepala di bawah di Babilon sampai hari kiamat , manakala Zuhrah disumpah menjadi bintang Zuhrah . Ini juga termasuklah juga beri'tiqad bahawa para wali lebih tinggi martabatnya daripada nabi dan Rasul . Bidaah Qauliah pula ialah mengubah sesuatu yang keluar daripada mulut rasul . 

Bidaah Zamaniah dan Makaniah
Bidaaah Zamaniah ialah bidaah yang bersangkutan dengan masa-masa tertentu seperti melakukan solat atau puasa pada kepercayaan Wihdatul-Wujud di kalangan orang-orang sufi pada masa-masa dan hari-hari tertentu seperti solat khas pada malam lailatul Qadar , solat khas pada malam dua hari raya , solat khas pada malam Jumaat pertama bulan Rajab , solat khas pada malam nisfu Syaaban , berpuasa khas pada satu haribulan Muharram , puasa khas pada hari nisfu Syaaban , puasa khas pada hari Khamis minggu pertama bulan Rajab dan pada hari yang kedua puluh tujuhnya .

Bidaan Makaniah ialah Bidaah yang dilakukan pada tempat-pempat yang tertentu seperti tempat-tempat kematian , di perkuburan para wali syuhadak dan sebagainya .

Bidaah Kulliah dan Juziah
Kulliy bermaksud keseluruhan dan Juziah bererti sebahagian-sebahagi an . Bidaah kulliah ialah satu bidaah pada keseluruhannya atau memberi kesan kepada orang lain , bukan hanya kepada orang yang melakukannya sahaja seerti menggunakan akal untuk menetapkan sesuatu baik atau buruknya sebagai ganti syarak dan seperti menolak hadis-hadis Ahad ( bukan Mutawatir ) menjadi hujah atau mengingkari beramal dengan hadis-hadis Ahad .

Bidaah Juziah hanya melibatkan pembuat atau pelakunya sahaja tanpa melibatkan orang ramai seperti seorang yang menyalahi Sunnah Rasul tetapi kesannya tidak mempengaruhi atau melibatkan orang ramai kerana dia bukan menjadi ikutan orang ramai .

Bidaah Haqiqiah dan bidaah Idhafiah 
Bidaah Haqiqiah ialah bidaah yang langsung tiada dalil baik dari al-Quran ataupun sunnah , ijmak , athar sahabat atau lainnya dari kaedah syarak yang muktabar . Contohnya ialah sembahyang Raghaib yang dikerjakan pada malam jumaat minggu pertama bulan Rajab sesudah berpuasa siang harinya dan solat - solat serupa itu yang tidak didasarkan kepada dalil syar'i tetapi didasarkan kepada hadis-hadis maudhu'.

Bidaah Idhafiah pula ialah satu pekerjaan atau perbuatan yang terdapat padanya dua jurusan , iaitu jika dilihat dari satu sudut kelihatan ia bukan satu bidaah tetapi bila dilihat dari sudut lain ia adalah satu perbuatan bidaah idhafaiah seperti membaca al-quran dengan kuat di dalam masjid sehingga menganggu ahli jamaah yang sedang beribadat dan membaca al-Quran dengan suara yang nyaring dari menara-menara masjid lalu mengganggu orang yang sedang tidur.

Bidaah Ibadiah dan Bidaah Adiah
Bidaah Ibadiah ialah bidaah yang dilakukan dengan maksud mendekatkan diri dengan Allah SWT , untuk mendapatkan pahala yang banyak daripada Allah . Manakala Bidaah Adiah ialah bidaah yang dikerjakan bukan kerana hendak mendekatkan diri dengan Allah tetapi mengenai urusan muamalah antara manusia yang bertentangan dengan batas-batas yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya .
Contoh Bidaah Ibadiah ialah solat khas Nisfu Syaaban , solat raghaib dan lain-lain.
Bidaah yang berlaku dalam Masyarakat Melayu

Bidaah Dalam Bulan Rabiul Awal 
Masyarakat Melayu di Malaysia amat bersungguh-sungguh mengadakan majlis Maulid al-Rasul . Perbuatan ini adalah tidak boleh kerana hal itu adalah bidaah dalam agama . Selain itu , Rasullullah tidak pernah mengerjakannya , begitu pula Khulafa al-Rashidin , para sahabat lain dan para Tabiin yang hidup pada kurun paling baik . Mereka juga tidak menganjurkan mengadakan majlis seperti ini walaupun mereka adalah dari kalangan orang-orang yang lebih memahami terhadap sunnah , lebih banyak menyintai rasul daripada generasi selepasnya dan benar-benar menjalankan syariatnya . 

Bidaah Dalam Bulan Safar
Masyarakat Melayu juga percaya bahawa bulan Safar mendatangkan kecelakaan terutamanya pada hari Rabu akhir bulan . Dipercayai bahawa diturunkan bala pada tiap-tiap tahun sebanyak 12 000 bala dan sekaliannya itu pada hari Rabu akhir bulan Safar. Untuk menolak bala ini , disunatkan banyak bersedekah dan membaca doa tolak bala dengan kaifiat-kaifiat tertentu . 

Perkara ini adalah bidaah kerana ia bertentangan dengan hadis nabi S.A.W , yang bermaksud :
" Tiada kejangkitan , tiada kesialan kerana burung hantu dan tiada kesialan kerana bulan Safar . Allah menjadikan tiap-tiap jiwa dan ia telah menentukan hidupnya , musibat-musibatnya dan rezekinya ." 

Bidaah Dalam Bulan Rajab
Lazimnya masyarakat Melayu menyambut Bulan Rajab dengan mengadakan perayaan Israk dan Mikraj , mengadakan solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rajab yang dinamakan solat al-Raghaib , puasa khas pada hari Khamis minggu pertama bulan Rajab , solat khas pada malam 27 Rajab dan puasa khas pada siang hari 27 Rajab . 
Amalan-amalan itu tidak ada dasarnya dalam agama sama ada dari al-Quran atau hadis yang sabit dari Rasulullah dan tidak pula diamalkan oleh para sahabat dan ulama salaf , maka oleh kerana itu ia termasuk dalam perbuatan bidaah . 
Hadis tentang solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rajab dan puasa khas pada hari Khamis adalah hadis maudhu' ciptaan tukang-tukang bidaah atau orang-orang kafir zindiq . 

Hadis tentang solat khas dan puasa khas ada 27 Rajab juga adalah mungkar yang tidak boleh dijadikan sebagai targhib dan tarhib ataupun menyatakan fadhilat amal .

Bidaah dalam Bulan Ramadhan
Dalam bulan Ramadhan pula , masyarakat Melayu gemar mempercepatkan solat tarawih . Mereka mengerjakan solat tarawih hanya mengambil masa setengah jam dari solat Isyak sehingga witir . Oleh kerana terlalu laju , banyaklah kecacatan yang berlaku . Ini termasuklah surah al-Fatihah yang dibaca senafas , tidak menjaga tuma'ninah dalam rukuk , sujud , duduk antara dua sujud dan iktidal .

Dalam hal ini imam al-Ghazali berkata : " Kamu manghadiahkan solat kamu kepada Allah , maka janganlah kamu menghadiahkan solat kamu dengan sifat-sifat yang tersebut ( buruk ) , pasti anda akan menerima siksaannya ." 

Bidaah Azan Dan Iqamat Untuk Jenazah
Masyarakat Melayu juga mengamalkan banyak perkara bidaah dalam hal pengurusan jenazah . Mereka gemar membaca azan dan qamat sewaktu mayat diturunkan dari rumah atau ke dalam kubur . Sebenarnya tidak ada hadis yang mensyariatkan azan dan qamat untuk jenazah .

Amalan ini adalah semata-mata bidaah kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah , sahabat-sahabat dan al-salaf al-shalih . Apa yang nabi ajar ialah azan pada solat fardhu dan sewaktu menyambut kelahiran bayi . 
Bidaah Solat Teman
Selain itu , mereka juga percaya bahawa mayat perlukan bantuan untuk menghadapi alam baru . Untuk tujuan itu , mereka juga melakukan sejenis solat yang dinamakan Solat Teman . Solat ini bertujuan untuk membantu mayat menghadapi soalan Mungkar dan Nakir . Solat ini adalah mungkar dan bidaah . Ini adalah kerana Rasulullah hanya melakukan solat jenazah dan solat ghaib . Rasululullah juga hanya mensyariatkan supaya berdoa dan meminta ampun untuk si mati .

Ini adalah bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud , al-Hakim dan al-Bazzar , yang bermaksud :
Uthman bin 'Affan r.a meriwayatkan : " Adalah nabi SAW apabila selesai mengkebumikan jenazah , baginda berdiri di sisi perkuburan dan bersabda : Mohonkanlah keampunan untuk saudara kamu dan mintalah ketetapan untuknya kerana dia sekarang akan disoal ." 

Bidaah Tunggu Kubur
Ada juga sebahagian masyarakat Melayu yang mengamalkan 'Tunggu kubur' . Mereka mengupah beberapa orang untuk menunggu kubur si mati untuk beberapa malam . Panjang masa menunggu adalah bergantung kepada kemampuan keluarga si mati . Lazimnya adalah dalam bilangan ganjil iaitu semalam , tiga malam , lima malam , tujuh malam dan seterusnya . Sebuah rumah kecil dibina berhampiran kubur si mati untuk tujuan membaca al-quran , berzikir dan sebagainya untuk 
simati . Penunggu-penunggu mendapat upah yang agak lumayan .

Hukum mengupah dan mengambil upah membaca al-Quran kepada simati , jumhur ulama menyatakan haram . Ini kerana , tiada pahala bagi orang yang membaca al-Quran kerana upah . Pada tahun 1917 , Syeikh Muhammad Bakhit telah mengeluarkan fatwa berhubung permasalahan kadar upah yang terjadi di antara pemberi dan penerima upah , beliau memfatwakan hukum mengambil upah membaca al-Quran untuk si mati adalah haram . Fatwa yang sama juga dikeluarkan oleh Mufti Mesir Abdul Majid Sulaim pada tahun 1942 dan Badan Kajian Dakwah dan Fatwa Kerajaan Arab Saudi , ( Fattawa Islamiyah , halaman 23 ) . 

Amalan ini adalah bidaah dan perbuatan mungkar yang wajib dicegah kerana ia jelas tidak dianjurkan oleh Rasullullah S.A.W dan tidak pula diamalkan oleh para sahabat dan ulama Salafus - Shalihin .

Bidaah Membina Bangunan Di atas Kubur
Di antara bidaah lain ialah ada juga di antara orang Melayu yang membina binaan di atas kubur . Ada kubur yang dibina dengan konkrit , marmar dan lain-lain yang mahal harganya . Kadang kala dibina kubah , menara , memasang lampu-lampu dan hiasan yang indah khususnya dari kalangan orang berada dan kubur-kubur keramat atau 
wali .

Ini adalah perbuatan yang membazir , riak dan takabbur . Di situ juga tersirat konsep pemujaan kepada ahli-ahli kubur . Perbuatan ini menyerupai amalan agama-agama lain.

Jabir ra. meriwayatkan katanya : " Rasullullah SAW melarang mengecat kubur dengan kapur , duduk di atas kubur dan membina binaan di atasnya ." 
Hadis riwayat Muslim .

Selain itu , ada juga amalan yang menjadikan kubur sebagai tempat :-
• Meminta sesuatu hajat
• Meminta sesuatu melalui perantaraan kubur .
• Berdoa di kubur kerana percaya bahawa berdoa dimakbulkan lebih mustajab dari di masjid .
• Bernazar kepada kubur .
• Membayar nazar kepada kubur .
• Menyembelih binatang nazar di kubur .

Amalan-amalan di atas adalah bidaah dan tidak ada bezanya dengan kelakuan penyembahan berhala . Menurut Muhammad bin Abdul Wahab ( pengasas mazhab Wahabi ) , perbuatan ini adalah maksiat dan boleh membawa syirik . Perbuatan memuliakan kubur adalah terkeluar daripada batas-batas agama dan harta benda yang dibelanjakan untuk tujuan tersebut itu adalah sia-sia sahaja .

Bidaah Fidyah Solat Dan Kenduri Arwah
Dalam hal berkaitan kematian juga , kebanyakan masyarakat Melayu ada mengamalkan membayar fidyah untuk orang yang telah meninggal dunia yang semasa hidupnya ada meninggalkan solat . Perbuatan ini juga adalah bidaah kerana perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh nabi , para sahabat , al-salaf al-shalih dan tidak ada ulama yang membolehkannya .

Kenduri arwah atau kenduri kematian yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu juga adalah bidaah . Amalan ini akan membebankan waris dengan menyediakan makanan dan banyak berbelanja untuk malam-malam tiga , malam tujuh , malam empat puluh hari dan seterusnya. Ini adalah juga bidaah yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah dan golongan al-Salafu al-Salih r.a. dan kemudiannya .

Ulama memutuskan amalan ini berasal daripada budaya Firaun . Justeru itu , amalan ini adalah bidaah dan kadang-kadang berlaku salah guna pada harta peninggalan si mati seperti hutang yang sepatutnya dibayar , tidak diutamakan . Oleh itu , maka Majlis Fatwa Mesir tahun 1947 memutuskan haram dan hendaklah dihentikan amalannya .

Dalam satu peristiwa , apabila berlaku kematian anak bekas Mufti Mesir , Syeikh Hasanain Makhluf , setelah hampir empat puluh hari , beliau ditanya tentang tarikh memperingati hari kematian yang ke - 40 . Beliau menjawab " Menghayati malam 40 dengan cara seperti yang biasa dilakukan itu suatu bidaah yang tidak bersumberkan Islam , buat anakku , cukuplah dengan amalan yang dilakukan olehnya sendiri ."
Jawapan tentang permasalahan ini telah disiarkan oleh akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947 . 

Bidaah Dalam Berwirid Dan Berdoa
Selain daripada itu , masyarakat Melayu juga gemar berdoa dengan suara keras dengan menggunakan pembesar-pembesar suara sehingga kedengaran jauh kerana sudah menjadi kebiasaan .

Sebenarnya , untuk berdoa , kita perlulah memenuhi tentang pantang larangnya , tidak boleh melalui perantaraan , dengan ikhlas , khusyuk dan tawadhuk , tidak riak , tidak takabbur dan tidak boleh dengan suara keras menengking .

Dalam hal ini Abu Musa al-Asf'ari meriwayatkan :
"Orang-orang yang mengangkat suara mereka dengan berdoa dalam sebahagian perjalanan , maka Rasulullah SAW bersabda kepada mereka : Batasilah diri kamu 
( jangan bersuara keras ) , kerana bahawasanya kamu tidak memohon kepada orang pekak dan bukan pula kepada orang yang tiada , sesungguhnya yang kamu meminta kepadanya itu adalah Maha mendengar dan dekat , lebih dekat kepada seseorang kamu dari tengkuk kenderaannya ." 

Apatah lagi jika berdoa dengan suara yang keras sehingga mengganggu orang lain , ia termasuk dalam bidaah yang tercela .

Bidaaah Membaca Al-Quran Atau Tarhim Di Menara Masjid
Membaca Al-Quran atau tarhim di menara masjid adalah juga bidaah .Lazimnya ia dilakukan dengan dibaca atau melalui pita rakaman lebih-lebih lagi dilakukan di waktu dinihari sebelum subuh . Bacaan-bacaan ini boleh mengganggu orang-orang sakit , orang-orang tidur ataupun orang-orang yang ingin beribadat . 
Menurut al-Imam Ibnu al-Jauzi , di antara pekerjaan-pekerjaan mungkar ialah seseorang bangun di malam hari di menara-menara masjid lalu membaca zikir atau sesuatu surah al-Quran dengan suara yang lantang lalu mengganggu manusia yang sedang tidur dan mengganggu bacaan orang-orang yang sedang bersolat tahajjud . 

Sebab-sebab Timbulnya Bidaah

Jahil
Bidaah amat mudah membiak dalam satu masyarakat yang jahil , pemimpin yang jahil dan ulama yang beku dan kaku . Masyarakat ada sebahagiannya yang gemar membicarakan masalah agama yang tidak difahaminya . Tindakan memperkatakan urusan-urusan agama tanpa ilmu adalah satu kesesatan dan menyesatkan orang . 

Jahil dalam Bahasa Arab
Al-Quran , al-Hadis dan kitab-kitab yang muktabar adalah dalam bahasa Arab . Kejahilan dalam bahasa ini akan menyebabkan salah faham dan kesesatan .
Sebagai contohnya :
Allah berfirman :
و اعبد ربك حتى يأ تيك اليقين
Ertinya :
" Dan hendaklah kamu menyembah Tuhanmu sehingga datanglah keyakinan kepadamu ," 

Yang dimaksudkan dengan perkataan yakin di situ ialah mati , tetapi kerana kejahilan bahasa Arab , yakin disini dimaksudkan dengan keyakinan . Ayat itu diertikan sebagai : "Hendaklah kamu berabdi kepada Allah sehinggalah datang kepadamu keyakinan " , maka apabila sudah ada keyakinan tidaklah lagi wajib berabdi kepada Allah . Akhirnya tidak berzakat, tidak bersolat dan tidak menunaikan fardhu haji kerana mereka beralasan telah sampai ke martabat yakin .

Jahil Sunnah
Maksudnya ialah kejahilan tentang martabat hadis sama ada shahih , hassan, dhaif dan maudhu'. Hadis-hadis yang terlalu dhaif seperti hadis mungkar , matruk , batil dan maudhu'sama sekali tidak boleh digunakan . Sebagai contoh , bagi menggalakkan umat supaya mengadakan perayaan maulid Nabi SAW maka hadis ini digunakan :
من عظم مو لدى كنت شفيعا له يوم القيا مه 
Ertinya :
"Barangsiapa yang membesarkan hari kelahirannku , maka akulah pemberi syafaat kepadanya pada hari qiamat ." 

Jahil Konsep Ibadat
Sebahagian masyarakat Melayu hanya memahami bahawa ibadat itu hanyalah terbatas kepada ibadat-ibadat yang khusus sahaja seperti solat wajib atau sunat , puasa wajb atau sunat , zakat , haji , umrah , sedekah , wakaf , zikir , tahlil , takbir , tasbih , tahmid , istighfar , membaca al-Quran dan sebagainya . Apa yang mereka faham ialah perkara yang selain daripada itu , tidak termasuk ibadat . Akhirnya mereka merasakan bahawa ruang lingkup ibadat menjadi sempit walaupun mereka telah melakukan semua ibadat khusus tersebut . Justeru itu , mereka mencari amalan-amalan lain dengan membaca sesetengah kitab yang diajar oleh sesetengah guru seperti solat khas pada malam-malam tertentu dan puasa khas pada hari-hari tertentu .

Mengikut Hawa Nafsu
Oleh kerana mengikut hawa nafsu , masyarakat Melayu sanggup melakukan penyelewengan . Nafsulah yang mengajak orang ingin menjaga kemasyhuran , menjaga kepentingan diri , keluarga , suku dan ingin dipuji . Nafsu jugalah yang menyebabkan timbulnya puak-puak sesat . Mereka sanggup mengada-ada , membuat alasan dan dolak dalik yang keluar dari dasar dan roh Islam yang sebenarnya .
Allah berfirman di dalam al-Quran :
ان النفس لا مارة بالسوء الامارحم ربى

Ertinya :
" Sesungguhnya nafsu itu menyuruh berbuat jahat kecuali nafsu yang dirahmati oleh Tuhanku ." 

Taqlid Buta Kepada Guru
Manusia selain Rasul , walaupun betapa tinggi martabat keilmuannya dan kesolehannya tidak terlepas daripada kesilapan dan kesalahan . Sikap bertaqlid buta akan menyebabkan matinya roh ijtihad . Apabila berlakunya pertembungan antara fatwa guru dengan al-Quran dan al-Sunnah , fatwa gurulah yang diutamakan kerana guru dianggap serba tahu , keramat dan maksum . Jika dikaji , tidak ada imam-imam mujtahidin yang mewajibkan orang bermazhab kepada mereka . Sikap bertaqlid buta kepada guru-guru dan kitab-kitab tertentu adalah menjadi penyakit kepada umat dan menjadi punca lahirnya bidaah .

Memperdaya Umat Islam 
Sebahagian kaum Syiah dan sebahagian kaum Sufi mencipta bidaah dengan tujuan menghancurkan Islam dan menyesatkan kaum muslimin . Di dalam ilmu Tasauf , ada satu ajaran mengenai kasyaf . Kasyaf ialah sumber pengetahuan dalam ilmu tasawuf yang sama kedudukannya seperti akal dalam Ilmu Tauhid . Dengan kasyaf , orang boleh merombak sesuatu hukum yang telah ada atau mengadakan sesuatu cara ibadat yang belum atau tidak disyariatkan melalui lidah para rasul . Tidak hairanlah jika Agama Kristian di dunia sekarang ini ialah dari ajaran Paulus . Pengikutnya yakin bahawa beliau mendapat kasyaf berjumpa dengan Nabi Isa a.s sedangkan Nabi Isa sudah diangkat . 

Menurut tafsiran kitab Tafsir al-Azhar , juzu' II , halaman 287 – 288 :
"Yang sangat merosak agama pula ialah yang ditimbulkan oleh golongan tasawwuf yang semacam itu ialah tentang adanya kasyaf . Kasyaf ertinya pembukaan rahsia yang tersembunyi . Menurut mereka , seseorang yang telah mencapai martabat wali itu boleh diberi Allah kelebihan dengan dikasyafkan kepadanya oleh Allah rahsia-rahsia yang tersembunyi , yang ghaib . Kadang-kadang mereka mengubah hukum agama yang tertulis di dalam al-Quran dan Hadis sebab tuan Syaikh telah mendapat kasyaf dari Allah baik di dalam suatu mimpi atau suatu ilham supaya dikerjakan begini atau begitu , yang tidak ada dari pokok syariat dari al-Quran dan Hadis itu ." 

Sebab-sebab Bidaah Membiak
Puncanya ialah , orang Melayu merestui dan mengikuti amalan-amalan bidaah setengah-setengah orang alim kerana berkeyakinan bahawa apa yang diamalkan orang alim itu adalah benar .

Selain itu , adat tradisi orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam masih dilakukan sebagai satu amalan agama seperti berkaitan dengan wanita mengandung , urusan kematian , perkahwinan dan perkara ini direstui oleh sesetengah guru dan mendiamkannya . Perbuatan ini ( mendiamkan diri ) dianggap membenarkan perbuatan bidaah . 

Ada juga orang yang cuba menegakkan sunnah dan menafikan bidaah tetapi dianggap mengajar ilmu sesat yang kononnya bertentangan dengan ajaran mazhab Syafi'i . Tidak kurang juga yang menganggap bidaah adalah masalah remeh-temeh dan tidak perlu diberi perhatian .

Selain itu apabila perasaan cintakan kedudukan dan ingin mempertahankannya berkumpul di dalam jiwa mula bermaharajalela , ada juga pemimpin tarikat atau pemimpin jamaah yang buta agama , untuk menjaga kedudukannya , sedangkan mereka bukan ahlinya , telah mencipta wirid , amalan zikir doa dan sebagainya untuk diberikan kepada murid-muridnya . Inilah sebabnya mengapa bidaah bertambah banyak sehingga tidak terhitung . 

Bidaah Yang Menjadikan Pengamalnya kufur 
Ada beberapa kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu yang jika diamalkan boleh membawa kepada kufur . Bidaah ini ialah yang berkaitan dengan prinsip-prinsip agama seperti dalam masalah aqidah . Contohnya ialah seperti berikut :
 Berfikiran dan berkeyakinan bahawa para wali di dalam kubur boleh melakukan perkara-perkara seperti di dalam dunia , boleh mengarahkan manusia yang hidup serta menjadi penyebab dalam mendapatkan sesutau ataupun tidak .
 Berkeyakinan bahawa para wali lebih mulia daripada nabi SAW .
 Berkeyakinan bahawa ada di antara para wali yang dipanggil untuk mendengar dan mengabulkan permohonan peminta seperti diselamatkan dari kesusahan atau kecelakaan .
 Berkeyakinan bahawa ada ayat-ayat yang bertentangan di dalam al-quran .
 Berfikiran bahawa siksa dan nikmat kubur itu tidak ada kerana bertentangan dengan akal .
 Berkeyakinan bahawa sifat Allah itu ruh bagi Nabi Muhammad; sifat Muhammad ruh bagi manusia; sifat manusia ruh bagi binatang.
 Mempercayai bahawa Awal pun Nur, Akhir pun Nur; Nur itu zat Allah' Nur itu Muhammad.
 Sembahyang itu memadai dengan niat dalam hati jua. Tidak perlu 
mengerjakan rukun yang 13 itu , iaitu niat yang termaklum di sisi mereka 
sahaja .

Al-Masalihul Mursalah bukan bidaah 
Al-Masalihul Mursalah adalah bukan bidaah . Ia adalah tindakan lanjut dari kaedah prinsip "Suatu kewajipan yang tidak boleh sempurna kecuali dengan sesuatu maka sesuatu tersebut menjadi wajib. " 
Perkara-perkara tersebut termasuklah :-
1. Mengumpulkan catatan-catatan Al-Quran sehiggga menjadi sebuah kitab.
2. Mengenakan denda dengan harta yang telah ditetapkan .
3. Memanfaatkan harta haram sementara tidak ditemukan harta halal .
4. Membuat mihrab di dalam masjid .
5. Membuat menara-menara dan tempat azan yang tinggi di masjid.
6. Meninggikan mimbar dengan bertingkat-tingkat agar jemaah yang besar dapat mendengar khutbah dengan lebih jelas.
7. Membuat pembesar suara agar dapat didengar oleh orang ramai .
8. Membukukan penemuan-penemuan baru seperti ilmu hadis , ilmu fiqh , nahu saraf dan lain-lain .
9. Membuat mesin-mesin berteknologi tinggi untuk menumbuk bji-bijian .
10. Menaiki kederaan seperti kapal terbang dan helikopter .
11. Membuat alat percetakan moden untuk mencetak buku .

Kesemua ini tidak ada dalam al-quran dan hadis , mahupun ijma' . Kesemuanya termasuk dalam al-marsalihulmursal ah . Ia adalah bukan bidaah .

Cara-cara Mencegah Dan Membasmi Bidaah
1. Mengharamkan buku-buku yang mengandungi perkara-perkara bidaah daripada disebarkan kepada masyarakat 
2. Pihak berkuasa tentang agama negeri ini hendaklah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk memeriksa dan meneliti buku-buku agama .
3. Memberi penerangan kepada masyarakat supaya menghindari bidaah melalui khutbah jumaat , risalah , ceramah dan pengajian di surau-surau .
4. Menyebarkan kepada masyarakat sunnah-sunnah yang shahih .
5. Memastikan perlantikan jawatan-jawatan seperti pegawai-pegawai agama , bilal-bilal , mubaligh-mubaligh , guru agama hendaklah diberikan kepada yang benar-benar layak .
6. Semua tenaga agama hendaklah diberi kursus tentang perkara bidaah dan cara mengatasinya .
7. Kerajaan , alim ulama dan guru-guru hendaklah terlebih dahulu meninggalkan perkara bidaah .

Kesimpulan 

Bidaah ialah perkara yang baru yang tiada dalam syariat . Jika ia berkaitan dengan akidah , amal ibadat dan kepercayaan , ia akan menjadikan pengamalnya kufur . Jika ia berkaitan dengan al-marsalih al-mursalah , ia tidak dinamakan bidaah .Urusan-urusan adat yang tiada ketentuannya dari syarak adalah satu kebebasan kepada manusia untuk mengurus mengikut kebijaksanaan mereka .Bidang-bidang ini termasuklah pertanian , perladangan , perburuan penternakan, perlombongan dan sebagainya .

Mewujudkan jentera , kilang mesin dan sebagainya adalah tidak dinamakan bidaah walaupun menurut bahasa ia dinamakan bidaah .

Bidaah adalah satu perbuatan yang tercela dan dosa serta melibatkan penolakan amalan oleh Allah . Besar atau kecilnya dosa bidaah yang dilakukan dan berdasarkan motif apa bidaah itu dilakukan . Allah telah berfirman : 

ام لهم شركؤا شرعوا لهم من الدين مالم يادن به الله
Ertinya :
" Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka dari urusan agama yang tidak diizinkan Allah ?" 

Masyarakat Melayu perlulah lebih berfikiran terbuka dan lebih banyak membaca serta berguru . Mereka tidak boleh hanya mengharapkan satu sumber pengetahuan sahaja . Lebih-lebih lagi pada zaman moden yang memasuki era globlisasi ini . Mereka perlu melihat dunia dengan mata burung dan bukan dengan mata tempurung . 

Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah mengamalkan bidaah yang tercela dan boleh membawa kepada kekufuran . Sesungguhnya batu sempadan kekufuran itu tidak kelihatan . Jika kita tersilap langkah , kita akan berada di sebelah kiri batu sempadan keimanan dan menjerumuskan diri ke dalam neraka Allah . 

Dengan mendalami Tauhid Uluhiyah , Tauhid Rububiyah dan Tauhid Asma' dan Tauhid al-Sifat , kita akan lebih tenteram kerana kita berada dalam lingkungan kefahaman yang boleh menyelamatkan diri kita daripada perkara-perjara syirik , khurafat dan bidaah dan Insya Allah kita tergolong dalam golongan yang dinamakan golongan Al-sabiqun dan golongan ashabul Yamin . Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah dan kita terhindar daripada sebarang anasir bidaah , syirik dan khurafat .


Wallhu a'lam bis sawwab .

Isnin, 19 Januari 2009

Bersin dan Menguap

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Sebab itu apabila seorang dari kamu bersin hendaklah mengucapkan; "Alhamdulillah" (Segala Puji Bagi Allah) dan setiap muslim yang mendengarnya perlu membaca :

"Yarhamukallah" ( Semoga Allah Merahmati Kamu) sebagai jawapan. Menguap adalah datang dari syaitan. Sebab itu apabila seorang dari kamu menguap, hendaklah dia menahannya kerana ketika seorang dari kamu menguap syaitan akan ketawa kepadanya. (HR Bukhari)

Ahad, 18 Januari 2009

Melayu dari titisan Iskandar Zulkarnain?

Melayu dari titisan Iskandar Zulkarnain? Fahri Abdullah al-Masri 
Sun | Jan 18, 09 | 5:31:59 pm MYT



16 Januari lalu TV2 menyiarkan sebuah filem epik tentang riwayat hidup Alexander The Great. Sesetengah pihak melihat watak ini sebagai Iskandar Zulkarnain. Filem itu menggambarkan raja agung itu sebagai watak biseksual, ghairahkan kuasa, penyembah dewa dan keputusannya di bawah dibawah telunjuk ibunya, Olivia (Angelina Jolie).

Iklan  

  
   


Raja yang agung itu menurut kacamata Barat adalah anak Raja Philips II; pemerintah Macedonia. Bapanya terbunuh, lalu Alexander jadi raja. Baginda mula menakluk Parsi di bawah pemerintahan Darius I.



Setelah Parsi dijatuhkan, kembaranya diteruskan sehingga meliputi Asia Barat, Asia Tengah, dan Asia Selatan. Baginda dan ketumbukan tenteranya merentasi Hindu Kush iaitu kawasan banjaran gunung menuju ke India.



Bagaimanapun, Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola. Kemuncaknya, Alexander dibunuh para pengikutnya dengan racun. Usianya 33 tahun saat itu. Demikian tafsiran Barat ke atas raja itu melalui filem tersebut.



Sekurang-kurangnya, setakat ini, ada tiga rujukan yang boleh diangkat sebagai penilaian. Pertama, filem Alexander itu, kedua Sulalatus Salatin dan ketiga al-Quran sendiri.



Lewat filem tersebut, saya membuat beberapa rumusan begini. Menurut kacamata Barat, Alexander berasal dari Rom, tenteranya Galdiators dan mungkin baginda dan tenteranya pernah bergaul, berkahwin dengan kaum China sehingga ada kalangan warga China yang mendakwa mereka sendiri adalah daripada jurai keturunan Rom. Wallahu'alam. .






Kisah-kisah lain
Dalam Sulalatus Salatin, turut disebutkan bahawa Iskandar Zulkarnain berasal daripada Rom. Tun Seri Lanang menyebutkan bahawa Raja Iskandar itu anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya.



Maka, sudah wujud perbezaan antara catatan Melayu dan catatan Barat, iaitu perbezaan daripada sudut nama ayahnya.



Tun Seri Lanang menyebutkan secara jelas bahawa catatan beliau itu diambil daripada Hikayat Raja Iskandar. Selain itu, watak-watak lain yang wujud dalam catatan beliau itu adalah Nabi Ibrahim Khalilullah sebagai imam Raja Iskandar. Bermaksud, syariat yang diamalkan oleh raja agung itu adalah syariat Nabi Ibrahim a.s. 

Turut disebutkan watak Nabi Khidhir a.s yang muncul ketika mahu menikahkan Iskandar dengan Puteri Syahrul Bariyah, anak Raja Kida Hindi yang jatuh dalam taklukannya.



Demikian kata Nabi Khidir: "Ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Ta'ala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina.



Adapun sekarang, bahawa tuan hamba ada beranak perempuan, terlalu baik parasnya; kehendaknya minta daripada tuan hamba, dan diambil Raja Kida Hindi kiranya akan menantu, supaya berhubunglah segala anak cucu Raja Iskandar, jangan lagi berputusan kiranya sehingga hari kiamat. Bagaimana, kabulkah? Atau tiadakah?"



Maka, di sini bermulanya perkahwinan Raja Iskandar dengan seorang puteri dari belahan dunia Timur. Ada kemungkinan juga Raja Iskandar memiliki isteri-isteri di jajahan yang telah ditaklukinya untuk meluaskan pemerintahannya itu.



Di dalam filem Alexander, raja agung itu memiliki dua orang isteri. Satu isteri daripada Parsi dan seorang lagi dari India. Kedua-duanya adalah hasil daripada penaklukannya. Hakikat yang sebenarnya berlaku, wallahu'alam. .






Raja Iskandar berasal dari Parsi?
Sementara itu, ada riwayat lain menyatakan, Khurosh Komeni, raja Parsi adalah raja yang memenuhi ciri-ciri perwatakan Iskandar sebagai yang disebut dalam al-Quran. Baginda adalah raja kerajaan Myra yang bermusuhan dengan kerajaan Himyar.



Khurosh dikatakan berjaya menyatukan kedua-dua kerajaan ini menjadi sebuah empayar yang luas. Tapi, Khurosh juga dikatakan penganut Zoroaster atau Zarathushtra yang juga memulakan penaklukan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasanya. Pada ketika inilah beliau bertempur dengan kaum barbar yang diancam Yakjuj, Makjuj.



Khurosh mengarahkan agar dibina tembok guna menghalang kemaraan kedua-dua bangsa ini. Ada riwayat menyatakan Khurosh menjadikan Nabi Daniel, sebagai penasihat.



Dalam filem Alexander, penasihatnya adalah seseorang pemuda kacak yang sangat intim dengannya sehinggakan pemuda itu menjadi kekasihnya. Hal ini tentu sekali tertolak jika mahu disamakan dengan Zulkarnain dalam al-Quran itu.



Bagaimanapun, catatan Melayu dan Parsi ada persamaan. Dua watak nabi diperkenalkan di sini, iaitu Nabi Khidhir dan Nabi Daniel.



Satu hal yang menarik juga diperhatikan, dari manakah nama Iskandar itu didapati? Saya beranggapan, nama Iskandar itu bukan namanya yang sebenar, tetapi dinamakan begitu di India atau di Parsi setelah baginda diam seketika di sana.



Iskandar bukanlah nama Rom tapi ia adalah nama bangsa-bangsa yang ada kaitan dengan India atau Parsi. Dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain, riwayat itu banyak mencatatkan hal peperangannya di India dan apakah yang telah dilakukannya di sana.



Zulkarnain adalah gelaran bermaksud; seseorang yang mempunyai dua kuasa; di Timur dan Barat. Hal gelaran seperti ini dianugerahkan kepada raja-raja seperti Zulkifli. Nama Zulkifli a.s, hakikatnya bukanlah nama, sebaliknya gelaran.



Menurut hemat saya, masing-masing kuasa di sebelah Timur dan Barat seperti Rom dan Parsi ini, sama-sama mendakwa bahawa sosok Iskandar itu adalah milik mereka. Namun dalam al-Quran, disebutkan baginda pergi menakluk ke arah matahari terbit dan matahari jatuh, ertinya baginda berasal dari kawasan yang berada antara Timur dan Barat.






Baginda bukan milik Timur dan Barat
Baginda bukan bukan milik belahan Timur dan Barat. Baginda bukan berasal dari Rom dan Parsi. Hanya, setelah melanggar Rom, maka Rom menyatakan baginda berasal dari Rom. Begitu juga setelah melanggar Parsi, baginda dianggap berasal dari Parsi.



Sebaliknya, baginda mungkin daripada bangsa yang kerdil dan akhirnya keluar menjadi raja yang agung, hasil daripada kesungguhannya mahu menyatukan belahan dunia Timur dan Barat untuk setia tunduk kepada perintah Allah.



Menurut hemat saya, memang ada kemungkinan baginda hidup sezaman atau hadir dalam suasana persekitaran Tauhid selepas Nabi Ibrahim a.s berhasil menumbangkan kekuasaan Raja Namrud dengan izin Allah s.w.t.



Pendek kata, Iskandar sebenarnya mucul selepas beberapa ketika setelah Dinasti Namrud telah tumbang. Jadi, di negara Babylon itulah berkemungkinan besar Iskandar dilahirkan. Sama ada baginda datang daripada Dinasti Namrud atau sebaliknya, wallahu'alam. .



Maka selepas itulah Iskandar meneruskan penjelajahannya untuk mengembangkan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Baginda memulakan awal penaklukannya di Barat. Mungkin di sini beliau tinggal lama untuk menyatukan Rom di bawah Tauhid.



Iskandar kembali ke Timur untuk meluaskan empayarnya di sana; menaklukkan kerajaan Parsi, Asia (India) dan di sanalah baginda melaksanakan satu tugas berat, yang menjadi klimaks, puncak teragung kepada riwayat pemerintahannya, iaitu membina tembok yang memisahkan serangan Yakjuj dan Makjuj daripada sebuah kaum yang tertindas.



Kaum itu, seperti yang diriwayatkan di dalam al-Quran, adalah kaum yang tidak mengerti bahasa percakapan Iskandar. Ertinya, bahasa pertuturan kaum Iskandar itu telah tidak lagi dimengertikan oleh kaum tersebut. Wilayah tersebut terletak antara dua buah gunung dan kaum tertindas oleh Yakjuj, Makjuj itu belum pernah tersua dengan budaya Iskandar.



Saya mencadangkan bahawa bangsa yang tidak mengerti bahawa Iskandar dan Iskandar pula tidak mengerti bahasa percakapan mereka itu adalah bangsa Sanskrit yang mencipta bahasa Sanskrit. Wallahu'alam. . 

Ada kemungkinan Iskandar dan tenteranya tinggal dalam tempoh yang agak lama dengan kaum itu itu membangunkan tembok besi di kawasan antara dua gunung tersebut. Boleh jadi, hasil perkahwinan dengan bangsa tersebut, telah melahirkan jurai keturunan Melayu sepertimana yang wujud pada hari ini.



Jika usul ini boleh diterima, bermaksud, Melayu itu adalah hasil jurai keturunan sebangsa dengan Nabi Ibrahim a.s yang terlepas ke Nusantara dengan pernikahan campur hasil dari titisan darah Iskandar Zulkarnain bersama bala tenteranya dahulu.






Maka, sebab itulah dengan ketentuan Allah, bangsa Melayu lebih mudah menerima Islam berbanding kaum lain di Nusantara ini, kerana nenek moyang mereka memegang ajaran-ajaran Tauhid, warisan daripada Iskandar Zulkarnain. Wallahu'alam. .






Mereka akhirnya diberikan perlindungan dalam bentuk sebuah negara. Seharusnya kaum Melayu itu bersyukur dengan sebab mereka terbebas daripada penjajahan Yakjuj, Yakjuj sepertimana peristiwa gelap yang telah menimpa nenek-moyang mereka dahulu.






5:10 p.m, 18 Januari 



Sekolah Pemikiran Kg Baru 

Apa-apa yang ditulis di atas ini agak longgar, maklumlah sudah pun dibincangkan orang dan kita cuma mengutuip pandangan terdahulu untuk disimpulkan semula guna mencari kebenaran sejati. 

Sekiranya ditemukan usul dan pandangan yang lebih baik, harap dapat dikirim kepada ibnuamir@yahoo. com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _