Hantar ibu bapa ke rumah orang tua
SOALAN
AKAN berkatkah hidup anak yang berjaya dan senang tetapi menghantar
ibu atau bapa ke rumah orang tua tanpa dijenguk, sedangkan orang tua
itu masih sihat?
HAD
Kuantan, Pahang
JAWAPAN
Sukar untuk menghukum siapa yang berkat hidupnya kerana pintu barakah
Allah itu sangat banyak.
Lebih baik kita mengelak daripada menuduh dan menghukum orang lain dan
lebih berkat jika kita menumpukan hal diri sendiri.
Tentu sedih mendengar kisah orang tua yang diabaikan. Berdosa jika
dilakukan dalam keadaan mampu menjaga mereka. Ibu bapa gerbang anak
untuk ke syurga. Menjaga mereka ketika tua sangat dituntut dan satu
daripada pintu barakah.
Bagaimanapun untuk dihormati dan disayangi anak, ibu bapa terlebih
dulu mesti pandai mendidik, menyayangi dan berkorban untuk mereka
ketika kecil. Jika gagal dari awal pendidikan, sukar untuk mengharap
kasih anak bila sudah tua.
Nabi Muhammad SAW selalu berpesan: "Berbuat baik pada ibu bapa dulu,
baru anakmu akan berbuat baik padamu ketika kamu tua nanti."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan