Ahad, 22 Februari 2009

Surah Al-Ikhlas

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada
didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari
keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat ini, kemudian bacalah surah Al-
Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan
membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya
tiada orang dirumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Kerjakanlah solat lima waktu tanpa henti kerana salam pertama (ianya
wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang
bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang
kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan
menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Barang
siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia
telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari
pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah
menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari
sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".

Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llahahad satu hatam yaitu
100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-
Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak
akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga". (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada
umatnya "Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam
jangkamasa dua-tiga minit?" Tiada seorang dari sahabatnya yang
menjawab.

Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali
mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu
apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-
Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama
dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-
Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan
membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika
saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
ialah 300,000 perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu
seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu
terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-
Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata
mereka: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini
kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya
lelaki mahupun perempuan".

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis disayap malaikat
Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail
a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil
a.s".

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap
satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari
perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq dan an-nass pagi dan
petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

* Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat,
sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda
Rasulullah SAW "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara
yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Tiada ulasan: