Rabu, 24 Disember 2008

Mandi Wiladah

Salam,
Perkara ini telah dibincgkn bersama dengan kawan saya beberapa hari lepas.
Kalau saudari refer pd artikel keluaran majalah Nur baru2 ni, ada pendapat dr sorg pakar agama dr UKM menyatkan ianya hanya sunat berikutan artikel yg timbul menyatakan sesiapa yg xmndi wiladah ibadatnya tidak diterima.Komen Dr. tersebut adlh, wktu itu memg tidak boleh buat ibadah khusus seperti solat,jd dimana ruang yg mengatakan ibadahnya xditerima?Tambahan lg, akan keluar darah nifas selepas itu.dan slps tu akan mndi wajib untuk nifas.
 
Jika seorang perempuan melahirkan anak dan tiada sertanya nifas maka wajib ia melakukan mandi wiladah yakni beranak disisi jumhur ulamak. 
Perempuan yang telah berhenti darah nifasnya hanya wajib melakukan sekali mandi sahaja sekalipun ada padanya dua hadas iaitu wiladah dan nifas

 
Tertapi ada beberapa artikel yg saya refer dr internet (saya paste kt bawah ni) mengatakan wajib.dan ini masih dlm perbincangn kami.
 
Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).
Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.
Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.
Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.
Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.
 

ANIZA ABU BAKAR wrote:
salam...
saya ada sedikit kemusykilan, di harap saudara/ri dapat membantu sy
berkaitan mandi wiladah. apa hukumnya n apa yg perlu dilakukan
sekiranya seorang wanita yg baru lepas bersalin terlupa untuk mandi wiladah.
tq n wassalam.

Tiada ulasan: