penggunaan bahan kimia berlebihan (seperti syampu dan pewarna rambut), ketidakseimbangan hormon serta diet yang tidak sihat.
Namun, masih ramai di kalangan masyarakat di negara ini tidak mengetahui bahawa keguguran rambut juga sebenarnya berpunca daripada kekurangan air di dalam badan.
Menurut Pengasas Rangkaian Pusat Rawatan Rambut Nexhs Herbal, RC Rajalectchumy, masalah itu boleh diatasi menggunakan kaedah terapi air iaitu menggalakkan pesakit minum air masak sebanyak mungkin.
Menurut Rajalecthumy, air adalah elemen penting dalam badan manusia dan kekurangannya boleh menyebabkan pelbagai penyakit serta mengakibatkan rambut mudah gugur.
"Ramai antara kita tidak mengetahui bahawa kepanasan dalam badan boleh menyebabkan rambut mudah gugur, kelemumur serta menghasilkan warna air kencing lebih kuning daripada biasa.
"Untuk itu, kita digalak minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari bagi menuetralkan kepanasan berkenaan," katanya.
Sumber: Mymetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan