Ahad, 21 September 2008

Kisah Penjual Tempe

kisah penjual tempe

Bacalah....moga menjadi iktibar.


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempu an
tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe
yang dibuatn ya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk
pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang
diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi,
separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum
bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah
kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi
pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam
suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah
teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan
perkara-perkara ajaib,bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu
agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya.. Dia
sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang
perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan
keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika
sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang
jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula
dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu
lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata
pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,
Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila
tempenya masih tetap begitu!! Semen tara itu hari pun semakin meninggi
sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa
atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg
sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa
barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan
meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai
di pasar kesemua tempenya akan mas ak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya
ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya
untuk berdoa. "Tuhan, a ku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini
buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang
perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatiny a.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya
betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan
hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan
jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat
isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget
seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa
sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah
satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk
sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan
bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para
pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah
hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi
kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan,
pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari
itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Tuhan,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku
yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum
menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya
tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika.
Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah
seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia
menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam
hatinya"Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah
tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya
masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya
dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya
yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita
itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England
teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke
England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya
apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna.
Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah
tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah
pun dimakbulkan oleh Tuhan... Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan
dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa
yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kit a sesuai
dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.


Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan


Salam Ramadhan Al-Mubarak,moga ibadah kita diberkati..

Tiada ulasan: