Rabu, 24 Disember 2008

Di’sebalik Cinta Seorang Suami Orang....

Selamat datang hari Isnin. Satu hari yang menjadi kegemaran ramai orang. Pagi tadi aku tonton TV3 dan Ahmed Tamimi Siregar (betul aku eja?) yang menjadi tetamu jemputan untuk mempromosikan teater terbaru arahan beliau kelihatan mengantuk. Mungkin kerana hari ini hari Isnin. Pop Shuvit & Faizal Tahir juga begitu. Bukan selalu kita boleh lihat artis terkantoi mata merah di’pagi hari. Isnin memang menyeronokkan.

Semalam adalah hari Ahad, hari di’mana selalunya aku akan beli semua akhbar yang ada kerana sisipan & artikel mingguan mereka yang berlainan dan menarik. Penulis artikel akhbar arus perdana nampaknya lebih rajin & kreatif di’hujung minggu. Tetapi, ada satu persamaan di’antara semua akhbar yang aku beli. Mingguan Malaysia, Metro Ahad & Berita Minggu berkongsi satu masalah luahan pembaca — terperangkap dengan cinta suami orang. Periksa semua akhbar tersebut jika tak percaya.

Sebenarnya, masalah ini bukan baru di’Malaysia dan telah terjadi sekian lama. Dan, banyak kisah yang kita dengar berbentuk negatif berbanding yang positif berkaitan hubungan cinta dengan suami orang. Bukan tiada yang positif, tetapi peratusan’nya sangat (sangat!) kecil dan boleh di’abaikan. Masih, ada gadis yang buta tuli terus terperangkap dalam cinta suami orang & berakhir dengan sessi luahan perasaan di’akhbar arus perdana. Aku terasa seperti membeli akhbar untuk membaca pelbagai versi untuk kisah cinta suami orang.

Kenapa si gadis masih terperangkap dalam situasi begitu? Aku bukan pakar perhubungan manusia, tetapi ini sesuatu yang lahir dari akal pagi Isnin aku. Mereka yang terperangkap dalam cinta suami orang ini selalu berfikir yang suami orang adalah seorang lelaki yang perfect. Perfect dari segala segi dan tidak semena-mena, suami orang itu menjadi seorang lelaki yang memenuhi kriteria seorang lelaki sejati. Ini yang sebenarnya.
Kedudukan kewangan yang kukuh. Oh yeah! Sudah semestinya ini yang seorang gadis cari dalam diri seorang lelaki secara am’nya. Dan, secara kebetulan, seorang yang mempunyai kewangan yang kukuh adalah mereka yang bekerjaya, berusia & sudah berumah tangga. Mereka mempunyai kewangan yang kukuh kerana mereka berusaha untuk menjaga keluarga mereka untuk hidup selesa. Rezeki yang seorang lelaki dapat ketika ini adalah niat asalnya untuk di’nikmati oleh si isteri & anak-anak, dan apa kes kau nak merasa pula?
Bertanggungjawab & ambil berat. Suami orang sayang, seteruk mana pun seorang lelaki yang bergelar suami orang, mereka sudah tahu apa erti tanggungjawab & bagaimana untuk melaksanakan’nya. Apa yang mereka aplikasikan ke’atas kau adalah satu proses berulang yang sudah mereka tahu itu mampu mempamerkan sifat kejantanan mereka. Kau orang kedua, atau senang cakap apa yang kau terima itu perkhidmatan second hand.
Romantik & pandai memujuk rayu. Dengar baik-baik, romantik & pujuk rayu adalah bidang yang menjadi kepakaran seorang lelaki selepas kahwin. Kepakaran di’sini merujuk kepada bagaimana mereka mengaplikasikan apa yang telah mereka cuba di’rumah ke’atas gadis-gadis bujang yang mendambakan sifat romantik seorang lelaki. Tanggapan yang lelaki bujang kurang romantik adalah tidak adil. Kenapa tidak kau bentuk sifat romantik seorang lelaki itu untuk kau & hanya kau seorang dan bukan’nya menjadi salah satu bahan eksperimen suami orang untuk memantapkan kepakaran mereka.

Aku tahu majoriti pembaca di’sini bukan’lah gadis-gadis sunti tetapi ada lelaki & suami orang yang boleh tolong sampaikan artikel ini kepada mereka yang memerlukan. Secara realistik’nya, artikel sebegini seperti tidak berguna untuk mereka yang sedang hangat di’lamun cinta dengan suami orang, tetapi mencuba itu’kan lebih baik.

Ada pengalaman terperangkap dengan cinta suami orang?

Tiada ulasan: