1) Bolehkah melakukan solat jumaat dan dijama'kan dengan solat asar (taqdiim)?
2) Jika sembahyang jama' ta'khir, Solat yang mana perlu didahulukan? . Solat yang ta'khir atau taqdim. (Contohnya solat zohor dan asar dalam waktu asar, solat mana yang perlu didahulukan? ).
Minta penjelasan tuan. Terima kasih. Wassalaam.
umar faruqi
ZAKAT FITRAH ORANG TIDAK MAMPU
Soalan; ustaz, ni nak tanya sikit,apa hukum zakat fitrah bagi orang yang bekerja tapi tak mampu nak bayar zakat fitrah sebab duit gaji dia dah habis bayar hutang?adakah wajib dia membayar?lagipun bukan kah dia tu tergolong didalam orang yang miskin maksudnya kan ada dalam pengertian orang yang miskin tu adalah dia bekerja tetapi pendapatan dia tak sampai setengah dari keperluannya sekeluarganya ataupun cukup untuk menanggung perbelanjaan nya sekeluarga.bukan kah macam tu?jadi sekiranya dia betul2 tak ada duit ada duit pun kena kasi bukan dia yang punya hasil titik peluh ertinya tak wajib lah dia membayar zakat tu kan?berdosa kah dia?boleh terangkan sikit ustaz...
Jawapan;
Antara syarat wajib zakat fitrah ialah mampu. Maksud mampu ialah mempunyai lebihan harta pada malam hari-raya dan juga siangnya setelah ditolak belanja keperluan diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya (termasuklah binatang peliharaannya) ; meramgkumi belanja makanan, pakaian, sewa rumah dan juga hutang.
Harta yang dihitung di sini ialah yang lain dari harta yang menjadi kegunaan sehari-harinya. Adapun harta yang diperlukan sehari-hari seperti rumah (tempat tinggal), kereta, perkakas/perabot, pakaian sehari-hari, buku-buku dan sebagainya tidak termasuk dalam perhitungan. Oleh itu, barang-barang tersebut tidak perlu dijual semata-mata untuk membayar zakat fitrah. Maka sekiranya seseorang itu benar-benar tidak mempunyai lebihan harta (yang lain dari harta-harta kegunaan harian tersebut), ia dikira tidak mampu dan tidak wajib membayar zakat fitrah.
Jika ia hanya mempunyai lebihan harta sedikit sahaja (katakanlah tidak sampai nilainya satu gantang), maka wajiblah ia keluarkan sekadar yang ada itu sahaja. Jika lebihan yang ada itu cukup untuk zakat fitrah dirinya sahaja (iaitu sekadar 1 gantang), maka keluarkanlah untuk dirinya sahaja. Jika lebihan yang ada itu hanya mencukupi untuk zakat fitrah sebahagian ahli-ahli tanggungannya sahaja, maka keluarkanlah untuk sebahagian mereka mengikut susunan keutamaan berikut;
1. Dirinya sendiri
2. Isterinya
3. Khadamnya
4. Anaknya yang kecil
5. Bapanya (jika bapanya berada di bawah tanggungan nafkahnya)
6. Ibunya (jika berada di bawah tanggungan nafkahnya)
7. Anaknya yang dewasa (jika tidak mampu mencari pendapatan sendiri)
8. Hambanya
Telah disebutkan di awal tadi bahawa; masa yang dijadikan perkiraan (bagi wujudnya lebihan itu) ialah malam hari raya dan siangnya (yakni sebelum terbenam matahari pada hari raya). Maka, sekalipun seseorang itu sebelum tiba masa tersebut ia tidak mempunyai lebihan harta, tetapi ketika tiba masa tersebut ia mendapati ada lebihan pada hartanya, ia tetap dituntut mengeluarkan zakat fitrah. Namun sekiranya ketika tiba masa tersebut ia masih tidak memiliki lebihan harta, tidaklah ia dituntut membayar zakat fitrah sekalipun ada kemungkinan selepas hari raya akan ada lebihan harta baginya kerana yang dihitung bukan kemungkinan akan datang tetapi keadaan yang sedia ada. Orang yang tidak dapat membayar zakat fitrah kerana tiada lebihan harta pada masa tersebut, ia tidak dituntut mengqadha’ zakat fitrahnya selepas hari raya sekalipun datang kemampuan kepadanya selepas hari raya itu.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Buku Zakat Fitrah, Us. Ahmad Adnan Fadzil.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 5:45 PM 0 comments
Labels: Ibadah
MENYENTUH IBU TIRI
Soalan; ustaz, saya ingin tahu hukum wuduk apabila berlaku persentuhan antara ibu tiri dengan anak lelaki tiri yang sudah baligh. Terima kasih.
Jawapan;
Antara ibu tiri dan anak tiri adalah mahram muabbad (yakni haram berkahwin buat selama-lamanya) kerana Allah berfirman (bermaksud); “Dan janganlah kamu berkahwin (dengan wanita-wanita) yang pernah dinikahi oleh bapa-bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan)” (an-Nisa’; 22).
Kerana itu, kedudukan antara mereka berdua (yakni ibu tiri dan anak tiri) sama seperti sesama mahram yang lain, yakni harus berduaan jika aman fitnah, harus membuka aurat (dalam batasan yang diharuskan di hadapan mahram), harus bersalaman tanpa berlapik dan tidak batal wudhuk apabila bersentuhan.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Bidayatul-Mujtahid, Imam Ibnu Rusyhd, juz. 2, kitab an-Nikah.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 5:00 PM 0 comments
Labels: Muamalat (Keluarga)
MEMOHON MAAF
Soalan; ustz, sy telah menegur seorg tu kerana telah melakukan kemaksiatan, dan akibat drpd teguran itu membuatkan dia marah pada sy sehingga tidak bertegur sapa.. sy pun tak tahu di mana silap saya.. sy pun mengambil keputusan untuk meminta maaf pada nya, Alhamdulillah, dia kate dia maaf kan tapi, dia tak akan dapat lupakan apa yang berlaku (teguran sy tentang kemaksiatan yg dilakukan).. begitu juga yang berlaku kepada sahabat2 sy yg menegur nya.. soalan nya, bagaimana permohonan maaf sy padanya? adakah telah selesai permasalahn kami atau belum?
Jawapan;
Kita wajib memohon ampun kepada seseorang jika kita melakukan kesalahan kepadanya sama ada kesalahan berkait dengan lidah (mengumpat, memfitnah dsbnya), mencederakannya, merampas/mencuri hartanya dan sebagainya. Memohon maaf adalah dengan mengakui kesilapan, menyerah diri kepadanya, meminta keredhaannya, membersihkan namanya atau mengembalikan haknya jika bersangkutan dengan harta dan sebagainya. Jika kita telah melakukan apa yang terdaya, berserahlah kepada Allah. Jika ia masih berdendam, itu maknanya ia bukan orang bertakwa kerana sifat orang bertakwa antaranya ialah memaafkan orang lain;
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang bertaqwa; Iaitu orang-orang menginfakkan hartanya pada masa senang dan susah, orang-orang yang mampu menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. (Ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik” (Ali Imran; 133-134).
Lagipun, tidak harus sesama muslim bermasam muka lebih dari tiga hari sebagaimana di larang oleh Nabi s.a.w.. Sabda baginda; “Tidak harus seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari di mana apabila mereka bertemu, masing-masing berpaling ke arah lain. Yang terbaik di antara mereka berdua ialah yang mula-mula memberi salam” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abi Ayyub r.a.).
Namun dalam kes saudari, tidak wajib saudari memohon maaf darinya kerana saudari bukan melakukan dosa/kesalahan kepadanya, akan tetapi melaksanakan perintah Syarak untuk saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan menyeru kepada makruf dan mencegah munkar. Sepatutnya, dia yang perlu berterima kasih. Namun jika niat saudari adalah untuk menjaga hubungan, maka Insya Allah saudari akan diganjari dengan niat baik itu.
Wallahu a'lam.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 12:51 PM 0 comments
Labels: Muamalat (Keluarga)
LAFAZ SYAHADAH
Soalan; ustaz, saya ada soalan berkenaan dengan lafaz syahadah. Bagaimanakah pembacaan lafaz syahdah yang betul pada sebutan Muhammada Rasulullah (baris fathah) atau Muhammadur Rasulullah (baris dommah)?. Hal ini kerana pernah mendengar sesetengah orang membaca dengan fathah dan ada membaca dengan dommah..harap Ustaz dapat memberi penjelasan kepada saya yang kurang ilmu ini...
Terima kasih dan semoga bertambah ilmu.
Jawapan;
Jika dimulai dengan Asyhadu Anna..., maka di baca fathah, yakni "Asyhadu Anla Ilaha Illallah wa Asyhadu Anna Muhammadar-Rasulull ah. Jika tanpa Asyhadu Anna, maka dibaca dhammah, yakni "Lailaha Illallah, Muhammadur-Rasulull ah".
Wallahu a'lam.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 12:34 PM 0 comments
Labels: Aqidah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan