TIDAK DISUNATKAN UNTUK MENZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA AIDILFITRI
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Lazimnya pada pagi Hari Raya iaitu sebelum atau sesudah solat Hari
Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia akan berpusu-pusu memenuhi
tanah-tanah perkuburan untuk menziarah kubur ahli keluarga mereka.
Sesetengah tanah perkuburan telah berubah menjadiseperti kawasan
perayaan yang meriah. Terdapat gerai-gerai yang menjual bunga-bunga
dan air wangian untuk ditabur dan dijirus di atas kuburan. Ramai juga
di antara kita yang melakukan ibadat-ibadat tertentu di kawasan
perkuburan tersebut seperti membaca surahYasin, berzikir malah ada
yang melakukan upacara tahlil di situ untuk di sedekahkan pahalanya
kepada mayat. Ada juga segelintir kecil umat Islam yang sehinggakan
membawa makanan serta minuman di kawasan perkuburan dan membuat jamuan
di kawasan perkuburan. Ini semua merupakan perbuatan yang tidak pernah
diajaroleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak juga
pernah diamalkan oleh mana-mana para al-salafussoleh termasuk imam
kita Imam Muhammad bin Idris al-Syafi?i rahimahullah. Sekiranya
perkara tersebut adalah baik lagi mendatangkan manfaat yangbesar
kepada umat Islam, nescaya mereka akan mendahului kita dalam
mengamalkannya. Syaikh Wahid Abdussalam Bali ketika mengingkari
pengkhususan HariRaya Adilfitri dijadikan hari menziarah kawasan
perkuburan telah berkata:
Pertama, bukan merupakan petunjuk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
atau salah seorang sahabatnya mengkhususkan Hari Raya untuk berziarah
kubur
Kedua, Hari Raya adalah hari kegembiraan dan kesenangan, bukan hari
kesedihan dan tangisan.
Ketiga, Hari Raya adalah hari saling berkunjung orang-orang yang masih
hidup, dan bukan untuk mengunjungi orang-orang yang sudah mati. -
Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah
Beserta Koreksinya, ms. 429
Sebenarnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mengharamkan
untuk dilakukan ibadah di kawasan perkuburan dan menjadikannya sebagai
kawasan perayaan. Ini sebagaimana sabdanya:
Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya
setan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah..
- Hadis riwayat ImamMuslim, no: 780
Dari hadis ini dapat kita fahami bahawa rumah yang tidak dikerjakan
ibadah seperti membaca al-Qur?an dan solat adalah sama seperti kawasan
perkuburan. Oleh itu secara tidak langsung ia memberitahu kepada kita
semua bahawa kawasan perkuburan bukan merupakan tempat untuk beribadah
seperti membaca al-Qur?an.
Tambahan pula amalan mengirim pahala bacaan al-Qur?an seperti surah
Yasin kepada mayat menurut pendapat Imam al-Syafi?i rahimahullah
adalah tidak sampai pahalanya kepada mayat tersebut. Ternyata di dalam
kitab-kitab Imam al-Syafi?i tidak pernah tertulis tentang amalan
mengirim pahala bacaan al-Qur?an kepada mayat ini. Firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala:
(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang
boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan
dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan)
bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. - Al-Najm
(53) : 38-39
Telah berkata al-Hafidz Ibnu Kathir rahimahullah di dalam kitab
tafsirnya Tafsir al-Qur?an al-Adzim ketika mentafsirkan ayat di atas:
Iaitu sebagaimana seseorang tidak akan memikul dosa orang lain
demikian juga seseorang tidak akan memperolehi ganjaran (pahala)
kecuali apa-apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan
dari ayat yang mulia ini Imam al-Syafi?i bersama paraulamak yang
mengikutinya telah mengeluarkan hukum bahawa bacaan al-Qur?an tidak
akan sampai hadiah pahalanya kepada orang yang telah mati. Kerana
bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha mereka. Oleh kerana itu
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengsyari?atkan
umatnya (untuk menghadiahkan bacaan al-Qur?an kepada yang telah mati)
dan tidak juga pernah menggemarinya atau memberikan petunjukkepada
mereka baik dengan nash (dalil yang jelas lagi terang) dan tidak juga
dengan isyarat dan tidak pernah dinukilkan dari seorangpun sahabat
(bahawa merekapernah mengirim pahala bacaan al-Qur?an kepada orang
yang telah mati). Jika sekiranya amalan itu baik tentu para sahabat
telah mendahului kita mengamalkannya. Dandi dalam masalah ibadah ianya
hanya terbatas pada dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan
qiyas-qiyas atau pendapat-pendapat.
Imam al-Nawawi al-Syafi?i rahimahullah pula di dalam Syarah Muslim
(jilid 1, ms. 90) telah berkata:
Adapun bacaan al-Qur?an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka
yang masyhur di dalam mazhab Syafi?i tidak dapat sampai kepada si mati
yang dikirim? Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi?i dan
pengikut-pengikutny a iaitu firman Allah:
bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan
(balasan) apa yang diusahakannya.
Dan Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:
Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya
kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak
soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya. - Hadis riwayat
Imam al-Tirmidhi, no: 1297.
Oleh itu bagi masyarakat Islam di Malaysia yang rata-ratanya mengaku
berpegang teguh dengan mazhab Syafi?i sewajarnya meninggalkan amalan
membaca al-Qur?an di kuburan bertujuan untuk mengirim pahalanya kepada
mayat ini bukan hanya pada pagi Hari Raya Aidilfitri tetapi juga pada
hari-hari selainnya. Sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam lagi:
Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu itu sebagai kuburan dan
janganlah kamu jadikan kuburku tempat perayaan. - Hadis riwayat Imam
Abu Dawud, no: 1746
Sekiranya kubur manusia yang paling mulia di atas muka bumi ini iaitu
kuburnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam diharamkan untuk
dijadikan kawasan perayaan,apatah lagi kuburan manusia biasa yang
selainnya. Maka haram hukumnya untuk mengkhususkan Hari Raya
Aidilfitri sebagai hari berkumpulnya manusia di kawasan perkuburan
kerana ia menggambarkan seolah-olah kuburan telah dijadikan kawasan
perayaan.
Tambahan pula apabila manusia berkumpul beramai-ramai dan melakukan
pelbagai aktiviti di kawasan perkuburan sering kita sering melihat
mereka duduk di atas kubur atau memijak-mijaknya. Mereka seolah-olah
tidak pernah mengetahui amaran keras daripada Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam terhadap mereka yang duduk di atas kubur. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
Sesungguhnya jika seseorang kamu duduk di atas bara api membakar
sehingga menembusi pakaiannya lalu membakar kulitnya, adalah lebih
baik baginya daripada dia duduk di atas kuburan. - Hadis riwayat Imam
Muslim, no: 971
Tidak dinafikan bahawa kita sememangnya disunnahkan untuk menziarah
kubur agar mengingatkan kita kepada kematian. Ini sebagaimana sabda
Nabi shallallahu' alaihi wasallam:
?maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada
kematian. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 976
Namun demikian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah
memerintahkan kita untuk mengkhususkan pagi Hari Raya Aidilfitri
sebagai hari untuk menziarah kubur. Sekiranya amalan ini baik untuk
umat Islam tentu baginda akan memerintah para sahabatnya radhiallahu
'anhum untuk mengerjakannya. Ternyata tidak wujud satu hadispun yang
sabit daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam tentang amalan
menziarah kubur khusus pada Hari Raya Aidilfitri.
Tambahan pula apa yang disunnahkan untuk kita lakukan ketika menziarah
kubur hanyalah mendoakan kesejahteran mayat dan doa yang telah diajar
oleh Rasulullahshallalla hu 'alaihi wasallam adalah:
Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin dan insya
Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi
kami dan kalian. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 975
Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin, semoga Allah
memberi rahmat kepada orang-orang terdahulu dan orang-orang
terkemudian dari kami dan insya Allah kami akan menyusul. - Hadis
riwayat Imam Muslim, no: 974
Oleh itu itu hendaklah kita menghindarkan diri dari melakukan
amalan-amalan bid?ah di kawasan perkuburan pada Hari Raya Aidilfitri
yang mulia. Sesungguhnya ketika Allah 'Azza wa Jalla mewafatkan Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam, agama Islam itu sudah lengkap dan
apa-apa ibadah yang bukan sebahagian daripada agama ketika itu maka
ianya bukan sebahagian daripada agama Islam selama-lamanya. Telah
berkata Imam Malik bin Anas rahimahullah:
Barangsiapa mengada-adakan sesuatu di dalam umat ini yang tidak pernah
di lakukan para pendahulunya, maka dia benar-benar menganggap
Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam telah mengkhianati agama ini
kerana Allah Ta?ala telah berfirman:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku
telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu.- al-Maaidah (5) : 3
Oleh itu sesuatu yang pada waktu itu yang bukan sebahagian dari agama,
maka sekarang pun tidak dianggap sebagai sebahagian dari agama. -
Dinukil dari kitab Manhaj Akidah Salaf: Akidah Imam Malik ditulis oleh
Syaikh Muhammad bin ?Abdurrahman al-Maghrawi, Pustaka Azzam, Jakarta
2002, ms. 60.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan