Rabu, 24 Disember 2008

Mengeluh meletihkan

Mengeluh Hanya Lebih Memenatkan Lagi 
Bismillah, 

Dek masalah yang saya rasakan bertimpa-timpalah lahirnya posting kali ini. Saya tidak merasakan semangat saya semakin lemah, saya perlu bangun dengan apa cara yang saya ada. Kita hanya akan tahu bahawa kita betul2 kreatif setelah semua masalah selesai nanti. 

Jenisnya saya ni, bila ada masalah saya malas nak bebankan sangat otak, seorang yang sayangkan saya (dialah kata) runsing saya tidak dapat lena. Sementelah saya pun tidak beraya mana maka dia bimbang saya memejam mata namun tidak lena. Bak kata suami saya, hal itu tak perlu bimbang, belum sentuh lagi kepala dengan bantal, saya sudah pun bermimpi.

Pernahtak kita perasan, kalau jiwa kita susah, maka akan semakin banyak benda yang lebih menyusahkan tiba. Maka timbullah istilah 'masalah yang bertimpa-timpa' . Bagaimanakah itu terjadi? Saya ingin memberi contoh yang sangat mudah untuk dihayati.. Kita ada masalah dengan perniagaan kita atau di pejabat dan masalah ini sangat rumit sekali...

Makanya jiwa kita begitu sesak sekali. Mula dari itu, tiba2 saja ada anjing berak depan kedai sedang elok depan pintu kedai kita. Anjing berak adalah perkara biasa namun ia sangat menyusahkan bila berlaku di kala kita dilanda kesusahan. Balik ke rumah pula, kita perlu memasak. Sambil kita memasak, anak2 melalak2 nangis nakkan susu. Abah dia pulak selamba je tido tak tolong.

Memang hot betul sedangkan hakikatnya suami kita terlena itu perkara biasa dan anak menangis juga adalah satu masalah biasa juga. Tiba2 seorang anak lagi juga mandi dan air terpercik2 keluar bilik air, ia juga keadaan biasa namun sebak kepala kita semak, benda tu nampak macam anak kita buat satu salah besar pulak. 

Bila kepala kita serabut, maka macam2lah sebenarnya benda yang menjadikan kita lebih susah lagi. Syukurlah juga saya mempunyai suami yang memahami. Sekurang2nya dia boleh membantu saya meluruskan segala yang kusut dalam otak ni. Memang senang cakap, "Ah, tak payah fikirlah..."

Hakikatnya bahu yang memikul memang lebih sakit dari mata yang melihat. Saya juga bukan insan yang kuat tapi jika kita tunduk pula pada apa masalah yang datang, maka itu menunjukkan pula yang kita bukan jenis yang kuat. Orang dengan senang boleh berkata, "Awak bukan usahawan sebenar," tapi jika dengan ayat ini sahaja kita telah rasa lemah, maka apa yang dikata mungkin benar.

Orang boleh berkata semahunya. Mereka akan kata, "Owh, pompuan ni dia susah nak bawak berunding. Suami dia kongkong dia lah.." Sedangkan perempuan itu sangat taat kepada suaminya dan sewajarnya dia dihormati kerana ketaatan itu malang sekali tidak. Dia seolah-olah dihina kerana mengikut telunjuk suami. 

Mulut orang takkan pernah berhenti. Jika kita senang pun akan dikata, jika kita susah juga lebih dikata. Saya selalu sebut 'maleh nak fikir' dan memang saya betul2 malas nak fikir. Jika saya amik port dengan apa yang dikata orang, itu hanyalah kerana saya menyahut cabaran yang dia bagi.

Di dalam kesusahan mengharungi perkara itu, anda akan menemui manakah orang yang boleh menjadi shoulder to cry on atau sebaliknya. Bersyukurlah kerana mempunyai sahabat yang sejati dan bersabarlah dengan mereka yang menikam diri. Apa yang perlu kita ingat, ALLAH itu Maha Melihat. Namun itu bukan alasan untuk mendoakan yang buruk2 kepada orang lain. Mana tahu dengan mendoakan kebaikan, maka di satu hari, orang itu akan benar2 baik kepada kita. 

Mmm...di bawah ini adalah satu artikel yang saya hantar kepada seorang sahabat. Artikel yang formal namun ia benar2 lahir dari buah fikiran saya. Semoga adalah manfaat yang terselit di celah2 artikel yang pendek ni. Doakan saya... 

Mengeluh Hanya Memenatkan

Lazimnya kita sering mengeluh apabila kita kepenatan, kesedihan, kelelahan, kemiskinan dan pelbagai rasa malang lagi. Lalu mengeluh menjadi satu cara yang kita anggap akan mengurangkan rasa malang seperti ini. Hakikatnya, apabila kita mengeluh kita tidak melakukan sesuatu yang lain melainkan kita hanya memenatkan lagi diri kita. 

Pelbagai cara yang tidak kita sedari adalah satu dari bentuk keluhan. Berdengus, menangis, berleter, menghentak barang, menengking-nengking semua itu menggambarkan sifat tidak sabar kita. Dengan melakukan semua itu, kita hanya mengheret jiwa kita untuk berasa lebih malang lagi.

Ketika mengeluh, kita membawa jiwa kita untuk mengimbau kesusahan dulu. Sebagai contoh, setelah dikhianati oleh seseorang, anda akan terkenang-kenang bantuan anda kepadanya dahulu. Ketika isi rumah anda tidak membantu kerja rumah anda, anda mula berleter-leter dan menghempas barang sambil mengungkit hanya anda seorang yang mahu melakukan semua itu. 

Tatkala mengeluh, itu hanya menggambarkan bahawa kita ini bukanlah seorang yang penyabar. Orang yang penyabar, sekalipun mahu mengadu hanya kepada ALLAH SWT jualah tempat untuk mengadu. Di masa lainnya, orang yang penyabar adalah orang yang tenang dan menenangkan. 

Memang sukar untuk sampai ke tahap ini. Kadangkala kita perlu berjuang berhabis-habisan untuk meredakan perasaan marah dan tidak puas hati. Tidak ada salahnya andai anda cuba untuk meluahkan perasaan tetapi biarlah dalam bentuk yang berhemah dan bertimbang rasa. 

Apa yang perlu kita ingat adalah kita dan manusia di sekitar kita hanyalah manusia yang penuh dengan kelemahan. Kita tidak akan sentiasa berpuas hati dengan orang lain sebagaimana orang tidak selalu berpuas hati dengan kita. Oleh itu jangan cuba menimbulkan atau memanjangkan masalah agar diri kita akan lebih dihormati. 

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah, 
YM : sitisifir10

Tiada ulasan: