ANTARA BULAN PUASA DENGAN HASIL ZAKAT FITRAH
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183, ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu untuk berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa."
Terdapat 2 kategori umat Islam dalam bulan Ramadan ini . Yakni kategori yang berpuasa dengan kategori yang tidak berpuasa.
Bagi golongan umat Islam yang berpuasa di harap pada bulan Ramadan ini dapat mempertingkatkan ketaqwaan pada Illahi dengan amalan-amalan berpuasa dengan sepenuh hati , solat yang kusyuk dan menjiwai amalan membaca dan memahami ayat-ayat suci Al-Quran samada melalui tafsiran atau pun melalui terjemahannya. .
Manakala yang tidak berpuasa diharap mendapat taufik wal hidayah dari Illahi . Walau apa jua pun alasan yang anda beri , ia tidak dapat menyelamatkan anda dari mendapat kemurkaan Illahi . Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui akan niat anda yang tidak berpuasa . Yang bererti melanggari perintah yang telah ditetapkan oleh Allah swt kepada umat-umat Islam.
Yang agak menghairankan sepanjang bulan Ramadan ini banyak gerai-gerai makan dan restoran kepunyaan umat Islam yang turut membuka perniagaan mereka . Kalau setakat menjamu pada umat bukan Islam pun tidak mengapa atau pun boleh dimaafkan .
Tetapi yang peliknya gerai-gerai dan restoran ini turut juga menjual makanan mereka pada umat Islam yang tidak berpuasa terutama pada waktu pagi dan tengahari. Semacam tidak menghormati perasaan umat Islam yang lain dalam bulan Ramadan.
Malah di bandar Kamunting pun , terdapat sebuah restoran dan sebuah gerai makan yang bersebelahan dengan masjid Kamunting secara terang-terang turut membuka perniagaan menjual makanan tanpa mengira agama walau pun pada waktu pagi dan tengahari. Semacam tiada perasaan segan silu atau malu pada masyarakat Islam yang lain yang lalu lalang sekitar kawasan masjid Kamunting.
Saya tidak mahu menyentuh atau campurtangan bab penguatkuasaan pada mereka yang tidak berpuasa kerana ia adalah dalam bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri. Namun dimana usaha dakwah wal tarbiah umat Islam termasuk para Imam , Ahli Jawatankuasa Masjid , bilal , tok siak dan para makmum disekitar bandar Kamunting untuk menyebarkan kesedaran dan mempergiatkan aktiviti dakwah pada umat Islam yang sengaja tidak mahu berpuasa malah setengahnya berbangga menunjuk pada orang ramai bahawa mereka tidak berpuasa?
Isu kedua yang saya nak timbul ialah bab zakat terutama dalam bulan Ramadan yang melibatkan zakat fitrah. . Terdapat 8 golongan asnaf yang layak menerima zakat fitrah dan zakat harta benda Sepatutnya dalam sebuah mukim atau daerah sepatutnya ada senarai mereka yang layak menerima zakat dan jumlah sumbangan yang diterima serta nama-nama amil dan bilangan jumlah hasil zakat yang diterima.
Dalam erti kata lain pehak berkuasa agama daerah ada senarai hitam putih mengenai penyata kewangan termasuk butir-butir berkenaan mengenai senarai nama-nama individu yang telah menerima zakat serta jumlah sumbangan yang telah diterima berdasarkan tanggungan masing-masing .
Apabila senarai nama-nama mereka yang layak untuk menerima zakat dipamerkan di dalam kawasan masjid maka orang ramai akan mengetahui senarai ahli dalam kariah masing-masing yang telah menerima zakat serta nama-nama individu yang lain sekiranya ada yang masih belum menerima zakat . Serta memberi peluang pada orang ramai untuk membuat bantahan sekiranya ada individu yang disenaraikan tetapi tidak layak untuk menerima zakat .
Maka pehak pentadbiran masjid telah menjalankan kewajiban mereka secara profesyenal serta dapat menjalankan keadilan sama rata pada semua golongan masyarakat .
Ini tidak , masih ramai lagi golongan yang kurang berkemampuan walau pun tidak fakir tetapi masih digolongkan dalam kumpulan miskin yang masih belum atau tidak pernah menerima zakat . Mungkin pada tahun sebelum ini mereka hidup senang lenang , tetapi pada tahun ini dengan kenaikan harga minyak , prestasi ekonomi dunia yang agak lembap maka ramai dikalangan mereka yang terpaksa menganggur dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap .
Walau pun mereka dikira layak untuk menerima zakat fitrah , tetapi kerana kecuaian dan kealpaan oleh pehak berkuasa masjid ,maka nama mereka tenggelam dari senarai nama-nama individu yang layak untuk menerima zakat .
Apa yang mampu mereka lakukan hanya memendam perasaan hiba dan sayu menjelang kedatangan Hari Raya Aidil Fitri . Tidak ada pakaian baru untuk anak-anak mereka dan jaudah jamuan hari raya yang tidak seberapa . Apatah lagi tinggal di rumah yang agak buruk .
Para amil janganlah hanya hendak bersenang lenang menerima wang zakat dari orang ramai , sebaliknya meninjau kawasan-kawasan orang yang miskin dan kurang berkemampuan dengan melihat dengan mata kepala sendiri dan bukannya melalui maklumat pehak yang lain .
Kalau boleh mencontohi jejak langkah Saidina Umar Al-Khatab yang meninjau dengan mata kepala beliau sendiri akan kesusahan rakyatnya yang kurang berkemampuan tanpa mengira waktu dan tempat .
Maka diharap pada masa-masa yang akan datang pehak berkuasa masjid dapat menjalankan kewajipannya dan tanggungjawabnya secara profesyenal tanpa memilih kasih . Jika tidak masih ramai lagi anggota masyarakat yang tidak membayar zakat pada amil masjid tetapi sebaliknya mereka membayar sendiri pada 7 asnaf yang lain .
Kerana pehak berkuasa masjid masih lagi gagal untuk menjalankan keadilan dan memakmurkan masjid . Masjid seolah-olah di jadikan gelanggang perebutan kuasa dan bukannya tempat untuk membela masyarakat dan tempat beribadah pada Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan