Pada zaman Khalifah Al-Manshur, salah seorang menterinya, Al-Ashma'i,
melakukan perburuan. Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan, dia
terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara.
Ketika rasa haus mulai mencekiknya, di kejauhan dia melihat sebuah
khemah.Terasing dan sendirian. Dia memacu kudanya ke arah sana dan menemukan
penghuni yang memukau; wanita muda dan jelita. Dia meminta air. Wanita
itu berkata, "Ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku.
Ada sisa minumanku. Kalau engkau ingin, ambillah".
Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada. Dia memandang kepulan
debu dari kejauhan. "Suamiku datang," katanya. Wanita itu kemudian
menyiapkan air minuman dan kain pembersih. Lelaki yang datang itu lebih mudah
disebut "manusia kasar". Seorang tua yang jelek dan menakutkan. Mulutnya tidak
henti-hentinya mengherdik isterinya. Tidak satu pun perkataan keluar
dari mulut perempuan itu. Dia membersihkan kaki suaminya, menyerahkan
minuman dengan khidmat, dan memimpinnya dengan mesra masuk ke khemah.
Sebelum pergi, Al-Ashma'i bertanya, "Engkau muda, cantik, dan setia.
Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu
untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk".
Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i, "Rasulullah bersabda, agama
itu terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar.. Aku bersyukur kerana Allah
telah menganugerahkan kepadaku kemudaan, kecantikan, dan perlindungan.
Ia membimbingku untuk berakhlak baik. Aku telah melaksanakan separuh
agamaku. Kerana itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan separuhnya lagi, yakni
bersabar."
Empat Bidang Kesabaran
Kesabaran dapat melahirkan keajaiban. Salah satunya tergambar dalam
kisah di atas. Dengan kesabaran, wanita cantik tadi mampu berbakti kepada
suaminya yang berakhlak buruk. Sesuatu yang terkadang sukar dicerna
oleh rasional.
Tidak diragukan lagi, kesabaran adalah satu tiang penting dalam
pernikahan setelah lurusnya niat. Kekal tidaknya sebuah pernikahan sangat
ditentukan oleh seberapa jauh tingkat kesabaran yang dimiliki suami isteri. Makin
banyak bekal kesabaran yang dimiliki, maka akan makin kukuh pula
bangunan pernikahan yang dijalani. Tapi makin sedikit kesabaran yang dimiliki,
maka makin besar pula kemungkinan hancurnya sebuah pernikahan.
Demikian pentingnya sabar dalam pernikahan, ada orang mengatakan; "Bila
sebelum nikah kesabaran kita hanya satu, maka setelah nikah kesabaran
kita harus seratus." Persoalannya, kesabaran bagaimanakah yang harus kita
miliki dalam menjalani pernikahan?
Ada Empat Macam Bidang Kesabaran
Pertama :
Sabar menghadapi kekurangan pasangan.
Pernikahan adalah kesimpulan terakhir setelah seseorang mempertimbangkan semua
kekurangan dan kelebihan pasangan. Tidak pada tempatnya bila setelah menikah
seorang suami mengeluhkan kekurangan yang ada pada isterinya. Demikian pula
sebaliknya.Masing- masing harus menerima kekurangan atau kelebihan pasangannya
dengan penuh kesabaran. Pernikahan adalah perantaraan untuk saling melengkapi,
bukan untuk saling mengalahkan.
" Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang
menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang
membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang
ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum
kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
"
QS An-Nisaa' : 1
Salah satu hakikat sabar dalam pernikahan adalah menghilangkan keluh
kesah pada saat tidak enaknya menghadapi segala kekurangan. Tidak ada keluh
kesah selain pada Allah SWT. Kerana itu, Rasulullah SAW mengingatkan
bahawa sesiapa sahaja yang menikah kerana ketampanan atau kecantikan,
maka satu saat rupa tersebut akan menghinakannya. Kecantikan dan ketampanan
itu sementara sifatnya, tidak kekal. Ketika belum menikah, pasangan kita
begitu cantik, tapi setelah mempunyai anak maka kecantikan itu akan
semakin menurun untuk kemudian hilang sama sekali setelah tua. Tanpa
adanya kesabaran, sebuah rumahtangga tidak akan bertahan lama.
Kedua :
Sabar menghadapi godaan.
Rumahtangga itu laksana perahu. Untuk mencapai
pula kebahagiaan di syurga, perahu itu harus belayar mengharungi
luasnya samudera masalah. Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai.
Namun jangan lupa, sesiapa sahaja siapa yang bertolak dari pantai untuk
menyeberangi lautan, maka ia akan menemukan ganasnya ombak. Sesiapa
saja yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil
bahtera rumahtangganya akan karam ditelan gelombang.
Nikah adalah ikatan yang teramat suci lagi kuat, mitsaqan ghalidza,
sehingga jangan dinodai dengan saling menyakiti. Dalam Al-Quran, kata
mitsaqan ghalidza dipakai untuk menyebutkan ikatan antara Allah dengan
RasulNya. Tidak akan pernah sukses seorang suami yang sering menyakiti
isterinya. Walau awalnya bergelumang harta, sukses dalam kerjaya,
tetapi pada suatu saat ia akan menemui kehancuran. Begitu pula seorang isteri
yang tidak taat dan selalu menyakiti suaminya, hidupnya tidak akan
berkah dan bahagia..
Kerana itu, suami isteri harus mempunyai komitmen untuk saling setia.
Inilah hakikat mitsaqan ghalidza. Sehingga, menjaga tali pernikahan
agar tetap kukuh adalah jihad akbar. Arasy' tidak akan bergoncang saat
seseorang meninggalkan shaum wajib, tidak akan bergoncang saat
seseorang lalai dalam sholat, namun ia akan bergoncang tatkala sepasangan suami
isteri memutuskan untuk bercerai.
Pernikahan itu menandai bersatunya darah daging suami dan isteri.
Kerana sudah bersatu, maka tidak mungkin lagi ada rahsia. Syurga boleh terbuka
kerana pernikahan, dan neraka pun boleh terbuka lebar kerana
pernikahan.Orang yang menyayangi isteri atau suaminya, mereka akan disayangi Yang
Maha Penyayang.
Rasulullah SAW bersabda;
" Orang-orang yang kasih sayang (al-rahimun) akan dikasih sayangi oleh
yang Maha Kasih Sayang (Al-Rahman). Kerana itu kasih sayangilah manusia
dibumi maka Dia yang di langit akan kasih-sayang kepadamu".
Ketiga :
Sabar menghadapi kekurangan dan keterbatasan rezeki .
Berapa pun rezeki yang kita dapat ,kita harus mampu mensyukurinya .
Dengan syukur itulah Allah akan menolong rumahtangga kita dan melipat
gandakan rezeki yang kita dapatkan .
Allah SWT berfirman ;
" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah (nikmat)
kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya
azabKu sangat pedih "
Keempat :
Sabar menghadapi keluarga dari pihak suami atau isteri.
Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa
pernikahan itu mengawali bertemunya dua keluarga besar.
Kerana pertemuan dua keluarga, maka yang nikah bukan aku ,
tetapi kami . Berkaitan dengan hal ini , Imam Syafi'i
menganjurkan agar orang tua memilihkan jodoh untuk anaknya ,dengan
catatan anaknya harus saling mencintai .
Sesiapa pun yang akan menikah, maka ia harus sedia mempunyai dua ayah
dan dua ibu .Ia pun harus bersedia menghurmati mertua sebagaimana
menghurmati kedua orangtuanya.
"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang
menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa)
dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki
dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu
selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah
hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah
sentiasa memerhati (mengawas) kamu."
QS Az-Zumar : 10
Sabar adalah sebuah kenescayaan. . Kerana itu, dalam QS Az-Zumar Ayat 10,
Allah SWT menjanjikan pahala luar biasa bagi orang yang sabar.
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala
mereka tanpa batas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan