Isnin, 22 September 2008

Sombong & Bongkak

Sombong atau bongkak adalah sejenis penyakit hati yang sangat merbahaya, dan hanya syaitan-syaitan terkutuk sahaja yang memiliki sifat tersebut.
Firman Allah swt maksudnya:
"iblis berkata: aku lebih baik daripadanya( adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah."
(surah Sod 38:76)
orang yang mempunyai perasaan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain, maka dia masuk dalam golongan orang yang sombong dan bongkak.
merasa diri lebih baik dari orang lain adalah suatu kebodohan.kita tidak patut memandang orang lain dengan pandangan yang rendah.islam sangat melarang umatnya bersifat demikian.
dalam hadith qudsi,Allah berfirman maksudnya:
"sifat kebesaran itu selendang-Ku dan sifat keagungan itu kain-Ku,sesiapa yang ingin merebutnya daripada-Ku, nescaya Ku campakkan ke dalam api neraka."
sabda rasulullah saw: "orang-orang yang sombong akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seperti semut dalam rupa manusia.mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada."
dan sabda baginda lagi maksudnya:
"tidak akan masuk syurga orang yang terdapat di hatinya seberat zarah daripada sifat sombong"
ada seorang sahabat rasulullah bertanya: bagaimana kalau ada seseorang yang memakai baju dan kasut yang kelihatan indah?maka rasulullah menjawab: "sesungguhnya Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan. sifat takbur adalah menentang kebenaran dan sentiasa menghina orang lain. sesiapa yang menganggap dirinya lebih mulia dan bermegah dengan kedudukannya, lalu menghina dan memperkecilkan orang lain, maka itulah orang yang disebut sombong bongkak."
sifat sombong itu sentiasa menyelinap di hati, akan tetapi tanda-tandanya boleh dilihat dari segi tingkah kalu seseorang.di antara tanda-tandanya ialah:
*merasa bangga melihat dirinya lebih popular dari orang lain
*suka menonjolkan diri
*suka disanjung di hadapan orang lain
*bergaya dan bersifat angkuh semasa berjalan
*membantah teguran orang lain walaupun nyata berbuat salah
*tidak mengendahkan nasihat orang lain
*marasa dirinya saja betul
*suka memuji-muji diri sendiri
*bermegah-megah dengan keturunan.
rasulauulah saw bersabda maksudnya:" sesipa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya. dan sesiapa yang menyombong diri, nescaya Allah akan menghinakannya. "
tepuk dada tanyalah iman. wallahualam bissawaf...


Tiada ulasan: