Ahad, 18 Januari 2009

Kata Hikmah

Kata2 yang boleh dijadikan tauladan :


UQBAH BIN NAFIQ: 

"Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana".


TGNA:
“Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!"


DR. ASRI: 
Kota sarat disimpan tempayan
Zahir berlian di sunyi hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api.

Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua.

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI.

Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI


RAKAN YM: 
"SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI"


DARI SMS: 
"Kematian bukanlah penamat sebuah kehidupan, kerana alam yang terbentang seterusnya adalah pentas yang akan menayangkan semula lakonan hidup kita."


DARI E.MAIL
Bila kau memandang segala-gala dari Tuhanmu
yang Maha mencipta,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah
untuk akrab dan dekat denganNya...


Promote sikit : 

Selamat datang ke groups : respeks_group
selamat datang ke weblog : respekss
selamat datang ke weblog : ustazmuda

Tiada ulasan: