Jumaat, 5 Disember 2008
Kebesaran Kejadiaan Ciptaan Allah SWT ( Bulan, Musytari dan Kejora)
keajaiban ciptaan Allah 1-12-2008
Syukur...
maha suci Allah, pentadbir seluruh alam dan seisinya. Ilmu Allah amat hebat dan segalanya tidak mustahil terjadi.
Inilah bukti kekuasaan Allah SWT untuk hamba-hambanya melihat, dan berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan
Allah yg tidak terhingga.
Saksikan gambar di bawah. Musytari (Jupiter), Kejora (Venus) dan Bulan kelihatan harmoni dan dekat antara satu sama lain
(seolah sedang tersenyum) sedangkan pada hakikat sebenar, 3 makhluk Allah itu adalah berbilion-bilion tahun cahaya jaraknya
antara satu sama lain. MasyaAllah...
kejadian Allah yg mengagumkan aku malam ni...
Bulan bersama-sama dengan Mustytari (jupiter) dan Kejora (venus)berhimpun di dalam kawasan yang sama dan membentuk
sebuah segitiga! seperti sedang tersenyum.
Bayangkan, walaupun ketiga-tiga objek ini dilihat seolah-olah hampir antara satu sama lain, tetapi dari segi hakikatnya tidak.
Cahaya dari Bulan mengambil masa 1.3 saat untuk sampai ke mata kita. Cahaya dari Kejora (objek sebelah kiri), mengambil
masa lebih kurang 8 minit untuk sampai. Manakala Musytari yang dilihat itu ialah keadaannya 48 minit terdahulu!
Kepada semua, aku ucapkan semoga berjaya and dpt result yg gempak2 belaka. Kita semua telah berusaha sedaya upaya
yg termampu. Kini terserah padaNya...
Takdir Kita
Seseorang pernah berkata..."dalam hidup ini kita cuma perlu percaya dengan satu perkara sahaja iaitu takdir"
Seseorang yang lain juga pernah berkata " takdir mampu kita ubah, asalkan kita tidak terlalu taksub dan melampau dalam
setiap gerak dan laku"
Percayakah anda akan takdir? Pernahkah anda terfikir bahawa semua benda yang kita alami, kesemua pengalaman yang kita
perolehi adalah semuanya takdir? Bahawa kita sebenarnya terikat untuk terus berada di dalam lingkungan takdir-takdir tersebut
hingga sampai suatu masa kita akhirnya berserah segala-galanya pada takdir.
kesemua kita tidak minta untuk menjadi seperti apa yang kita jadi seperti hari ini. Semuanya adalah yang tersirat disebalik segala
yang tersurat. Begitu ramai yang kerap menyalahkan takdir berbanding menyalahkan diri sendiri tentang setiap hal yang terjadi.
Hidup ini sebenarnya indah. Pandanglah di sekeliling kamu dan berfikirlah. Jadilah pengkagum betapa keindahan ini tidak dapat
diperbandingkan dengan apa-apa.
Dan ketahuilah bahawa setiap apa yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kita dari Tuhan dan kesemuanya mengandungi
hikmah-hikmahnya yang unik dan tersendiri.
Allah Mencipta Bumi dan Semesta ini Melalui "Big Bang"?
Akhirnya pada tanggal 10 September, saintis2 ini telah melakukan eksperimen mereka yang pertama, iaitu eksperimen untuk
mengesahkan teori "big bang" yang menakrifkan kejadian bumi adalah berpunca daripada perlanggaran partikel2/zarah2 hardon
jutaan tahun yg lampau.
Ramai yang mempertikaikan kajian ini dengan bermacam-macam alasan termasuk akan memusnahkan bumi, memberi kesan
buruk pada manusia....sehinggalah ke kelompok yang melabelkan kajian ini sebagai sesat bertujuan untuk mencabar kejadian
Allah yang menciptakan keseluruhan alam semesta ini.
Namun bagi aku, kita sepatutnya melihat kajian ini dari sudut yang amat positif. Sebagai seorang Islam, aku memang yakin
yang Allah jua yang menciptakan semesta ini, tapi kita tidak boleh menolak mentah2 akan cara kejadiannya. Mungkin betul
bumi terhasil akibat letusan kuat di cakerawala (big bang)....itu rahsia Allah. Semua ini tidak mustahil bagiNya.
Ini bertepatan dengan Surah Al-Hadiid (besi) ayat 25:
"Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang
jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca
keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya
mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan
yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya
ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan
mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan
(kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."
Para Saintis Islam dan barat bersetuju bahawa besi dan logam amnya bukanlah unsur asal dari bumi, tetapi logam datangnya
dari letusan dari sumber selain bumi, kemudian logam ini menghentam bumi dan menghasilkan taburan jisim, jenis dan kualiti
berlainan, mengikut kesesuaian geografi dan suhu penyejukan tempat tersebut.
Saintis juga meramalkan bahawa pembentukan bumi juga berlaku sedemikian, iaitu terdapat satu letupan yang kuat yang
dikenali sebagai BIG BANG. Letupan yang dasyat itu menyebabkan berlakunya hentaman unsur-unsur seperti silica
(pasir, batu dll), logam (besi, kuprum, emas dll) dan segala unsur-unsur kimia (rujuk jadual berkala unsur kimia) yang
kedapatan di bumi pada hari ini beserta dengan gas.
Tidak salah untuk mempercayai bahawa bumi ini diwujudkan oleh Allah hasil dari letupan dasyat atau dikenali BIG BANG,
kerana Allah berkuasa melakukan segala-galanya. Jadi, maka jadilah. Jika diperhalusi, teras bumi kita masih lagi panas dan
cair, menyerupai lahar gunung berapi atau lebih tepat seperti cairan logam dan gas yang terbakar dipermukaan matahari.
Dalam Surah Al-Anbiya' ayat 30...Allah berfirman:
“Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian
Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya.”
Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat ( cosmix explotion )
10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'.
Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan ( expending and cooling ) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi
dan seumpamanya.
Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915.
Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia, Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini.
Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori 'big bang'. Dengan menggunakan alat yang
canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang.
Dalam Surah Az-Dzariyat, ayat 40...Allah berfirman:
"Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya."
So kalau benar2 la bumi dan semesta ini terhasil akibat big bang, ia adalah satu keajaiban ciptaan Allah yang menguasai seluruhnya.
Sekiranya kajian ini berjaya, ia hanya akan mengesahkan lagi keEsaan Allah SWT yang telah menceritakan kejadian ini di dalam
Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu. Ia juga akan meguatkan yang Al-Quran adalah mukjizat Muhammad SAW yang sentiasa
sesuai sepanjang zaman, hinggalah ke hari kiamat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan