Jumaat, 5 Disember 2008

10 Petua Disayangi suami

MyEm0.com

Sumber: Mingguan Wanita


Memang tidak adil jika kita hanya meminta para lelaki yakni hanya 
suami yang menanggung semua keperluan dalam sesebuah hubungan. 
Sesekali apa salahnya anda pula yang mengambil alih tanggungjawab 
tersebut. Tapi janganlah sampai anda pula menjadi pengendali dalam 
bahtera hubungan anda berdua. Keadaan berat sebelah seperti ini akan 
menyebabkan perjalanan rumah tangga atau hubungan perkasihan anda 
tidak akan berjalan lancar. Oleh sebab itu, prinsip give and take 
perlu betul-betul diterapkan.

Bagi lelaki memikul kesemua tanggungjawabnya bukan satu masalah. 
Bagi mereka asalkan isteri atau kekasih senang, mereka sanggup 
lakukan apa sahaja. Tapi sebagai isteri atau pasangan yang setia, 
anda juga perlu melakukan sesuatu yang bermakna. Jika anda ada sikap 
tolak ansur,sudah pasti anda akan semakin disayangi pasangan.

Untuk itu, cuba beberapa tip berikut ini:

1) Sempatkan diri anda menyapa suami ketika anda atau dia mahu ke 
pejabat atau hubunginya melalui telefon di pejabatnya dan katakan 
bahawa anda akan merinduinya sepanjang hari itu. Ciuman kasih juga 
boleh diberikan kepada suami sebelum dia melangkah ke tempat kerja.

2) Ungkapkan rasa cinta anda dengan pelbagai cara unik. Misalnya, 
kirimkan pesan cinta singkat melalui SMS di telefon bimbit atau 
emelnya. Atau, selitkan pesanan "Selamat makan, sayang" dalam 
bekalan makanan tengaharinya jika anda membekalkan makanan tengahari 
dari rumah untuk suami.

3) Sesekali, buat janji makan tengahari bersamanya secara spontan. 
Ajak dia ke restoran tempat pertama kali anda makan berdua ketika 
bercinta dahulu (kalau tempat itu masih di daerah tempat anda 
tinggal sekarang).

4) Biarkan dia membantu pekerjaan anda. Jangan lupa ucapkan terima 
kasih setelah itu, lalu pujilah usahanya membantu anda.

5) Sesekali ajak dia menonton wayang di pawagam. Biarkan dia yang 
menentukan filem apa yang mahu ditonton. Memberi pujian dengan 
mengatakan bahawa dia pun sehebat hero dalam filem itu. Sebutkan 
beberapa kebaikannya yang membuat anda sangat menyintai dan 
menyayanginya, walaupun mungkin wajahnya tidak sekacak hero dalam 
filem yang anda tonton itu.

6) Jika dia merancang mahu menonton siaran langsung sukan 
kegemarannya di kaca TV pada tengah malam, sediakan makanan ringan 
kesukaannya. Esok pagi, tanyakan berapa gol atau skor yang diperoleh 
oleh pasukan kesukaan. Biar suami menyedari sikap prihatin anda 
terhadapnya atau sekurang-kurangnya dia dapat merasakan betapa anda 
begitu menghargainya.

7) Tidak perlu menunggu hari ulang tahunnya untuk memberikan hadiah. 
Berikan kejutan berupa hadiah-hadiah kecil seperti aksesori kereta, 
tali leher atau kaset penyanyi atau group band kegemarannya.

8) Tertawalah ketika mendengar gurauannya, atau menyanyilah 
bersamanya biarpun suaranya terdengar sumbang.

9) Berusahalah bergaul dengan para sahabatnya. Anggap dia seperti 
teman anda sendiri. Jika mereka menceritakan kisah nostalgia masa 
lalu, dengarkan bersungguh-sungguh, meskipun anda sudah mendengar 
cerita-cerita itu.

10) Simpan gambarnya di dompet anda.


Tiada ulasan: