Sampah
[Kosongkansemua mesej daripada folder Sampah ]
Folder Saya
[Sembunyikan]
dari email
email kawan
resepi
simpan
Jalan Pintas Carian
Foto Saya
Lampiran Saya
Pergi ke
mesejTerdahulu |
Pergi ke mesej
Berikut | Kembali ke Mesej
Tandakan sebagai Belum dibaca | Cetak
Tandakan mesej ini
[Mahligai] Tips Berhenti Merokok
Jumaat, 21 November, 2008 21:57
Daripada:
"Nor"
Tambah Pengirim pada Kenalan
Kepada:
mahligai@yahoogroups.com
Petikan : Lubuk Petua Warisan
1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-
lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan
dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk
merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda
“nanti” setiap kali anda ingin merokok.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan
perlahan-lahan.
3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak
suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana
minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas
meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok.
Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku,
bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan
sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan
setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana
tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti
merokok itu berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan