Isnin, 22 Disember 2008

Ciri2 Terkena Sihir

Banyak E mail yang saya terima minta di buat artikal tentang tajuk sihir. Tajuk ini terlalu panjang untuk saya huraikan. Demi tidak menghampakan pembaca, saya tuliskan artikan ini secara bersiri bermula dari ciri-ciri orang terkena sihir sehinggalah cara mengatasinya.




Ciri-ciri Orang Terkena sihir

· Badan terasa panas pada masa masa tertentu. Terutama pada masa Magrib dan Asar.


· Kuku jari terutama jari manis agak kehitaman, biasanya akibat dari sihir santau.




· Buka mata dan tutup mata anda, sebelum 0.01 saat biasanya ada kilatan cahaya perak. Bahasa Terengganu di sebut bintanga kamar. Kehadiran cahaya perak ini adalah akibat ada Jin gembala di bahagian belakang urat belikat anda. Ini akan menyebabkan pandangan anda melihat wujud makluk ghaib di mana-mana. Akan menyebabkan ketakutan yang teramat sangat.




· Bila anda dapat melihat wujud makluk ghab ini menunjukan anda telah ada hubungan dengan makluk tersebut. Pekara ini juga terjadi pada pengamal ilmu ghaib atau kebatinan. Syarat untuk berjaya keilmuan yg di perlajari harus bersatu dengan makluk tersebut. Contoh : bagi mereka yang mempelajari ilmu Rijalul Ghaib, Rijalul Ghaib tersebut harus bersatu dengan mereka, barulah segala kesaktian dari Rijalul Ghaib itu bersatu dengan mereka dan mereka akan memiliki kesaktian tersebut.




· Sebuah fenomena perubatan yang menggunakan teknik pukul dengan ranting pohon delima atau ranting pohon bidara, memicit ibu jari dengan lada hitam, sembur mata pesakit dengan biji lada hitam, pukul pesakit sehingga pingsan he he he kadang-kadang silap teknik sehingga menyebabkan kematian.



Anda akan melihat pesakit menjerit jerit kesakitan, Kemudian pesakitpun sembuh ( untuk seketika ), apa yang berlaku disini adalah JIN atau Syaitan telah bersatu dengan pesakit. Jika pesakit itu sakit maka Jin pun ikut sakit. Maka pesakit pun sembuh hanya untuk seketika. Kemudian kesakitan akan berulang kembali. Kesimpulanya JIN dan Pesakit telah bersatu. Pisahkan mereka untuk selama- lamanya merupakan cara terbaik. Teknik Aura therapy 1 dan 2 mengajar cara ini .




· Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah. Pekara ini disebabkan serabut dan hati yang sentiasa keluh kesah dan gelisah terbawa-bawa ke alam tidur hasilnya fobia nak tidur.




· Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam, biasanya di sulami dengan dada berdebar-debar.


· Anda berkongsi pengalaman yang baik dan buruk dengan Jin yang bersatu dalam diri anda. Sehingga terbawa dalam alam mimpi. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup, merupakan pengalaman yang di miliki oleh Jin yang ada dalam badan anda.




· Mimpi yang sangat menyeramkan. Sebenarnya mimpi yang menyeramkan bukanlah pengalaman anda tapi pengalaman Jin yang menginap pada minda bawah sedar anda. Bersihkan minda bawah sedar anda menggunakan teknik getaran Khusus yang kami ajarkan dalam kursus Aura Therapy.




· Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus. Alam Jin terdiri dari fasa-fasa tertentu maka alam haiwan merupakan tingkatan alam yang paling rendah di alam jin. Jika bermimpi haiwan yang di sebut diatas ini menunjukan Jin yang berada dalam diri anda mudah untuk di usir. Sebab Jin tersebut berada pada tingkatan alam yang sangat rendah dan mudah untuk di rawat.



Menurut pengalaman saya cukup menggunakan amalan Pengisian sukma ( terdiri dari ayat-ayat lazim ) boleh di pelajari dalam kursus Aura Therapy, insyaallah sembuh.




· Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur. Gigi terutamanya gigi taring dan geraham berhubung dengan saraf di otak. Gangguan digigi menunjukan ada gangguan pada gelombang otak.




· Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur. Pengalaman dalam tidur merupakan pengalaman memasuki “jendela Jiwa” atau alam bawah sedar. Perbatasan antara alam sedar dan alam bawah sedar telah di robohkan oleh sebuah energy asing atau Kuasa kegelapan akibat sihir.



Kesanya anda sudah tidak dapat membezakan alam sedar dan bawah sedar anda telah memasuki alam matrix. Alam yang anda ciptakan sendiri hasil dorongan energy kegelapan tersebut.


· Berperasaan sedih dan pilu pada saat tidur, biasanya berlaku pada sihir yang berkaitan ilmu pengasih.




· Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar. Merupakan sebuah fenomena kerasukan dan pengawalan minda seseorang oleh jin suruhan pensihir tersebut dari alam bawah sedar.




· Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi. Merupakan salah satu tanda meraga sukma atau mengambil alih minda bawah sedar seseorang. Minda bawah sedar merupakan minda yang sangat petuh pada setiap saranan, termasuk saranan dari luar minda anda. Ini termasuk dalam teknik “soul connected” atau “seru roh”. Istilah yang mudah Sihir memanggil kekasih ( kekasih kuseru ).



Sihir seru kekasih ini biasanya dilakukan dengan memanggil nama anda berbinkan Ibu anda.


· Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan. Mengambil pengalaman jin sihir yang berada dalam diri anda.




· Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam. Salah satu fasa di alam Jin yang anda berada disitu, alam di sini kebiasaanya berlaku jika anda mempunyai perjanjian dengan saka atau mewarisi saka.


· Bermimpi melihat hantu.




· Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.

· Terasa ada berat di bahagian urat belikat. Bahagian ini biasanya di duduki oleh jin.


· Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.



· Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat. Fikiran tergaggu tapi tidak tahu punca.

· Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.


· Cepat marah tanpa sebab yang menasabah.



· Terasa benci tanpa sebab pada suami atau Isteri.

· Sering tidak sedarkan diri tanpa sebab.

· Menggigil bila terdengar ada orang mati.

· Badan akan bergerak sendiri terutama bila terdengar gendang silat. ( Biasanya terjadi pada mereka yang mengamal ilmu kebatinan )


Bersambung…. Part II

Tiada ulasan: