Sabtu, 22 November 2008

Ayat Lembut Hati Anak

Ayat lembut hati anak


APAKAH ayat al-Quran yang boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak,
terutama anak remaja yang semakin sukar dikawal?

Sejak akhir-akhir ini banyak berita memaparkan kisah anak remaja yang
derhaka, lari dari rumah dan melawan cakap orang tua dengan terbabit
dalam pelbagai gejala sosial.

Jawapan:

Anak remaja perlu didikan akhlak, emosi, rohani, jasmani serta
intelektual. Bacaan al-Quran hanya memenuhi sebahagian daripada
tuntutan rohaninya.

Bahagian-bahagian lain juga perlu mendapat pengisian. Tidak cukup
sekadar doa semata-mata.

Akhlak menjadi runtuh berpunca daripada makanan yang tidak halal. Ini
memang dijelaskan oleh Rasulullah SAW. Awasi makanan anak supaya ia
datang daripada sumber yang baik, insya-Allah akhlaknya akan menjadi
baik juga.

Banyak ayat al-Quran yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk
melembutkan hati anak mereka.

Ayat untuk melembutkan hati ialah dari surah al-Hasyar ayat 21 dan
juga surah Taha ayat satu hingga lima. Jika lari dari rumah, amalkan
bacaan surah Yusuf.

Tiada ulasan: