Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda
asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di
sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa
letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa
arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.
Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan
risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara
berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih
muda supaya kelak di hari tua kita t ida k menjadi terlalu pelupa.
Antaranya ialah:
Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka
tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup.
Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data
yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk
mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di
malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda t ida k tenteram dan
menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung
untuk menjadi seseorang yang t ida k peka dengan keadaan
persekitaran. Anda t ida k dapat berfikir dengan jelas dan daya
ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik
seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan
sebagainya.
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan per eda ran
darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih
baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda t ida k ceria.
Anda sentiasa berada dalam keadaan t ida k segar dan rasa kecewa.
Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat
anda t ida k hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan
sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah
mendekatkan diri kepada Tuhan.
Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan
tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan
sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan
pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat
tanpa arahan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru
misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit,
atau menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang
minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain
itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan
Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat
meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan.
Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan
bacaan.
Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh,
katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar
ingat akan maklumat tersebut.
Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam
sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus
dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan
apa yang anda fikirkan.
Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti
mengingati nombor telefon rakan-rakan.
Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan
sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau
sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang
jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih
baik.
Petikan drp www.tipskahwin. com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan