Jumaat, 14 November 2008

Antara Ilmu dan Harta

Saidina Ali r.a pernah di tanya, "Antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?"
Dengan tegas Saidina Ali menjawab, "Ilmu tetap lebih penting dari harta kerana:
ilmu adalah peninggalan para anbia sedangkan harta adalah peninggalan Firaun, Qarun dan konco-konconya 
ilmu memelihara kita tetapi harta terpaksa dipelihara 
harta akan berkurang apabila dibelanjakan sebaliknya ilmu akan bertambah 
orang yang mempunyai harta akan dihisab, tetapi ilmu dapat memberi pertolongan kepada tuannya di akhirat nanti 
harta akan menjadikan seseorang itu keras hatinya sebaliknya ilmu adalah sebagai penawar dan penerang kegelapan hati 
manusia kadang-kadang menjadikan harta sebagai raja tetapi ilmu menjadikan manusia lebih mengakui kedaifan dan kehambaan kepada Allah 
orang yang berharta kadang-kala digelar bakhil tetapi orang yang berilmu akan dimuliakan 
harta lama-kelamaan akan binasa tetapi ilmu kekal abadi 
jika banyak harta banyaklah musuh sebaliknya akan banyak rakan dan taulan jika banyak ILMU.. "


-- 
Hakikat HARTA: apa yang dimakan akan habis, apa yang dipakai akan lusuh, apa yang disedekahkan sahaja akan menjadi bekalan di hari kemudian nanti...

Tiada ulasan: