Jumaat, 14 November 2008

Seram Lawak

kisah benar-cerita seram

Berlaku pada 19 tahun dahulu semasa aku belajar di ITM. Aku menyewa sebuah rumah bersama kawan-kawan aku di luar kampus kerana di terajang oleh pihak pengurusan. Hari-hari aku pi belajar menaiki bus mini (masa tu masih ada lagi) lebih kurang 35 minit baru sampai. Sambil tu aku kerja gak part time kat kedai makan sebelah malamnya..



Aku biasanya balik antara jam 11 malam dan aku hanya ada masa antara 12 hingga pukul 130 untuk buat kerja. Sama juga untuk balik ke rumah aku akan naik bas mini. Nak jadi cerita satu hari malam jumaat tah apasal malam tu ramai pulak orang makan di gerai aku bekerja jadi aku kena tutup lambat sampai jam 12.30 tengah malam.



Lepas habis kerja aku berjalan ke bas stand suasa sudah mula sunyi ... bas stand tu betul betul di bawah bukit dan selalu aku dengar cerita orang kena usik di kawasan itu kata orang ada kubur peningalan Jepun di situ... hati aku berdegup kencang samasa menunggu bas lama gak ... aku dah mula rasa embun sejuk sekali sekali naik bulu roma aku bila teringat cerita orang..



Dalam masa itu lah aku namapa sepasang lampu dari jauh menaiki bukit pelahan lahan. Pelik gak aku kenapa bas slow sangat aku cuba tahan cahaya lampu menghalang pandangan aku. Nampaknya bas tu macam tak mau berhenti aku nekad aku akan lompat naik sebab dah jauh malam ni mana ada bas lagi lepas ni.



Sampai je pintu bas depan mata aku pun lompat tanpa tunggu lagi aku terus ke kerusi belakang.. aku lihat tiada orang kiri kanan aku... lama gak tak de orang mintak duit tambang ke? tanya aku dalam hati sambil mengangkat kepala mencari conduktor.. Alangkah terkejutnya aku tak de sesiapa dalam bas tu.. konduktor takde ... driver bas pun tak de...



Serta merta bulu roma aku naik tanpa pikir panjang lagi kerana ketakutan aku berpikir untuk terjun je dari bas sebelum dia tunjuk muka yang bukan nukan aku pun tutp mata lalu aku buka pintu kecemasan lalu aku lompat terjun kebawah tergolek goleh aku atas tar



Hoi Hoi ... nak mampuih terjun pintu belakang nanti kereta langgar baru hang tau... dengar suara entah dari mana.. aku memberani kan diri memandang ke arah bas... rupa-rupanya pemandu dan konduktor bas tengah menolahk bas tu di belakang kerana rosak..... patut tak de driver ngan konduktor kat dalam bas.

Tiada ulasan: