Rabu, 28 Januari 2009

Otak dan Penglihatan Lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum,
Mata adalah anugerah tuhan yang amat berharga buat setiap insan. Dengan mata, kita dapat menghayati keindahan dunia yang penuh dengan pelbagai warna. Dengan mata, kita dapat melihat alam semesta dan perhiasan di dalamnya. Kita dapat melihat berjuta-juta jenis warna, tahap keterangan yang berbeza, jarak dan sebagainya dengan menggunakan lebih 130 juta sel penerima foto di dalam mata. Korteks penglihatan membentuk 30 peratus korteks dan kedudukannya adalah di bahagian belakang di dalam kepala.
..
Setiap kumpulan sel-sel berfungsi untuk tugas yang berbeza seperti warna, jarak, sudut dan bucu. Disebabkan faktor ini, ramai orang yang mengalami kerosakan sel-sel tertentu akan hilang keupayaan penglihatan yang berkaitan walaupun secara amnya masih mampu melihat. Sebagai contohnya, terdapat orang yang boleh membezakan warna dan bentuk tetapi tidak dapat mengagak jarak. 
.
Terdapat satu perkara lagi yang jarang atau kurang mendapat perhatian dari kalangan masyarakat iaitu mata lelaki dan perempuan adalah berbeza walaupun bentuk mata mereka adalah sama. Ramai yang tidak tahu berkenaan isu ini kesan dari kurangnya pendedahan berkenaan maklumat berkaitan. Mata mempunyai hubungan secara terus kepada otak. Perbezaan genetik lelaki dan perempuan memberi kesan kepada cara mata lelaki dan perempuan beroperasi.
.
Pakar-pakar telah melaporkan bahawa kromosom perempuan terdiri dari XX dan kromosom lelaki terdiri dari XY. Kromosom ini dan struktur otak menyebabkan cara penglihatan lelaki dan perempuan berbeza. Bagaimana? Pada retina di belakang bebola mata terdapat 130 juta sel penerima foto yang berbentuk 'rod' yang menafsir hitam dan putih, dan terdapat 7 juta sel yang berbentuk kon yang menafsir warna-warna. Kromosom X bertanggungjawab di dalam menyediakan sel-sel warna. Perempuan memiliki 2 kromosom X yang menyebabkan sel-sel warna di mata mereka 2 kali ganda berbanding lelaki. Kesannya, perhatikan perempuan, mereka sangat cekap dan sensitif kepada warna. Lelaki sering menggunakan dan menggambarkan warna-warna asas seperti hijau, merah dan biru. Manakala, perempuan cekap dan sesitif kepada pelbagai warna sepeti aqua, merah bata, biru laut, jingga dan sebagainya.
1
Perhatikan pakaian perempuan, penuh dengan pelbagai warna. Perempuan di serata dunia, di dalam pelbagai budaya dan masyarakat, gemar menggayakan baju, seluar, kain dan skaf yang terdiri dari pelbagai warna. Manakala, lelaki selalunya menggayakan baju yang terdiri dari satu warna sahaja. Baju kemeja ke pejabat bagi lelaki adalah satu atau dua warna sahaja. Baju kurung perempuan terdiri dari pelbagai warna. Maka, kita harus bijak di dalam mengagihkan tugas yang melibatkan warna. Berilah tugas ini kepada perempuan: memilih fabrik kerusi, baju, seluar, hiasan dan sebagainya. Jikalau semasa membeli belah langsir dan lain-lain kain atau baju yang melibatkan warna bagi tujuan sambutan Hari Raya/Tahun Baru Cina/Deepavali diserahkan kepada lelaki, saya takut nanti lelaki akan membeli kain cadar atau kain putih atau hitam sebagai langsir rumah anda. Selalunya lelaki akan mengelak untuk membuat pilihan warna dan akan menyuruh perempuan melakukannya dengan alsan tidak pandai memilih warna. Sebenarnya, adalah kejadian semulajadi wanita yang cekap kepada warna kerana otak dan mata mereka yang sensitif kepada warna. Maklumat lanjut dan lain-lain artikel: http://insan- luarbiasa. blogspot. com/2009/ 01/otak-dan- penglihatan- lelaki-dan. html
 
Dr Zulkarnain MS 
http://www.insan- luarbiasa. blogspot. com 
http://www.facebook .com/people/ Zulkarnain- Muhamad-Sori/ 1637066934

Kesilapan Lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum,
Ramai yang sangkakan kejadian lelaki dan perempuan adalah sama, cuma, yang berbeza adalah alat kelamin. Lelaki yang itu... terkeluar. Perempuan yang ini... tak sama macam lelaki. Perempuan menyusukan anak... lelaki tidak boleh. Yang lain mungkin sama kot?!! 
.
Tidak! Ini adalah tanggapan yang salah kerana setiap anggota, bermula dari otak adalah berbeza di antara lelaki dan perempuan. Hasilnya, kelakuan lelaki dan perempuan adalah berbeza. Seperti di dalam banyak tulisan saya dan komen-komen yang saya terima, lelaki adalah berbeza dengan perempuan di dalam pelbagai aspek. 
.
Kesilapan lelaki ialah tidak menimba ilmu bagaimana berkomunikasi dengan perempuan dan dengan segera menyerah kalah kerana bagi mereka perempuan adalah spesis yang kompleks. Lelaki hanya selalu berharap akan memiliki perhubungan yang sempurna tanpa perlu bersedia dengan pelbagai ilmu. Kenyataannya, lelaki menginginkan perhubungan yang baik, sihat dan ceria mengikut cara lelaki. Kesilapan perempuan pula ialah selalu mengandaikan suatu hari nanti lelaki akan menunjukkan cintanya setiap masa dan memahaminya sepanjang masa. Harapan mereka ialah lelaki memahami kegemarannya ber'shopping' , tanpa menunjukkan muka yang bosan, lelaki akan selalu meluahkan masalah yang dihadapi, lelaki akan selalu berbincang tentang masalah dan tidak menjadi penyelesai masalah yang tidak diminta... perempouan berharap lelaki adalah seperti mereka. Banyak kesilapan lelaki dan perempuan berpunca dari mereka mengandaikan lelaki harus begini seperti saya... dan perempuan harus begitu seperti saya...
.
Inilah kesilapan kita sebagai lelaki dan perempuan.
.
Saya ulang semula perbincangan terdahulu:
Kejadian asal: Lelaki dijadikan sebagai ketua keluarga yang akan keluar mencari rezeki seperti memburu. Lelaki menjadi pelindung keluarga. 
Kejadian asal: Perempuan dijadikan sebagai ibu, pendidik dan 'home minister' (menteri dalam negeri - jaga isi rumah). Perempuan mendidik.
Otak, aksesori dan anggota badan (kejadian biologi) lelaki berkembang bagi memenuhi keperluan kejadian mereka (no. 1 di atas).
Otak, aksesori dan anggota badan (kejadian biologi) perempuan berkembang bagi memenuhi keperluan kejadian mereka (no. 2 di atas).

Adalah sukar bagi perempuan mendapatkan pasangan yang serupa seperti mereka, yang memahami mereka dan berfikiran seperti mereka. Jika perempuan benar-benar inginkan lelaki yang boleh bercakap seperti perempuan, mencurahkan dan membincangkan masalah dan berkomunikasi seperti mereka, dan dalam masa yang sama inginkan lelaki yang gagah perkasa mengikut citarasa perempuan, ini adalah mustahil. Yang perempuan boleh dapat ialah seorang perempuan yang lain. Mungkin, lelaki lembut memiliki ciri-ciri yang diinginkan.. . tetapi lain sikitlah! Lelaki jenis ini mungkin tidak sukakan perempuan.

  

Maklumat seterusnya dan artikel lain: http://insan- luarbiasa. blogspot. com/2009/ 01/kesilapan- lelaki-dan- perempuan. html

Misteri dan Hebat Makna Cantik

Misteri Dan Hebatnya Makna Cantik

   
Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. 



Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. 

Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam. 

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam. 

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini. 

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa. 

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. 


Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda. 


Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu. 


Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. 


Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. 


Itu saja yang membezakan.

Amalan Bidaah

Amalan Bidaah Dalam Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu

Asal-usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam . Beberapa teori telah mengatakan bahawa orang Melayu adalah daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia . Ia datang dari daerah Yunan dan telah turun menduduki wilayah Asia Tenggara . Ini berlaku sejak tahun 2 500 sebelum Masehi dengan golongan pertama dikenali sebagai Melayu Proto dan kemudian diikuti oleh Melayu Deutro . 

Masyarakat Melayu Nusantara mula menerima Islam pada abad ke-13 Masehi dengan dimulai oleh Pasai . Para pedagang Arab atau India telah membawa Islam kepada mereka . Ini berikutan kepada catatan pelayaran Marco Polo , yang menulis bahawa ketika beliau singgah di Pasai pada tahun 1292 , penduduk Pasai telah memeluk Islam. 

Proses Islamisasi mulai pesat pada abad ke -15 kerana Melaka telah memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara . Puncak kepesatan penyebaran Islam ialah pada abad ke - 16 dan 17. Walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis pada waktu itu tetapi Aceh dapat mengambil alih peranan Melaka dengan keadaan lebih gigih lagi . 

Oleh kerana Islam berkembang dengan pesat di nusantara dan ramai pula yang ingin mendalami agama tanpa mengenali dengan lebih dekat siapakah guru mereka , ditambah pula mereka terlalu ghairah untuk mengejar pahala dan mengejar banyak fadhilat , maka masyarakat Melayu terjebak ke kancah bidaah . Ini jelas dapat dilihat daripada beberapa amalan yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu yang kononnya ajaran Islam tetapi setelah diselidiki , ia adalah satu bidaah .


Makna Bidaah

Bidaah adalah daripada perkataan Arab dari perkataan dasar yang bererti mencipta sesuatu tanpa contoh sebelumnya . Ini adalah berdasarkan firman Allah :
بديع السموات والارض 
Ertinya :
" Yang menjadikan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumya ." 
Dan firman Allah :
قل ماكنت بدعا من الرسل
Ertinya :
"Katakanlah aku bukanlah orang yang pertama membawa risalah daripada Allah , bahkan banyak rasul-rasul sebelumku ." 

Bidaah menurut istilah ialah :

الحدث في الدين بعد الاكمال
Ertinya :
"Perkara-perkara baru dalam agama sesudah ianya disempurnakan. " 

Menurut Al-Syatibi pula , pengertian Bidah adalah :
" Dan Bidaah itu ialah satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan yang menyerupai hukum syariat yang dimaksudkan dengan mengerjakannya ialah seperti apa yang dimaksudkan dengan jalan ( cara ) mengerjakan hukum syariat ." 



Beliau menambah lagi dengan katanya :
" Maka jika demikian , maka bidaah itu ialah ibarat satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan yang menyerupai hukum syarak yang dimaksudkan dengan mengerjakan ialah mengabdikan diri ( kepada Allah ) secara berlebih-lebihan ." 

Sebahagian ulama hadis pula mendefinisikan bidaah seperti berikut :
" Ialah urusan yang baharu diada-adakan dalam agama baik berupa akidah , ibadat atau sifat bagi ibadat yang belum pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW ."

Sebagai kesimpulan , bidaah didefinisikan sebagai perkara-perkara baru dalam agama yang diada-adakan berlawanan dengan dalil-dalil atau kaedah-kaedaah yang telah ditetapkan oleh syarak . 

Pembahagian Bidaah

Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafi'i yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim :
"Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji ( mahmudah ) dan bidaah tercela ( mazmumah) . Maka mana-mana yang sesuai dengan sunnah , maka itulah yang terpuji dan mana-mana yang menyalahinya maka itulah yang tercela ." 

Berdasarkan kenyataan ini , ada ulama yang membahagikan bidaah kepada 4 bahagian iaitu : 

Bidaah sunnah 
Bidaah Sunnah ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah sunnah seperti solat Tarawih secara berjamaah .

Bidaah harus
Bidaah harus ialah tiap-tiap perkara yang harus seperti makan bermeja dan memakai pakaian yang berbagai-bagai bentuk fesyen yang tidak bertentangan dengan hukum syara' .

Bidaah haram
Bidaah haram ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah bidaah haram dengan dalil dari syara' seperti menziarahi kubur-kubur dengan tujuan meminta sesuatu pertolongan .

Bidaah makruh
Bidaah makruh ialah bidaah termasuk kaedah makruh seperti menentukan hari tertentu untuk menunaikan sesuatu ibadat dengan kepercayaan bahawa hari itu lebih baik pada hari-hari lain . 

Jenis-jenis Bidaah

Bidaah Fi'liah dan Bidaah Tarkiah 
Bidaah Fi'liah ialah mengerjakan sesuatu amalan atau perbuatan yang tidak dikerjakan oleh Rasullullah . Ini termasuklah membuat hadis palsu , mengurangkan atau menambahkan rakaat atau kaifiat solat , mengadakan solat-solat atau puasa khusus pada masa dan hari-hari yang khusus pada masa dan hari-hari yang khusus , bersembahyang atau berpuasa pada waktu-waktu dan hari-hari yang terlarang . 

Bidaah Tarkiah pula ialah meninggalkan perkara-perkara yang dituntut oleh agama atau agama menggalakkannya kerana memandangkan ia lebih baik tidak dikerjakan .
Bidaah yag termasuk dalam kategori Tarkiah ini ialah :

• Tidak mahu berkahwin kerana hendak beribadat kepada Allah tanpa sesuatu sebab yang dibolehkan oleh syara , atau beribadat terus menerus .

• Mengharamkan atas diri sesuatu yang dihalalkan oleh Allah tanpa sebab yang dibolehkan oleh syarak dan juga sebaliknya .

• Meninggalkan hukum-hukum atau ketentuan Allah dan Rasul kerana mengutamakan akal fikiran .

• Menolak dan meninggalkan hadis-hadis sebagai dalil syar'i ataupun mendahulukan akal dari hadis .


Bidaah yang dikelaskan dalam kategori Bidaah Fe'liah pula ialah :

• Menyeksa diri dalam melakukan ibadat kepada Allah.

• Menceraikan isteri dalam masa haidh atau semasa isteri suci yang sudah dicampurinya atau menceraikan isteri dengan talak tiga sekaligus .

• Merombak atau mengubah hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul .

• Mengadakan azan dan qamat pada solat dua hari raya . Azan dan iqamat disyariatkan bagi solat-solat fardhu dan Rasullullah dan para sahabat tidak pernah berazan dan iqamat pada solat hari raya Puasa dan Haji dan tidak ada hadis menyuruhnya .

Bidaah I'tiqadiah , Amaliah dan Qauliah

Beri'tiqad berlainan dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasullullah dinamakan bidaah I'tiqadiah seperti : kepercayaan Wihdatul , Syiah , Khawarij , Mu'tazilah . Qadariah dan Murjiah yang beri'tiqad bahawa malaikat Harut dan Marut telah berbuat jahat dengan Zuhrah lalu dikenakan hukuman gantung dengan kaki di atas dan kepala di bawah di Babilon sampai hari kiamat , manakala Zuhrah disumpah menjadi bintang Zuhrah . Ini juga termasuklah juga beri'tiqad bahawa para wali lebih tinggi martabatnya daripada nabi dan Rasul . Bidaah Qauliah pula ialah mengubah sesuatu yang keluar daripada mulut rasul . 

Bidaah Zamaniah dan Makaniah
Bidaaah Zamaniah ialah bidaah yang bersangkutan dengan masa-masa tertentu seperti melakukan solat atau puasa pada kepercayaan Wihdatul-Wujud di kalangan orang-orang sufi pada masa-masa dan hari-hari tertentu seperti solat khas pada malam lailatul Qadar , solat khas pada malam dua hari raya , solat khas pada malam Jumaat pertama bulan Rajab , solat khas pada malam nisfu Syaaban , berpuasa khas pada satu haribulan Muharram , puasa khas pada hari nisfu Syaaban , puasa khas pada hari Khamis minggu pertama bulan Rajab dan pada hari yang kedua puluh tujuhnya .

Bidaan Makaniah ialah Bidaah yang dilakukan pada tempat-pempat yang tertentu seperti tempat-tempat kematian , di perkuburan para wali syuhadak dan sebagainya .

Bidaah Kulliah dan Juziah
Kulliy bermaksud keseluruhan dan Juziah bererti sebahagian-sebahagi an . Bidaah kulliah ialah satu bidaah pada keseluruhannya atau memberi kesan kepada orang lain , bukan hanya kepada orang yang melakukannya sahaja seerti menggunakan akal untuk menetapkan sesuatu baik atau buruknya sebagai ganti syarak dan seperti menolak hadis-hadis Ahad ( bukan Mutawatir ) menjadi hujah atau mengingkari beramal dengan hadis-hadis Ahad .

Bidaah Juziah hanya melibatkan pembuat atau pelakunya sahaja tanpa melibatkan orang ramai seperti seorang yang menyalahi Sunnah Rasul tetapi kesannya tidak mempengaruhi atau melibatkan orang ramai kerana dia bukan menjadi ikutan orang ramai .

Bidaah Haqiqiah dan bidaah Idhafiah 
Bidaah Haqiqiah ialah bidaah yang langsung tiada dalil baik dari al-Quran ataupun sunnah , ijmak , athar sahabat atau lainnya dari kaedah syarak yang muktabar . Contohnya ialah sembahyang Raghaib yang dikerjakan pada malam jumaat minggu pertama bulan Rajab sesudah berpuasa siang harinya dan solat - solat serupa itu yang tidak didasarkan kepada dalil syar'i tetapi didasarkan kepada hadis-hadis maudhu'.

Bidaah Idhafiah pula ialah satu pekerjaan atau perbuatan yang terdapat padanya dua jurusan , iaitu jika dilihat dari satu sudut kelihatan ia bukan satu bidaah tetapi bila dilihat dari sudut lain ia adalah satu perbuatan bidaah idhafaiah seperti membaca al-quran dengan kuat di dalam masjid sehingga menganggu ahli jamaah yang sedang beribadat dan membaca al-Quran dengan suara yang nyaring dari menara-menara masjid lalu mengganggu orang yang sedang tidur.

Bidaah Ibadiah dan Bidaah Adiah
Bidaah Ibadiah ialah bidaah yang dilakukan dengan maksud mendekatkan diri dengan Allah SWT , untuk mendapatkan pahala yang banyak daripada Allah . Manakala Bidaah Adiah ialah bidaah yang dikerjakan bukan kerana hendak mendekatkan diri dengan Allah tetapi mengenai urusan muamalah antara manusia yang bertentangan dengan batas-batas yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya .
Contoh Bidaah Ibadiah ialah solat khas Nisfu Syaaban , solat raghaib dan lain-lain.
Bidaah yang berlaku dalam Masyarakat Melayu

Bidaah Dalam Bulan Rabiul Awal 
Masyarakat Melayu di Malaysia amat bersungguh-sungguh mengadakan majlis Maulid al-Rasul . Perbuatan ini adalah tidak boleh kerana hal itu adalah bidaah dalam agama . Selain itu , Rasullullah tidak pernah mengerjakannya , begitu pula Khulafa al-Rashidin , para sahabat lain dan para Tabiin yang hidup pada kurun paling baik . Mereka juga tidak menganjurkan mengadakan majlis seperti ini walaupun mereka adalah dari kalangan orang-orang yang lebih memahami terhadap sunnah , lebih banyak menyintai rasul daripada generasi selepasnya dan benar-benar menjalankan syariatnya . 

Bidaah Dalam Bulan Safar
Masyarakat Melayu juga percaya bahawa bulan Safar mendatangkan kecelakaan terutamanya pada hari Rabu akhir bulan . Dipercayai bahawa diturunkan bala pada tiap-tiap tahun sebanyak 12 000 bala dan sekaliannya itu pada hari Rabu akhir bulan Safar. Untuk menolak bala ini , disunatkan banyak bersedekah dan membaca doa tolak bala dengan kaifiat-kaifiat tertentu . 

Perkara ini adalah bidaah kerana ia bertentangan dengan hadis nabi S.A.W , yang bermaksud :
" Tiada kejangkitan , tiada kesialan kerana burung hantu dan tiada kesialan kerana bulan Safar . Allah menjadikan tiap-tiap jiwa dan ia telah menentukan hidupnya , musibat-musibatnya dan rezekinya ." 

Bidaah Dalam Bulan Rajab
Lazimnya masyarakat Melayu menyambut Bulan Rajab dengan mengadakan perayaan Israk dan Mikraj , mengadakan solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rajab yang dinamakan solat al-Raghaib , puasa khas pada hari Khamis minggu pertama bulan Rajab , solat khas pada malam 27 Rajab dan puasa khas pada siang hari 27 Rajab . 
Amalan-amalan itu tidak ada dasarnya dalam agama sama ada dari al-Quran atau hadis yang sabit dari Rasulullah dan tidak pula diamalkan oleh para sahabat dan ulama salaf , maka oleh kerana itu ia termasuk dalam perbuatan bidaah . 
Hadis tentang solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rajab dan puasa khas pada hari Khamis adalah hadis maudhu' ciptaan tukang-tukang bidaah atau orang-orang kafir zindiq . 

Hadis tentang solat khas dan puasa khas ada 27 Rajab juga adalah mungkar yang tidak boleh dijadikan sebagai targhib dan tarhib ataupun menyatakan fadhilat amal .

Bidaah dalam Bulan Ramadhan
Dalam bulan Ramadhan pula , masyarakat Melayu gemar mempercepatkan solat tarawih . Mereka mengerjakan solat tarawih hanya mengambil masa setengah jam dari solat Isyak sehingga witir . Oleh kerana terlalu laju , banyaklah kecacatan yang berlaku . Ini termasuklah surah al-Fatihah yang dibaca senafas , tidak menjaga tuma'ninah dalam rukuk , sujud , duduk antara dua sujud dan iktidal .

Dalam hal ini imam al-Ghazali berkata : " Kamu manghadiahkan solat kamu kepada Allah , maka janganlah kamu menghadiahkan solat kamu dengan sifat-sifat yang tersebut ( buruk ) , pasti anda akan menerima siksaannya ." 

Bidaah Azan Dan Iqamat Untuk Jenazah
Masyarakat Melayu juga mengamalkan banyak perkara bidaah dalam hal pengurusan jenazah . Mereka gemar membaca azan dan qamat sewaktu mayat diturunkan dari rumah atau ke dalam kubur . Sebenarnya tidak ada hadis yang mensyariatkan azan dan qamat untuk jenazah .

Amalan ini adalah semata-mata bidaah kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah , sahabat-sahabat dan al-salaf al-shalih . Apa yang nabi ajar ialah azan pada solat fardhu dan sewaktu menyambut kelahiran bayi . 
Bidaah Solat Teman
Selain itu , mereka juga percaya bahawa mayat perlukan bantuan untuk menghadapi alam baru . Untuk tujuan itu , mereka juga melakukan sejenis solat yang dinamakan Solat Teman . Solat ini bertujuan untuk membantu mayat menghadapi soalan Mungkar dan Nakir . Solat ini adalah mungkar dan bidaah . Ini adalah kerana Rasulullah hanya melakukan solat jenazah dan solat ghaib . Rasululullah juga hanya mensyariatkan supaya berdoa dan meminta ampun untuk si mati .

Ini adalah bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud , al-Hakim dan al-Bazzar , yang bermaksud :
Uthman bin 'Affan r.a meriwayatkan : " Adalah nabi SAW apabila selesai mengkebumikan jenazah , baginda berdiri di sisi perkuburan dan bersabda : Mohonkanlah keampunan untuk saudara kamu dan mintalah ketetapan untuknya kerana dia sekarang akan disoal ." 

Bidaah Tunggu Kubur
Ada juga sebahagian masyarakat Melayu yang mengamalkan 'Tunggu kubur' . Mereka mengupah beberapa orang untuk menunggu kubur si mati untuk beberapa malam . Panjang masa menunggu adalah bergantung kepada kemampuan keluarga si mati . Lazimnya adalah dalam bilangan ganjil iaitu semalam , tiga malam , lima malam , tujuh malam dan seterusnya . Sebuah rumah kecil dibina berhampiran kubur si mati untuk tujuan membaca al-quran , berzikir dan sebagainya untuk 
simati . Penunggu-penunggu mendapat upah yang agak lumayan .

Hukum mengupah dan mengambil upah membaca al-Quran kepada simati , jumhur ulama menyatakan haram . Ini kerana , tiada pahala bagi orang yang membaca al-Quran kerana upah . Pada tahun 1917 , Syeikh Muhammad Bakhit telah mengeluarkan fatwa berhubung permasalahan kadar upah yang terjadi di antara pemberi dan penerima upah , beliau memfatwakan hukum mengambil upah membaca al-Quran untuk si mati adalah haram . Fatwa yang sama juga dikeluarkan oleh Mufti Mesir Abdul Majid Sulaim pada tahun 1942 dan Badan Kajian Dakwah dan Fatwa Kerajaan Arab Saudi , ( Fattawa Islamiyah , halaman 23 ) . 

Amalan ini adalah bidaah dan perbuatan mungkar yang wajib dicegah kerana ia jelas tidak dianjurkan oleh Rasullullah S.A.W dan tidak pula diamalkan oleh para sahabat dan ulama Salafus - Shalihin .

Bidaah Membina Bangunan Di atas Kubur
Di antara bidaah lain ialah ada juga di antara orang Melayu yang membina binaan di atas kubur . Ada kubur yang dibina dengan konkrit , marmar dan lain-lain yang mahal harganya . Kadang kala dibina kubah , menara , memasang lampu-lampu dan hiasan yang indah khususnya dari kalangan orang berada dan kubur-kubur keramat atau 
wali .

Ini adalah perbuatan yang membazir , riak dan takabbur . Di situ juga tersirat konsep pemujaan kepada ahli-ahli kubur . Perbuatan ini menyerupai amalan agama-agama lain.

Jabir ra. meriwayatkan katanya : " Rasullullah SAW melarang mengecat kubur dengan kapur , duduk di atas kubur dan membina binaan di atasnya ." 
Hadis riwayat Muslim .

Selain itu , ada juga amalan yang menjadikan kubur sebagai tempat :-
• Meminta sesuatu hajat
• Meminta sesuatu melalui perantaraan kubur .
• Berdoa di kubur kerana percaya bahawa berdoa dimakbulkan lebih mustajab dari di masjid .
• Bernazar kepada kubur .
• Membayar nazar kepada kubur .
• Menyembelih binatang nazar di kubur .

Amalan-amalan di atas adalah bidaah dan tidak ada bezanya dengan kelakuan penyembahan berhala . Menurut Muhammad bin Abdul Wahab ( pengasas mazhab Wahabi ) , perbuatan ini adalah maksiat dan boleh membawa syirik . Perbuatan memuliakan kubur adalah terkeluar daripada batas-batas agama dan harta benda yang dibelanjakan untuk tujuan tersebut itu adalah sia-sia sahaja .

Bidaah Fidyah Solat Dan Kenduri Arwah
Dalam hal berkaitan kematian juga , kebanyakan masyarakat Melayu ada mengamalkan membayar fidyah untuk orang yang telah meninggal dunia yang semasa hidupnya ada meninggalkan solat . Perbuatan ini juga adalah bidaah kerana perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh nabi , para sahabat , al-salaf al-shalih dan tidak ada ulama yang membolehkannya .

Kenduri arwah atau kenduri kematian yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu juga adalah bidaah . Amalan ini akan membebankan waris dengan menyediakan makanan dan banyak berbelanja untuk malam-malam tiga , malam tujuh , malam empat puluh hari dan seterusnya. Ini adalah juga bidaah yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah dan golongan al-Salafu al-Salih r.a. dan kemudiannya .

Ulama memutuskan amalan ini berasal daripada budaya Firaun . Justeru itu , amalan ini adalah bidaah dan kadang-kadang berlaku salah guna pada harta peninggalan si mati seperti hutang yang sepatutnya dibayar , tidak diutamakan . Oleh itu , maka Majlis Fatwa Mesir tahun 1947 memutuskan haram dan hendaklah dihentikan amalannya .

Dalam satu peristiwa , apabila berlaku kematian anak bekas Mufti Mesir , Syeikh Hasanain Makhluf , setelah hampir empat puluh hari , beliau ditanya tentang tarikh memperingati hari kematian yang ke - 40 . Beliau menjawab " Menghayati malam 40 dengan cara seperti yang biasa dilakukan itu suatu bidaah yang tidak bersumberkan Islam , buat anakku , cukuplah dengan amalan yang dilakukan olehnya sendiri ."
Jawapan tentang permasalahan ini telah disiarkan oleh akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947 . 

Bidaah Dalam Berwirid Dan Berdoa
Selain daripada itu , masyarakat Melayu juga gemar berdoa dengan suara keras dengan menggunakan pembesar-pembesar suara sehingga kedengaran jauh kerana sudah menjadi kebiasaan .

Sebenarnya , untuk berdoa , kita perlulah memenuhi tentang pantang larangnya , tidak boleh melalui perantaraan , dengan ikhlas , khusyuk dan tawadhuk , tidak riak , tidak takabbur dan tidak boleh dengan suara keras menengking .

Dalam hal ini Abu Musa al-Asf'ari meriwayatkan :
"Orang-orang yang mengangkat suara mereka dengan berdoa dalam sebahagian perjalanan , maka Rasulullah SAW bersabda kepada mereka : Batasilah diri kamu 
( jangan bersuara keras ) , kerana bahawasanya kamu tidak memohon kepada orang pekak dan bukan pula kepada orang yang tiada , sesungguhnya yang kamu meminta kepadanya itu adalah Maha mendengar dan dekat , lebih dekat kepada seseorang kamu dari tengkuk kenderaannya ." 

Apatah lagi jika berdoa dengan suara yang keras sehingga mengganggu orang lain , ia termasuk dalam bidaah yang tercela .

Bidaaah Membaca Al-Quran Atau Tarhim Di Menara Masjid
Membaca Al-Quran atau tarhim di menara masjid adalah juga bidaah .Lazimnya ia dilakukan dengan dibaca atau melalui pita rakaman lebih-lebih lagi dilakukan di waktu dinihari sebelum subuh . Bacaan-bacaan ini boleh mengganggu orang-orang sakit , orang-orang tidur ataupun orang-orang yang ingin beribadat . 
Menurut al-Imam Ibnu al-Jauzi , di antara pekerjaan-pekerjaan mungkar ialah seseorang bangun di malam hari di menara-menara masjid lalu membaca zikir atau sesuatu surah al-Quran dengan suara yang lantang lalu mengganggu manusia yang sedang tidur dan mengganggu bacaan orang-orang yang sedang bersolat tahajjud . 

Sebab-sebab Timbulnya Bidaah

Jahil
Bidaah amat mudah membiak dalam satu masyarakat yang jahil , pemimpin yang jahil dan ulama yang beku dan kaku . Masyarakat ada sebahagiannya yang gemar membicarakan masalah agama yang tidak difahaminya . Tindakan memperkatakan urusan-urusan agama tanpa ilmu adalah satu kesesatan dan menyesatkan orang . 

Jahil dalam Bahasa Arab
Al-Quran , al-Hadis dan kitab-kitab yang muktabar adalah dalam bahasa Arab . Kejahilan dalam bahasa ini akan menyebabkan salah faham dan kesesatan .
Sebagai contohnya :
Allah berfirman :
و اعبد ربك حتى يأ تيك اليقين
Ertinya :
" Dan hendaklah kamu menyembah Tuhanmu sehingga datanglah keyakinan kepadamu ," 

Yang dimaksudkan dengan perkataan yakin di situ ialah mati , tetapi kerana kejahilan bahasa Arab , yakin disini dimaksudkan dengan keyakinan . Ayat itu diertikan sebagai : "Hendaklah kamu berabdi kepada Allah sehinggalah datang kepadamu keyakinan " , maka apabila sudah ada keyakinan tidaklah lagi wajib berabdi kepada Allah . Akhirnya tidak berzakat, tidak bersolat dan tidak menunaikan fardhu haji kerana mereka beralasan telah sampai ke martabat yakin .

Jahil Sunnah
Maksudnya ialah kejahilan tentang martabat hadis sama ada shahih , hassan, dhaif dan maudhu'. Hadis-hadis yang terlalu dhaif seperti hadis mungkar , matruk , batil dan maudhu'sama sekali tidak boleh digunakan . Sebagai contoh , bagi menggalakkan umat supaya mengadakan perayaan maulid Nabi SAW maka hadis ini digunakan :
من عظم مو لدى كنت شفيعا له يوم القيا مه 
Ertinya :
"Barangsiapa yang membesarkan hari kelahirannku , maka akulah pemberi syafaat kepadanya pada hari qiamat ." 

Jahil Konsep Ibadat
Sebahagian masyarakat Melayu hanya memahami bahawa ibadat itu hanyalah terbatas kepada ibadat-ibadat yang khusus sahaja seperti solat wajib atau sunat , puasa wajb atau sunat , zakat , haji , umrah , sedekah , wakaf , zikir , tahlil , takbir , tasbih , tahmid , istighfar , membaca al-Quran dan sebagainya . Apa yang mereka faham ialah perkara yang selain daripada itu , tidak termasuk ibadat . Akhirnya mereka merasakan bahawa ruang lingkup ibadat menjadi sempit walaupun mereka telah melakukan semua ibadat khusus tersebut . Justeru itu , mereka mencari amalan-amalan lain dengan membaca sesetengah kitab yang diajar oleh sesetengah guru seperti solat khas pada malam-malam tertentu dan puasa khas pada hari-hari tertentu .

Mengikut Hawa Nafsu
Oleh kerana mengikut hawa nafsu , masyarakat Melayu sanggup melakukan penyelewengan . Nafsulah yang mengajak orang ingin menjaga kemasyhuran , menjaga kepentingan diri , keluarga , suku dan ingin dipuji . Nafsu jugalah yang menyebabkan timbulnya puak-puak sesat . Mereka sanggup mengada-ada , membuat alasan dan dolak dalik yang keluar dari dasar dan roh Islam yang sebenarnya .
Allah berfirman di dalam al-Quran :
ان النفس لا مارة بالسوء الامارحم ربى

Ertinya :
" Sesungguhnya nafsu itu menyuruh berbuat jahat kecuali nafsu yang dirahmati oleh Tuhanku ." 

Taqlid Buta Kepada Guru
Manusia selain Rasul , walaupun betapa tinggi martabat keilmuannya dan kesolehannya tidak terlepas daripada kesilapan dan kesalahan . Sikap bertaqlid buta akan menyebabkan matinya roh ijtihad . Apabila berlakunya pertembungan antara fatwa guru dengan al-Quran dan al-Sunnah , fatwa gurulah yang diutamakan kerana guru dianggap serba tahu , keramat dan maksum . Jika dikaji , tidak ada imam-imam mujtahidin yang mewajibkan orang bermazhab kepada mereka . Sikap bertaqlid buta kepada guru-guru dan kitab-kitab tertentu adalah menjadi penyakit kepada umat dan menjadi punca lahirnya bidaah .

Memperdaya Umat Islam 
Sebahagian kaum Syiah dan sebahagian kaum Sufi mencipta bidaah dengan tujuan menghancurkan Islam dan menyesatkan kaum muslimin . Di dalam ilmu Tasauf , ada satu ajaran mengenai kasyaf . Kasyaf ialah sumber pengetahuan dalam ilmu tasawuf yang sama kedudukannya seperti akal dalam Ilmu Tauhid . Dengan kasyaf , orang boleh merombak sesuatu hukum yang telah ada atau mengadakan sesuatu cara ibadat yang belum atau tidak disyariatkan melalui lidah para rasul . Tidak hairanlah jika Agama Kristian di dunia sekarang ini ialah dari ajaran Paulus . Pengikutnya yakin bahawa beliau mendapat kasyaf berjumpa dengan Nabi Isa a.s sedangkan Nabi Isa sudah diangkat . 

Menurut tafsiran kitab Tafsir al-Azhar , juzu' II , halaman 287 – 288 :
"Yang sangat merosak agama pula ialah yang ditimbulkan oleh golongan tasawwuf yang semacam itu ialah tentang adanya kasyaf . Kasyaf ertinya pembukaan rahsia yang tersembunyi . Menurut mereka , seseorang yang telah mencapai martabat wali itu boleh diberi Allah kelebihan dengan dikasyafkan kepadanya oleh Allah rahsia-rahsia yang tersembunyi , yang ghaib . Kadang-kadang mereka mengubah hukum agama yang tertulis di dalam al-Quran dan Hadis sebab tuan Syaikh telah mendapat kasyaf dari Allah baik di dalam suatu mimpi atau suatu ilham supaya dikerjakan begini atau begitu , yang tidak ada dari pokok syariat dari al-Quran dan Hadis itu ." 

Sebab-sebab Bidaah Membiak
Puncanya ialah , orang Melayu merestui dan mengikuti amalan-amalan bidaah setengah-setengah orang alim kerana berkeyakinan bahawa apa yang diamalkan orang alim itu adalah benar .

Selain itu , adat tradisi orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam masih dilakukan sebagai satu amalan agama seperti berkaitan dengan wanita mengandung , urusan kematian , perkahwinan dan perkara ini direstui oleh sesetengah guru dan mendiamkannya . Perbuatan ini ( mendiamkan diri ) dianggap membenarkan perbuatan bidaah . 

Ada juga orang yang cuba menegakkan sunnah dan menafikan bidaah tetapi dianggap mengajar ilmu sesat yang kononnya bertentangan dengan ajaran mazhab Syafi'i . Tidak kurang juga yang menganggap bidaah adalah masalah remeh-temeh dan tidak perlu diberi perhatian .

Selain itu apabila perasaan cintakan kedudukan dan ingin mempertahankannya berkumpul di dalam jiwa mula bermaharajalela , ada juga pemimpin tarikat atau pemimpin jamaah yang buta agama , untuk menjaga kedudukannya , sedangkan mereka bukan ahlinya , telah mencipta wirid , amalan zikir doa dan sebagainya untuk diberikan kepada murid-muridnya . Inilah sebabnya mengapa bidaah bertambah banyak sehingga tidak terhitung . 

Bidaah Yang Menjadikan Pengamalnya kufur 
Ada beberapa kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu yang jika diamalkan boleh membawa kepada kufur . Bidaah ini ialah yang berkaitan dengan prinsip-prinsip agama seperti dalam masalah aqidah . Contohnya ialah seperti berikut :
 Berfikiran dan berkeyakinan bahawa para wali di dalam kubur boleh melakukan perkara-perkara seperti di dalam dunia , boleh mengarahkan manusia yang hidup serta menjadi penyebab dalam mendapatkan sesutau ataupun tidak .
 Berkeyakinan bahawa para wali lebih mulia daripada nabi SAW .
 Berkeyakinan bahawa ada di antara para wali yang dipanggil untuk mendengar dan mengabulkan permohonan peminta seperti diselamatkan dari kesusahan atau kecelakaan .
 Berkeyakinan bahawa ada ayat-ayat yang bertentangan di dalam al-quran .
 Berfikiran bahawa siksa dan nikmat kubur itu tidak ada kerana bertentangan dengan akal .
 Berkeyakinan bahawa sifat Allah itu ruh bagi Nabi Muhammad; sifat Muhammad ruh bagi manusia; sifat manusia ruh bagi binatang.
 Mempercayai bahawa Awal pun Nur, Akhir pun Nur; Nur itu zat Allah' Nur itu Muhammad.
 Sembahyang itu memadai dengan niat dalam hati jua. Tidak perlu 
mengerjakan rukun yang 13 itu , iaitu niat yang termaklum di sisi mereka 
sahaja .

Al-Masalihul Mursalah bukan bidaah 
Al-Masalihul Mursalah adalah bukan bidaah . Ia adalah tindakan lanjut dari kaedah prinsip "Suatu kewajipan yang tidak boleh sempurna kecuali dengan sesuatu maka sesuatu tersebut menjadi wajib. " 
Perkara-perkara tersebut termasuklah :-
1. Mengumpulkan catatan-catatan Al-Quran sehiggga menjadi sebuah kitab.
2. Mengenakan denda dengan harta yang telah ditetapkan .
3. Memanfaatkan harta haram sementara tidak ditemukan harta halal .
4. Membuat mihrab di dalam masjid .
5. Membuat menara-menara dan tempat azan yang tinggi di masjid.
6. Meninggikan mimbar dengan bertingkat-tingkat agar jemaah yang besar dapat mendengar khutbah dengan lebih jelas.
7. Membuat pembesar suara agar dapat didengar oleh orang ramai .
8. Membukukan penemuan-penemuan baru seperti ilmu hadis , ilmu fiqh , nahu saraf dan lain-lain .
9. Membuat mesin-mesin berteknologi tinggi untuk menumbuk bji-bijian .
10. Menaiki kederaan seperti kapal terbang dan helikopter .
11. Membuat alat percetakan moden untuk mencetak buku .

Kesemua ini tidak ada dalam al-quran dan hadis , mahupun ijma' . Kesemuanya termasuk dalam al-marsalihulmursal ah . Ia adalah bukan bidaah .

Cara-cara Mencegah Dan Membasmi Bidaah
1. Mengharamkan buku-buku yang mengandungi perkara-perkara bidaah daripada disebarkan kepada masyarakat 
2. Pihak berkuasa tentang agama negeri ini hendaklah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk memeriksa dan meneliti buku-buku agama .
3. Memberi penerangan kepada masyarakat supaya menghindari bidaah melalui khutbah jumaat , risalah , ceramah dan pengajian di surau-surau .
4. Menyebarkan kepada masyarakat sunnah-sunnah yang shahih .
5. Memastikan perlantikan jawatan-jawatan seperti pegawai-pegawai agama , bilal-bilal , mubaligh-mubaligh , guru agama hendaklah diberikan kepada yang benar-benar layak .
6. Semua tenaga agama hendaklah diberi kursus tentang perkara bidaah dan cara mengatasinya .
7. Kerajaan , alim ulama dan guru-guru hendaklah terlebih dahulu meninggalkan perkara bidaah .

Kesimpulan 

Bidaah ialah perkara yang baru yang tiada dalam syariat . Jika ia berkaitan dengan akidah , amal ibadat dan kepercayaan , ia akan menjadikan pengamalnya kufur . Jika ia berkaitan dengan al-marsalih al-mursalah , ia tidak dinamakan bidaah .Urusan-urusan adat yang tiada ketentuannya dari syarak adalah satu kebebasan kepada manusia untuk mengurus mengikut kebijaksanaan mereka .Bidang-bidang ini termasuklah pertanian , perladangan , perburuan penternakan, perlombongan dan sebagainya .

Mewujudkan jentera , kilang mesin dan sebagainya adalah tidak dinamakan bidaah walaupun menurut bahasa ia dinamakan bidaah .

Bidaah adalah satu perbuatan yang tercela dan dosa serta melibatkan penolakan amalan oleh Allah . Besar atau kecilnya dosa bidaah yang dilakukan dan berdasarkan motif apa bidaah itu dilakukan . Allah telah berfirman : 

ام لهم شركؤا شرعوا لهم من الدين مالم يادن به الله
Ertinya :
" Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka dari urusan agama yang tidak diizinkan Allah ?" 

Masyarakat Melayu perlulah lebih berfikiran terbuka dan lebih banyak membaca serta berguru . Mereka tidak boleh hanya mengharapkan satu sumber pengetahuan sahaja . Lebih-lebih lagi pada zaman moden yang memasuki era globlisasi ini . Mereka perlu melihat dunia dengan mata burung dan bukan dengan mata tempurung . 

Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah mengamalkan bidaah yang tercela dan boleh membawa kepada kekufuran . Sesungguhnya batu sempadan kekufuran itu tidak kelihatan . Jika kita tersilap langkah , kita akan berada di sebelah kiri batu sempadan keimanan dan menjerumuskan diri ke dalam neraka Allah . 

Dengan mendalami Tauhid Uluhiyah , Tauhid Rububiyah dan Tauhid Asma' dan Tauhid al-Sifat , kita akan lebih tenteram kerana kita berada dalam lingkungan kefahaman yang boleh menyelamatkan diri kita daripada perkara-perjara syirik , khurafat dan bidaah dan Insya Allah kita tergolong dalam golongan yang dinamakan golongan Al-sabiqun dan golongan ashabul Yamin . Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah dan kita terhindar daripada sebarang anasir bidaah , syirik dan khurafat .


Wallhu a'lam bis sawwab .

Cabar Diri Untuk berjaya

Cabar Diri Untuk Berjaya
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D 
Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya. 

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan. 


1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita. 

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, "Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ". Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi. 


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan 'Standard' Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan 'standard' kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak 'standard'lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak 'standard' lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak 'standard' lah selama-lamanya dapat markah 'C', 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat 'A' pula. Tidak 'standard' lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak 'standard' lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula. 

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut 'standard' baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam 'standard' yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung 'standard' tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Kondom

Ada sepasang suami isteri (orang mat salleh) depa baru je kawin. So pegi hanimun kat afrika selatannn. Depa nih sewa hotel murah je nak budget duit. Depa nih bukan kaya sangat kayap je lebih dah tu masa dah nak malam dan naik katil dah. Baju dah bukak abis dah. Lampu dah tutup abihhhss. Si suami dia cakap kat bini dia nih dalam bahasa omputeh la tapi dialihkan bahasa bunyi dia cam nih, "Sayang, kita nak make love nih, sayang dah ready ke nak dapat anak?" Si bini pun cakap, "Not yet la bebehhh! Abang beli la protection. I tak sanggup nak dapat anak lagi nih. Si suami pun pakai baju balik, "Ok yang rehatla jap abang pegi beli condom jap yeee.." So tinggal la bini dia kat hotel. Bini dia plak agaknya terlalu letih, tertidurrrr! Sisuami lak pegi la carik kondom. So sampai la kat satu gerai kecik nih dia nampak banyak kondom. So dia nampak la kondom warna putih. Dia tanyala, "Nih kondom warna putih nih berapa harga?" Orang Afrika yang jual pun jawab, "Sepuloh sen satu keping" Dah tu dia nampak warna hitam, "Hitam nih pun menarik gak. Berapa harga sekeping" Orang Afrika pun jawab "Dua puloh sen sekeping". Dah tu dia nampak warna purple, "Wah.. nih hebat.. berapa sekeping?". Si jurujual Afrika jawab, "Yang nih mahal sikit 25 sen sekeping" Dah tu si suami pun nak keluarkan dompet tup-tup tak ada dalam poket. "Alamakkk tertinggal lak kat hotel". Dah tu dia meraba-raba la poket seluar mana tau kut ada syiling. So nasib baik la ada 20 sen maka terpaksa la dia amik kondom warna hitammm. So member pun jalan la balik ke hotel. Dalam pada masa sisuami nih berjalan ke hotel, si bini tengah nyenyak tido kat hotel ada pencuri Afrika (negro) seludup masuk bilik. Niat nak merompak tapi bila nampak bini mat saleh nih tak jadik lak. So dia pun tukar tune nak rogol bini mat saleh tu plak. So tengah syok dia buat keje si bini pun agaknya terlalu mamai si bini pun naik syokkk tambah lak bilik gelap. Si bini ingat si suami dia. "Abang… best laaa…." si negro pun dah selesai ngan bini omputeh nih dia pun seludup la keluar ikut tingkap si bini sambung balik tidooooo! Dah tu si suami dia balik so member pun dan ready ngan kondom hitamnya mainla ngan bini dia nih. Si bini pun naik syok lagi skali. Sepuluh bulan kemudian.. Si bini cakap, "Abang, cam ner nih leh mengandung nihhhh. Dah nak terberanak dah nih." Si suami lak cakap, " Cam ner nak buat yang, abang beli kondom murahhhh. Sebab tu bocorrr." So si bini pun selamat beranak kan anakk tapi kulit anak omputeh nih lain sikit la hitam berkilat. Sepuluh tahun kemudian… Si anak bertanya kat bapak dia, "Daddy, kenapa kulit saya hitammmmm berkilat?" Si bapak dengan selamba je menjawab "Syukur la nakkkkk, kalo bapak ada lagi 5sen… ko dah jadik kaler PURPLE dah nak oiiiiii!"

Susu Ibu

salam,

saya kira saya masih baru dlm group ni. dgn kesempatan ni saya ingin mengambil peluang nk berkongsi dgn semua tentang penyusuan ibu, yang mana saya rsakan perlu saya sampaikan, perlu saya kongsi utk ibu2 dan bapa2.

saya sebenarnya ibu kepada dua anak yg sgt obses tentang penyusuan ibu. sebenarnya, kesibukan kita bekerja bukanlah alasan yg baik utk menidakkan hak itu. ketahuilah, semua ibu mampu menyusu anak2 mereka, kecuali ibu2 yg menghidap penyakit kronik dan berbahaya yang mana bila dia menyusu, cecair yg akan dipindahkan pada anaknya itu mendatangkan mudarat spt HIV dan juga ibu yg menjalani pembedahan payudara, yg mana dia tak dapat menyempurnakan penyusuan itu. ketahuilah, dlm ape jua keadaan, si ibu mampu menyusu.

saya merupakan pemilik butik kanak2 yang memberikan khidmat nasihat pd ibu2 yang ingin menyusu secara eksklusif. berbagai2 alasan, masalah yg saya terima setiap hari tentang kegagalan ibu menyusu anaknya dgn baik. berbalik kepada fitrah, Allah dh kurniakan seorg ibu satu pakej yg lengkap utk menysu anak sehingga 3 anak dlm satu masa. dan jika bandingkan dgn ibu2 di negara2 perang, negara yg mengalami kebuluran, kalau kita samakan alasan yg ibu2 di malaysia beri, dh lama anak2 mereka tak hidup.. itula istimewanya seorg ibu. 

saya sgt teruja dan bersemangat utk membantu anda yg bermsalah dlm penyusuan susu ibu. kerana saya juga ibu, saya juga sibuk bekerja siang malam dan weekend, tapi saya juga menyusu, malah menyusu 2 anak sekaligus sepenuhnya, tiada susu tepung, tiada pacifier.. dan anda tidak perlu meragui saya, kerana saya mempunyai certificate laktasi dr pusat perubatan universiti malaya. kita akan kongsi ape yg kita ada.

kalian, menyusui anak sendiri sepenuhnya sgt indah, nikmatnya tak terungkap oleh kata2. bukan saya menidakkan susu formula, tetapi saya menekankan kepentingan susu ibu utk anak dr lahir hingga 2 tahun, kerana ianya hak anak2 kita, utk sempurnakan penyusuan itu sehingga mereka dua tahun (seperti dlm terjemahan surah Al-Baqarah)

"susu manusia utk anak manusia" 

regards,
farah farhan @ mummy sara
BUTIK SARA KIDS (ONE STOP BREASTFEEDING & PARENTING CENTRE)
wwww.sarakids. com
http:www.sarakids. com/blog/

Hukum melawak

laman blog salman maskuri 
 
"Hai orang2 yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu
bersama orang2 y benar"-surah at-Taubah:119




Thursday, January 1, 2009

hukum melawak
(Embedded image moved to file: pic26299.jpg)

Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak
ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita
tua.

Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku
ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak
masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw
bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء
فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga
dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami
mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan
mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya
dengannya.”

(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah
sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا

Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang
benar.

(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam
bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia
tertawa.

Nabi saw bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.

Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia
ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.

(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan
diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: “ Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina
puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang
menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita
yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ ( 11 : al-Hujarat)


Nabi saw bersabda:

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

Maksudnya: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina
saudaranya semuslim.” (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu
Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا

Maksudnya: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”

(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw
dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya.
Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan
lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw
bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

Maksudnya: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”

(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:
لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا

Maksudnya : “ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya
dengan niat melawak atau pun betul2.”

(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat
melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam
keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق

Maksudnya: “Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam
keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba.

(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika
mendengar al-Quran. Firman Allah swt:

“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu
ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu
dengar dalam keadaan lalai.” (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ

Maksudnya: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh
mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:

“Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan
kamu.”

Said bin al-‘As berkata:

“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan
keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu.
Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan
menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.”


Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh
asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat
Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.
Posted by akhisalman at 11:23 AM

Mengajar anak degil

semua mesej daripada folder Sampah ] 
Folder Saya
[Sembunyikan]
dari email
email kawan
resepi
simpan
Jalan Pintas Carian
Foto Saya
Lampiran Saya

Pergi ke mesej
Terdahulu | 
Pergi ke mesej
Berikut | Kembali ke Mesej
Tandakan sebagai Belum dibaca | Cetak  




 Tandakan mesej ini
[Mahligai] Mengajar anak yang degil
Rabu, 21 Januari, 2009 22:05
Daripada: 
"Nuri Syam"
Tambah Pengirim pada Kenalan
Kepada: 
respeks_group@yahoogroups.com, mahligai@yahoogroups.com, kayangan@yahoogroups.com

Pelbagai cara dan teknik untuk mengajar anak-anak yang degil dan keras hati. Paling penting DOA ibubapa adalah yang terbaik.

Cuba amalkan membaca Al-Fatihah (1x), Ayat Kursi (1x) dan surah Al-Insyirah (1x) pada kepala atau ubun anak-anak sewaktu mereka sedang tidur. Ataupun membaca Bismillahirrahmanir rahim (21x) dan nama-nama Allah seperti Ya Syahid (21x) serta Ya Ghaffur (51x) di kepala anak-anak. Insyaallah dan berniat dengan sejujur-jujurnya kepada Allah.

Buku-buku panduan dan teknik lain boleh juga diperolehi melalui buku-buku ilmiah. Sila klik laman web berikut untuk panduan:-

http://adikbijak. com/ref.plx? MA00421

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Sekian.

Susu Ibu

salam ibu2 dan bapa2..

terima kasih atas soalan2 anda yg masuk dlm inbox saya. saya akan jawab sebaik mungkin, kerana bg saya adalah tanggungjawab utk menolong ibu2 yg sgt2 ingin menyusu anak2 mereka secara eksklusif, tapi kurang tau atau tiada pengalaman.

atas permintaan ibu2 bekerja,saya telah upload satu entry berkenaan penyusuan ibu bekerja- mcm mana nk perah susu, simpan stok, panaskan susu dan step2 bg ibu2 bekerja dr pg hinggan ptg balik dr kerja. (sila view blog saya: http://www.sarakids .com/blog/ )

saya sgt kecil hati bila melihat iklan susu nugro di kaca televisyen. iklannya berbunyi begini : rumput segar.. lembu pun sihat.. lembu sihat.. susu pun segar.. susu segar.. anak pun sihat!!! wah... mana namaibu yg melahirkan tu? apa kaitan rumput, lembu dan susu dgn kesihatan anak? patutnya ckp begini: ibu sihat.. anak pun sihat.. obses kan saya.. penuh dgn emosi. geram juga saya tgk iklan tu. tp anda jgn salah faham, saya bukannya org yg banned susu lembu. cuma bagi anak yg berumur kurg dr 2 tahun seeloknya disusukan dgn susu ibunya sendiri.

apepun, saya akan sentiasa update tentang penyusuan ibu, cara menambahkan air susu dan segalanya tentang penyusuan ibu! tiada yg lain sebaik-baik zat s utk bayi selain susu ibu.

selamat berbreastfeed!

* kagum dgn ibu2 angkat yg menyusu anak angkat mereka. mengapa ibu kandung tak boleh =)

farah farhan @ mummy sara & syasya,
BUTIK SARA KIDS (BREASTFEEDING WELCOMES HERE)
www.sarakids. com

Susu Ibu

Salam...

Berdasarkan petikan:

SAya kumpul petua2 dan tip2 nih daripada website2, majalah2 dan buku2, tak lupa juga sumber drpd cakap2 orang yang bole diguna pakai tuk menambahkan ASI. Tak semua petua2 ni serasi ngan aku. Ade yang menjadi dan ade yang kurang menjadi. Ia depend pada badan kita gak. Just try n error. Mana yang serasi amalkan la. Insyallah, ia membantu meningkatkan pengeluaran ASI.(Air susu ibu)

Pemakanan
Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap
Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.

Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu
Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi
Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis

Minuman
Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
Halba - rendam dan minum airnya. Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari. 
Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
Soya - minum secawan sehari.
Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.

Supplement
Milkmaid Tea - ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.

GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.

Pil ASI

Melilea Greenfield Organic

Melilea Organic Soya Drink

Organic Henry

Bidadari DCL
Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour
omega 3
obimim
kalsium
vitamin c

Urutan
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing.... kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF

Pil hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)
p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini

Cara-cara Lain
1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi
4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.

Psikologi
1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.
3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply

Masa pengepaman
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat

Beberapa cara mengepam yang berkesan:
a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.
b) Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap. Pam kesayanganku Spectra3.
c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik. Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.

d)Tawakkal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.

Semoga petua-petua ni dpt membantu ibu2..

MUMMY SARA N SYASYA
BUTIK SARA KIDS (breastfeeding welcomes here)
www.sarakids. com
012-6448091 (for info and appointment regarding breastfeeding)

No berapa?

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Di mana boleh cari ramai Melayu?

Subject: Di mana boleh cari ramai Melayu?
Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu 
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu 
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu 
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu 
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru 
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu 
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu 
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru 
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu 
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu 
Mana tak gendut berpenyakit selalu 
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu 
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu 
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu 
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu 
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu 
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu 
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu 
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Istighfar sebagai amalan

Jadikan Istighfar sebagai amalan 
SUATU hari Hassan Al Bashri, salah seorang tabiin didatangi oleh seorang
lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang
kerana sudah lama tidak hujan.

Maka Hassan berkata, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Kemudian datang pula seorang lagi sahabatnya yang mengadu bahawa
dirinya ditimpa kemiskinan.

Sekali lagi, Hassan menjawab, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar
dikurniakan anak dan jawapan Hassan ialah ``beristighfarlah kepada Allah.''

Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang
tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar.

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu
mereka bertanya kepada Hassan mengapa semua masalah itu hanya dapat
diselesaikan melalui istighfar.

Hassan berkata, ``Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka.
Tetapi, berdasarkan firman Allah dalam surat Nuh ayat 10-12 yang
bermaksud:

``Maka aku katakan kepada mereka,'' Mohonlah ampun kepada Tuhanmu,
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan
mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan
anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula
di dalamnya) untukmu sungai-sungai. ''

Apa yang dinyatakan oleh Hassan itu seolah-olah tidak berlaku pada zaman
sekarang yang lebih banyak melihat sesuatu yang berlaku itu secara akal
fikiran atau rasional semata-mata.

Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita, tidak pernah dianggap sebagai
akibat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Lanjutan itu, dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah kita
hakikatnya hanya mencipta masalah baru.

Sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah As-Syura ayat 30 yang
bermaksud: ``Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah
disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan
sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan mu).''

Peringatan Allah ini sebenarnya tidak pernah dipedulikan oleh sebahagian
daripada kita, sebaliknya kita lebih banyak menggunakan kekuatan fikiran
untuk menyelesaikan masalah.

Istighfar hakikatnya adalah jalan terbaik untuk memberi kita petunjuk
dalam menyelesaikan apa juga masalah yang kita hadapi.

Ia akan menimbulkan keinsafan dan ia akan mendorong kita menghentikan
perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa.

Sama ada kita hendak mengakui atau tidak, kita sering melupakan azimat
Allah ini sehingga setiap kali kita menghadapi apa juga masalah kita
terlupa
untuk beristighfar kepada-Nya.

Justeru marilah kita menjadikan istighfar sebagai amalan tetap kita
seharian, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Vicks VapoRub

CHICAGO: Penawar selesema popular yang kerap digunakan ibu bapa, Vicks
VapoRub, dikenal pasti boleh menyebabkan masalah pernafasan di kalangan
kanak-kanak di bawah usia dua tahun apabila disapu secara tidak betul di
bawah hidung, kata penyelidik Amerika Syarikat semalam.

Mereka berkata, menggunakan produk Procter & Gamble Co (P & G) itu
dengan
cara berkenaan boleh menyebabkan saluran pernafasan kanak-kanak yang
kecil
membengkak dan dipenuhi lendir, menyebabkan masalah pernafasan teruk.

"Satu-satunya masalah yang kami lihat ialah pada kanak-kanak apabila ia
disapu di bawah hidung," kata Dr Bruce Rubin dari Jabatan Perubatan
Universiti Wake Forest di Carolina Utara, dalam temubual telefon.

Rubin berkata, bahan dalam Vicks boleh menyebabkan kegatalan, menjadikan
tubuh mengeluarkan lebih banyak lendir untuk melindungi saluran
pernafasan.
Oleh kerana saluran pernafasan kanak-kanak lebih sempit berbanding orang
dewasa, sebarang pertambahan lendir atau bengkak boleh menyebabkan ia
menjadi lebih sempit.

"Syarikat menyatakan dengan jelas ia tidak boleh disapu di bawah hidung
atau di dalam hidung bagi sesiapa pun dan tidak sepatutnya digunakan
pada
kanak-kanak di bawah usia dua tahun," kata Rubin.

Beliau dan rakannya mula mengkaji penggunaan ubat itu selepas merawat
kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang menghadapi masalah
pernafasan
selepas salap itu disapu di bawah hidungnya.

Hehe..

Jumaat, 23 Januari 2009

Info Kesihatan - Bahan Bahaya didlm Makanan kita

Paparan saya, Tafsiran anda...

Tahukah Anda Bahan-bahan yang Merbahaya???
Di sini saya ingin senaraikan bahan-bahan yang amat merbahaya...
Tetapi sering kita gunakan...
Saya senaraikan.. . maklumat lanjut... sila guna google.com untuk maklumat tambahan...

Kenapa Bahan Yang Saya Sebutkan Amat Berbahaya??? 

Sebab kesan jangka panjang akan membuatkan anda kena kanser... pembunuh senyap No.1 di Malaysia dan di dunia.

1. Fluoride
Ya... yang terdapat pada ubat gigi tu... Juga diguna untuk mengawet makanan dalam tin...
cth: sardin... Tahukah bahan utama racun tikus adalah Fluoride...
Solution... sila beli ubat gigi yang tiada fluoride...
35 buah negara telah haramkan penggunaan fluoride

2. Chlorine
Digunakan dalam rawatan air kumbahan...
Chlorine tidak dapat dibuang apabila memasuki tubuh anda... Kemasukan dan penyerapan klorin adalah 99% melalui liang peluh anda... bukan melalui air minum... Nak tahu kenapa??? Sebab klorin akan meruap/terhapus ketika sesi pemanasan air minum. Jadi kalau ingin minum, pastikan air anda dimasak. Klorin molekulnya halus... berukuran 0.010 milimiter atau 10 mikron, jadi penapis air yang sehalus 0.0001 mikron pasti dapat menapisnya 100%
Kehalusan molekulnya menyebabkan ia mudah diserap melalui tubuh anda ketika sesi anda mandi.

3. Bisphenol-A = BPA
Ia adalah bahan penggangu hormon. Ia menyebabkan menyebabkan kanak-kanak menjadi matang dengan cepat. Pada kanak-kanak wanita ia akan menyebabkan penumbuhan bulu pada kemaluan, mempercepatkan kitaran haid, risiko barah payudara. Kepada kanak-kanak lelaki, ia mempercepatkan penghasilan mani dan risiko barah prostate. Bahan ini digunakan dalam industri plastik. 99% Plastik dan tin minuman mengandungi bahan ini. Ini termasuklah botol susu anak anda. 5 syarikat gergasi pengeluar produk bayi kini sedang disaman oleh mahkamah tinggi antarabangsa.

4. Monosodium Glutamat a.k.a MSG
Bahan ini digunakan dalam 100% industri permakanan. Bahaya bahan ini telah diketahui umum, namun ramai yang buat endah tak endah. Dalam tahun 1989, Malaysia dikejutkan dengan berita gempar... Pengeluar bahan MSG terbesar iaitu Pak Aji Naik Moto menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan MSG daripada binatang yang haram iaitu BABI... MSG adalah bahan utama racun rumpai dan lalang... kenapa anda harus makan atau mengambilnya? Adakah kerana makanan atau lauk anda jadi lebih sedap apabila anda bubuh MSG? Ada banyak cara lain untuk sedapkan masakan anda. Bahan ini mampu merosakkan fungsi buah pinggang dan hati anda dengan cepat sekali.

5. Aspartame
Ia sejenis pemanis tetapi bukan gula. Digunakan dalam makanan dan minuman yang dijual dipasaran. Ia juga dikategorikan sebagai racun. Aspartame digunakan secara meluas pada tahun 1970. Kesan-kesan pengambilan aspartame ini boleh dilihat secepat 24jam! Masalah yang akan dihidapi... resdung/bersin/ selsema, migrain, bunyi berdesing dalam telinga, kepala berdengung, cepat penat & letih lesu, paras gula dalam darah meningkat / kencing manis, payang kencing /batu karang/radang pundi@saluran kencing. Air tin paling tinggi kandungan aspartame-nya.
Jika ada rakan anda yang suka minum KOKAKOLA dan sebagainya.. . hati-hati...

6. Melamine - October 2008
Kita gempar lagi... Racun Toksik terlepas... Kini sasarannya bayi dan kanak-kanak.



Bagaimana saya mendapat maklumat ini?
Pada mulanya, saya berminat ingin tahu mengenai kanser & denggi. Selepas saya google baru saya tahu ada banyak kontroversi rupanya. Terima kasih kepada internet & tuhan yang maha esa. Ramai orang diseluruh dunia boleh berkongsi maklumat. Yang best tu mereka tidak mengira bangsa, agama dan keturunan. Semua berganding bahu dan bersama-sama memperjuangkan hak mereka sebagai manusia. Selepas saya google, saya dapat banyak maklumat kenapa perkara sebegini berlaku... Ramai doktor-doktor antarabangsa convert jadi "doktor alternative'

Anda ingin tahu kenapa? Saya akan bagi keywordnya anda carilah sendiri...
Yang saya pelik... penawar kanser, penawar HIV Aids, Penawar denggi dah ada ... kenapa ada pihak cuba sorok??? Siapakah pihak atau orang itu??? Cuba semak vaksin denggi... Malaysia adalah antara negara yang terawal menemui/menghasilka n serum/vaksin penawar denggi... kenapa ia tidak dikeluarkan? ?? Kenapa penawar penyakit disorok dari pengetahuan umum, namun racun yang berbahaya didedahkan kepada kita setiap hari.

Ada pihak dari luar negara (mereka ini adalah golongan illuminati) akan cuba bunuh anda setiap hari... Jika bukan melalui peperangan, cara halus akan digunakan, cara yang telah digunakan sejak berkurun-kurun lampau adalah cara bunuh dengan senyap...
Iaitu racun... Zaman dahulu kala, orang menggunakan racun daripada haiwan & tumbuhan berbisa... Kini bahan itu dihasilkan dengan banyak untuk membunuh anda secara senyap-senyap. .. Mereka target agar anda hidup tidak melebihi 30-40 tahun. Kalau hidup pun anda pasti kena penyakit 4 berangkai iaitu kencing manis, buah pinggang, jantung dan darah tinggi.
Penyakit sepatutnya boleh sembuh, kenapa bila makan ubat tetapi tak baik-baik? Pernah anda terfikir kenapa???

Saya tak nak anda kena penyakit. Maklumat dah ada... jagalah kesihatan anda... Kalau hidup, umur panjang tapi kalau ada/kena penyakit... rasa tak berbaloi... Ucapkan syukur pada tuhan...



Saya bagi keyword... anda carilah sendiri ok...
Pergi google.com @ youtube.com

1. NWO - New World Order
2. Cure Cancer
3. Raw Food - Organic Food
4. Freemason
5. Illuminati
6. Mc Donald - Supersize Me
7. Hiv - Aids (Adalah Virus Yang Dicipta Manusia)
8. Kenapa Kuasa Nuklear Iran disekat? Mereka takut Iran akan salahguna.
  Tahukah anda bahawa fluoride itu lebih berbahaya daripada bahan radioaktif?

Setakat ini dahulu... Sekian...

Isnin, 19 Januari 2009

Bersin dan Menguap

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Sebab itu apabila seorang dari kamu bersin hendaklah mengucapkan; "Alhamdulillah" (Segala Puji Bagi Allah) dan setiap muslim yang mendengarnya perlu membaca :

"Yarhamukallah" ( Semoga Allah Merahmati Kamu) sebagai jawapan. Menguap adalah datang dari syaitan. Sebab itu apabila seorang dari kamu menguap, hendaklah dia menahannya kerana ketika seorang dari kamu menguap syaitan akan ketawa kepadanya. (HR Bukhari)

Ahad, 18 Januari 2009

Keadaan Di Padang Mahsyar

Keadaan di Padang Mahsyar  
Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar
sejak Adam sehingga manusia terakhir. Nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke Bumi untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Bumi telah hancur lebur, hilang bagai puing-puing terpelanting.  
Tika bumi dikiamatkan segala-galanya tiada, tahta dan kekuasaan
tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang. Harta dan anak pinak semuanya tidak dapat menolong.
Semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Semuanya menunggu ulang tayang video hidup ketika di atas bumi dulu. Entah berapa ribuan tahun menanti di padang pengadilan. Usahlah kita menanti untuk kembali ke bumi asal kita, itu hanya menjadi mimpi disiang hari. Hari-hari sesudah Mahsyar tanpa penghujungnya, hanya Syurga dan Neraka itu saja yang ada bezanya.
Antaranya :

Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang
suka mengumpat.

Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah
daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah
yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan. Mereka
itu terdiri daripada yang suka mengganggu jiran tetangga.

Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha meng-
ajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur dalam kepimpinannya.

Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka
itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.
Kesimpulannya, daripada perbezaan kumpulan itu jelaslah bahawa walau pun ketika berada di dalam dunia kita dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetapi dia akan tetap ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya
baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia : "Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman : "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang
Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimana pun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku. Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan
mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari
kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.

Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki,
berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar
ialah tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun-ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki, lutut, dada, leher mahu pun sekadar bahagian muka sahaja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka
yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan. Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan
diri. Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada. Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud : "Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami
kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan
ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok) ."

Melayu dari titisan Iskandar Zulkarnain?

Melayu dari titisan Iskandar Zulkarnain? Fahri Abdullah al-Masri 
Sun | Jan 18, 09 | 5:31:59 pm MYT



16 Januari lalu TV2 menyiarkan sebuah filem epik tentang riwayat hidup Alexander The Great. Sesetengah pihak melihat watak ini sebagai Iskandar Zulkarnain. Filem itu menggambarkan raja agung itu sebagai watak biseksual, ghairahkan kuasa, penyembah dewa dan keputusannya di bawah dibawah telunjuk ibunya, Olivia (Angelina Jolie).

Iklan  

  
   


Raja yang agung itu menurut kacamata Barat adalah anak Raja Philips II; pemerintah Macedonia. Bapanya terbunuh, lalu Alexander jadi raja. Baginda mula menakluk Parsi di bawah pemerintahan Darius I.



Setelah Parsi dijatuhkan, kembaranya diteruskan sehingga meliputi Asia Barat, Asia Tengah, dan Asia Selatan. Baginda dan ketumbukan tenteranya merentasi Hindu Kush iaitu kawasan banjaran gunung menuju ke India.



Bagaimanapun, Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola. Kemuncaknya, Alexander dibunuh para pengikutnya dengan racun. Usianya 33 tahun saat itu. Demikian tafsiran Barat ke atas raja itu melalui filem tersebut.



Sekurang-kurangnya, setakat ini, ada tiga rujukan yang boleh diangkat sebagai penilaian. Pertama, filem Alexander itu, kedua Sulalatus Salatin dan ketiga al-Quran sendiri.



Lewat filem tersebut, saya membuat beberapa rumusan begini. Menurut kacamata Barat, Alexander berasal dari Rom, tenteranya Galdiators dan mungkin baginda dan tenteranya pernah bergaul, berkahwin dengan kaum China sehingga ada kalangan warga China yang mendakwa mereka sendiri adalah daripada jurai keturunan Rom. Wallahu'alam. .






Kisah-kisah lain
Dalam Sulalatus Salatin, turut disebutkan bahawa Iskandar Zulkarnain berasal daripada Rom. Tun Seri Lanang menyebutkan bahawa Raja Iskandar itu anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya.



Maka, sudah wujud perbezaan antara catatan Melayu dan catatan Barat, iaitu perbezaan daripada sudut nama ayahnya.



Tun Seri Lanang menyebutkan secara jelas bahawa catatan beliau itu diambil daripada Hikayat Raja Iskandar. Selain itu, watak-watak lain yang wujud dalam catatan beliau itu adalah Nabi Ibrahim Khalilullah sebagai imam Raja Iskandar. Bermaksud, syariat yang diamalkan oleh raja agung itu adalah syariat Nabi Ibrahim a.s. 

Turut disebutkan watak Nabi Khidhir a.s yang muncul ketika mahu menikahkan Iskandar dengan Puteri Syahrul Bariyah, anak Raja Kida Hindi yang jatuh dalam taklukannya.



Demikian kata Nabi Khidir: "Ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Ta'ala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina.



Adapun sekarang, bahawa tuan hamba ada beranak perempuan, terlalu baik parasnya; kehendaknya minta daripada tuan hamba, dan diambil Raja Kida Hindi kiranya akan menantu, supaya berhubunglah segala anak cucu Raja Iskandar, jangan lagi berputusan kiranya sehingga hari kiamat. Bagaimana, kabulkah? Atau tiadakah?"



Maka, di sini bermulanya perkahwinan Raja Iskandar dengan seorang puteri dari belahan dunia Timur. Ada kemungkinan juga Raja Iskandar memiliki isteri-isteri di jajahan yang telah ditaklukinya untuk meluaskan pemerintahannya itu.



Di dalam filem Alexander, raja agung itu memiliki dua orang isteri. Satu isteri daripada Parsi dan seorang lagi dari India. Kedua-duanya adalah hasil daripada penaklukannya. Hakikat yang sebenarnya berlaku, wallahu'alam. .






Raja Iskandar berasal dari Parsi?
Sementara itu, ada riwayat lain menyatakan, Khurosh Komeni, raja Parsi adalah raja yang memenuhi ciri-ciri perwatakan Iskandar sebagai yang disebut dalam al-Quran. Baginda adalah raja kerajaan Myra yang bermusuhan dengan kerajaan Himyar.



Khurosh dikatakan berjaya menyatukan kedua-dua kerajaan ini menjadi sebuah empayar yang luas. Tapi, Khurosh juga dikatakan penganut Zoroaster atau Zarathushtra yang juga memulakan penaklukan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasanya. Pada ketika inilah beliau bertempur dengan kaum barbar yang diancam Yakjuj, Makjuj.



Khurosh mengarahkan agar dibina tembok guna menghalang kemaraan kedua-dua bangsa ini. Ada riwayat menyatakan Khurosh menjadikan Nabi Daniel, sebagai penasihat.



Dalam filem Alexander, penasihatnya adalah seseorang pemuda kacak yang sangat intim dengannya sehinggakan pemuda itu menjadi kekasihnya. Hal ini tentu sekali tertolak jika mahu disamakan dengan Zulkarnain dalam al-Quran itu.



Bagaimanapun, catatan Melayu dan Parsi ada persamaan. Dua watak nabi diperkenalkan di sini, iaitu Nabi Khidhir dan Nabi Daniel.



Satu hal yang menarik juga diperhatikan, dari manakah nama Iskandar itu didapati? Saya beranggapan, nama Iskandar itu bukan namanya yang sebenar, tetapi dinamakan begitu di India atau di Parsi setelah baginda diam seketika di sana.



Iskandar bukanlah nama Rom tapi ia adalah nama bangsa-bangsa yang ada kaitan dengan India atau Parsi. Dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain, riwayat itu banyak mencatatkan hal peperangannya di India dan apakah yang telah dilakukannya di sana.



Zulkarnain adalah gelaran bermaksud; seseorang yang mempunyai dua kuasa; di Timur dan Barat. Hal gelaran seperti ini dianugerahkan kepada raja-raja seperti Zulkifli. Nama Zulkifli a.s, hakikatnya bukanlah nama, sebaliknya gelaran.



Menurut hemat saya, masing-masing kuasa di sebelah Timur dan Barat seperti Rom dan Parsi ini, sama-sama mendakwa bahawa sosok Iskandar itu adalah milik mereka. Namun dalam al-Quran, disebutkan baginda pergi menakluk ke arah matahari terbit dan matahari jatuh, ertinya baginda berasal dari kawasan yang berada antara Timur dan Barat.






Baginda bukan milik Timur dan Barat
Baginda bukan bukan milik belahan Timur dan Barat. Baginda bukan berasal dari Rom dan Parsi. Hanya, setelah melanggar Rom, maka Rom menyatakan baginda berasal dari Rom. Begitu juga setelah melanggar Parsi, baginda dianggap berasal dari Parsi.



Sebaliknya, baginda mungkin daripada bangsa yang kerdil dan akhirnya keluar menjadi raja yang agung, hasil daripada kesungguhannya mahu menyatukan belahan dunia Timur dan Barat untuk setia tunduk kepada perintah Allah.



Menurut hemat saya, memang ada kemungkinan baginda hidup sezaman atau hadir dalam suasana persekitaran Tauhid selepas Nabi Ibrahim a.s berhasil menumbangkan kekuasaan Raja Namrud dengan izin Allah s.w.t.



Pendek kata, Iskandar sebenarnya mucul selepas beberapa ketika setelah Dinasti Namrud telah tumbang. Jadi, di negara Babylon itulah berkemungkinan besar Iskandar dilahirkan. Sama ada baginda datang daripada Dinasti Namrud atau sebaliknya, wallahu'alam. .



Maka selepas itulah Iskandar meneruskan penjelajahannya untuk mengembangkan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Baginda memulakan awal penaklukannya di Barat. Mungkin di sini beliau tinggal lama untuk menyatukan Rom di bawah Tauhid.



Iskandar kembali ke Timur untuk meluaskan empayarnya di sana; menaklukkan kerajaan Parsi, Asia (India) dan di sanalah baginda melaksanakan satu tugas berat, yang menjadi klimaks, puncak teragung kepada riwayat pemerintahannya, iaitu membina tembok yang memisahkan serangan Yakjuj dan Makjuj daripada sebuah kaum yang tertindas.



Kaum itu, seperti yang diriwayatkan di dalam al-Quran, adalah kaum yang tidak mengerti bahasa percakapan Iskandar. Ertinya, bahasa pertuturan kaum Iskandar itu telah tidak lagi dimengertikan oleh kaum tersebut. Wilayah tersebut terletak antara dua buah gunung dan kaum tertindas oleh Yakjuj, Makjuj itu belum pernah tersua dengan budaya Iskandar.



Saya mencadangkan bahawa bangsa yang tidak mengerti bahawa Iskandar dan Iskandar pula tidak mengerti bahasa percakapan mereka itu adalah bangsa Sanskrit yang mencipta bahasa Sanskrit. Wallahu'alam. . 

Ada kemungkinan Iskandar dan tenteranya tinggal dalam tempoh yang agak lama dengan kaum itu itu membangunkan tembok besi di kawasan antara dua gunung tersebut. Boleh jadi, hasil perkahwinan dengan bangsa tersebut, telah melahirkan jurai keturunan Melayu sepertimana yang wujud pada hari ini.



Jika usul ini boleh diterima, bermaksud, Melayu itu adalah hasil jurai keturunan sebangsa dengan Nabi Ibrahim a.s yang terlepas ke Nusantara dengan pernikahan campur hasil dari titisan darah Iskandar Zulkarnain bersama bala tenteranya dahulu.






Maka, sebab itulah dengan ketentuan Allah, bangsa Melayu lebih mudah menerima Islam berbanding kaum lain di Nusantara ini, kerana nenek moyang mereka memegang ajaran-ajaran Tauhid, warisan daripada Iskandar Zulkarnain. Wallahu'alam. .






Mereka akhirnya diberikan perlindungan dalam bentuk sebuah negara. Seharusnya kaum Melayu itu bersyukur dengan sebab mereka terbebas daripada penjajahan Yakjuj, Yakjuj sepertimana peristiwa gelap yang telah menimpa nenek-moyang mereka dahulu.






5:10 p.m, 18 Januari 



Sekolah Pemikiran Kg Baru 

Apa-apa yang ditulis di atas ini agak longgar, maklumlah sudah pun dibincangkan orang dan kita cuma mengutuip pandangan terdahulu untuk disimpulkan semula guna mencari kebenaran sejati. 

Sekiranya ditemukan usul dan pandangan yang lebih baik, harap dapat dikirim kepada ibnuamir@yahoo. com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _