Sabtu, 22 November 2008

Bahaya Microwave Oven

BAHAYA MICROWAVE OVEN...

  Sebelum naik rumah baru, mama mmg teringin sgt nak beli microwave. Duk
'tenampak2 microwave baru atas kabinet
  dapur...... heheheee, angan2 mat jenin. then, last week, masa tengah2
belek majalah anis kat library sekolah,
  mama terpandang satu article... baca punya baca, terlopong skejap,
then
duk alhamdulillah sorang2, 'nasib
  baik aku tak beli lagi.... Nak tau pasal apa? ni dia.....

  BAHAYA MICROWAVE [WINDOWS-1252? ]OVEN???.

  Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya
microwave oven, ialah antara gajet moden
  yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di
dunia
sebagai jalan pintas menyediakan
  makanan untuk keluarga dan pelanggan.

  Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam
sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat
  membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya
perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan
  tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg....! Makanan panas
sudah
pun terhidang. Justeru, hampir
  setiap rumah kini memiliki microwave oven.

  Cara masak melawan fitrah

  Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa
bermula dengan makanan panas di bahagian
  luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan
dengan penggunaan ketuhar gelombang
  mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di
bahagian
dalam dahulu, kemudian barulah
  haba bergerak ke luar.

  Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang
mikro untuk satu tempoh yang agak lama,
  katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti
belum masak. Tetapi jika dibelah,
  tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

  Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu
yang
melawan fitrah, lazimnya membawa
  keburukan..

  Ketuhar pengancam nyawa

  Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar
pertengahan
1950-an. Ketika itu tidak banyak
  kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma
sejak kebelakangan ini barulah pelbagai
  kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan
gelombang
mikro kepada kesihatan manusia.
  Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan
makanan
yang sangat bahaya.
  Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa
dekad
sahaja. Namun dalam tempoh yang
  singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul
satu
persatu. Ini secara teorinya,
  menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada
meningkatnya pelbagai penyakit yang
  mengancam nyawa!

  Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit
jantung, dan orang muda seusia20-an
  dan 30-an mati menghidap kanser.

  Makanan jadi toksik

  Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik
menggerakkan molekul-molekul makanan.
  Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan
makanan
cara biasa, molekul-molekul ini
  bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul
dan
kadang kala menyusunnya semula
  menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

  Badan tak kenal makanan

  Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan
radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana
  ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa
yang
ditelan itu ialah makanan.
  Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam
sel-sel lemak sebagai perlindungan
  terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

  Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis
akan bahaya penggunaan ketuhar
  gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana
keuntungan yang diperoleh daripada
  penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

  Penemuan mengejutkan

  Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa
memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro,
  dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun
menjadi saintis makanan dan berkhidmat
  di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana
mempersoalkan prosedur memproses makanan
  secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan
Blanc
dari Swiss Federal Institute of
  Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. .

  Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap
lapan individu dengan mengambil darah
  mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan
Hertel
mendapati paras haemoglobin
  individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan
orang
yang makan makanan gelombang mikro
  cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas
pada bulan kedua penyelidikan.
  Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana
kalau
kita memakannya berbulan-bulan,
  bertahun-tahun?

  Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

  Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan
Rusia
di bawah ini:
  ? Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro
menyebabkan
kerosakan otak dalam jangka panjang
  iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing
atau
demagnetizing tisu otak).
  ? Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang
dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar
  gelombang mikro.

  ? Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah
dengan mengambil makanan gelombang mikro.


  ? Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam
badan manusia.
  ? Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau
berubah. Jadi badan kita dapat sedikit
  sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang
berubah itu, dan tidak dapat
  meleraikannya.

  ? Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang
menyebabkan kanser apabila
  dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca
mengapa pengidap kanser meningkat.
  ? Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut
dan
usus-juga menjadi punca
  meningkatnya penghidap penyakit ini.

  ? Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel
kanser
meningkat di dalam darah manusia.
  ? Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan
merosotnya sistem imun melalui kelenjar
  limpa dan pengubahan serum darah.

  ? Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan,
kestabilan emosi dan mengurangkan
  kecerdikan.

  Fikirkan...

  Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras
dan
gelap hati? Atau kerap berlaku
  'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah
terlintas di benak fikiran kita, mengapa
  makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi
lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?
  Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin
menjadi
kelaziman. Antara sebabnya ialah
  kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan
yang
berstatus syubhah, juga
  berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui
proses
gelombang mikro.
  Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang
mengancam kesihatan ini kalau bukan
  kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa siuk.
Maka ketuhar gelombang mikrolah yang
  kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

  Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya,
hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka
  yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli
keluarganya.

  Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro,
lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu
  untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan
kita
menjadi pembunuh kepada keluarga
  melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan
makanan yang mengancam nyawa!
  Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang
menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro
  kepada nyawa manusia. Antaranya:

  ? http://www.mercola. com/article/ microwave/ hazards2. htm

  ? http://www.cancersa lves.com/ article/microwav e.html

  ? http://www.indigosu n.com/august99/ microwave. htm

  Sumber : ANIS, Mac 2008

Tiada ulasan: