Isnin, 22 Disember 2008

Suami dikagumi???

Salam...

Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang 
dikagumi? 

Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam 
satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada 
semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan 
sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat? 

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi 
pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba 
memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat 
pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin. 

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.. 

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling 
bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya. 

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. 

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat 
dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami 
terlupa mengenai hal ini. 

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai 
pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan 
untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik. 

3. Suami € ¦’¸mithali" menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda. 

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. 
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit 
yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari? 

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami 
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan 
turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan 
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan. 

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang 
anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok 
dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. 

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan 
yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan 
hubungan suami isteri. 

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat 
menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan 
mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan. 

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa 
mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. 

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat 
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda. 

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah. 

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan 
ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan 
penampilan diri sendiri. Mana adil ? 

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. 
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang 
cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin. 

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan 
kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam. 

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, 
kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia 
membentuk keluarga sejahtera. 

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan. 

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara 
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada 
orang lain. Ini wajib dihentikan. 

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang 
membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami 
memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana? 

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang 
dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka 
apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai. 

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki 
suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah 
tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga. 

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri 
merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila 
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak. 

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai € ¦’¸role model". Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah. 

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah 
tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain 
daripada isterinya. Elakan kesilapan ini. 

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga 
suami meninggal dunia. 

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah 
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara 
serta berteraskan iman dan takwa. 

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan 
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut 
berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang. 

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami 
tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat 
tambahan yang patut diberikan kepada keluarga. 

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, 
waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah. 

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki 
cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap 
suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk 
pembantu rumah. 

Utk di kongsikan bersama....

Tiada ulasan: