Bila sebut pasal beli lauk, saya biasanya ke pasar sekali seminggu je. Kalau ada hari minggu yang termiss pegi pasar tu, saya hanya beli lauk-pauk dekat pasar malam je. Banyak choice , kebetulan pulak kat tempat kami ni ada pasar malam 2 kali dalam seminggu. So kalau tengah2 minggu lauk dalam peti-ais kehabisan, takde masalah, ke pasar malam lah jawabnya.
Satu hari tu, lepas joging dengan papa diaorang kat sekeliling area rumah kami, saya macam biasa masuk ke dalam rumah jap untuk ambil dompet saya dan suami, kemudian start kereta untuk kami keluar bersarapan di luar. Kami kadangkala hanya keluar berdua(to have a sweet time together..hehehe) tanpa anak-anak. Lagipun diaorang biasanya masih tidur(sambung balik tidur lepas solat Subuh yang sebenarnya merupakan satu habit yang tak berapa baik tu).
Kalau tidak gunakan kereta, kami hanya berskuter saja ke pekan yang hanya jauhnya dalam 4km saja jaraknya dari rumah. Tapi hari tu pegi dengan kereta sebab banyak tempat nak singgah iaitu ke pasar, ke kedai hardware(kedai faveret suami) dan juga rasanya mungkin akan ke Pasaraya Grand Union on the way back home(teringat bekas beras hampir kosong dan beberapa lagi barang dapur yang dah habis).
So lepas pekena roti canai kat Restoren Salam Sentosa (dan 'tapaw' 2 bungkus nasi lemak buat 2 puteri yang sedang beradu kat rumah) kami pun terus corner kereta masuk parking kat pasar. Saya dah berkira-kira nak beli LaLa(seafood) sebab hari tu kakak ada kat rumah (saya jemput dari asrama hari Jumaat). Teringat kakak suka sangat LaLa. Saya kalau beli LaLa, buat samada LaLa masak lemak atau LaLa Goreng Bercili. Jadi singgah le ke pasar beli lauk-lauk lain sekali termasuk le ayam 2 ekor, ikan kembong 5 ekor, ikan tenggiri 5 hiris(bapak mahal 5 hiris rm15) , udang setengah kilo, sedikit daging batang pinang, santan rm3 dan sayur2 berupa kobis cina, kacang panjang, terung dan taugeh(faveret kakak). Habis le dalam RM80 untuk stok seminggu.
Apa yang nak saya highlightkan di sini sebenarnya kisah masa saya singgah kat gerai jual bawang dan rempah2 kat gerai hujung sebelum saya menuju ke kereta. Suami dah sampai ke kereta duluan lepas tolong bawak ayam dan ikan2 yang berat tu.
Begini citernya....
"Assalamualaikum", sapa saya kat tuan punya gerai.
"Waalaikummussalam kak, nak apa kak?, balasnya sambil tersenyum simpul.
"OOh, ok bagi akak bawang singgit, cili singgit dan kentang singgit k", pinta saya sambil membalas senyumnya.
"Emp, akak nak bawang pakai baju ke bawang takde baju?", tanya wanita yang kelihatannya muda 2, 3 tahun dari saya itu.
Terkejut saya. Dahi rasanya berkerut, hairan.
"Eh kenapa pulak, ada bawang pakai baju, ada yang takde baju ke pulak sekarang ni?"tanya saya sambil menahan ketawa. Tapi tak boleh tahan, tergelak juga akhirnya.
"Ha ah kak, yang ada baju rega rm1.80 sekilo, tapi kalau kakak nak singgit saya boleh kasi yang takde baju, murah kak.. singgit je sekilo", pintas wanita itu cepat.
"OOh gitu ke...?, balas saya sambil terus menunjukkan wajah kehairanan(rasanya lah..hehe)
Beliau terus menunjukkan kepada saya camana rupanya bawang-bawang tersebut. Yang berbaju cantik dalam kulit bawang, manakala yang tak berbaju pula rupanya takde kulit bawang...
OOo...itu je bezanya.
Lama gak saya membelek2 bawang2 yang tak berbaju tu.
"Emp... ok lah, akak ambik yang ni lah, ok apa.. tak berbaju, sama je, masih boleh guna lapisan yang luar ni, akak tengok ok je", kata saya, setuju dengan pilihan ke 2 yang ditawarnya.
"Ha ah betul tu kak, lapisan luar tu cantik macam yang dalam kulit gak, sebab tu sume orang niaga beli yang takde baju je. Beza banyak kak..reganya bila dah beli berkilo-kilo", cerita beliau dengan bersungguh2.
"Ha ah... betul tu", saya mengiakan kata-katanya sambil tersenyum, tanda setuju.
Selepas dapatkan ketiga2 barang dengan harga rm3 tu, saya berlalu meninggalkan gerai tersebut dengan wajah masih tersenyum2 seorang diri. Tak sangka dapat satu 'vocab' baru hari tu...hehehe. .
Begitulah ceritanya pasal bawang yang takde baju ni. Actually benda ni first time saya dengar. Selalu tu saya bantai beli je bawang tak kira kat mana2, pilih2, timbang kemudian bayar. Padahal saya perasan boleh kata kat semua tempat yang saya beli bawang sebelum ni, semua bawang bercampur2 je tak kira ada baju ke atau takde baju. Mungkin pekedai 'take for granted' customer tak tau pasal perbezaan harga antara kedua-duanya. Tapi saya tak salahkan pekedai. Mungkin gerai kat pasar ni je yang bagi harga special buat bawang yang tak berbaju..hehehe. . Wallahualam.
--
Hakikat HARTA: apa yang dimakan akan habis, apa yang dipakai akan lusuh, apa yang disedekahkan sahaja akan menjadi bekalan di hari kemudian nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan