Khamis, 25 September 2008

Hak Asasi Manusia Dlm Islam

PERBANDINGAN ANTARA PERUNDANGAN ISLAM DENGAN KESATUAN EROPAH TERHADAP HAK ASASI MANUSIA

Akta memelihara hak asasi manusia Kesatuan Eropah adalah satu perjanjian yang telah digubal dan diwartakan oleh negara anggota Kesatuan Eropah untuk dilaksanakan. Setengah intelektual Eropah berpendapat akta ini adalah salah satu perjanjian penting dalam Kesatuan Eropah. Ini kerana akta ini mempunyai kekuatan perlaksanaan tersendiri yang mesti dilaksanakan.



(Fasal 19) : Akta memelihara hak asasi manusia, Kesatuan Eropah menyatakan beberapa cara yang praktikal semestinya dilaksanakan seperti menubuhkan mahkamah hak asasi maknusia di Eropah. Akta ini mempunyai kuasa untuk menggunakan seluruh jentera kerajaan bagi tujuan perlaksanaan.





Kajian perbandingan sebahagian daripada Akta memelihara hak asasi manusia Kesatuan Eropah dan Syariah Islamiah dibuat kerana kedua-duanya mempunyai peraturan hak asasi manusia yang digunapakai oleh beberapa bahagian penduduk dunia. Atas dasar inilah kajian perbandingan ini dibuat.


1. HAK-HAK NYAWA





Akta memelihara hak asasi manusia Kesatuan Eropah ( fasal 2 ):
- Nyawa seseorang dipelihara oleh undang-undang dan tidak boleh sama sekali membunuh seseorang secara sengaja melainkan dengan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah setelah sabit kesalahan menurut undang-undang.



- Tidak dikira seseorang itu menyalahi (fasal 2) apabila pembunuhan berlaku disebabkan kekerasan. 



- Untuk mempertahankan diri seseorang daripada kekerasan yang tidak mengikut undang-undang.



- Untuk menangkap seseorang demi melaksanakan undang-undang atau untuk menyekat seseorang daripada melarikan diri.



- Untuk menggunakan undang-undang yang dibenarkan demi menghalang fitnah atau menyalahi kuasa undang-undang.





Pengisytiharan Antarabangsa HaK Asasi Manusia Dalam Islam
(1) a. Nyawa seseorang adalah suci. Tidak harus memusuhi seseorang dengan apa cara sekali pun. Kesucian seseorang tidak boleh dihapuskan melainkan dengan kuasa syarak atau mana-mana kaedah yang dibenarkan oleh syarak.



b. Rohani dan jasmani manusia dipelihara oleh syara' semasa hayatnya ataupun selepas mati. Antara hak seseorang selepas mati ialah menguruskan mayatnya dengan baik dan lemah-lembut, wajib menutup auratnya dan keaibannya.



2. HAK MEMELIHARA MANUSIA DARIPADA DISEKSA

Akta memelihara Hak Asasi Manusia Kesatuan Eropah :
- (Fasal 3) : Tidak dibenarkan sama sekali menundukkan seseorang untuk diseksa dan melayaninya dengan keji atau hukuman yang menjatuhkan maruah.

Kenyataan Antarabangsa Hak Asasi Manusia Dalam Islam.
-(Fasal 6) : Setiap orang berhak untuk memelihara dirinya daripada dizalimi. Pihak berkuasa tidak dibenarkan meminta seseorang supaya menghalusi pekerjaannya atau sesuatu keadaannya, sedangkan tidak ada sebarang tuduhan terhadapnya, melainkan terdapat bukti yang jelas menunjukkan keterlibatannya dalam sesuatu perkara yang dituduh.

- (Fasal 7, ceraian 1) : Tidak dibenarkan menyeksa seseorang melebihi tuduhannya, sebagaimana tidak dibenarkan memaksa seseorang supaya mengaku melakukan jenayah yang tidak dilakukan, dan setiap pekara yang diperolehi melalui paksaan adalah terbatal.

- (Fasal 7, ceraian 2) : Walau sebesar mana jenayah seseorang dan apa pun hukuman
 yang ditentukan oleh Syariat Islam, tetapi kemaknusiaannya dan kemuliaannya tetap dipelihara.

- (Fasal 8) : Maruah dan harga diri seseorang adalah suci, ia tidak boleh dicerobohi sama sekali dan haram mengintip keaiban seseorang atau cubaan mengintip gerak gerinya untuk mengetahui sikap dan kelakuannya.
bersambung.. ...

www.dppn9.blogspot. com 
www.pemudapasjempol .blogspot. com

Tiada ulasan: