Pelik: Puasa Ramadhan tak wajib
LAILAHAILLALLAH
Assallammualaikum
Sengaja saya guna tajuk dia atas, saya tahu dalam kepala otak anda sekarang nie dah label saya sesat, nak hentam saya cukup-cukup, bagus itu tandanya masih ada yang sayangkan agama. Bukan saya tak faham hukum, saya tahu dalam Al-Quran dah ada ayat dimana:
183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (Al-Baqarah: 183)
Maka wajiblah keatas semua umat Islam untuk berpuasa. Tapi bukan bab puasa yang nak saya bangkitkan disini, tapi nak buka minda kita semua, tentang kewajiban lain yang kita tinggalkan. Kalau tadi anda tak berpuas hati bila saya keluarkan kenyataan berkenaan tak wajib puasa Ramadhan kerana seluruh umat Islam di setiap penjuru dunia berpuasa, betul tak. Tapi dalam surah yang sama, Al-Baqarah, jarak hanya awal 5 ayat dari ayat diatas, yang pelik macam mana kita boleh beramal ayat 183, tapi tinggalkan ayat 178, cuba kita lihat ayat terjemahannya:
178. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, Maka baginya siksa yang sangat pedih[111].
[111] Qishaash ialah mengambil pembalasan yang sama. qishaash itu tidak dilakukan, bila yang membunuh mendapat kema'afan dari ahli waris yang terbunuh yaitu dengan membayar diat (ganti rugi) yang wajar. pembayaran diat diminta dengan baik, umpamanya dengan tidak mendesak yang membunuh, dan yang membunuh hendaklah membayarnya dengan baik, umpamanya tidak menangguh-nangguhka nnya. bila ahli waris si korban sesudah Tuhan menjelaskan hukum-hukum ini, membunuh yang bukan si pembunuh, atau membunuh si pembunuh setelah menerima diat, Maka terhadapnya di dunia diambil qishaash dan di akhirat dia mendapat siksa yang pedih.
Kalau tadi saya kata puasa tak wajib tentu orang kata saya sesat, habis tue Hudud. Alasan masyarakat kita masyarakat majmuk, Hudud dilaksanakan pada orang Islam bukan pada yang bukan Islam. Hudud keras sangat, sebab keras lah umat Islam akan takut nak buat kesalahan. Semua pemimpin Melayu, Cina India sepakat dan setuju dengan perundangan sekarang. Kan ke kita dah merdeka kenapa guna hukum British, apa kata kita gabung undang-undang Cina, India, Melayu digabung jadi undang-undang Malaysia, bukan ikut undang-undang British. Atau masa kita nak merdeka dulu ada syarat-syaratnya, yang dirahsiakan kerajaan?
Dua-dua ayat ni perintahnya wajib didahului dengan Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu… ; Tapi kenapa banyak alasan bila nak jalankan hukum ALLAH. Sesetengah ulama menentang hukum Hudud dengan pelbagai logic akal mereka, takkan lah ALLAH s.w.t ada kelemahan sehingga Hudud tak releven zaman sekarang. Islam terbatas pada ritual, sembahyang, puasa, kahwin, zakat, perkara tertentu jer ikut Islam. Yang lain hukum hakam ikut perundangan British, ekonomi riba dihalalkan, pergaulan bebas lelaki perempuan tiada batasan, macam-macam lagilah kesilapan kita. Tak guna saya bicara panjang lebar cuma saya menyampaikan amanah ALLAH dan Rasulullah s.a.w pada saya. Bukan mengajar tapi sama-sama belajar. Kalau hari ini tak buat hukum Hudud, bila lagi, apa anak cucu kita akan buat??? Hari nie pun berapa kerat sangat yang solat, ayuh saudara Islam ku, risaulah, takutlah ALLAH, kembalilah pada Al-Quran dan Sunnah jika tidak kita akan sesat, sedarlah saudara
Islam yang aku sayangi, kembali pada ALLAH s.w.t, LAILAHAILLALLAH, ,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan