Lagi produk patuhi tahap melamin
KUALA LUMPUR: Enam lagi produk makanan dari China, 15 biskut tempatan dan 25 biskut raya yang dianalisis Kementerian Kesihatan mematuhi tahap melamin yang ditetapkan.
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Noraini Mohd Othman berkata enam produk China itu ialah biskut Keropok Nipis Bijan (Golden Fuji), Baked Butter Biscuit (Orange dan Strawberry Hong Da Food), Milky Candy (Doctor), Gula Rapuh Udang (Skico) dan Sea Food Flavoured Cake(Golden Fuji).
Manakala 15 biskut produk tempatan pula membabitkan 10 biskut jenama Julie’s iaitu Biskut Medium Marie, Biskut Champs Cocoa, Biskut Stereo Vanilla, Biskut Cafe Noir, Biskut Choco Fudgee (creamy chocolate sandwich), Biskut Marie perisa coklat, Biskut Krim Kracker, Biskut Golden Kaka, Biskut Cheese Sticks dan Biskut Orange Flavour Cream Sandwich.
Lima lagi membabitkan biskut jenama Hup Seng iaitu Biskut Wholemeal Crackers, Biskut Deluxe Cracker, Biskut Chippy Chips Cookies, Biskut Deluxe Peanut Butter dan Biskut Cream Crackers, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Noraini menasihatkan penjual untuk menyemak senarai produk yang tidak mematuhi tahap bagi melamin yang ditetapkan di laman web dari masa ke semasa dan segera keluarkan produk makanan itu dari premis.
http://www.hmetro. com.my/Current_ News/myMetro/ Friday/Mutakhir/ 20081024192642/ Article/index_ html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan