Isnin, 6 Oktober 2008

Cantik ke dalam tubuh kita

Salam,

Apa yang kita lihat pada tubuh kita melalui mata kasar pun sudah cukup
cantik lagi menarik. Itulah tanda kebesaran Allah. Dia menjadikan
manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya. Namun tidak ramai dari kita
yang tahu bahawa dalam tubuh kita terdapat berbagai perkara yang punya
bentuk dan warna yang cantik lagi menawan, dan ini hanya dapat
diketahui bila kita menggunakan teropong halus. Berikut terdapat
foto-foto yang memaparkan keindahan ini, untuk renungan bersama:

1. Ini adalah imej foto kumpulan sel darah merah kita yang ada dibawah
permukaan kulit

2. Foto gumpalan sel darah merah yang sedang mengalir di sepanjang
urat menuju liver

3. Ini adalah foto urat saraf yang mengirimkan signal dan perintah
dari dan ke otak.

4. Permukaan yang seolah seperti makanan ini sebenarnya adalah sebuah
imej dari gigi yang sihat. Sel-sel dalam lapisan yang berwarna hijau
ini gunanya untuk menghasilkan enamel, yang melindungi gigi dari
rosak.

5. Apa anda sedang melihat ini adalah seperti potongan karpet atau buih.
Sebenarnya ini adalah bentuk makanan yang sedang dihancurkan oleh perut.

6. Ini adalah imej dari permukaan lidah manusia, yang mengandungi
indera perasa untuk mengirim maklumat ke otak

7. Ini adalah foto atau image dari lapisan dalam perut pada waktu
mengalami keracunan makanan

8. Kristal-kristal ini nampak indah. Ini adalah batu yang menyebabkan sakit
pada waktu buang air kecil (kencing batu)

9. Ini adalah struktur urat seperti karet yang berada dalam otak.
Ia berfungsi untuk melindungi otak daripada gegaran dan hentakan keras.

10. Apa yang anda lihat seolah-olah setangkai bunga mawar yang sedang
berkembang ini sebenarnya ini adalah bentuk lapisan dalam dubur
manusia.

Sekadar baca sahaja
percaya?
itu kena fikir dahulu

Tiada ulasan: