Ahad, 21 September 2008

Air Kencing Tikus

Subject: [fA] Air kencing tikus....

FAS: Kami tidak boleh mengesahkan kandungan email tentang air kencing tikus
ni.
Bagaimanapun, stroke selalunya memang berlaku tanpa tanda awal. Selalunya
disebabkan tekanan darah tinggi atau kolesterol yang tinggi
============ ========= ======
Hati-2 jgn kita terima musibah seperti di bawah ini.
Punca kejadian kecil aje; tapi akibat yang kita kena tanggung begitu
besar.

Subject: Air kencing tikus...

Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang kawan saya di Bangi untuk
berbual kerana dah lama tak berjumpa. Dia bagitahu yang dia baru jer
balik dari menguruskan jenazah di negeri di selatan tanahair kerana
salah seorang bapa kawannya telah meninggal dunia kerana disyaki
keradangan otak. Menurut beliau sukar dia nak percaya kejadian yang
berlaku kepada arwah kawan bapanya.. Kerana arwah nie sihat sepanjang
hari sebelum meninggal. Tiba-tiba jer kena macam strok masa kat umah
dia. Terus jatuh pengsan tak sedarkan diri sehinggalah ke akhir hayat
beliau.

Keluarga arwah pun bawa ler bapanyer tu ker klinik. Doktor yang periksa
arwah nie bagi tahu dia kena strok. Dia terus refer kes ni ke hospital
besar. Sampai jer ke hospital terus kes nie dirujuk ke bahagian ER.
Doktor yang pekse arwah nie cakap takdelah pulak tanda-tanda kena strok.
Bila buat pemeriksaan CT pada bahagian kepala arwah doktor kat situ
semua terkejut sebab ada sesuatu kat dalam sistem otak arwah. Bila
diaorang check pun check diaorang dapati ada sejenis cairan di dalam
otak arwah. Doktor amik sample apa yang patut pada arwah. Tapi saya tak
pasti samada dia amik kat kepala jer atau kat bahagian lain. Bila dibuat
ujikaji di makmal doktor kat makmal tu heran macam mana cairan sample
yang dia amik tu mengandungi peratusan tertinggi kandungan asid yang
sering terdapat pada air KENCING TIKUS.

Semua orang heran macam mana kencing tikus nie boleh ada pada sistem
otak arwah. Doktor bertanya dengan family arwah ada ke arwah ambil
apa-apa makanan di luar rumah baru-baru nie. Mengikut family arwah,
arwah nie bukan lah jenis yang suka makan kat luar. Dia nie suka makan
apa yang masak oleh isterinya jer. Tikus pun tak penah nak ada dalam
umah diaorang. Bila diselidik semula barulah family arwah nie teringat
yang arwah baru-baru nie ada beli beberapa air minuman dalam tin. kalau
tak silap saya air tin bergas. Doktor minta pagawainya ke umah arwah
bawa sample dalam air tin tu untuk diuji. Setelah diuji, kandungan air
dalam tin tu tak menunjukkan apa-apa tanda ada kesan air kencing. AKAN
TETAPI pegawai makmal menguji sampel pada permukaan air tin tu. Doktor
pun dapatlah jawapan macam mana arwah nie kena jangkitan pada otaknya.

Rupa-rupanya air dalam tin tak tercemar, yang tercemarnya adalah
permukaan air tin tue jer. Mengikut doktor tu mungkin tikus telah
merayap pada air tin tu sebelum tikus tu kencing pada air tin yang arwah
beli. Kalau dilihat secara fizikal manalah mata kasar kita nie boleh
nampak kesan air kencing tikus nie kalau air kencing tu dah kering. Jadi
kepada semua rakyat malaysia, berhati-hatilah bila saudara dan saudari
membeli mana-mana barangan jenis tin atau berbentuk makanan yang dipack
dari mana-mana kedai atau supermarket kerana dikhuatiri perkara nie
berulang. Pasti bekas tin atau makanan dipack yang dibeli dicuci sebelum
digunakan atau diminum atau dimakan. Kita semua pun tahu bahawa tikus
nie keje dia merayap kita tak boleh nak salahkan dia dah fitrah dia
macam tu.....dan kita pun tahu yang tikus nie membawa pelbagai penyakit.
Jadi kita kenalah berhati-hatilah ketika membeli barangan untuk
keperluan nutrien dan diet kita seharian. Akhir sekali kita
sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah semoga roh arwah dicucuri Rahmat
dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.

PENGGUNA BIJAK PASTI MELAHIRKAN KELUARGA YANG SIHAT.

Tiada ulasan: