Isnin, 22 Disember 2008

Diet ikut kumpulan darah

Diet untuk darah jenis A

Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A
mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi
lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam
kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir
lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko
terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan
pada saluran pernafasan.

Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi
dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil
susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa
lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah
terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu
kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan
buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Diet untuk darah jenis B

Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D'Adamo
menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala
sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan
karbohidrat yang tinggi.

Diet golongan darah jenis AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan
golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus,
infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan
yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur
itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak
kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali
jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Diet untuk darah jenis O

Dr Peter J D'Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil
makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan
pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta
sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu
dan gandum.

Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

Menurut Dr Adamo, ciri khas golongan darah O:

Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah
jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah
karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan
yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan untuk kumpulan darah O:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang
rebus, buah-buahan dan teh herba

Ciri khas individu jenis darah A:

* Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
* Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
* Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat
tinggi, namun rendah lemak
* Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
* Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis A:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Ciri khas golongan darah B:

* Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan,
namun perlu menghadkan pengambilan daging.
* Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk
meningkatkan sistem imunisasi badan.
* Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan
kaki dan bermeditasi.
* Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan
kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi
dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang
kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan
laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam
organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan
berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam,
udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak
jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa,
santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang
pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera,
beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis B:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan
teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh
herba

Ciri khas individu jenis darah AB:

* Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
* Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
* Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis AB:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong
keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan
teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Tiada ulasan: