Sabtu, 22 November 2008

Hantar ibu bapa ke rumah orang tua

Hantar ibu bapa ke rumah orang tua


SOALAN

AKAN berkatkah hidup anak yang berjaya dan senang tetapi menghantar
ibu atau bapa ke rumah orang tua tanpa dijenguk, sedangkan orang tua
itu masih sihat?


HAD
Kuantan, Pahang


JAWAPAN

Sukar untuk menghukum siapa yang berkat hidupnya kerana pintu barakah
Allah itu sangat banyak.

Lebih baik kita mengelak daripada menuduh dan menghukum orang lain dan
lebih berkat jika kita menumpukan hal diri sendiri.

Tentu sedih mendengar kisah orang tua yang diabaikan. Berdosa jika
dilakukan dalam keadaan mampu menjaga mereka. Ibu bapa gerbang anak
untuk ke syurga. Menjaga mereka ketika tua sangat dituntut dan satu
daripada pintu barakah.

Bagaimanapun untuk dihormati dan disayangi anak, ibu bapa terlebih
dulu mesti pandai mendidik, menyayangi dan berkorban untuk mereka
ketika kecil. Jika gagal dari awal pendidikan, sukar untuk mengharap
kasih anak bila sudah tua.

Nabi Muhammad SAW selalu berpesan: "Berbuat baik pada ibu bapa dulu,
baru anakmu akan berbuat baik padamu ketika kamu tua nanti."

Ayat Lembut Hati Anak

Ayat lembut hati anak


APAKAH ayat al-Quran yang boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak,
terutama anak remaja yang semakin sukar dikawal?

Sejak akhir-akhir ini banyak berita memaparkan kisah anak remaja yang
derhaka, lari dari rumah dan melawan cakap orang tua dengan terbabit
dalam pelbagai gejala sosial.

Jawapan:

Anak remaja perlu didikan akhlak, emosi, rohani, jasmani serta
intelektual. Bacaan al-Quran hanya memenuhi sebahagian daripada
tuntutan rohaninya.

Bahagian-bahagian lain juga perlu mendapat pengisian. Tidak cukup
sekadar doa semata-mata.

Akhlak menjadi runtuh berpunca daripada makanan yang tidak halal. Ini
memang dijelaskan oleh Rasulullah SAW. Awasi makanan anak supaya ia
datang daripada sumber yang baik, insya-Allah akhlaknya akan menjadi
baik juga.

Banyak ayat al-Quran yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk
melembutkan hati anak mereka.

Ayat untuk melembutkan hati ialah dari surah al-Hasyar ayat 21 dan
juga surah Taha ayat satu hingga lima. Jika lari dari rumah, amalkan
bacaan surah Yusuf.

Hati Seorg Ibu

Hati seorang ibu 

Banyak hari jugak tak jenguk blog. Sebabnya, saya ke Kota Bharu, Kelantan atas satu urusan kerja mulai 16-18hb (sampai rumah malam tadi dah hampir kul 9pm). Dah lama jugak tak tinggalkan anak-anak lama begini. Kali terakhir, penghujung April yg lalu, tiga hari juga saya ke Kelantan.

Seronok? Nak kata tidak tu, menipu la jgk. Ya lah, di samping bekerja, saya juga berpeluang melihat tempat orang. Cuma seronok saya tak sepenuhnya. Hati saya berbelah bahagi malah dah pernah suarakan agar tempat saya diganti oleh orang lain. Boss tak banyak mulut, amat memahami tetapi saya kena la ingat jugak, ini adalah tugas dan tgjwb saya. Saya kena lah faham kan...ini pun bukan kali pertama, dah banyak kali saya perlu meninggalkan anak-anak 2-3 hari atas urusan kerja cuma setiap kali itu juga lah, perasaannya sama...

Jumaat baru ni saya cuti kecemasan lagi bila anak bongsu saya tidak sihat. Kepada Ilahi, saya mohon agar anak saya segera sembuh. Mak menenangkan saya: "budak biasa lah, nak boleh sesuatu memang biasa la demam ni... nak boleh jalan la tu kut...." Doa saya, benarlah kata-kata Mak dan alhamdulillah, petang jumaat tu, panas badan Sulaim mula berkurangan dan dia makin aktif seperti selalu.

Pg Sabtu, saya membawa anak-anak bersiar-siar sekitar Putrajaya dan kemudian makan di BBB. Satu cara yg saya praktikkan setiap kali saya perlu bertugas luar kawasan. Bukan bererti kalau tak ke mana-mana, anak-anak terkurung saja cuma menjadi satu perkara yg wajib bg saya berbuat demikian kerana tika itulah nanti, saya akan terangkan kpd anak-anak ke mana dan kenapa saya akan menghilang selama bbrp hari.

Malamnya, selepas maghrib, Suhail pulak murung dan nampak lemah. Ya Allah! Seorang lagi anak saya demam. Hanya Dia yg tahu hati saya tika itu. Nak batalkan pemergian ke KB saat akhir, memang cari pasal la. Rasa mcm nak bawak ja anak-anak bersama. Tapi, sahabat saya nasihatkan; banyakkan berdoa mtk Allah pelihara anak-anak kau.... saya juga manusia biasa, ada tikanya emosi mengawal diri, rasa risau dan jadi tidak keruan... tika ini lah saya memerlukan seseorang yg boleh saya percayai dan harapkan... Alhamdulillah, menjelang subuh demam Suhail beransur kebah. Paling melegakan saya, Suhail berselera seperti biasa ketika menikmati hidangan roti canainya pagi Ahad baru ni, jawapan agar saya lebih berlapang dada meninggalkan anak-anak saya bbrp hari demi keperluan tugas...

Semalam, ketika saya dan tiga rakan sekerja merayau-rayau di pasar MPKB (selepas check out hotel sementara menantikan masa untuk ke lapangan terbang), mata saya terarah ke muka depan sebuah akhbar yg memaparkan tragedi di taska, seorang bayi berusia empat bulan meninggal dunia kerana tersedak susu... dlm masa yg sama terdengar celoteh seorang wanita: "Jaga sendiri ja lah anak tu, tok sah la kerja...." gitulah lebih kurang ayatnya tapi diucap dlm bahasa Kelantan.

Allahu akbar!! Kau Maha Besar ya Allah!! Walau bukan saya di tempat ibu bapa bayi tersebut, saya tetap bersedih dengan kejadian yg berlaku. Tambah pula saya pernah mengalami kes yg hampir sama: masalah di taska. Minggu lepas juga, seorang rakan sekerja bergegas balik apabila dimaklumkan bayinya jatuh di taska. Bayi yg sebaya dgn anak bongsu saya itu luka sepanjang hampir satu inci hampir dgn kening mata kanan. (gambar di bawah)

  
Memang inilah dilema wanita bernama ibu. Runsing memikirkan keselamatan anak-anak bersama pengasuh. Kalau tak kerja pulak, masalah lain pula yg timbul. Saya akui, tempat seorang isteri sebaik-baiknya adalah di rumah malah ada pendapat yg mengatakan: haram bg seorang isteri keluar bekerja kerana tgjwb mencari nafkah keluarga terletak di bahu suami. Namun, ada pendapat lain yg memberikan pengecualian, isteri boleh bekerja dgn syarat mendapat izin suami. Jika ditanya pendapat saya secara peribadi, saya juga menggalakkan kaum wanita bekerja atau mempunyai pendapatan sendiri.

Bukan nak tunjuk kuasa atau nak kumpul harta tetapi rutin kehidupan kini memerlukan kaum wanita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan di belakang hari. Namun, seperti kes yg saya ketengahkan di awal tadi, malah kes-kes lain sblm ini, satu perkara yg merunsingkan kaum ibu selain kes suami tak nak bg nafkah kerana isteri dah ada pendapatan sendiri ialah, kewibawaan pengasuh anak-anak.

Saya yakin, penjenguk setiap blog ini tahu dan faham sgt tentang prinsip sy berkaitan anak-anak. Ya, saya amat sensitif bila perkara mengenai kebajikan anak-anak walaupun bukan anak saya sendiri. Sebabnya, anak saya atau anak siapa pun, mereka adalah bayi dan kanak-kanak yg tak tau apa-apa, yg hanya inginkan sedikit perhatian dan kasih sayang siapa juga insan yg berada bersamanya.

Saya tak kata taska atau nurseri tak bagus. Saya juga tak kata pengasuh persendirian lebih baik. Hakikatnya, jika individu yg mengambi amanah dan tgjwb drpd ibu bapa utk menjaga anak-anak mereka, menjalankan tgjwb tersebut dgn baik, takkan terjadi kes-kes yg tidak diingini.

Ya lah!! Memang lah ketentuan takdir. Allah dah tetapkan begitu jalannya, demikian suratan hidupnya. Kalaulah semua nak dituding jari kepada Allah yg menetapkan segalanya, tak perlulah ada hukuman kpd penjahat atau pesalah. Ya lah, dah Allah tentukan mereka sbg penjahat, sbg pembunuh, perogol atau perompak, kenapa nak kalut marah-marah dan adakan hukuman utk mereka??

Hakikatnya, setiap yg berlaku ada sebab dan musababnya. Kita sbg manusia disuruh berikhtiar dan ikhtiar seorang ibu dan ayah ialah meletakkan anak-anak mereka di bawah jagaan seseorang yg diharapkan dpt membantu menjaga anak-anak mereka ketika mereka bekerja. Bila tgjwb dan peranan ini gagal dipenuhi, berlakulah kejadian yg tidak diingini. Sebab itulah saya katakan, ada sebabnya berlaku sesuatu perkara. Seperti kes anak rakan saya, anaknya terjatuh di bilik air ketika dimandikan oleh seorang pengasuh dan khabarnya anak tersebut dibiarkan berdiri sendiri di tepi kolah air dan akibatnya, anak itu terjatuh dan tersembam ke lantai. Budak berusia 14 bulan dibiarkan berdiri sendiri di tempat yg bahaya begitu? Ya lah, di bilik air dan di tepi kolah air??!! Bukankah itu satu kecuaian? Tidak menjalankan tgjwb yg sewajarnya?

Saya tidak pasti apakah semua taska menjalankan kaedah yg sama: mengambil wanita muda dan remaja bekerja menjaga bayi dan kanak-kanak. Namun, di kebanyakan taska yg saya kunjungi dan yg sampai ke pengetahuan saya drpd maklumat rakan-rakan, memang begitulah 'trend'nya. Bagi saya, mereka ini kurang sesuai mengasuh dan menjaga kanak-kanak apatah lagi bayi di bawah usia 2 tahun. Sebabnya kebanyakan wanita yg belum pernah mengandung dan melahirkan anak gagal menghayati kasih dan perasaan sebenar seorang ibu.

Teringat kes saya sendiri. Adik-adik saya kerap sangat bermain dgn anak-anak saya dgn cara melambung tinggi anak-anak saya ke udara. Anak-anak memang lah seronok, gelak dan ketawa sahaja. Dah jenuh saya melarang tapi susah bila larangan saya ada tikanya dilupakan. Skrg ini seorang antara adik saya tersebut sedang hamil enam bulan dan tika seorang adik yg lain bermain dgn anak-anak saya dgn cara yg bahaya begitu, adik saya akan marah. Pernah saya terdengar kata-katanya: "Jaga elok-elok sikit, ummi dia bawak lama dlm perut tu, jgn buat main!!" Haaa... baru lah mengerti perasaan sebenar saya, kenapa saya melarang dia yg pernah bertindak sama satu masa dulu.

Hakikatnya, hanya ibu yg mengerti perasaan sebenar seorang ibu. Sama seperti saya dahulu, Mak selalu luahkan: "Hang tak jadi mak lagi, hang takkan faham. Hang dah jadi mak nanti baru hang faham..." Saya akui kebenaran kata-kata Mak... kini saya lebih sensitif bila sesuatu itu berkaitan dgn anak-anak. Lantaran itulah, sebaiknya orang yg dipertanggungjawabk an menjaga dan mengasuh anak-anak juga adalah seorang ibu. InsyaAllah, dia akan lebih memahami hati seorang ibu.

Kepada ibu yang tak bekerja, maksud saya yang berkesempatan menjadi suri rumah sepenuh masa, jangan sesedap rasa menyalahkan ibu-ibu yang terpaksa meninggalkan anak-anak kerana bekerja. Seperti luahan wanita Kelantan yg saya ketengahkan di awal tadi. Memang mudah menuding jari tapi bg sesetengah orang, bukan itu jalan penyelesaian yg terbaik.

Nasihat saya kepada para ibu, berhati-hatilah dlm mendapatkan pengasuh dan penjaga anak-anak anda. Bak kata orang, jgn tangkap muat ja. Biarlah terpaksa bercuti lama asalkan anda rasa tenang dan senang hati menghantar anak-anak tinggal sementara bersama pengasuh mereka. Saya sendiri bercuti tanpa gaji dua minggu tika usaha mencari pengasuh yg benar-benar menyenangkan hati dan alhamdulillah, suara hati saya selari dgn doa yg saya panjatkan kpd Ilahi.

Kpd mereka yg mengambil amanah mengasuh dan menjaga anak-anak org lain, ingatlah... anak-anak yg dihantar kpd anda adalah amanah dan tanggungjawab anda. Keselamatan mereka terletak di bahu anda. Anda wajib menjaga mereka sebaik mungkin. Jgn hanya fikirkan wang yg diberikan kpd anda. Letakkan diri anda di dalam kasut ibu yg terpaksa meninggalkan anaknya kpd anda, fahamilah nalurinya yg mengharapkan agar anaknya berada di dalam keadaan selamat dan terjaga.

Saya tidak tahu apakah topik perbincangan kali ini tapi rasanya, inilah luahan hati yg mewakili suara hati ramai wanita bernama ibu yg terpaksa meninggalkan anaknya kerana bekerja mencari rezeki yang halal...

 

Budu

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. 

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". 

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sep erti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. 

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. 

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). 

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain sep erti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. 

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. 

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. 

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. 

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. 

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara. 

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) sep erti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. 

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. 

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sep iring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Tingkatkan Daya Ingatan

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda 
asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di 
sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa 
letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa 
arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan 
risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara 
berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih 
muda supaya kelak di hari tua kita t ida k menjadi terlalu pelupa.

Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka 
tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup.
Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data 
yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk 
mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di 
malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda t ida k tenteram dan 
menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung 
untuk menjadi seseorang yang t ida k peka dengan keadaan 
persekitaran. Anda t ida k dapat berfikir dengan jelas dan daya 
ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik 
seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan 
sebagainya.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan per eda ran 
darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih 
baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda t ida k ceria. 
Anda sentiasa berada dalam keadaan t ida k segar dan rasa kecewa. 
Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat 
anda t ida k hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan 
sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah 
mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan 
tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan 
sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan 
pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat 
tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru 
misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, 
atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang 
minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain 
itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan 
Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat 
meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. 
Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan 
bacaan.

Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, 
katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar 
ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam 
sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus 
dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan 
apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti 
mengingati nombor telefon rakan-rakan.
Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan 
sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau 
sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang 
jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih 
baik.

Petikan drp www.tipskahwin. com

Tips Berhenti Merokok

semua mesej daripada folder Spam ] 
Sampah
[Kosongkansemua mesej daripada folder Sampah ] 
Folder Saya
[Sembunyikan]
dari email
email kawan
resepi
simpan
Jalan Pintas Carian
Foto Saya
Lampiran Saya

Pergi ke 
mesejTerdahulu | 
Pergi ke mesej
Berikut | Kembali ke Mesej
Tandakan sebagai Belum dibaca | Cetak  




 Tandakan mesej ini
[Mahligai] Tips Berhenti Merokok
Jumaat, 21 November, 2008 21:57
Daripada: 
"Nor"
Tambah Pengirim pada Kenalan
Kepada: 
mahligai@yahoogroups.com

Petikan : Lubuk Petua Warisan

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-
lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan 
dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk 
merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda 
“nanti” setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan 
perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak 
suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana 
minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas 
meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. 
Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, 
bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan 
sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan 
setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana 
tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti 
merokok itu berjaya.

Peringatan Untuk Wanita

Peringatan untuk wanita

(dari hadis Rasulullah s.a.w) 
wanita yang sholehah (baik) itu lebih baik dari seribu lelaki yang tidak sholeh. 
Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya masuklah ia dari pintu syurga mana saja yang ia kehendaki. 
Saidatina Aishah berkata:
"saya pernah bertanya Rasulullah s.a.w. siapakah manusia yang lebih besar haknya (berhak) terhadap wanita?".
Jawab Rasulullah:
"suaminya".
"Siapa pula lebih berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah: "Ibunya". 
Apabila memanggil akan engkau oleh dua ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dulu. 
Siapa yang dikurniakan Allah padanya wanita yang sholehah (baik) maka sesungguhnya telah dikurniakan padanya sebahagian dari ugamanya: maka hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah yang separuh lagi. 
Sebaik - baik wanita tinggal dirumah, tidak keluar, kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan oleh iblis. 
Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (yang halal nikah), kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli.
Suatu hari ketika Rasulullah bersama - sama isteri - isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah): datang seorang sahabat yang butamatanya (Ibnu Maktum), Rasulullah menyuruh isteri - isterinya masuk ke dalam, bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah?" . Rasulullah menjawab, "Bukankah kamu dapat melihat?". 
Dari Ali bin Abi Talib: Aku dengar Rasulullah bersada:
Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama umur dunia tujuh kali, mereka ialah:
Orang yang gemuk tapikurus 
Orang yang berpakaian tapi telanjang 
Orang yang alim tapi jahil 
Adapun orang yang gemuk tapi kurus itu ialah orang yang gemuk (sihat tubuhnya) tapi sedikit ibadahnya. 
Orang yang berpakaian tapi telanjang ialah orang yang cukup pakaiannya, tetapi tidak taat agama (berpakaian tetapi tidak menutup aurat). 
Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi. 
Wanita yang kelaur rumah dengan memakai bau - bauan berjalan dihadapan orang sehingga terhidu baunya adalah ia berzina. 
Tidak memulikan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina. 
Dunia ialah perhiasan, sebaik - baik perhiasan ialah wanita yang sholehah. 
2/3 dari ahli neraka adalah wanita: 
Wanita digantung dengan rambutnya kerana menampakkan rambutnya pada lelaki yang diharamkan melihatnya (lelaki yang halal nikah). 
Wanita yang dengan kaki tertambat pada teteknya terus ke ubun - ubunnya dengan ular dan kala memakan daging serta menghisap darahnya kerana tidak bersuci (atau tidak sah bersuci) dari hadas yang besar serta meringkan sembahyang. 
Wanita yang digantung dengan teteknya kerana memberi susunya kepada orang lain tanpa izin suaminya. 
Wanita yang digantung dengan kakinya dalam rongkongan api neraka kerana keluar rumah dengan tanpa izin suaminya. 
Wanita digantung dengan lidahnya serta dituangkan dengan air panas ke dlama tekaknya kerana menyakitkan hati suami. 
Wanita menjadi seperti tubuh keldai, berkepala babi kerana suka mengadu domba dan berdusta. 
Wanita berbadan anjing kerana suka melaga - lagakan manusia serta dengki mendengki. 
Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikkanya, keturunanya dan keagamaanya. Hendaklah didapatkan yang kuat beragama, tentu akan menenangkan tanganmu. 
Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat kahwin, cepat pula hamil dan ringan maharnya (mas kahwinnya). 
Wanita yang taat akan suaminya, semua burung - burung diudara ikan di air, malaikat dilangit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya). 
Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan terbuka pintu - pintu syurga. Masuklah ia dari mana - mana pintu yang disukainya dengan tanpa hisab. 
Mana - mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita tersebut di murkai oleh Allah sehingga ia bermanis muka dengan tersenyum mesra kepada suaminya. 
Kaab berkata: Pertanyaan yang akan ditanya pada wanita dihari kiamat ialah dari hal sembahyangnya dan hak - hak suaminya. 
Ibnu Umar berkata:
"Telah datang seorang kepada Rasulullah lalu bertanya:"Apakah hak suami keatas isteri?" Jawab baginda, "Tuniakan hajatnya sekalipun engkau di atas belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, kalau engkau berpausa jugamaka pahalanya unutk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar rumah melainkan dengan izinnya:
Jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali ke rumah". 
Riwayat dari Hassan, bahawa nabi telah bersabda: "Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyang sehingga ia kembali dan ia menghulurkan tangannya kepada suaminya (minta maaf)." 
Hendaklah isteri redha dengan suami yang telah dijodohkan Allah, samada miskin atau kaya. 
Hendaklah suami redha dengan pemberian Allah akan isterinya samada cantik atau hodoh. 
Sebaik - baik kamu ialah orang yang baik terhadap isteri dan anak - anaknya. 
Mana - mana wanita yang sembahyang dengan tanpa mendoakan suaminya, maka ditolak akan sembahyangnya. 
Dari Muaz bin Jabal, bersabda Rasulullah: "Mana - mana wanita yang berdiri diatas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hinggan muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tanganya dari bakaran api neraka". 
Mana - mana wanita yang menunggu suaminya pulang, lalu dibersihkan mukanya, dihamparkan hamparan duduknya atau disediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya, atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau munaffat hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disuratkan baginya akan tiap - tiap kalimah ucapannya, tiap langkahnya, tiap renungannya pada suaminya sebagaimana dimerdekakan seorang hamba. Pada harikiamat Allah kurniakan nuur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tidak seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi - nabi. 
Dari Thabit Al Bannaniny berkata:Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, sangat baik berkhidmat pada suaminya, apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya dipegangnya pelita hingga suaminya selesai makan. 
Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya untuk dijadikan sumbu pelita. Pada esoknya, matanya yang buta telah celek. Allah telah kurnikan rahmat (kemulian) pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya. 
Dari Ibnu Masud bersabda Rasulullah:" Tiap - tiap wanita yang menolong sumainya dalam urusuan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) pada perempuan itu kerana memuliakan suaminya didunia maka mendapat pakaian dan bau - bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadap suaminya. 
Asma' binti Khairiyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya di hari pernikahan anaknya itu itu: "Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang dimana engkau dibesarkan. Engkau akan berpidah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkua kenal dan berkawan pula dengan seorang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah kepada suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjagi tiangnya. Jangan engkau bebani ia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalakanmu. Jangan engkau terlampau menjauhinya agar ia tidak melupakanmu. Kalau ia mendekatimu dekatilah ia, dan jika ia menjahuimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah suami itu benar - benar hidungnya, pendenggarannya, matanya dan lain - lain. Janganlah kiranya suamimu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu". 
Hendaklah isteri berpuashati dengan suaminya yang ALLAH telah jodohkan samada yang kaya atau miskin. 
Hendaklah isteri mendahului hak suaminya atas hak dirinya sendiri dan seluruh kaum kerabatnya. 
Mana - mana wanita yang berkata pada suaminya, "Tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun. Walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah malam hari. 
Sebaik - baik wanita ialah wanita yang apabila engkau memandang kepadanya ia mengembirakan engkau, apabila engkau memerintah ia taat dan apabila engkau tidak ada ia menjaga hartamu dan dirinya. 
Apabila memanggil oleh suami akan isterinay ke tempat tidur tetapi ditolakknya, maka marahlah suaminya: akan tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat hingga ke pagi. 
Wanita yang keluar rumah dengan tanpa izin dari suaminya akan beradaa didalam kemurkaan Allah hingga ia kembali semual ke rumahnya atau diredhai oleh suaminya. 
Wanita yang meminta ditalak oleh suaminya dengan tanpa sebab yang diizinkan oleh syarak haramlah baginya bau syurga. 
Wanita yang mati didalam keadaan suaminya redha kepadanya:nescahya ia masuk syurga. 
Bukanlah dari golongan kami orang yang diluaskan oleh Allah rezekinya tetapi disempitkan perbelanjaan untuk ahli rumahnya. 
Tiap orang adalah pemimpin (dirinya sendiri). Maka lelaki adalah pemimpin bagi ahli - ahlinya dan wanita adalah pemimpin di rumah. 
Wanita itu adalah pengurus suaminya dan bertangungjawab dari hal urusannya. 
Tidak ada ketaatan bagi mahluk (suami) yang mendurkhadai Allah. 
Wanita yang tinggal dirumah bersama - sama anak - anaknya akan tinggal bersama - sama aku didalam syurga. 
Perkara yang menjadikan wanita itu durkhaka kepada suaminya:- 
Menghalang suaminya dari bersuka - suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana - mana bahagian tubuhnya. 
Keluar rumah dengan tanpa izin suaminya samada suaminya ada dirumah atau tidak. 
Keluar rumah belajar ilmu yang bukan fardhu ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu fardhu ain (jika suaminya tidak mampu mengajar). 
Enggan berpindah (berhijrah bersama - sama suami). 
Mengunci pintu tidak membenarkan suami masuk ke rumah, ketika ia ingin masuk. 
Bermasam muka apabila berhdapan dengan suami. 
Minta talak. 
Bercakap kasar atau lamabat menjawab pertanyaan. 
Berpaling atau membelakanginya ketika bercakap. 
Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau berbuataan. 
Meninggalakan tempat tidur. 
Membenarkan masuk ke rumah orang yang tidak disukai oleh suaminya. 
seorang wanita mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata:
"Aku telah dipinang orang. Katakan padaku apakah hak - hak suami atas isteri? Jika terdaya aku lakukan maka aku akan kawin. 
Bersabda Rasulullah,
"setengah darinya ialah jiak mengalir darah atau nanah dari hidungnya lalu dijilat oelh isteri untuk membersihkannya, belumlah tertunai lagi hak suami atas isteri, dan jika patut atau boleh seseorang menyembah manusia maka akan aku perintahkan wanita - wanita sujud menyembah suami mereka". Mendengar itu wanita tadi lantas menjawab, "Demi Allah yang membangkitkan engkau sebagai nabi, aku tidak akan bersuami selagi ada didunia ini". 
Saidatuna Aishah berkata jikalau wanita - wanita itu tahu akan hak - hak suaminya nescahya mereka akan sangup menyapu debu - debu di telapak kaki suaminya dengan muka mereka. 
Suatu ketika dimadinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda bertanya apabila baginda dapati beberapa orang wanita di majlis itu. "Adakah kamu mengusung mayat?". "Tidak", jawab mereka. Sabda baginda "Baiklah, kamu sekelian tidak ziarah dan tiada pahala bagi kamu. Tetaplah kamu tinggal di rumah dan berkhidmat kepada suami supaya pahalanya sama dengan ibadah orang lelaki". 
Seorang wanita menghadap Rasulullah s.a.w. dan berkata:
"Wahai Rasulullah, saya mewakilli kaum wanita ingin menyatakan masalah kami semua. Allah menjadikan kami semua lalu diperintahkan kami untuk taat dan berkhidmat kepada kaum lelaki, juga sebagai tempat memenuhi keinginan syahwat mereka, hingga kerana itu kami mesti tetap tinggal di rumah. Sedangkan bagi kaum lelaki ada perang fi sabilillah dan bersembahyang di masjid. Adakah peluang kami untuk memperolehi pahala yang sama seperti orang lelaki?". Sabda baginda, "Tidak pernah aku lihat dan dengar perkataan dan pertanyaan sebaik ini." Kemudian baginda menjawab "Beritahu oleh kamu kepada semua kaum wanita bahawa jika mereka tunaikan kewajipan kepada suami dan rumah tangga sebagaimana yang Allah perintahkan itu, nescahya sama kebajikannya dengan kaum lelaki". 
Hadith dari Baihaqi dan Ibnu Huban:
Tiga golongan manusia yang tidak diterima sembahyangnya oleh Allah: 
Hamba yang lari dari tuannya. 
Wanita yang bermasam muka dengan suaminya atau wanita yang dimarahi suaminya hingga diredhainya. 
Orang mabuk hingga ia sedar. 
Imam Ghazali Rohimatahullahutaal a berkata:
Wajib bagi wanita mengikut perintah suaminya selagi ia tidak mengajak kepada maksiat. 
Ulamak berkata wajib bagi wanita: 
Mengekalkan malu pada suami. 
Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. 
Mengikut kata dan suruhan. 
Dengar dan diam ketika suami berkata - kata. 
Berdiri menyambut kedatangannya. 
Berdiri menghantar pemergiannya. 
Hadir bersamanya ketika masuk tidur. 
Memakai bau - bauan unutknya. 
Membersihkan bau mulut unutknya. 
Berhias ketika hadirnya, tinggalkan hiasan ketika tiadanya. 
Tidak berbuat khianat apabila suami tiada. 
Memuliakan keluarga suami. 
Memandang pemberian suami yang sedikit sebagai besar dan banyak. 
Ketahuilah syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung kepada redha atau tidak suami padanya. 
Seorang badwi berkata kepada Rasulullah s.a.w. "Tidak akan aku percaya kepada engkau sebelum ditujukkan padaku satu mukjizat." Rasulullah bertanya: "apa yang kau kehendaki?". Badwi itu menjawab: "Suruh pohon kurma yang kering itu mengadap engkau". Maka Rasulullah bersabda, "pergilah engkau beritahu pada pohon itu, katakan bahawa Muhammad memanggilnya" . Arab badwi itupun melakukan apa yang diperintahkan. setelah diberitahu pohon korma itu kelihatan bergerak - gerak ke kanan dan ke kiri hingga tercabut akar - akarnya dan berjalan ia menghadap Rasulullah lalu memberi sala, Rasulullah menjawab salamnya. Melihatkan peristiwa itu Arab badwi itu terus mengucap dua kalimah syahadah. "Cukuplah Rasulullah" katanya. Rasulullah pun memerintahkan pohon itu balik ke tempatnya. Arab badwi itu berkata lagi, "wahai Rasulullah aku telah meminta dari mu sesuatu yang pernah diminta oleh orang lain, pun engkau tunaikan, kerana itu izinkan aku sujud padamu setiap kali sujud semabahyang dibelakangmu" . Jawab Rasulullah:" Tidak seharusnya seorang manusia sujud kepada manusia dan jika harus, maka akan aku perintahkan semua wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak - hak suami mereka". 
Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. 
Apabila seorang wanita itu mulai sakit untuk bersalin, maka Allah mencatitkan baginya pahala baginya pahala orang - orang yang berjihad pada jalan Allah. 
Apabila seseorang wanita itu melahirkan anaknya keluarlah ia dari dosa - dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya. 
Sabda Rasulullah, "Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia dari sungai - sungai syurga serta diringankan Allah baginya sakratulmaut dan akan didapatinya akan kuburnya menajdi sebuah taman dari taman - taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi Titian Siratul Mustaqim". 
Hadith riwayat Abu Dawud:
"Perintakanlah anak - anakmu sekelian yang telah berumur 7 tahun unutk mengerjakan solat. Apabila telah berumur 10 tahun mereka belum mengerjakan solat ajarlah (dipukul tetapi jangan sampai melukai) dan pisahkanlah dari tempat tidurnya". 
Hadith riwayat dari Anas:
"Barangsiapa membawa hadiah (bahan makanan) dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya maka pahalanyaseperti bersedekah, dan hendaklah diberikan lebih dahulu kepada anak perempuan sebelum anak lelaki". 
Pesanan Luqman kepada anaknya:
"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu sabda mereka:"
Apabila engkau solat kepada Allah maka jagalah baik - baik fikiranmu. 
Apabila engkau berada dirumah orang lain, maka jagalah matamu (pandangan). 
Apabila engkau ditengah - tengah majlis maka jagalah lidahmu (perkataanmu) . 
Apabila enkgau berada didalam jamuan makan, maka jaga - jagalah perangaimu. 
Ingatlah akan mati (bersedia untuk menghadapi kematian). 
Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain. 
Lupakanlah segala kesalahan orang lain kepadamu. 
Dari perkara yang tersebut diatas, tidaklah bermakna wanita menjadi hamba suaminya atau seperti khadamnya semata - mata, lelaki (suami) pula ada peranannya sebagai qauwam, iaitu ketua, hakim, pengajar adab dan sebagainya.Untuk memainkan peranan ini sudah tentulah kaum lelaki wajib taat kepada Allah dan menjungjung tinggi syariat Allah agar ia menjadi orang yang adil serta tidak zalim, mengenal dan menyempurnakan hak - hak ke atas isterinya.

Aneka contoh teks pengacara majlis

Pengenalan
 
Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.
 
Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.
 
Jadi, buku ini ditulis untuk memberi anda sedikit panduan dan idea tentang tugas sebenar pengacara majlis. Terdapat enam bahagian dalam buku ini, iaitu:
 
Bahagian I – Pengacara Majlis
Bahagian II – Teknik Penulisan
Bahagian III – Kesalahan Bahasa
Bahagian IV – Senarai Panggilan Hormat dan Pantang Larang
Bahagian V – Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Bahagian VI – Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis
 
Kandungan
 
 
Pendahuluan
 
Bahagian 1 - Pengacara Majlis
Pengenalan 
1.1 Siapakah pengacara majlis?
1.2 Mengapakah pengacara majlis penting?
1.3 Tip untuk menjadi seorang 'Star Emcee'?
 
Bahagian 2 - Teknik Penulisan
Pengenalan
2.1 Teknik menulis teks pengacara
2.1.1 Penyediaan teks
2.1.2 Cara menyediakan teks dan kandungan teks
2.2 Teknik menulis pantun dan bahasa berirama
2.2.1 Mencipta pantun
2.2.2 Mencipta bahasa berirama
2.3 Contoh-contoh pantun untuk agenda/atur cara tertentu
2.4 Contoh-contoh bahasa berirama untuk agenda/atur cara tertentu
 
Bahagian 3 - Kesalahan Bahasa
Pengenalan
3.1 Kesalahan Bahasa
 
Bahagian 4 - Senarai Panggilan Hormat & Pantang Larang Pengacara Majlis
Pengenalan
4.1 Panggilan hormat
4.2 Pantang larang
 
Bahagian 5 - Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Pengenalan
5.1 Cara memulakan majlis
5.2 Cara mengakhiri majlis
 
Bahagian 6 - Aneka Teks Pengacara Majlis
Pengenalan
6.1 Teks Perasmian Dewan
6.2 Teks Hari Anugerah
6.3 Teks Hari Wanita
6.4 Teks Jamuan Perpisahan
6.5 Teks Festival Nasyid
6.6 Teks Makan Malam Syarikat
6.7 Teks Majlis Tadarus Al-Quran
6.8 Teks Amanat Pemimpin
6.9 Teks Pelantikan Pengawas
6.10 Teks Perhimpunan Sahabat PEMADAM
6.11 Teks Hari Anugerah Khidmat Cemerlang
6.12 Teks Sambutan Hari Guru
6.13 Teks Sambutan Bulan Kemerdekaan
6.14 Teks Hari Kokurikulum
6.15 Teks Majlis Perkongsian Ilmu
6.16 Teks Majlis Pecah Tanah
6.17 Teks Pelancaran Buku Baru
6.18 Teks Perkahwinan Anak VIP
6.19 Teks Pelancaran Kempen (sebarang kempen)
6.20 Teks Malam Amal
 
Penutup
 
 
*Petikan daripada Bahagian IV
 
 
Pengenalan
 
Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui pantang larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu dan memalukan pihak penganjur atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam bab ini akan disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai rujukan dan panduan para pembaca.
 
 
Panggilan Hormat
 
Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan. 
 
Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:
 
(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama 
(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia
 
*DYMM = Duli Yang Maha Mulia
 
Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:
 
(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
(l) Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
(m) Raja/Tengku - Yang Mulia
(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
(s) Hakim Besar - Yang Arif
(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia
(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri - Yang Berbahagia
(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia
 
 
Pantang Larang
 
Dalam mengendalikan sesuatu majlis, seseorang pengacara majlis harus kelihatan menarik dan cantik kerana pengacara majlis merupakan orang yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut. Namun begitu, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui serba sedikit pantang larang daripada segi berpakaian.
 
Seorang pengacara majlis sangat dilarang memakai pakaian berwarna kuning apabila mengendalikan majlis yang melibatkan golongan atau kerabat diraja. Selain itu, jika majlis yang dikendalikan dihadiri oleh kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu juga dilarang daripada dipakai. Begitu juga dengan kain songket. Jika anda mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda tidak boleh memakai pakaian berasaskan kain songket.
 
Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis yang akan dikendalikan. INGAT, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah.
 
 
Maklumat lanjut berkenaan buku ANEKA CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.

Ciri2 pakaian wanita mengikut Sunnah

Ciri2 pakaian wanita mengikut Sunnah 

  

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat 

Rasulullah saw bersabda : 

Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya” 

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar 

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh” 

(Riwayat Muslim) 

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu. 

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak” 

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam) 

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina. 

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” 

(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi) 

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki 

Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki” 

(Riwayat Bukhari) 

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik 

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Rahsia Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabk an segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang

Bahasa Kelantan

bahasa kelate memang menarik 

B/kelate B/kL

1)lorqat/gaduh = Nak cepat

2)belawok/nawok = tipu

3)sumbak = tersumbat

4)ghohok = penting

5)bakpo = kenapa

6)rego = harga

7)ohage = orang

8)tebah = menebas 

9)kawe = kawe

10)sain = kawan

11)pahe = paham

12)dok dan = tak sempat

13)make = makan

14)selok = kunci

15)gitu gak = kalau mcm tu

menarik kan kalau kira 123.. lain jugak bunyinya cuba tengok ni

b/kelate b/KL

1)so = satu

2)duo = dua

3)tigo = tiga

4)pat = empat

5)limo = lima

6)nan = enam

7)tujoh = tujuh

8)lape = lapan

9) mile =sembilan

10)puluh = sepuluh

menarikan nati kita belajar lagi........

Rahsia Kasih Sayang Berdasarkan Bulan

Rahsia KASIH SAYANG Berdasarkan Bulan
 
Januari 
# Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
# Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
# Sukar setia pada yang satu.
# Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
# Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
# Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
# Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
# Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
# Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.
# Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Febuari 
# Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.
# Amat hormat kepada pasangan.
# Amat suka memikat pasangan.
# Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
# Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
# Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)
# Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
# Kurang beremosi terhadap pasangannya.
# Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
# Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac 
# Mudah menawan hati pasangannya.
# Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
# Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
# Sangat baik dalam menjaga perhubungan
# Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
# Persaan cemburu yang minima.
# Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
# Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
# Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
# Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
# Berprasangka terhadap pasangan.
# Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.
# Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

April 
# Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
# Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
# Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
# Sentiasa ingin diberi perhatian.
# Amat cemburu dalam perhubungan.
# Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
# Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
# Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
# Romantik dan terlalu romantik
# Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
# Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
# Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.
# Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2
# Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.

Mei 
# Amat mudah jatuh cinta.
# Baik dan jujur dalam perhubungan.
# Pandai menarik hati pasangan.
# Perasaan cinta yang mendalam.
# Mudah untuk dipujuk.
# Kurang suka untuk sentiasa bersama.
# Mudah menerima cinta seseorang.
# Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
# Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
# Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
# Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
# Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
# Ambil berat dalam menjaga hubungan.
# Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11

Jun 
# Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
# Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
# Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
# Cerewet dalam hubungan.
# Selalu beremosi.
# Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
# Cepat rasa bosan dalam percintaan.
# Kurang yakin dalam perhubungan.
# Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
# Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
# Dahagakan pujian dari pasangan.
# Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

Julai 
# Amat suka didampingi pasangan.
# Sukar dimengerti oleh pasangan.
# Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
# Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
# Amat menghargai kesetiaan pasangan.
# Mengambil berat dan mengasihi pasangan
# Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,
# Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
# Suka merajuk dan dipujuk.
# Setia terhadap pasangan.
# Suka mendengar dan tidak suka membantah.
# Cemburu terhadap pasangan.
# Suka menilai dan menjaga perhubungan.
# Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7

Ogos 
# Tidak serius dalam perhubungan
# Mengambil mudah dalam perhubungan
# Kesetiaan di ragui.
# Pandai memujuk pasangan
# Suka memimpin pasangan.
# Romantik, Pengasih dan Penyayang.
# Kelam kabut dalam perhubungan.
# Sering bertukar pasangan
# Sukar mencari pilihan yang tepat
# Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
# Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.
# Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
# Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.

September 
# Bersopan dalam hubungan
# bertolak ansur terhadap pasangan
# Suka mengkritik pasangan
# Sangat prihatin terhadap pasangan
# Sangat sensitif dan emosi
# Pandai memahami pasangan
# Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
# Amat memilih pasangan
# Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
# Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.
# Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11

Oktober 
# Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
# Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
# Sopan terhadap pasangan.
# Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
# Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
# Sukar menerima pandangan pasangan.
# Emosi yang mudah terusik.
# Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
# Cemburu dan terlalu cemburu.
# Romantik
# Memahami pasangan.
# Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9, 10,12.
# Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.

November 
# Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
# Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
# Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
# Degil dan engkar dengan pasangan.
# Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
# Mudah ambil berat terhadap pasangan.
# Tidak menghargai perhubungan.
# Sambil lewa dalam perhubungan.
# Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
# Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
# Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
# Kurang bersama dengan pasangan.
# Pasangan Ideal: 4, 7

Disember 
# Pemurah terhadap perhubungan
# Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
# Tergesa-gesa dalam perhubungan
# Suka didampingi oleh pasangan.
# Benci dikongkong.
# Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
# Suka mempengaruhi pasangan
# Curang dalam percintaan.
# Kurang berkerjasama dengan pasangan.
# Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
# Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
# Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.

Rahsia Gaya Tidur

Rahsia Gaya Tidur
 
Secara purata jika dalam tempoh seminggu anda mengamalkan satu gaya tidur selama 5 malam, itulah gaya tidur yang melambangkan peribadi anda.

JANIN PENUH (gaya tidur merengkok) 
~ Anda seorang yang sangat sensitive dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda ialah pemuda yang boleh memberi ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui, anda sangat bahagia.

TERLUNGKUP (Biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala) 
~ Anda orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancang dengan teliti. Anda membenci sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang anda kehendaki.

PARUH JANIN (Anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki agak menekuk) 
~ Hidup anda terasa nyaman dan siap mencari peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.

ROYAL (Tidur terlentang)
~ Anda penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa kerana menjadi perhatian. Biasanya gaya ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dan selalu memilih pekerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa bebas, kalau tidak, anda susah hati.

FLAMINGO (Posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut menekuk sedang yang lain lurus) 
~ Anda mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalah menimbun.

PENUNGGANG (Sebarang posisi dgn satu tangan menyentuh bahu yg lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan)
~ Anda ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati. Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda.

Teka Teki

Banyak -banyak binatang... binatang apa keluar haid..
jwpn:kura-kura. .. ala tu pun tak tahu... keluar HEAD..tak paham jugak.ala kepala le..

dlm banyak2 binatang... binatang apa yang bertelur dan beranak... kira 2 alam la niii..ha jwp2... siput babilaaaa... ye la siput bertelur babi beranak...

kalau anda ni semuanya pandaiii cuba teka,banyak2 sungai,sungai apa yang paling berat
jawapannyer ialah Sungai Besi... 

dalam banyak2 pokok,pokok apa yang baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

ni ada satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin?
huruf TA dan YA laa... .kan jadi TAYAR tu..

kasut apa yang paling keras?
kasut batu... salah maa..kasut BATA laaa... 

antara huruf A hingga Z,banyak2 huruf tu,mana huruf yang boleh kawin..ahh sape dapat 
jawapannyer ialah... huruf i ngan u lerr... heheheheee,nih antara pasangan bercinta lerr hehehe...

Jangan Mengeloh

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? 
QURAN MENJAWAB 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 
QURAN MENJAWAB 
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
- Surah Al-Baqarah ayat 216 

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
QURAN MENJAWAB 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
- Surah Al-Baqarah ayat 286 

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? 
QURAN MENJAWAB 
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." 
- Surah Al-Imran ayat 139 

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
QURAN MENJAWAB 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
QURAN MENJAWAB 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
- Surah Al-Baqarah ayat 45 

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 
QURAN MENJAWAB 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? 
- Surah At-Taubah ayat 111 

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
QURAN MENJAWAB 
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." 
- Surah At-Taubah ayat 129 

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! 
QURAN MENJAWAB 
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." 
- Surah Yusuf ayat 12 
Kalu engko nak mengeluh lagi …………jom gi ngaji 

Nota: 
Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin. Sila sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran

Kehidupan dunia dan kubur yang menunggu

Kehidupan dunia dan kubur yang menunggu
Dilulus terbit pada Tuesday, October 21 @ 18:47:36 MYT oleh TokPenghulu 
Oleh janggut83

"Dunia ini adalah perkampungan yang dikelilingi kutukan dan pengkhianatan. Tak pernah langgeng keadaannya, tak pernah selamat penghuninya. Suara dan bunyinya selalu bergantian, silih berganti. Masa-masanya selalu berubah-ubah tak mau berhenti. Hidup di dalamnya adalah tercela. 

Keamanan di dalamnya tak pernah terwujud dan dirasa. Para penghuninya adalah sasaran dari dunia itu sendiri, yang melempari mereka dengan panah-panah beracun yang membinasakan.

Wahai…penghuni dunia. Dirimu dan juga segala apa yang kamu miliki dari dunia ini, pernah berada di jalan orang-orang terdahulu sebelum kamu. Dan mereka telah pergi kini. Mereka lebih panjang usia darimu, lebih makmur kehidupannya, dan lebih banyak bekas peninggalannya. 

Namun lihatlah. Suara-suara mereka telah hilang lenyap. Kegiatan mereka telah terhenti. Tubuh-tubuh mereka telah hancur luluh. Rumah-rumah mereka menjadi sunyi-sepi. Dan peninggalan mereka kini tinggallah reruntuhan saja. Istana-istana yang mereka bangun dengan megah dan dialasi permadani yang indah, kini telah berganti dengan batu-batu sandaran yang keras serta kuburan-kuburan dalam tanah terbelah yang dibangun berandanya dengan debu kehancuran. 

Tempat-tempat mereka berdekatan, namun para penghuninya saling berjauhan. Merasa sendiri dan kesepian diantara banyaknya penghuni. Dilanda kesibukan dalam pengangguran. Dilanda resah dan gelisah dalam diam. Tiada terhibur dengan perasaan berada di tanah air dan negeri sendiri. Tiada saling berkunjung di antara tetangga kendati saling bertetangga. 

Bagaimana mungkin mereka saling berkunjung sedang jasad telah hancur? Kini… Kalian sendiri. Tidakkah sama dengan mereka ketika saatnya tiba? Tertahan ditanah. Diam terbaring. Terkungkung dalam sempit dan gelap. Apakah kiranya yang akan kalian lakukan bila sampai akhir perjalanan, saat tanah dan bumi dijungkirbalikkan lalu kalian dibangkitkan di padang Mahsyar? Duhai… 

Di tempat itu (padang Mahsyar), tiap-tiap diri merasakan pembalasan dari apa yang telah dikerjakannya dahulu dan mereka dikembalikan kepada Allah Penguasa mereka yang sebenarnya, dan lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan. 

suara dari telapak kaki"

Petua Murah Rezeki

Petua Untuk Murah Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan 

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Sebagaimana kata Rasulullah," Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."Namun demikian tidak berarti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih. Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang."Anda ingin beramal soleh... ?

Wallahualam. .

Menagih Keberkatan Dlm Kenduri

Musim cuti sekolah hampir tiba, ramai di kalangan umat Islam mengambil kesempatan untuk mengadakan pelbagai majlis keraian, sama ada majlis kesyukuran sempena pemergian ke tanah suci Mekkah kerana menunaikan fardu haji, majlis kesyukuran kerana anak lulus periksa, majlis kerana meraikan kejayaan dalam kerjaya, tidak kurang juga majlis walimatul urus.




Iklan  
  
   


Tetapi sedarkah kita bahawa majlis yang dianjurkan itu benar-benar menepati inspirasi tuntutan ajaran Islam, dengan lain perkataan apakah majlis yang dianjurkan itu menitik-beratkan persoalan pantang larang agama, iaitu tidak terdapat upacara bersalaman antara jemputan lelaki dan perempuan yang bukan mahram, memakai hijab (tudung kepala) mengikut kehendak hukum Syara�, tidak berlaku percampuran antara para jemputan lelaki dan perempuan secara bebas dan lain-lain.






Semua pantang larang itu dipelihara bagi menjamin keberkatan danrestu Allah SWT agar setiap majlis yang dianjurkan itu benar-benar meraih sumber pahala yang banyak dan berkekalan sampai hari kiamat.






Namun sikap kebanyakan orang Islam hari ini terhadap agama mereka sendiri berbeza-beza antara seorang individu dengan individu lain, ini kerana ada yang benar-benar belajar ilmu-ilmu fardu �ain di masjid-masjid atau di surau-surau, walau pun mereka ketahui bahawa ilmu agama yang dipelajari setakat SPM adalah tidak mencukupi bagi meniti kehidupan masa depan.






Mereka adalah golongan yang sering bersama dengan mereka yang arif tentang selok-belok agama seperti para ustaz, pensyarah, tuan guru, tok kiyai dan lain-lain bagi menanyakan sesuatu yang tidak diketahui atau pun mendapatkan khidmat nasihat berguna bagi melakukan sesuatu perkara itu agar menepati acuan agama Islam.






Seperti mengadakan majlis kenduri walimatul urus, agar ia berjalan mengikut kehendak Islam, maka pandangan para ulama� dan yang berpengetahuan agama perlu diambil kira, kerana dalam konsep pelaksanaannya pada hari ini berlaku kekeliruan antara yang dibenarkan oleh Islam dan yang bercanggah dengannya.






Bagi yang tidak mengambil peduli urusan agama dalam segenap agenda hidup mereka, apabila mengadakan majlis walimatul urus untuk anak-anak mereka, dianggap sebagai �raja sehari�, justeru mereka mencampur-adukkan unsur-unsur syirik yang menyebabkan penganjuran majlis walimah tidak mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT.






Bersanding dan persoalan lain yang tidak mendapat keberkatan Allah






Antara perkara yang dilakukan jelas bertentangan dengan ajaran Islam ialah majlis persandingan, ia merupakan cetusan daripada ajaran agama Hindu yang masih berkekalan dalam adat istiadat Melayu sampai ke hari ini, menurut De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah daripada pengaruh Hindu. Malah persandingan adalah adat yang diimport dari India yang tiada kena mengena dengan ajaran agama Islam yang suci.





Terdapat unsur lain yang menyebabkan majlis walimatul urus tidak diberkati Allah seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w kerana tidak mengundang golongan miskin untuk turut bersama, ia berdasarkan hadis Nabi s.a.w. maksudnya : 





�Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: �Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.� Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.



Ia tetap perlu dilakukan walau hanya dengan seekor kambing sahaja, ia bertujuan untuk memaklumkan kepada umum bahawa anak seseorang itu telah pun berkahwin bagi mengelak sebarang yang mungkin akan timbul pada masa akan datang, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : �Buatlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.�



Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:




(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik.



(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.



c. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)



d. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33).



e. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya. " (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).



f. Majlis diselangi dengan nyanyian wanita atau tarian joget lambak dan sebagainya, ia amat bertentangan dengan Islam, kaedah Usul Fiqh ada menegaskan bahawa �matlamat tidak menghalalkan cara�.



.Bagi yang masih jahil dan bersungguh-sungguh ingin meneruskan ajaran Hindu ini, kita hendaklah terus menerus menjelaskan dengan hikmah. Walimatul urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan dengan sebaik-baiknya mengikut anjuran agama.



.Apabila mengadakan majlis kenduri kahwin jangan sampai berhutang sebaliknya buat mengikut kemampuan.



Tetapi bagi orang berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati dengan anjuran Islam, menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai, memupuk persefahaman dan perkenalan. 

Alangkah sayangnya, jika majlis walimatul urus yang dirancang bukan sehari dua, malah berbulan-bulan dan mungkin juga bertahun-tahun, dengan para besan mengeluarkan wang yang bukan kecil jumlahnya, terpaksa meredah tol dan lebuh raya bertujuan untuk menjemput sanak-saudara agar memeriahkan majlis berkenaan, tetapi ianya dianggap tidak mendapat pahala di sisi Allah SWT, kerana penganjurannya disleit dengan perkara-perkara yang tidak disukai Allah. -lanh _

Memerangi Pemikiran Eksklusif Khurafat

Memerangi Pemikiran Eksklusif Khurafat

Tunduk, sujud hamba kepada Al-Malik, Raja sekelian alam yang telah mengizinkan untuk kita bertemu kembali dalam meneruskan perbincangan `memerangi pemikiran-pemikiran thoghut` laknatulLah yang mengganggu kesucian perjuangan Islam kini. Selawat dan salam perjuangan kepada RasululLah SAW, kaum keluarga serta para sahabat Baginda yang menjadi generasi contoh unggul hadharah kita, InsyaAlLah. Seterusnya tak dilupakan kepada penyambung-penyambu ng perjuangan ini dari dahulu sampailah ke hari perhitungan.
 

Kecelaruan fikrah atau pemikiran bukan sahaja dialami oleh ummah kebanyakan malah turut menghinggapi kepimpinan ummah yang merupakan suatu malapetaka kepada ummah seluruhnya.


` Fenomena ini wujud berpunca daripada kealpaan dan kelalaian manusia daripada tugas dan fungsi mereka yang utama iaitu sebagai hamba kepada Allah dan dalam masa yang sama sebagai khalifahNya untuk memakmurkan bumi ini ` ` Akibat daripada salah faham terhadap tuntutan-tuntutan Islam itu sendiri, ramai di kalangan ummat Islam di serata dunia pada hari ini terkeliru mengenai fenomena ini. Ummat Islam terseret jauh ke dalam kancah kegawatan tamaddun barat ini yang telah membawa kepada kehancuran ummat Islam itu sendiri. ` ` Kita tidak rela Islam dijadikan tempelan untuk memperbaiki kerosakkan yang terhasil dari kegagalan sistem masyarakat materialis yang menguasai politik Negara pada masa kini.`

- Al-Marhum Dato` Hj Fadzil Mohd Noor ( Masyarakat Madani Alaf Baru)
 

Kekeliruan ini seperti yang saya sebut dahulu iaitu apabila pegangan mereka masih berbolak-balik antara zat dan sifat, harakah Islam atau parti politik. Apabila tapak berpijak mereka adalah parti politik maka asas berfikir dan landasan bertindak mereka tentulah politik juga yang akan terpisah dengan landasan Islam.
 

Kesilapan yang nyata ini telah memberi kesan yang cukup ketara kepada ummah masa kini apabila Islam diterima dan diperjuangkan dengan meninggalkan tuntutan atau kewajipan membina hadharah, persis ajaran sekular/ Kristian. Kepentingan atau kesedaran terhadap membangunkan hadharah telah dilupakan hatta oleh kepimpinan gerakan dan harakah ummat Islam sendiri. Mereka melihat hadharah sebagai sesuatu yang `asing` dan terlalu `jauh` dari kehidupan ummah seharian. Mereka melihat hadharah dari kaca mata dunia sekular melihat `tamaddun`. Mereka mengkaji serta mengkagumi kesan-kesan atau hasil seni dan senibena ummat Islam zaman empayar dahulu. Sedangkan `hadharah` itu tidak wujud sekarang yang tinggal hanya kesan-kesan atau bekas sebagai bukti `hadharah ummat Islam dahulu` pernah berkembang di bumi nyata.


Islam tanpa hadharah sebenarnya seperti roh tanpa jasad, seperti manis tanpa perlu hadirnya gula atau tebu dan seperti lemak tanpa kehadiran bahan-bahan yang membawa lemak. Mana mungkin perkara-perkara yang mencarik adat ini akan boleh berlaku jika sunnatulLah sendiri menetapkan bahawa perlu bahan-bahan tersebut hadir dahulu atau dihadirkan. Di sinilah peranan serta tanggungjawab setiap mukmin dahulu, sekarang atau masa akan datang.. Fenomena ini tidak akan dapat dilihat oleh orang bukan Islam dari posisi mana sekalipun secara jelas seperti orang-orang beriman melihat dan memahami hadharah. Kerana asas atau tapak berfikir keduanya berbeza, yang satu beriman dan yang satu kufur. Orang-orang beriman melihat kesan-kesan tinggalan hadharah tersebut dengan penuh iktibar serta keazaman mengembalikan segala kegemilangan saudara mereka dahulu menjadi realiti kehidupan kini, kerana tanggungjawab mukmin dahulu sama dengan tanggungjawab mukmin sekarang.
 

Sebab itu saudaraku, Islam yang kita anut mestilah sekurang-kurangnya menggerakkan kita supaya menumbuhkan atau menghadirkan penampilan-penampil an `hadharah kecil` dalam kehidupan peribadi, keluarga serta kelompok terdekat kita supaya dapat digabungkan dengan `hadharah kecil` saudara Islam kita yang lain pula bagi menjayakan Hadharah Islamiyyah. Hadharah bagi ummat Islam ialah satu ruang serta suasana yang tersendiri yang `dihadirkan` oleh individu atau kelompok ummah yang akan membentuk habitat atau environment yang sihat terhadap perkembangan dan pertumbuhan Islam serta ajarannya. Itulah tugas dan kerjasama setiap individu ummah yang sepatutnya digerakkan oleh pimpinan jemaah sebagai penyelaras yang memegang amanah kepimpinan ummah.
 

Sebagai contoh di samping tugas asasi membina Hadharah Islam, kita kena membebaskan diri kita dari bekerja membina hadharah musuh iaitu seperti terlibat dengan riba, arak, maksiat dan sebagainya yang ditegah syara`. Kita tidak boleh cenderung atau merasa selesa berbakti di bawah naungan hadharah jahiliyyah melainkan terpaksa atau sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan diri dari belenggunya. Anak-anak termasuk diri kita mestilah diusahakan supaya mendapat pendidikan dari acuan Hadharah Islamiyyah dan cuba semampu mungkin mengelak dari diracuni oleh pendidikan hadharah jahiliyyah.
 

Tetapi jika mereka beranggapan bahawa ummah tak perlu lagi membina hadharahnya sendiri kerana belum dapat menguasai pemerintahan negara. Ataupun kita buat ala-kadar sahaja supaya ada juga hujah untuk menutup suara-suara yang menuntutnya, tetapi semua ini bukanlah sepadan sebagai mana mereka menggerakkan kerja politik yang secocok dengan selera nafsu puaknya. Ini adalah alasan atau eskapisme yang nampak logik di atas landasan berpolitik dengan ummat bawahannya.
 Sedangkan penguasaan politik yang dikecapi oleh mereka selama ini pun sekadar menjadi penerus agenda kepada kerangka sekular yang didakwa sebagai musuhnya jua. Mungkin dengan sedikit tokok-tambah dan beberapa `adjustment` supaya nampak berbeza dengan `permukaan hadapan` wajah sekular, biarpun sebenarnya mengambil posisi `wajah belakang` thoghut (sekular) dengan harapan mereka supaya ummah tidak akan menyedarinya. Kita peringatkan kepada mereka ini wahai kepimpinan ummah! `Mungkin kamu boleh menipu atau mengelabui semua orang dalam satu masa tetapi kamu tidak boleh menipu atau mengelabui pandangan semua orang dalam semua masa.` 

Kita merasa dipermainkan oleh pihak tertentu (bukan Islam) apabila nak menjalankan polisi `amar maaruf nahi mungkar` dan menganjurkan jalinan `silaturrahim` antara pelbagai agama. Apakah pengertian ‘amar maaruf nahi munkar’ dan kepada siapakah ia dituntut ? Apakah agama kita mengiktiraf perlakuan baik tanpa perlu beriman kepada Allah ? Tidakkah mungkar yang paling utama itu tidak beriman kepada Rabb-Pentadbir sekelian alam ? Perlu diperjelaskan oleh pihak yang beramanah dengan agamanya jangan sampai dijadikan bahan politik murahan. Lebih mendukacitakan lagi apabila kepimpinan ummah seperti `mengiyakan` saja segala kenyataan dan perbuatan pihak musyrikeen tersebut, boleh tersenyum lebar dalam majlis mereka menganjurkan jamuan `Aidil Fitri` Agama kita. Sampai sebegitu sekali mereka mempolitikkan Agama kita! Apakah kamu juga bersekongkol bersama musuh mempolitikkan kesucian Agama kami? (Pertanyaan khusus kepada kepimpinan ummah) 

Sumber: http://www.utaraonl ine.net/v2/ modules.php? name=News&file=article&sid=1223
  www.utaraonline. net
  http://www.utaraonl ine.net/v2/ backend.php

– Dari Ibnu Ramadhan.

``qulil haq walau kana murron``-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

Meluruskan Riwayat Pernikahan Rasulullah SAW-Aisyah r.a.

Meluruskan Riwayat Pernikahan Rasulullah SAW-Aisyah r.a.
 
Berita Syekh Puji menikahi gadis berusia 12 tahun cukup membuat resah banyak kalangan. Di media dia beralasan salah satunya karena mencontoh Rasulullah yang menikahi Aisyah ketika Aisyah berusia 6 tahun. Sehingga jika Rasulullah menikahi Aisyah yang 6 tahun, tidak bersalah dong kalau dirinya menikahi gadis yang berusia 12 tahun.
 
Tulisan ini mencoba meluruskan riwayat pernikahan Rasulullah dengan Aisyah ra. yang telah berabad-abad lamanya diyakini secara tidak rasional. Dan efeknya, orientalis Barat pun memanfaatkan celah argumen data pernikahan ini sebagai alat tuduh terhadap Rasulullah dengan menganggapnya fedofilia. Mari kita buktikan. Secara keseluruhan data-data yang dipaparkan tulisan ini diambil dari hasil riset Dr. M. Syafii Antonio dalam bukunya, Muhammad SAW The Super Leader Super Manager (2007).
 
Kualitas Hadits
Alasan pertama. Hadits terkait umur Aisyah saat menikah tergolong problematis alias dho'if. Beberapa riwayat yang menerangkan tentang pernikahan Aisyah dengan Rasulullah yang bertebaran dalam kitab-kitab Hadits hanya bersumber pada satu-satunya rowi yakni Hisyam bin 'Urwah yang didengarnya sendiri dari ayahnya. Mengherankan mengapa Hisyam saja satu-satunya yang pernah menyuarakan tentang umur pernikahan 'Aisyah r.a tersebut. Bahkan tidak oleh Abu Hurairah ataupun Malik bin Anas. Itu pun baru diutarakan Hisyam tatkala telah bermukim di iraq. Hisyam pindah bermukim ke negeri itu dalam umur 71 tahun.
Mengenai Hisyam ini, Ya'qub bin Syaibah berkata: "Apa yang dituturkan oleh Hisyam sangat terpercaya, kecuali yang disebutkannya tatkala ia sudah pindah ke Iraq." Syaibah menambahkan, bahwa Malik bin Anas menolak penuturan Hisyam yang dilaporkan oleh penduduk Iraq. (Ibn Hajar Al-Asqalani, Tahzib al-Tahzib. Dar Ihya al-Turats al-Islami, Jilid II, hal. 50) Termaktub pula dalam buku tentang sketsa kehidupan para perawi Hadits, bahwa tatkala Hisyam berusia lanjut ingatannya sangat menurun (Al-Maktabah Al-Athriyah, Jilid 4, hal. 301). Alhasil, riwayat umur pernikahan Aisyah yang bersumber dari Hisyam ibn 'Urwah, tertolak.
 
Urutan Peristiwa Kronologis
Alasan kedua. Terlebih dahulu perlu diketahui peristiwa-peristiwa penting secara kronologis ini:
Pra-610 M : Zaman Jahiliyah
610 M : Permulaan Wahyu turun
610 M : Abu Bakar r.a. masuk Islam
613 M : Nabi Muhammad SAW mulai menyiarkan Islam secara terbuka
615 M : Umat Islam hijrah I ke Habsyah
616 M : Umar bin al-Khattab masuk Islam
620 M : Aisyah r.a dinikahkan
622 M : Hijrah ke Madinah
623/624 M : Aisyah serumah sebagai suami isteri dengan Nabi Muhammad SAW.
Menurut Al-Thabari, keempat anak Abu Bakar ra. dilahirkan oleh isterinya pada zaman Jahiliyah. Artinya sebelum 610 M.
Jika 'Aisyah dinikahkan dalam umur 6 tahun berarti 'Aisyah lahir tahun 613 M. Padahal menurut Al-Thabari semua keempat anak Abu Bakar ra. lahir pada zaman Jahiliyah, yaitu sebelum tahun 610. Jadi kalau Aisyah ra. dinikahkan sebelum 620 M, maka beliau dinikahkan pada umur di atas 10 tahun dan hidup sebagai suami isteri dengan Nabi Muhammad SAW dalam umur di atas 13 tahun. Kalau di atas 13 tahun, dalam umur berapa pastinya beliau dinikahkan dan serumah? untuk itu kita perlu menengok kepada kakak perempuan Aisyah ra. yaitu Asma.
 
Perhitungan Usia Aisyah
Menurut Abdurrahman ibn Abi Zannad, "Asma 10 tahun lebih tua dari 'Aisyah ra." (At-Thabari, Tarikh Al-Mamluk, Jilid 4, hal. 50. Tabari meninggal 922 M) Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, Asma hidup hingga usia 100 tahun dan meninggal tahun 73 atau 74 Hijriyah (Al-Asqalani, Taqrib al-Tahzib, hal. 654). Artinya, apabila Asma meninggal dalam usia 100 tahun dan meninggal pada tahun 73 atau 74 Hijriyah, maka Asma berumur 27 atau 28 tahun pada waktu Hijrah, sehingga Aisyah berumur (27 atau 28) - 10 = 17 atau 18 tahun pada waktu Hijriyah. Dengan demikian berarti Aisyah mulai hidup berumah tangga dengan Nabi Muhammad SAW pada waktu berumur 19 atau 20 tahun.
Allohu a'lam bishshawab.
 
Rijalul Imam
Direktur ISCDIC



__._,_.___

Mengapa saintis mengakui kewujudan Tuhan???

Mengapa saintis mengakui kewujudan Tuhan??? 
Published by Admin on Saturday, November 1, 2008 at 10:05 AM 

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit didalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.

Terdapat 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan ini.

Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000
dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan diatas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya
berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula,kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.

Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh
50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.


Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang mereka bentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri. Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari.Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untukmengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhi keperluan kehidupan.
Tetapi,siapakah yang telah mengujudkan kehidupan itu sendiri?

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang memasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut.Makhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal bahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk menghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang. Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?

Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jikadikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang. Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini?
Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang
mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!

Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah
segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.