Pesan ibu kepada seorang anak.
"Mat, belajar pandai-pandai. Nanti boleh masuk Universiti, lepas tu boleh dapat kerja elok" menyedarkan lamunan sang anak yang sedang khusyuk mengalamun.
"Yer Mat, dapat kerja kerajaan lagi bagus, terjamin masa depan kau nanti" ujar si ayah pula.
"Baiklah ibu-ayah" reaksi spontan si anak sambil menyambung kembali lamunan yang terhenti tadi….
Amacam, dialog macam biasa dengarkan? Malah ada antara kita yang bermain2 di kepala peristiwa yang hampir serupa terjadi pada kita 3-10 tahun dulu. Kalu benarlah ia, maka begitulah nak dikatakan minda kebanyakkan masyarakat melayu@islam kita.
Benar, tiada siapa yang dapat sangkal, jika mahu Berjaya kena lalui fasa2 ini. Skor SPM, dapat masuk Universiti, selepas tamat menghambakan diri untuk bekerja demi mencari rezeki. Pada masa yang sama sudah berkahwin, bermakna bertambah berat tanggungjawab di pikul. Mana ada antara kita yang berani menanggung risiko jika ingin mencebur bidang perniagaan. Sorru miss woooo…
Tak nafi ada yang cuba berjinak2 dengan kerjaya sampingan secara SAMBILAN. Tetapi keterbatasan waktu menjadi penghalang utama kepada kejayaan. Masa mana nak bermesra dengan anak-anak & isteri. Nak ziarah mak-pak kat kampong. Aktiviti kemasyarakatan bagaimana. Program Jamaah pulak…? Teringat satu komentar yang saya terima di blog. Salam...ukhuwah yg baik....perlu diteruskan.. ..sekadar renungan.... takkan makan2 jer.......apa yg sumbangan utk jamaah
Hah..dalam dilemma bukan…Kalu dibincangkan, xkan ada jawapan yang paling mantop. Masing2 ada komitmen dan cara tersendiri. Tak nafi ada yang sudah Berjaya dengan perniagaan dan network tersendiri, Tahniah di ucapkan….
Pendek kata, nak keluar dari Lingkaran MAKAN GAJI kepada BEKERJA SENDIRI bukan mudah.
Perlu perancangan serta sokongan moral dan fizikal dari pasangan dan keluarga
Sudah adakah tabung kecemasan dalam tempoh kita menceburkan diri ke bidang pernigaan?
Sanggupkah kita menidakkan ZON SELASA yang telah kita kecapi 3-10 tahun dahulu? (Kerja, cukup bulan dapat gaji)
Beranikah mengorek segala simpanan untuk dibuat modal, tanpa jaminan 100% kejayaan terhadap perniagaan kita?
Jangan patah semangat semua. Sekadar berkongsi pengalaman yang tidak seberapa ini. Baiklah, jika kita masih dalam lingkaran MAKAN GAJI. Sama-sama kita fikirkan.
Bolehkan kita mendapat pendapatan 10 kali ganda daripada gaji sekarang dalam tempoh 10-20 tahun akan datang?
Kalu kita dah berjaya, menjadi orang harapan syarikat. Kita boleh diberhentikan ke tidak?
Hmm..agak-agak ada kawan-kawan sepejabat dengki@potong jalan kita tak?
Lagi berapa tahun kita akan dapat menggantikan CEO syarikat kita?
Benar DUIT yang bukan segala-galanya, tetapi tak teringinkah kita mempunyai kediaman yang selasa serta mempunyai kebebasan kewangan? (insyaAllah tuan-puan, boleh sangatlah membantu jamaah dari sudut kewangan)
Begitulah adanya... Maaf jika tersalah fakta@auta.Berjumpa lagi….InsyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan